BAB 11

Horror & Thriller Completed 4761

Hantu Tengkorak

Kami bertiga pada mulanya mahu menangkap monyet untuk dijadikan haiwan peliharaan. Maka saya dan dua orang lagi kawan pun membuat perancangan untuk masuk ke hutan bagi tujuan itu.

Kami masuk ke dalam hutan pada waktu malam dalam jam 9 dan bergerak masuk hingga ke kawasan yang kami yakin adalah kawasan tempat tinggal kawanan monyet. Tanpa berlengah kami meneruskan perjalanan sambil dibu oleh lampu kepala dan lampu suluh untuk melihat sekeliling.

Dalam perjalanan awal lagi, saya memang ada rasa tak sedap hati namun saya sangka itu hanya perasaan saya saja. Tidak mahu memberitahu rakan yang lain maka saya diamkan sahaja dan masih meneruskan perjalana yang telah dirancang ini.

Pada mulanya saya menyangka objek bulat yang terawang-awang di dalam semak, di atas bukit belakang rumah orang tua saya itu, hanya sehelai daun terap kering yang tersangkut pada sawang labah-labah.

Sebab itu, saya terus melangkah ke depan bersama dua rakan lagi, tanpa berfikir apa-apa yang pelik akan dihadapinya hari itu. Bagaimanapun apabila objek bulat itu didekatinya, peluh di badannya terus saja tersimbah.

Mata saya tidak berkelip dan jantung saya pula bagaikan mahu gugur apabila terpandang objek bulat berwarna coklat kehitaman itu adalah tengkorak manusia. Paling mengerikan tengkorak itu pula terbang ke kiri ke kanan, seperti mahu menghalang perjalanan saya, sambil asap mula keluar berkepul-kepul.

Ketika itu saya dan dua orang kawan bercadang menangkap monyet di atas bukit, terpaksa membatalkan hasrat kami. Dalam sesaat itu juga mereka berlari susup-sasap pulang ke rumah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience