“Kalau dah ajal tu tetap akan datang Mira. Kita tidak boleh tolak"
“Hanis, kau cakap seperti kau sudah putus asa nak hidup dah" Hanis mengoyakkan senyuman hambar.
“Dah terlambat Mira. Kalau aku kena bawa berubat pun, belum tentu aku akan sembuh. Percentage aku nak hidup tu beberapa percent je Mira. Lagipun orang macam aku ni tak perlulah hidup lama sangat dekat dunia ni. Bukannya berguna sangat pun"
“Tapi kita masih boleh mencubakan? Berjaya ataupun tidak itu belakang punya cerita, yang penting kau jangan putus asa" pujuk Syamira.
“Aku setuju cakap Syamira tu" sampuk seseorang tiba- tiba.Hanis tersentak lantas pelukannya dilonggarkan. Tubuh berpusing ke belakang bagi melihat gerangan yang berkata itu. Degupan jantung berubah menjadi kencang saat mata menangkap seraut wajah itu.
“Ken?"
“Kenapa kau rahsiakan semua ini daripada aku Hanis ?"
“Ak.. Aku.."
“Jadi sebab nilahkan kau tak terima aku betul tak?"
“Tak! Benda ni tak ada kaitan langsung dengan apa yang kau maksudkan" dalih Hanis. Wajahnya di palingkan ke arah lain saat berkata sedemikian.
“Kau tipukan?"soal Ken dengan tidak percaya.
“Tak, aku tak tipu"
“Then, pandang muka aku kalau kau tak tipu"
“Benda ni tak ada kaitannya pun dengan kena pandang muka kau"
“Yes, ada!"
“Tak! Dahlah aku blah dulu"pinta Hanis lalu dia pergi meninggalkan Ken dengan Syamira di situ. Ken mengikuti langkahnya. Dia masih tidak mengalah. Langkah dipercepatkan bagi menyaingi langkah Hanis itu.
“Hanis
“ panggil Ken. Hanis hanya buat tidak endah sahaja.
“Hanis, please stop"
“Kau nak apa lagi?!" Langkah diberhentikan lalu tubuhnya pusing menghadap Ken.Mujur sahaja keadaan di kafe Syamira ketika itu lenggang tiada sesiapa. Syamira segera menukar status kafenya daripada buka kepada tutup agar tiada sesiapa yang akan melihat situasi ini. Dia tidak mahu ada orang luar masuk campur dalam hal urusan ini. Pekerja- pekerjanya juga Syamira halau suruh balik rumah.
“Aku nak kau"
“Aku nak mati dah. Pergilah cari orang yang hidup lama!"
“Ajal bila- bila je boleh datang Hanis
“
“Then samalah juga untuk aku. Tapi aku dah tau ajal aku tu mungkin dalam masa terdekat akan sampai. So kau tak payah nak kahwin dengan orang yang bakal mati"
“Semua orang bakal mati Hanis
“"Kenapa kau susah sangat nak faham cakap aku?"
“Sebab kau susah nak faham hati aku. Dah banyak kali aku bagi hint dekat kau yang aku cintakan kau. Tetapi kau susah sangat nak faham. Kenapa?"
“Sebab aku tak suka kau"
“Kau suka aku"
Share this novel