Bab 33

Other Series 2183

Setahun kemudian...

Hari ni adalah hari konvokesyen di universiti Hana. Hana tersenyum tawar. `Hana'. Panggil seorang. Hana berpaling. Dia tersenyum pada Khairul dan Hafi. `Hana teringatkan arwah Qilla'.jujur Hana. Khairul dan Hafi berpandangan sesama sendiri. Ya! Mereka pun teringat dan terlalu rindukan sahabatnya itu. Hafi! Dia sudah tahu yang selama Ini Qilla turut suka sama dia! Bertapa menyesalnya dia ketika dia membaca surat yang Khairul bagi! Menyesal! Menyesal kerana tidak memberitahu Qilla! Hafi menyeka air mata yang mengalir. Khairul faham perasaan sahabatnya itu. Dia memandang Hana dan Hafi silih berganti. Ryana Aqilla! Tenanglah kau kat sana Qilla! Aku sudah tunaikan janji aku! Dan kami semua pakai akan gelang yang kau berikan! Terima kasih Qilla! And tak lama lagi.. Aku akan berkahwin dengan Hana. Aku telah melamarnya.. Syukur Qilla! Dia terima.. Kalau kau takde dulu.. Mungkin aku takkan kenal Hana! Thanks! Aku janji aku akan jaga Hana sebaik mungkin. Aku takkan membiarkan dia menangis lagi!. Gumam Khairul panjang dalam hati. Khairul dan Hafi berpandangan sesama sendiri sebelum tersenyum. Kemudian mereka memandang Hana yang asyik melihat sekeping gambar Hana dengan Qilla. Hana tersenyum sambil leka memandang wajah Qilla di sebelah. Dia memegang muka Qilla pada gambar itu sebelum mengusapnya lembut. Khairul dan Hafi hanya memerhati. Qilla! Aku terima Qilla.. Aku terima yang kau sudah takde.. Aku terima.. Thanks.. Sebab sudi jadi kawan baik aku.. Sentiasa buat aku ketawa dulu, suka lindung aku.. Tapi sekarang.. Semuanya dah lain Qilla.. Tipulah.. Tipulah kalau aku tidak rasa sunyi.. Sumpah! Aku rasa sunyi! Aku terlalu rindukan kau Qilla! Kau tunggu aku ye! Kita jumpa nanti.. Aku sayang kau sampai bila- bila.. Dan aku janji, aku takkan hilangkan gelang yang kau beri kat aku.. Kau lah sahabat semati aku! I miss you so much, Ryana Aqilla! Gumam Hana dalam hati. Dia mencium gambarnya itu. Hana memandang Hafi dan Khairul sambil tersenyum. Mereka turut tersenyum. Selepas itu.. Mereka serentak memandang awan.. Di situ mereka seakan nampak gambar mereka berempat termasuk Qilla! Tenanglah kau di sana wahai sahabat! Tunggu kami bertiga! Ujar mereka dalam hati masing-masing. Mereka terus memandang awan dan tersenyum sendiri. Hana hanya membiarkan saja air mata mengalir. Mereka terus memandang awan itu sambil tersenyum. Mereka janji yang mereka tidak akan sesekali melupakan Ryana Aqilla!

~TAMAT~

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience