“I can’t believe my own eyes right now” Hariz yang semenjak tadi asyik merenung pasangan anak dan bapa yang asyik melekat seperti magnet itu akhirnya bersuara.
Sewaktu Fakhrul mengajaknya makan tengah hari, dia meninggalkan tugasannya untuk hari itu. Sudah hampir seminggu Fakhrul senyap tanpa bicara. Kali terakhir mereka berbual adalah malam di mana lelaki itu sekali lagi melarikan diri ke tempat anak sulung Fakhrul bersemadi. Malam Hana Aishah kembali ke Malaysia.
Dia ada menghantar pesanan whatsapp beberapa kali tetapi tidak berbalas. Hariz seperti biasa akan risau tetapi selagi abang Fakhrul tidak menelefonnya bermakna Fakhrul masih stabil lagi. Semenjak permergian Hana Aishah, Fakhrul yang dahulu hilang.
Dari satu segi lelaki itu semakin berubah dari segi sikap kasar Fakhrul. Kalau dahulu pantang silap sikit boleh terbalik jabatan mereka dia buat tetapi semenjak Hana Aishah pergi lelaki itu sudah tidak ambil peduli. Kerjanya dibuat sendiri, segalanya diuruskan sendiri.
Tetapi dari sudut yang lain yang hanya mereka yang rapat sahaja mampu lihat, semangat lelaki itu hilang. Kalau dahulu segalanya dibuatkan dengan penuh perasaan dan fokus sekarang fokus itu hilang. Fokus Fakhrul adalah mencari keberadaan Hana Aishah.
Mengingati bulan pertama pemergian Hana Aishah, setiap hari dia akan berkunjung ke rumah Fakhrul. Siang malam lelaki itu di hadapan laptop atau pun bercakap dengan penyiasat peribadi lelaki itu. Mencari tanpa henti Hana Aishah yang menghilang tanpa bicara.
Sebulan lelaki itu tidak datang ke pejabat. Nasib baik sewaktu itu Dato` Karim masih lagi menjadi ketua jabatan. Pelbagai spekulasi tular di hospital tetapi Hariz dan Dato` Karim yang menutup segala lompong untuk lelaki itu.
Sehinggalah Fakhih muncul. Menyedarkan Fakhrul tentang hakikat pahit yang lelaki itu cuba larikan diri daripada.
“You almost kill mama. You throw Hana out of your life. You killed Adam. Don’t play victim” pedas tetapi itulah hakikat sebenar. Walaupun tanpa sengaja Fakhrul membuat , hakikat itu tidak boleh dipadam sebegitu sahaja.
Tetapi hari ini semangat lelaki itu kembali. Mata yang kosong itu sudah dipenuhi rasa. Bahagia yang bersinar yang tidak cuba disembunyikan Fakhrul seperti selalu. Kali kedua dia melihat kebahagiaan sebegini. Pertama kali sewaktu lelaki itu memberitahunya tentang persetujuaan Hana Aishah untuk mengahwini Fakhrul.
“You`ve never met his son?” Kamal bertanya pelik. Fakhrul dan Hariz adalah belangkas yang melekat dengan satu sama lain. Di mana ada Fakhrul di situ ada Hariz. Mereka berdua seperti kembar lain ibu.
“Its complicated” jawapan pendek Hariz yang masih merenung kea rah Adam yang sedang duduk di kerusi makan bayi di sebelah Fakhrul menjawab.
“How old is he?” Hariz bertanya ceria. Tangan Hariz yang duduk berhadapan dengan Adam itu dijulurkan mahu memegang tangan montel anak sahabat baiknya.
“No. No. No” satu jelingan tajam Adam hadiahkan pada Hariz sambil suara comel itu tegas memberitahu.
“Your clone definitely” Hariz tertawa besar melihat wajah garang Adam. Sepasang mata bulat merenung tajam digandingkan dengan kening lebat anak Fakhrul itu bertemu di tengah – tengah. Sebijik Fakhrul kalau marah.
“Anak dia , klone dia la. Tak kan klone kau Hariz” Kamal bergurau tapi satu jelingan daripada Fakhrul terus dia tidak jadi terus bergurau.
“2 years 4 month” Fakhrul mengucup dahi Adam sambil menjawab dan dalam sekelip mata raut garang itu bertukar gembira.
“Babah. Mamam” lancar Adam menutur kata. Fakhrul tersenyum lebar. Kamal dan Hariz memandang teruja kerana untuk lelaki bernama Fakhrul itu senyum itu amat sukar untuk di lihat. Jangankan selebar ini, senyuman pendek pun punyalah susah nak tengok.
“Your Umi is going to scold me but its ok. Adam want which one” tangannya Adam menunjukkan ke arah milo ais milik Hariz.
“Dis. Dis” bibir comel itu dimuncungkan dan air milik Hariz bertukar milik.
“Excuse me. That’s mine” Hariz sengaja mahu mengusik dan wajah yang ceria tadi terus dicebikkan kesedihan.
“Am. Am” sebak suara Adam memandang wajah Fakhrul mahukan air itu.
“Seriously man. Just order another one” nada Fakhrul naik seoktaf.
“Cannot. This is mine” Hariz menarik air minuman itu dan air mata Adam sudah bertakung. Fakhrul sudah tidak senang duduk.
“I only give to my friend” Hariz menambah. Wajah Fakhrul yang menyinga sudah tidak dia endahkan.
“Fwen. Fwen” suara pelat Adam cepat – cepat menyebut sambil tangannya cuba mencapai air milo ais yang kelihatan amat sedap di mata anak kecil itu.
“Friend first” Hariz menghulurkan tangan kanannya. Mata Adam merenung ke arah Hariz kemudian ke arah milo ais yang dipegang tangan kiri Hariz. Dahi yang tadi berkerut menjadi tegang kemudian anak mata hitam itu kelihatan kecil. Seperti Fakhrul sekiranya lelaki itu sedang berfikir dalam.
“Seriously man. Give him” Fakhrul menjadi tidak keruan melihat air mata Adam yang sudah bertakung tetapi pertarungan mata Hariz dan Adam masih berlansung seperti dia tiada di situ.
Beberapa saat berlalu sebelum, tangan montel Adam mencapai tangan kanan Hariz. Senyuman merekah di bibir Hariz. Air milo ais bertukar tangan dan Adam menyedut air itu rakus.
“I think if he cried, the milo fate would’ve be on your head” tawa Kamal bergema membayangkan kejadian itu.
“Seriously Hariz. Not funny. One tears from him, you`ll get it from me” Hariz yang sudah biasa dengan amarah Fakhrul tidak mengendahkan amaran lelaki itu.
“He needs to meet Saith. They`ll be best buddy” mata Hariz asyik memerhatikan anak kecil yang tidak mengendahkan sekeliling sambil menghirupkan air milo ais miliknya.
Kamal yang bingung dengan situasi itu hanya diam memerhati. Pelik kerana daripada gaya perbualan dua sahabat baik ini, anak Fakhrul ini tidak pernah bertemu dengan Hariz. Tetapi kalau bertanya lebih , peluang dia untuk di halau dari meja makan itu amat besar jadi lebih baik dia menjadi pemerhati sambil menanti makan tengah harinya.
“How is she?” suara Hariz yang ceria bertukar nada saat lelaki itu bertanya kepada Fakhrul.
Fakhrul diam membisu. Kadang – kadang dia rasa seperti harapannya tinggi tetapi seperti pagi tadi apabila angin Hana Aishah datang dia menahan rasa dilayan kasar di hadapan keluarga mertuanya.
“Once mak discharge and more stable I`ll bring both of them to your house. Adam meet abang Saith ok” Adam yang sudah comot bajunya dengan kesan milo itu tersengih memandang bapanya. Entah anak kecil itu faham ataupun tidak mereka pun tidak tahu.
“Ammy” Fakhrul tersenyum sendiri mendengar ayat anaknya. Sudah hampir seminggu mereka bersua Fakhrul semakin arif dengan bahasa anaknya yang masih pelat itu.
“Its yummy but its not good. That`s why umi didn’t give you. Just this once only ok” Adam menggelengkan kepalanya sambil tersengih.
“Cheeky boy” sekali lagi pipi montol itu menjadi sasaran bibir Fakhrul.
“I`m so happy for you man” Hariz dapat melihat bahagia lelaki itu. Bahagia yang dia doakan untuk lelaki bernama Fakhrul. Berliku zaman kecil Fakhrul. Dia ada di sisi lelaki itu sewaktu zaman Fakhrul bergelut dengan zaman kanak – kanaknya yang tidak seperti orang lain. Ini kebahagiaan yang lelaki itu nantikan selama ini.
**********************************************
“Mama balik dulu ok. Its not good for you to be at hospital for too long” Hana Aishah memujuk Puan Sri Maria sambil dia memimpin tangan tua itu menuju ke ruangan menunggu di icu. Keadaan sudah mulai penuh memandang hari itu merupakan hari sabtu. Hana Aishah lega kerana Fakhrul sudah membawa Adam pergi di waktu sesak sebegini.
“Mama nak tengok Adam. Dah dua hari mama tak jumpa” sewaktu Puan Sri Maria dan Tan Sri Fadhil sampai, Fakhrul baru sahaja keluar. Kecewa ibu mertuanya jelas di wajah.
“Hana nak suruh diorang bawak Adam balik dulu jugak ni. There`s too many people. Adam dah la senang catch bug” Hana Aishah memberitahu ibu mertuanya dengan harapan Wanita itu akan pulang ke rumah keluarga Hana Aishah.
“Mama bawak balik lah. Tadi Mi hantar. Kalau Adam tak nak duduk dengan mama pun , papa ada” Hana Aishah terdiam tidak tahu mahu membalas apa. Mereka meneruskan perjalanan dari surau menuju ke ruangan menunggu.
“Nanti mak dah sihat Hana datang Bangsar ok. Adam mesti excited. Mama dah survey ID. Sebelah bilik Angah there`s one extra room. Mama buat nursery Adam and then I was thinking of making a connecting door. Easier for Hana to cross room kalau Along ada” Hana Aishah hanya diam membisu mendengar rencana bahagia Puan Sri Maria.
“Mama dah baby proof the house. Idora is expecting anytime soon kan. Her parents are on business trip at France so they wont be able to make it back if she deliveres so pantang rumah kita la” mengingati layanan Idora sewaktu dia difitnah hati Hana Aishah dipangguk rasa sedih. Lagi – lagi melihat keterujaan Puan Sri Maria. Kenangan lampau kembali mengingatkan sewaktu dia mengandungkan anak sulungnya Adam. Cepat – cepat dia beristighfar membuang rasa kecewa yang mula menakluti hatinya.
“Happy mama nak dapat cucu baru” Hana Aishah membalas ceria menyembunyikan kecewa di hati.
“Happy sangat. Ya Allah. I can’t even express how happy I am. I have a pair of grandbabies already. And InsyaAllah another one is coming soon. I`m beyond happy” senyuman lebar merekah di bibir ibu mertuanya.
Hana Aishah cuba menguatkan hatinya semampu yang dia boleh. Mengingatkan bahagia yang sedang menyinari wajah Wanita yang dia sayang seperti ibunya sendiri , perasaan sedih dan kecewa mengenangkan anak sulungnya yang dibuang keluarga semenjak di dalam kandungan ditanam sedalam – dalamnya.
Ketidakadilan yang perlu dilalui anak sulung yang dilahirkan sendiri seperti yatim piatu. Lahir seperti anak yatim piatu tiada bapa untuk azankan dan perginya juga dengan syahadah yang Hana Aishah bisikkan di telinga anaknya yang sedang bertarung menanti bapa yang tidak hadir sehingga nafas terakhir anaknya.
“Mama tadi dah makan ke? Hana lupa pulak nak tanya?” terus topik dia ubah. Makin lama mereka berbual makin pedih hatinya ditoreh berkali – kali.
“Dah. Had my hearty breakfast at home and then Wa paksa mama makan jugak nasi lemak yang dia bungkus tu” ceria Puan Sri Maria memberitahu.
“Hana nak mama makan tapi you have to control your diet too. Nasi lemak tu is high in cholesterol and I`m very sure Mak Zah cooking isn’t that healthy either” melihat senyuman di wajah yang berkedut itu , Hana Aishah sudah mendapat jawapannya.
“Nanti everything dah stable sikit kita hire a dietitian. For mama and papa. Ok?” wajah kelat mertuanya membuatkan tawa Hana Aishah pecah.
“Nanti dia suruh mama makan salad je hari – hari. Tak nak lah” Hana Aishah menggelengkan kepalanya sebelum bahu Puan Sri Maria dipeluk mesra.
“You have to if that`s what it takes for you to not get another episode of stroke” suara lelaki itu mencelah tegas. Hana Aishah cepat – cepat beristighfar cuba menenangkan hatinya yang mula jengkel mendengar suara Fakhrul.
“Adam” Puan Sri Maria menarik keluar tangannya daripada pegangan Hana Aishah sebelum tubuh Adam yang sudah telentok di bahu Fakhrul itu dicapai ibu mertuanya.
“He’s heavy ma. Mama tak larat angkat nanti” Fakhrul laju menahan apabila Puan Sri Maria sudah mahu mendukung cucu lelaki tunggalnya. Tongkat yang dipegang tangan kiri Puan Sri Maria sudah disandarkan di dinding laluan menuju ke ICU itu.
“Mama larat je. Let me hold him. Nanti Adam dah bangun he wont want me” wajah Puan Sri Maria bertukar sedih dalam sekelip mata apabila kata - kata itu meniti dibibir tua itu.
“Angah bagi mama pegang. Mama sit down first ok. Your hand is still not strong enough” suara Fakhrul memujuk Puan Sri Maria lembut mengejutkan Hana Aishah. Kalau dahulu laju sahaja ibu bapa mertua Hana Aishah, Fakhrul tengking.
“Come. Angah bawak mama to the waiting room. Ok?” tangan kiri Fakhrul dihulurkan sebelum Puan Sri Maria mengeluh berat dan memaut tangan anak lelakinya.
“Mama kuat je. I went to physio” wajah cemberut Puan Sri Maria dipandang dengan senyuman yang cuba dikawal Fakhrul tetapi gagal. Dahi Puan Sri Maria dikucup sebelum Fakhrul memeluk bahu mamanya.
“I didn’t say you’re not strong. Angah tak nak mama get hurt je. And I know you’ve been skipping your physio” cepat - cepat wajah Puan Sri Maria dilarikan saat Fakhrul merenungnya penuh makna.
“Faster. Lets go to the waiting room. Mama tak sabar nak pegang Adam ni” Fakhrul menggelengkan kepalanya dengan senyuman yang merekah dibibir melihat reaksi ibunya yang tidak mahu mengaku salah itu.
“Cucu nak masuk number 4 dah mama. Mama skip physio nanti mama yang rugi” Fakhrul membebel sampai memimpin ibunya pergi. Hana Aishah berdiri tercengang di situ melihat Fakhrul yang kelihatan amat pelik sikapnya di mata Hana Aishah.
“I don’t know how he was previously but give him chance. Setiap manusia buat salah but Allah itu Maha Pemaaf. Siapalah kita ini nak menghukum manusia” nasihat Hana Azuwa pagi tadi bermain di mindanya.
“Assalamualaikum Hana” suara yang di sudah kenal lama itu menegur membawa Hana Aishah pergi daripada kecelaruan yang sedang bermain di mindanya. Wajahnya dipaling merenung ke arah insan yang banyak membantu Hana Aishah sewaktu dia bergelut sendiri. Insan yang ada bersama arwah anaknya dikala dia sedang bertarung nyawa sendirian.
“Waalaikumusalam. Dr Hariz” air mata Hana Aishah bergenang. Senyuman lebar terukir di wajah Hariz.
“Alhamdulillah. Hana dah balik” suara itu kedengaran lega. Antara insan yang Hana Aishah tidak akan lupa jasanya. Dikala keluarganya meninggalkan dia sendiri, lelaki itu ada. Sentiasa ada untuk dia dan Adam.
“You look happy” komen Hariz ikhlas.
“Something that I didn’t see the year before you went off” air mata yang Hana Aishah gugur terus.
“Thank you. For everything. Hana… Hana…” suara sebak Hana Aishah meluah kata. Terlalu banyak budi yang dia berhutang dengan Hariz.
“Hana. Don’t cry. I…” Hariz yang tiba – tiba mematikan bicaranya itu dipandang Hana Aishah pelik. Pandangan lelaki itu dihalakan ke belakang Hana Aishah. Wajah yang tadi beremosi terus disembunyikan.
“Kenapa bro?” mendengar kata – kata Hariz, air mata Hana Aishah yang tadi mengalir terus diseka. Wajahnya dilarikan ke arah dinding di sisinya.
“Too many people. Sayang, abang bawak Adam balik dulu ok. They are all going back except for Abah and Alif. Sayang nak stay ke?” Hana Aishah menganggukkan kepalanya laju tidak mahu memandang ke arah Fakhrul yang kelihatan lemas dengan keadaan yang penuh dengan manusia itu. Adam masih terlentok tenang di bahu Fakhrul.
“Sayang” Fakhrul memaut lengan kanan Hana Aishah yang sudah melangkah menuju ke arah bertentangan dengan ICU.
“Let my hand go” suara serak Hana Aishah kedengaran dan wajah Fakhrul bertukar kerisauan.
“Are you crying? Look at me” Hana Aishah menggelengkan kepalanya laju.
“Can you please let go of my hand? I want to go to the toilet” Fakhrul memandang wajah Hariz yang kelihatan serba salah itu sebelum perlahan – lahan lengan kanan isterinya dilepaskan. Hana Aishah yang tampak anggun dalam gaun labuh berwarna coklat itu melangkah pergi.
“What happen?” ketenangan suara Fakhrul menggerunkan tetapi Hariz yang sudah biasa dengan lelaki itu menjawab tenang.
“Was talking about her mom” Hariz membalas tetapi pandangannya difokuskan kepada Adam. Dengkuran halus kedengaran daripada tubuh kecil itu. Wajah yang masih comot dengan kesan milo itu tidur dengan mulut yang sedikit terbuka.
“My god. Who would’ve thought that there will be a real version of mini you?” Hariz tertawa sendiri sambil pipi montel itu dielus.
“Alright man. I need to make a move. My pre op round. Nanti bawak Hana and Adam to my house once your MIL is stable. Saz is so excited to meet both of them” Hariz menepuk lembut bahu Fakhrul.
“Drive safe” Fakhrul membalas tetapi wajah itu masih cuba membaca Hariz yang seperti sedang menyembunyikan sesuatu.
“Hariz” Fakhrul memanggil sewaktu Hariz sudah melangkah pergi beberapa tapak. Hariz memandang wajah Fakhrul yang merenungnya beberapa ketika.
“I hate liars. You know that better than anyone. So don’t” tenang suara Fakhrul kedengaran tetapi amaran itu masuk ke dalam segenap hati Hariz. Senyuman seikhlas mungkin dia hadiahkan sebelum dia melangkah pergi.
Rasa takutnya kembali tetapi walaupun masa diputarkan kembali, dia tidak akan mengubah keputusannya. Lagi pula sekarang apabila mengetahui perkara sebenar.
“I did what’s best and I`m not sorry but don’t break us” hatinya berdoa kepada Yang Satu tengah hari itu.
***************************************************
“Babah. Mimi. Mimi” untuk kesekian kalinya Adam yang semenjak tadi melekat dengan Fakhrul mahukan ibunya. Jam sudah hampir memasuki isyak dan Hana Aishah masih belum pulang.
Mereka semua sudah selamat sampai di rumah sewaktu azan asar. Tepat jam 7 , Adam bangun dan mula menangis sampai kepenatan. Dengan mindanya yang masih memikirkan tentang situasi tengah hari tadi diantara Hana Aishah dan Hariz, dia pun lupa hendak bertanya kepada Hana Aishah tentang susu Adam.
“Ya Allah. I lupa. Its almost 2 am in London. Its his feeding time” perbualan dengan Hana Aishah sebentar tadi bermain di mindanya. Adam yang sudah dimandikan itu sekarang masih merengek tetapi kerana sudah kepenatan meraung, yang kedengaran hanya suara sayu anak lelakinya.
“Fakhrul try susu formula Beeqa ni. Kot la Adam nak” Hana Azuwa menegur Fakhrul yang sedang meribakan Adam. Botol susu berwarna pink itu digoncangkan beberapa kali sebelum Hana Azuwa melabuhkan punggungnya di hadapan Fakhrul.
“Adam good boy aunty right. See what Aunty Wa have for you” Hana Azuwa memujuk sambil rambut Adam yang lembap itu diusap.
“Nonono. Mimi. Chu Mimi” Adam memusingkan badannya membelakangi Hana Azuwa. Wajah Fakhrul sudah keresahan. Adam diangkat sebelum dibaringkan di dadanya.
“Baby. Umi is on the way back. Adam drink this susu first ok. See its yummy” Fakhrul cuba memujuk tapi Adam terus – terusan merengek menolak. Fakhrul tidak mahu memaksa kerana tadi hampir terbalik rumah dibuatnya apabila Adam meraung kuat mahukan ibunya.
“Fakhrul dah call adik?” Fakhrul menganggukkan kepalanya perlahan. Wajah keresahan lelaki itu dipandang Hana Azuwa.
“Tadi Fakhrul call balik masuk voicemail dah” lelaki itu keresahan memikirkan Adam dan Hana Aishah yang masih tidak dapat dihubungi.
“Puree Kak Wa buat pun tak berusik tu. Penat menangis je budak ni. Degil macam Umi awak” Hana Azuwa mengomel sambil mengambil bekas puree yang sudah sejuk itu.
“Kak Wa nak masak dinner. Don’t worry too much. Battery adik habis kot. I`m sure she`s nearing home already” Hana Azuwa memesan sebelum dia melangkah meninggalkan dua beranak yang sedang menanti insan yang sama dalam keresahan.
Fakhrul melihat wajah sembap Adam. Anak mata itu kuyu memandangnya. Lagilah hatinya gelisah keresahan. Puas di geledah peti ais mengharapkan mungkin Hana Aishah ada meninggalkan susu yang telah dipam tetapi dia kecewa. Tadi sewaktu Hana Aishah mendengar raungan Adam di dalam telefon isterinya kedengaran kelam kabut mahu pulang. Harapannya Hana Aishah sedang dalam perjalanan pulang bersama adik ipar dan bapa mertua Fakhrul.
“Haa tu. Ada bunyi kereta kat depan rumah. Kak Dik kot” Hana Aqilah yang sedang menuruni tangga itu menegur. Laju Fakhrul berdiri menuju ke pintu utama rumah Kapten Azam.
“Adam” sebelum sempat dia membuka pintu Hana Aishah sudah menerjah masuk. Isterinya kelihatan tercungap – cungap.
“Sorry. I`m sorry baby. Adam tunggu lama ke” suara panik Hana Aishah kedengaran sebelum Adam ditarik ke dalam rangkulannya.
“Chuuu. Chuuu. Mimi chu” wajah panik Hana Aishah bertambah resah mendengar suara Adam yang kepenatan itu. Kakinya melangkah menuju ke bilik Hana Aishah di tingkat atas sebelum berhenti dipertengahan jalan.
“Ahh shit. Achik tolong bayar duit teksi. Pak cik tu tengah tunggu dekat luar. Akak tak ada cash and my phone died” Hana Aishah memesan sebelum seperti lipas kudung isterinya naik dengan Adam.
“Huh?” Hana Aqilah yang mendengar kata – kata kakaknya itu terpinga – pinga berdiri di anak tangga.
Fakhrul pula terus menuju ke pengkarangan rumah. Sebuah teksi lama sedang menanti. Dia menuju ke teksi itu dan seorang lelaki muda yang sedang menghisap rokok sedang menanti.
“Excuse me. Tadi isteri saya naik teksi encik ke?” Fakhrul bertanya sambil memerhatikan lelaki berbadan kurus itu. Lelaki itu sedang bersandar di bonet teksinya sambil menghisap rokok.
“Haa ye la. Dia kata nak masuk dalam ambik duit” suara kasar lelaki itu membalas.
“Berapa?” Fakhrul bertanya sambil mengeluarkan dompet duitnya. Bau rokok dan peluh yang kuat menyesakkan hidungnya. Membayangkan Hana Aishah menaiki kenderaan yang dipandu lelaki itu dengan telefon yang sudah habis baterinya, hatinya cuba disabarkan.
“80” walaupun dia rasa lelaki itu menipu tetapi yang penting dia mahu lelaki itu dan kenderaannya pergi daripada laman rumah Kapten Azam. Dua keping not berwarna biru dikeluarkan sebelum dihulurkan. Fakhrul melangkah masuk kegeraman.
“Kak Dik balik naik teksi ke. Abah dengan Alif kat mana pulak?” Hana Aqilah yang sedang menelek dari pintu rumah itu bertanya kepada Fakhrul.
“Achik call abah and Alif. They must’ve been worried. I`m heading up first” Fakhrul memesan sebelum kakinya melangkah naik.
Saat dia melangkah masuk ke bilik isterinya, Hana Aishah sedang duduk di birai katil menyusukan Adam. Wajah isterinya masih kelihatan risau sambil mengelus rambut Adam yang sedang menyusu rakus. Lapar sangat agaknya Adam.
“Achik dah bayar ke teksi tu?” suara Hana Aishah kedengaran. Fakhrul melabuhkan punggung di sebelah Hana Aishah. Kaki anaknya yang montel itu diurut perlahan.
“Abang dah settle kan” Fakhrul membalas. Tona suaranya dikawal.
“40 kan. Nanti I transfer dekat you. I haven’t withdrawn my money yet” Hana Aishah mengeluh berat memikirkan segala urusan tergendalanya.
“Kenapa tak balik dengan abah and Alif?” Fakhrul bertanya selepas beberapa ketika.
“They went to nearby mosque to pray and knowing how this boy couldn’t wait , I grab the first taxi I saw” nada acuh tidak acuh Hana Aishah membuatkan Fakhrul kegeraman.
“The guy and the taxi looks shady. Kenapa sayang tak call abang. I would’ve arranged something for you” Fakhrul masih cuba menenangkan dirinya dan membalas tenang.
“Alah tak ada apalah. Dah sampai pun rumah” Hana Aishah menjawab berbasa basi.
“What if something happen? Next time sayang jangan buat macam ni ok. Abang arrange kan a drive for sayang and Adam if I cant drive both of you around. Ok?” wajah Hana Aishah bertukar menyampah saat mendengar ayat Fakhrul.
“Tak perlu” pendek dan tegas jawapan Hana Aishah.
“That`s my responsibilities. Both of your safety and comfort is my duty” jawapan Fakhrul itu dibalas dengan tawa sinis Hana Aishah.
“Iya ke Tengku Fakhrul. Kalau betul both me and my child comfort and safety if your responsibilities, why did my baby died? Why did you just stand and watch while me and Adam is being hurt by everyone? Why didn’t you protect us? Why did you let me watch my baby die? Why?” terketar – ketar suara Hana Aishah bertanya.
“Abang…” Hana Aishah tertawa sinis sebelum memotong kata – kata Fakhrul.
“Sorry. Maaf. Menyesal. Itu ke you nak cakap?” Hana Aishah menggeleng kepalanya lemah.
“Kalaulah maaf you boleh hidupkan balik anak sulung I. Kalaulah penyesalan you boleh buang sakit yang anak I kena tanggung dari saat dia ada dalam perut I sampai lah saat dia hembuskan nafas terakhir. Kalau semuanya semudah itu, I pun dengan semudah itu boleh hidup balik dengan you macam semua orang nak” tiada nada sinis saat itu. Hanya kejujuran tentang perasaan Hana Aishah saat itu.
“Tapi tak boleh Tengku Fakhrul. Tak boleh. Sampai bila – bila pun hakikat itu tak akan padam” senyuman pahit mengakhiri luahan Hana Aishah hari itu. Fakhrul diam membisu disebelahnya.
***************************************************
Hana Aishah sedang duduk melihat bulan malam itu. Bulan penuh yang terang benderang menyinari taman bunga milik bapanya. Sesekali bunyi cengkerik kedengaran. Suasana masih riuh di dalam rumah milik Kapten Azam. Anak – anak saudaranya sedang bermain lagi. Belum habis tenaga selepas makan malam mereka sebentar tadi barangkali.
Adam pula sedang tidur nyenyak di dalam biliknya. Lama Adam menyusu mengeyangkan perut anak kecil itu. Itu antara masalah utama Hana Aishah. Kedegilan Adam yang tidak dapat dilenturkan. Dalam sebulan adalah dua tiga kali anaknya akan membuat perangai sewaktu dia berkerja malam.
Datang mood dia, memang apa pun tidak akan jalan. Adam akan sanggup kebuluran selagi Hana Aishah tiada untuk memberi susu. Hana Aishah sudah mengagak sebenarnya. Hampir seminggu ini dia sudah tidak fokus kepada Adam, jadi sebenarnya , Adam hanya menanti masa untuk membuat perangai.
“Jauhnya menung tu” senyuman terukir di bibir Hana Aishah saat suara Wazir kedengaran. Lelaki itu adalah abang yang dia mahukan semenjak kecil dan akhirnya dapat. Bahagianya dia apabila kakaknya mengahwini seorang lelaki yang senang dia masuk.
“Nak lari dari kena main kejar – kejar lah tu” Hana Aishah mengejek.
“This is all Alif`s fault. Nasib baik Adam tak join dinner tadi. Boleh pulak beli aiskrim malam – malam. Sugar rush la budak – budak tu” Wazir mengomel sebelum mengambil tempat di kerusi batu berdepan dengan adik iparnya.
Hana Aishah kembali membisu. Mata dia merenung ke arah bulan mengambang malam itu. Pertembungan dengan Fakhrul sebentar tadi merosakkan ketenangan yang cuba dia cari. Semenjak pagi lagi mindanya tidak tenang. Keberadaan Fakhrul mula menyesakkan mindanya dengan memori silam.
“Everybody misses you” Wazir memecah kesunyian mereka.
“I miss everyone too. Not a day gone by that I didn’t think about everyone in Malaysia” Hana Aishah dapat merasakan sakit rindu yang ditanggungnya kembali.
“Adik ok?” dengan Wazir mana boleh Hana Aishah menipu. Dia kenal abang iparnya dari semenjak kakaknya masuk universiti lagi. Pasangan merpati dua sejoli ini bertemu di hari orientasi univesiti dan berakhir di jinjang pelamin. Wazir yang mesra alam itu rapat dengan adik beradik Hana Azuwa terutama sekali Hana Aishah. Segala cerita cinta , pahit mahupun manis Hana Aishah tahu. Dialah tukang pujuk kakaknya sekiranya Hana Azuwa merajuk.
“Tak” pendek jawapan Hana Aishah menandakan dia tidak mahu memberi penjelasan. Hanya mahu menyatakan keadaannya saat itu.
“Nak aiskrim tak” gelengan kepala Hana Aishah membuatkan wajah Wazir berkerut.
“Uisshhh parah ni. Selalu aiskrim jalan dah” mencuka wajah Hana Aishah mendengar usikan abang iparnya.
“Ishh. Orang serius tak ok ni. Abang Wazir main – main pulak” Hana Aishah mencebikkan bibirkan kesedihan apabila Wazir mula tertawa.
“Ok. Ok. Sorry. Lawaklah muka adik merajuk. Dah tua – tua nak cebek gitu” Hana Aishah mengetap bibirnya kegeraman.
“Tak naklah kawan dengan Abang Wazir ni” Hana Aishah berdiri mahu melarikan diri daripada situ.
“Lah. Abang Wazir gurau je la. Ishh. Duduk. Tak puas lagi abang Wazir nak borak dengan adik ni. Tau lah tak rindu kita. Dia rindu kakak dia je” Wazir pula membuat suara merajuk.
“Mana ada tak rindu. Rindu tau tak Cuma tak boleh balik je” Hana Aishah mengigit bibirnya menahan sebak saat kata – kata akhir itu meniti dibibirnya. Wazir mengeluh berat melihat wajah adik iparnya yang bertukar sedih.
“You know why I`m close with you as compared to your other siblings?” Wazir bertanya ikhlas. Hana Aishah mendudukkan kembali dirinya sebelum wajahnya dihalakan kea rah kebun bunga bapanya.
“Because the first time that we met, you make me feel like a family. There were no judgement in your eyes. Whatever you feel, that`s what you show” Wazir tersenyum sendiri mengingatkan pertama kali dia bertemu insan penting dalam hidup isterinya.
“You are this selfless soul that your sister always brags about” Wazir menyambung tenang.
“Sebab itu bila adik pergi, I was happy. Because abang Wazir tak tahu macam mana nak tolong adik waktu itu. So does your Kak Wa. She was struggling the whole time you were in Malaysia because she got stuck between mak and you. We.. we….” Wazir melepaskan nafas berat cuba Menyusun kata.
“We are sorry. After that you did for us till we were able to get married with 3 kids, we couldn’t help you” beban di hati Wazir seperti diangkat pergi saat kata – kata maaf itu diluahkan. Hana Aishah diam membisu.
“Adik tak marah abang Wazir. Adik tak marah Kak Wa. Adik tak marah siapa – siapa pun” selepas beberapa ketika , suara tenang Hana Aishah Menyusun kata.
“How to blame you guys when the one that is suppose to protect me and trust me was the first person to turn his back on me” Wazir dapat melihat air mata Hana Aishah yang menitik satu demi satu.
“Sakit. It hurt so much though its been years. Sakit tu tak hilang. Not even a bit” terketar – ketar bibir Hana Aishah Menyusun bicara.
“But… but… what more painful is just like back then, adik tak mampu buat apa – apa” Wazir setia mendengar seperti selalu. Diam menanti bicara seterusnya.
“Tak boleh ke untuk sekali dalam hidup adik, adik nak buat keputusan untuk adik. Sekali je adik nak jadi selfish. Sekali je” kesakitan yang menyulam kata – kata itu jelas kedengaran. Tiada yang cuba Hana Aishah sembunyikan saat itu.
Tadi selepas mertuanya pulang , Hana Aishah melarikan diri. Menahan dirinya daripada bersikap kurang ajar di hadapan Tan Sri Fadhil dan Puan Sri Maria untuk tidak menyakitkan hati kedua orang tua yang kelihatan gembira malam itu. Dia tidak sampai hati untuk membunuh senyuman yang mekar di bibir Puan Sri Maria.
Sakit di hatinya ditelan setiap kali lelaki itu muncul di sebelahnya. Setiap kali dengan sengaja tangan lelaki itu memegang tangannya , memeluk pinggangnya. Mendengar suara Fakhrul sahaja sudah cukup untuk menoreh kembali luka lama, ini pula pabila tubuh mereka bersentuhan. Setiap sentuhan itu mengingatkan dia akan setiap kesakitan yang Fakhrul hadiahkan kepadanya. Bukan sekali dua untuk dia memaafkan semudah itu.
“Boleh” jawapan Wazir membawa Hana Aishah kembali ke alam realiti.
“Tapi” Hana Aishah menyambung sebelum tertawa sendiri. Ahh rindunya dia hendak berbual dengan lelaki yang selalu menjadi penasihatnya.
“No tapi tapi. Boleh. Jadilah selfish. Abang Wazir sokong. Satu ratus peratus” pecah tawa Hana Aishah melihat gaya abang iparnya seperti iklan menjual ubat ajaib. Dia tertawa sehingga air matanya mengalir lebat bukan kerana kesedihan tetapi kerana ketawa sakan sangat.
“Ehh boleh pulak dia gelak. Abang dah macam orang jual jamu bagi cantik ni tau nak sokong dia” terbongkok – bongkok Hana Aishah menahan tawanya.
“Ya Allah. Lamanya tak gelak macam ni. Ahh sakit perut gelak” beberapa minit berlalu barulah tawa Hana Aishah reda.
“Rindu nak borak macam ni” Hana Aishah tersenyum ikhlas merenung abang iparnya. Sudah semakin tembam lelaki itu dilihatnya. Bahagia barangkali bersama isteri dan anak – anak. Kalaulah perjalanan cerita cinta dia semudah lelaki ini dan kakaknya.
“Will Adam hate me?” Wazir terdiam saat persoalan itu ditanya Hana Aishah. Persoalan yang dia tahu sambungannya apa. Wazir terdiam sejenak cuba memikirkan jawapan yang paling munasabah untuk dia beri.
“I`m sure when the time comes, Allah will give all 3 of you strength with whatever fate has decide for your family” Hana Aishah tersenyum ikhlas malam itu. Jawapan yang ringkas tetapi menenangkan hatinya yang gundah gulana.
“Thank you, my always wise brother,” Hana Aishah melepas satu nafas lega sebelum masing – masing kembali merenung bulan yang masih terang menyinari malam yang gelap itu. Malam Itu hatinya sedikit tenang mengharapkan sinar harapan untuk segala kesakitannya.
***************************************************
Masa seperti terhenti seketika di kala dia merenung Adam yang sedang berbaring mengiring menyusu. Sisa air mata yang sudah mengering di pipi montel itu diusapnya. Adam yang tadi laju menyusu semakin perlahan. Sudah terlelap anaknya barangkali. Rambut itu diusap lembut. Hana Aishah tahu Adam rindukan perhatiannya. Dalam kesibukan dia menguruskan Teacher Basirah dia menyerahkan terus pada Fakhrul yang sibuk hendak melekat dengan Adam.
“Adam miss Umi is it? I`m sorry sayang” dialog yang sama dia akan ulangi setiap kali dia menyusukan Adam di malam hari sekembalinya daripada bekerja. Rasa bersalah mencengkam jiwanya setiap kali dia pulang terutama sekali sekiranya Adam sedang meraung mencarinya.
“Nenek is not well. Once nenek is ok, I`ll be with you any time you want. Ok baby?” janji dimeterai kepada anaknya yang sudah lena diulit mimpi. Janji yang Hana Aishah pasti akan mungkiri seperti selalu.
Kalaulah situasi mereka berlainan. Kalaulah dia diberi pilihan untuk berada dengan anaknya setiap saat. Terlalu banyak kalau dan penyesalan walaupun Hana Aishah tahu di dalam Islam tiada kalau kerana tiada sesuatu yang berlaku bukan atas kehendakNya.
Matanya dipejam rapat mencari lagi kekuatan yang seperti angin. Datang seketika menenangkan hatinya kemudian pergi meninggalkannya merasai kekosongan. Saat kelopak matanya dibuka semula renungan matanya bertembung dengan Fakhrul yang sedang merenungnya daripada atas tikar sejadah.
Setengah jam lepas, raungan Adam mengejutkan mereka berdua yang terlelap kepenatan. 24 jam lepas yang penuh dengan roller coaster emosi Hana Aishah melelahkan bukan sahaja Fakhrul yang menjadi tempat sasaran amarah Hana Aishah , tetapi Hana Aishah yang dihanyuti luka semalam.
Hana Aishah tidak tahu bila lelaki itu pulang dari menghantar ibu bapanya, tetapi sewaktu dia dikejutkan dengan raungan Adam, Fakhrul yang turut terjaga itu sedang terbaring di sebelah kanan Adam.
“He`s asleep already?” perlahan suara lelaki itu bertanya. Hana Aishah menganggukkan kepalanya perlahan. Matanya dialih kea rah Adam yang sudah berhenti menyusu itu. Perlahan – lahan bentil susunya ditarik tidak mahu mengejutkan Adam yang sedang tidur lena.
“Sayang nak abang letak Adam dalam cot?” Hana Aishah yang sedang mengesot ke birai katil itu menggelengkan kepalanya.
“Let him sleep with me. He`s upset I`m not around this past couple of days. That`s why he is acting up” Hana Aishah memberitahu Fakhrul hakikat sebenar mengapa Adam mengamuk semenjak petang semalam sambil membutangkan semula blaus laus berwarna krim yang dipakai.
“I thought he is in pain or I did something that upset him. He didn’t want me” mendengar suara Fakhrul yang risau bersalut kecewa itu Hana Aishah tersenyum sendiri.
“He adores you. Its difficult for him to get use to new people but he opens up to you very quickly actually” Hana Aishah menyakinkan Fakhrul yang masih merenung ke arah Adam.
“It must’ve frustrated him because I couldn’t understand what he wants. I need to understand him more” suara kecewa lelaki itu membuat rasa bersalah di dalam diri Hana Aishah kembali.
“I still cant understand many things about him. Kids kan, they are always growing. So every time he cross a milestone , I need to relearn again” Hana Aishah tersenyum yakin memberitahu. Tidak mahu Fakhrul terasa seperti ketinggalan.
“You manage to bathe him today. That`s an achievement” Hana Aishah memuji ikhlas.
“Barely. He was squirming trying to get away” wajah gerun Fakhrul membuatkan tawa Hana Aishah pecah.
“I like water but this boy really hates it since day one of life” Hana Aishah tersenyum sendiri mengingatkan raungan Adam sewaktu dimandikan bidannya pada hari pertama kelahiran Adam.
“You janganlah risau. Adam ok je dengan you. Dia rindu I. I was too busy with mak. Adam susu pun waktu malam bila nak tidur for this past 1 week. Siang mana ada cari susu. Itu yang dia mengamuk tu” Hana Aishah menyakinkan Fakhrul yang kelihatan seperti dirundung kecewa.
“Esok sayang pump and simpan dalam freezer. Abang dah belikan small freezer. Senang sayang nak letak” Hana Aishah menganggukkan kepalanya. Kasihan pula dia melihat wajah trauma Fakhrul.
“At least if he cries again tomorrow , I have something he wouldn’t reject” Fakhrul melipat sejadahnya sambil menyambung bicara.
“I don’t want to bring him to hospital anymore. So I will accompany mak in the morning till noon , then Alif will take over” Hana Aishah terpaksa mengurangkan masanya di hospital. Dia sejujurnya bimbang dengan Adam yang sangat senang sakit sekiranya terdedah dengan kuman.
“Abang pun nak cadangkan macam tu dekat sayang. He normally wakes up together with us during fajar and then after breakfast he will nap again till noon. I should be able to handle him during the day. Night time I think he wants you” Fakhrul melabuhkan punggung di sebelah Hana Aishah sambil berbicara.
“Alright. Should be fine I guess” Hana Aishah yang tidak selesa itu terus bangun berdiri.
“Sayang nak pergi mana?” Fakhrul memaut lengan Hana Aishah sambil bertanya lembut.
“Fakhrul please. Don’t touch me” untuk Adam memang dia tidak kisah untuk berbual secara normal dengan Fakhrul , tetapi hendak berlebihan seperti ini tidak.
“Sorry. Abang rindu sayang. I cant help it” keikhlasan lelaki itu tidak mampu melenturkan pendirian Hana Aishah.
“As Adam babah, I will respect you and be civil with you. Tapi I still tak boleh terima you as … as … as my… my..” hendak menyebut perkataan itupun Hana Aishah tidak mampu.
“Husband. Suami sayang yang sah” tangan yang tadi memaut lengan Hana Aishah dijatuhkan ke tepi. Fakhrul merenung Hana Aishah beberapa jenak. Mata lelaki itu seperti satu cermin saat itu. Apa yang Hana Aishah rasai itulah yang Fakhrul sedang rasai. Masing – masing menanggung sakit yang tidak terungkap. Sakit yang cuba diubatkan berkali – kali tetapi gagal.
Fakhrul mengesot mendekati Adam sebelum dikucup wajah itu beberapa kali. Haruman Adam disimpan di dalam memori deria baunya. Hana Aishah yang masih berdiri di birai katil itu terkejut saat melihat tangan Fakhrul mencapai sebiji bantal sebelum lelaki itu berdiri membelakanginya.
Kaki Fakhrul bergerak menuju ke satu sudut di sebelah almari baju di bilik isterinya sebelum bantal tadi dilemparkan. Hana Aishah memerhatikan gerak geri lelaki itu yang tadi petah dengan kata tapi sekarang diam membisu.
Saat tubuh Fakhrul yang berbaju melayu berwarna hitam dan berkain pelekat itu dibaringkan di atas karpet , satu keluhan berat meniti bibir Hana Aishah. Hari ini , puncak kesabaran lelaki itu telah dia langkaui kerana itu Fakhrul tidur beralaskan karpet di bawah.
“Bukan sekali luka yang you bagi Fakhrul. Berkali – kali. I sendiri tak tahu sama ada I mampu atau tidak untuk hidup dengan you sebagai suami isteri. I tak nak aniaya you kalau I tak mampu jalankan tanggungjawab I sebagai isteri you. I`ve been there. Begging for someone to love you. Sakit sangat” Hana Aishah berbisik sendiri. Tidak tahu sama ada sampai atu tidak ke telinga Fakhrul tetapi itulah hakikatnya.
Dia masih sakit. Memori lama masih menghantuinya. Tidak adil bagi mereka berdua untuk meneruskan satu perhubungan yang akan menjadi toksik walaupun hanya untuk anak mereka Adam.
Share this novel
tq
tq for update. bukan senang nk lupakan penderaan mental yg suami sendiri buat. tahap kesabaran ada hadnya. org yg pernah sakiti org lain memang mudah meminta maaf sbb bila dimaafkan hati mereka akan tenang. tp si mangsa kena korban hati dan diri sendiri utk maafkan dan merelakan sekali lg hati dan perasaan menerima org yg pernah jahat dgn kita. kalau bahagia pun fakhrul ja yg syok sendiri takda makna dh bg hana. buat pa nk korban diri demi org lain. utk sekali ja fikirkan kebahagiaan baru. pandai2 la fakhrul jalankan hidup dia lepas ni. dia memang psiko pon nk heran apa. org senang ja nk bg nasihat lupakan kisah lama, bg peluang kedua tapi tu semua sebenarnya ayat org yg tak kena batang hidung sendiri. eve bg hana kentalkan jiwa dan cepatkan proses cerai diaorang
alamak bile watak mika nk muncul balik ni.