Saya Dah Balik.

Action Series 1082

Pertempuran di Pulau Kemboja semakin dekat kepada pengakhiran, kor armor diraja dengan batalion infantri akan menyerang Lapangan Terbang Kemboja.
Persiapan sedang berlangsung manakala yang tidak terlibat akan kekal berada di pekan dan pantai.
Pemilihan askar berdasarkan pemeriksaan dan pemerhatian oleh doktor yang berada di lapangan.

Mejar Adzwan melihat senarai nama dicop "tidak disarankan";
"...
"Tak sangka hero of papillon ada dalam senarai..."

Doktor menghulurkan fail;
"Bahu lebam. Tulang retak. Luka banyak pada belakang badan. Kurang rehat. Moral rendah."

Mejar diam seketika. Doktor menghisap rokok. Tatkala pegawai lain sibuk dengan hal masing-masing.

"...
"Perlukah hantar dia balik ke pakma?"
Mejar Adzwan meminta pendapat.

"Ya. Itu yang terbaik. Orang macam dia jangan biar mati dengan senang. Biar dia berehat, bekerja di barisan belakang dulu.
"Mungkin, orang atasan akan guna dia untuk benda lain."
Doktor memberi pendapatnya.

"Contohnya?"

"Poster propaganda. Sambung belajar ke universiti diraja atau jalani latihan intensif khas."

Mejar Adzwan merenung kertas senarai nama semula;
"...
"Baiklah... Bukan senang nak dapat dapat pingat wira dengan umur muda begini...20 kan?"
Beliau menandatangani surat balik ke barisan belakang dengan segera.

"Esok dia 21."
Doktor mencelah dan memadam rokok dekat lantai tanah;
"Esok doktor baru akan turun ke sini, dalam dua hari aku akan bawa dia balik ke pakma sekali."

3 hari berlalu, perlayaran balik ke Pulau Pakma bermula dan Iszran berada di atas salah satu kapal bersama doktor.
IZN North Zehilina memimpin armada balik ke markas utama di Pulau Pakma.
Sebahagian besar kargo diisi dengan mayat-mayat pejuang bangsa yang terkorban.

"Selamat naik ke bb-55. Satu kapal tempur laju, Pertama dalam kelasnya. Dibina di zehiriskaya naval shipyard-"
Kapten Mikhail menghulurkan tangan kepada prebet muda itu.

"Sudah. Bawak kami ke kabin dulu."
Tegas Doktor memotong perbualan mereka.

"Mari."
Kapten Mikhail membuka pintu tangga ke bahagian bawah dek IZN Zehilina.

Anak-anak kapal melontarkan tabik hormat kepada kapten semasa melalui seksyen dan tingkat dalam kapal.
Iszran membawa beg pakaian dan senjata tatkala Doktor hanya membawa beg kecil berisi ubat dan beberapa helai baju.

"Sebahagian besar kabin dah dipakai untuk letak barang istana kemboja.
"Doktor boleh tidur di bilik saya kalau mahu."
Kapten Mikhail menunjukkan kabin mereka.

"Saya tiada masalah."
Iszran meletakkan beg atas lantai.

"Saya sanggup kongsi bilik dengan dia..."
Doktor membuka tingkap;
"Pemandangan dari sini bukan teruk pun."

Kapten Mikhail menghulurkan peta kepada mereka;
"Jangan sesat. Jangan turun di mana-mana tangga ke tingkat 4 dan kebawah. Itu kawasan bahaya."

"Bahaya?"
Doktor berasa curiga.

"Itu bahagian steam-boilers, suhu agak tinggi. Hanya kru boleh masuk ke situ."
Kapten Mikhail menerangkan.

Iszran duduk dan memisahkan komponen Type-9 Pawaka Rifle di atas meja.

Kapten Mikhail meminta izin untuk beredar. Doktor cepat-cepat menahan tangan Iszran.

"Kita pulang ke pakma supaya kau boleh berehat. Bukannya untuk berperang."
Pesan Doktor.

"..."
Iszran menghela, mengemas dan menyimpan senapang ke dalam beg;
"Berapa hari pelayaran, apa benda kita nak buat..?"

"Dalam tempoh rehat, kau tak boleh pegang apa-apa pun senjata.
"Melainkan aku benarkan bila ada kecemasan."
Doktor mencekak pinggang.

Iszran mengangguk kepala dan melangkah dekat dengan tingkap;
"Ok... Tapi apa nak buat?"

"Berehat."
Doktor cepat menjawab.

Dengan kelajuan maksima 28 knots (51.85km/h) ianya mengambil masa 129 jam (5.9 hari) pelayaran dari Pulau Kemboja ke Pulau Pakma tanpa singgah sebarang pelabuhan.

Armada IZN N.Zehilina telah menghubungi Markas Imperial Navy untuk persiapan di darat apabila kapal-kapal menjatuhkan jangkar.

IZN N.Zehilina bersiap untuk berlabuh, beberapa tugboat datang menarik "battleship" itu masuk ke pelabuhan.
Melepasi pulau berbukit dan terserlah sebuah bahtera gergasi sedang berlabuh.

Mooring lines dilontar oleh anak kapal untuk anggota di dock mengikat IZN N.Zehilina rapi dan sauh tidak perlu diturunkan.

"Terima kasih banyak tolong kami buat kerja-kerja pembersihan mayat.
"Harap kita boleh jumpa lagi lepas ni."
Ucap Cpt.Mikhail mengiringi mereka berdua ke dek kapal.

Tangga turun disambung pada "starboard side" kapal. Anak-anak kapal turun dengan tertib bersama beg masing-masing.

Mayat-mayat askar yang mati dibawa keluar menggunakan jentera kren terpasang pada dek kapal.
Setiap keranda ditutup bila mayat telah dimasukkan ke dalam, bendera merah Zehir Thalassocracy diletakkan diatasnya.

Persiapan tamat selepas tiga jam, keranda-keranda dihantar ke Makam Pahlawan Zehir atau Tomb of Zehirian Warrior menggunakan lori dan jip tentera laut.

Iszran memanjat naik ke atas lori yang terakhir dan memanggil doktor untuk ikut sekali.

Pada masa yang sama, Pasukan Pengawal Tomb of Zehirian Warrior sedang mengambil posisi tetap dan menyambut kepulangan askar-askar ke makam itu.
Seramai 24 anggota memegang rifle, berkawad ke puncak timur dan barat makam.
Tiang bendera tengah-tengah kawasan itu berkibar separuh dan angin bertiup tenang hari ini.

Kelibat lori dan jip datang dari jauh membuatkan pengawal di menar pos membunyikan lonceng dua kali.

"Hormat! Hormat ke hadapan.. Hormat!"
Ketua Pengawal mengangkat bilah pedang ke langit.

Semua pengawal mendongakkan dagu, memandang lori dan jip yang datang ke tempat tersebut.
Mata mereka tidak lari dari melihat keranda-keranda yang ada di belakang setiap kenderaan itu.

Setiap satu keranda diusung ke tempat sendiri. Ahli keluarga wira-wira ini hadir memakai baju serba hitam dan membawa jambangan bunga di tengan.
Panglima Kasturi turut hadir memakai uniform hitam. Tidak ada sebarang medal, reben dan lencana pangkat pada uniform beliau.

Iszran meminta dan mendapat keizinan Ketua Pengawal untuk melengkapkan lipatan panji Zehir Thalassocracy pada keranda arwah Hasan.

Ketua Pengawal mengangkat pedang ke langit sekali lagi;
"Tujuh das ke udara, sedia!
"...
"Satu. Tembak."

24 anggota mengacuhkan rifle ke udara dan melepaskan satu das tembakan. Ianya diulangi sebanyak 7 kali mengikut arahan.

Panji yang dilipat kemudian diserahkan kepada setiap keluarga selepas upacara pengebumian askar tamat.

Dibawah sebatang pohon Bunga Kemboja, Iszran menemukan seorang wanita;
"Puan. Sarjan Hasan seorang yang berani dan tindakan beliau sudah menyelamatkan ramai orang."

Wanita itu mengangguk kepala tanpa berkata-kata.

Iszran merendahkan sedikit badannya, menghulurkan bendera bersama sekeping kertas;
"Saya mendapat penghormatan untuk menyerahkan bendera kepada puan. Dengan nama sarjan, terima lah bendera ini.
"Ianya simbolik penghargaan, pengorbanan dan cinta beliau akan bangsa dan negara kita."

Iszran melangkah ke belakang dan memberikan tabik hormat.

Para pengawal makam kembali masuk ke pos masing-masing, ahli keluarga pula bersurai balik ke rumah.

Tanpa bersuara, Iszran pergi berjumpa doktor di luar makam dan bertanya;
"Lepas ni saya kena berehat sajalah kan?"

Air muka doktor menunjukkan beliau serik dengan soalan prebet itu.
"Ya."

"Berapa lama?"

"Terpulang daripada aku, dua atau tiga bulan.
"Setiap dua minggu kita akan jumpa di klinik. Temujanji antara jam 7 pagi sampai 7 malam."

Doktor menyerahkan sekeping kad yang bertulis; "Klinik Dr.V" kepada Iszran.

"Berapa nak bayar setiap dua minggu tu? Harga ubat bukan murah kan?"
Iszran memandang muka doktor dengan gelisah.

"Itu biar aku uruskan dengan department of defense."
Doktor menggaru kepala.

"Jumpa lagi dua minggu dari sekarang. Bai."

"..."

Iszran berjalan kaki ke tepi jalan utama dan dari jauh memberi lambaian tangan kepada beliau.

Doktor menarik kaca mata dan mengurut mata;
"Sekurang-kurangnya ada juga pelanggan yang paling teruk kalau banding dengan pesakit lain.
"Haiiih... Dapat jugak rehat lepas balik-balik mabuk laut..."

Kereta api meninggalkan Kota Pakma jauh di belakang, ia menuju ke Kota Bazaaria Barat.

Iszran berehat di koc kelas perniagaan bersama beberapa orang individu yang lain.
Dia menghabiskan banyak masa dengan merenung ke luar jendela.

"Encik. Sekarang waktu makan malam. Apa yang encik berkenan?"
Staf meletakkan buku menu di atas meja.

Iszran mengimbas setiap satu menu;
"Dua ban stim. Secawan kopi pahit. Tiga biji Coklat manis."
Dia memulangkan buku menu.

"Selamat menjamu selera."
Staf menghidangkan apa yang diminta dan dengan sopan pergi ke bilik penumpang lain.

Iszran menikmati makanannya dan kembali merenung ke barisan pokok, semak dan laut terbentang luas di luar jendela.

"..."

Bosan melihat pemandangan di luar. Perlahan-lahan dia terlelap kerana berasa kenyang dan penat.

*Choo...*

Wisel stim berbunyi begitu kuat sehingga mengejutkan Iszran yang sudah tidur lama.

"..."
Iszran melangkah keluar dari koc sambil memikul beg di bahu.

Hari sudah gelap. Platform di stesen tidak begitu sibuk dan pekerja-pekerja stesen bersembang di kerusi menunggu.

Di luar bangunan, penghadang diletakkan oleh pengawal sebagai tanda bahawa waktu operasi stesen telah pun tamat sebaik saja semua pengunjung beredar dari situ.

Polis berkuda sedang lakukan rondaan. Jumlah kenderaan beserta pejalan kaki semakin sikit.
Kebanyakkan kedai juga sudah pun mula bersiap untuk tutup.

10 minit berjalan, akhirnya Iszran sampai di rumah. Dia hanya menekan lonceng pada pagar rumah.

Pintu dibuka. Seorang wanita melangkah keluar ke anjung rumah;
"!!!"

Iszran membuka lalu menutup semula pagar. Dia perlahan-lahan berjalan ke tangga rumah.

Wanita itu juga menuruni anak tangga, membuka tangan yang luas dengan senyuman terukir di wajah.

Mereka bertemu dan berpeluk lama di situ.

Iszran menutup mata, merasai kehangatan yang sudah lama tidak dirasainya sejak dia meninggalkan rumah ini.

"Saya dah balik."
Bisik Iszran.

sebenarnya nak letak action kat laut tapi jadi macam terlalu pendek. kena buat rujukan dulu supaya naval action tu best. (⁠^⁠~⁠^⁠;⁠)⁠ゞ apa-apa pun, jumpa lagi lain chapter. oh, minum kopi pahit makan dengan coklat memang sedap. cubalah, manatau sedap kat korang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience