Bab 9

Romance Completed 12178

"Weyy cik kak! Kau sure ke duduk sebilik dengan aku ni?"

"Dah tu kau nak bilik asing ke? Hari tu aku nak bilik asing, kau juga yang tergedik nak sebilik dengan aku." Nurin tidak mahu kalah.

"Ntah-ntah kau yang paksa aku nak sebilik juga. Ye dak cik kak?" Membulat mata Nurin. Mangkuk ni tak faham bahasa ke? Tak padan dengan amnesia,mulut macam longkang. Tidak semena-mena kepala Mikael diketuk.

"Weyy mangkuk! Kau ingat aku ni pompuan gatal yang nak dok berkepit dua puluh empat jam dengan kau ke? Tak kuasa aku."

"Eleh.. Tak kuasa konon. Padahal dalam hati tu suka sangat aku amnesia kan? Supaya senang lah kau nak goda aku. Dah aku ni jejaka terhangat di pasaran. Terlajak laris gitu. Ye dak cik kak?"

"Huh! Suka hati kau lah mangkuk. Aku malas nak berhabis air liur aku yang berharga ni cakap benda tak penting dengan kau. Aku cakap betul ke salah ke, semuanya tetap sama kan. Kau tu kalau dah amnesia buat lah cara amnesia. Ni tak.. Cakap ikut sedap mulut je. Ntah ada insurans tak mulut kau tu. Mulut kau tu bau busuk tahu tak? Bau longkang. Huh!"

Mikael tersentak. Ada ke patut mulut aku yang menggoda ni dikatakan busuk? Bau longkang pulak tu. Nak kena minah ni. Mikael berjalan merapati Nurin. Senyuman sinis tersungging di bibirnya. Mulut aku bau longkang ya cik kak? Well, we will see.. Muuueehehehe

"Opocot mak kau.. Eehh.." Latah Nurin. Terkejut dek sentuhan Mikael pada pinggangnya secara tiba-tiba. Dilihatnya Mikael hanya mengulum senyum. Matanya tunak merenung Nurin. Tidak semena-mena Mikael memeluk kejap pinggang ramping Nurin.

"Eehh apa ni?"

"Mulut aku bau longkang ya, cik kak?" Tanya Mikael lembut sambil mendekatkan wajahnya pada Nurin. Jarak wajah mereka hanya tinggal 2 inci saja.

"Eerrr.. Errr Mika.. Kau buat apa ni?" Tanya Nurin kalut saat menyedari bibir Mikael semakin hampir menyentuh hidungnya. Semakin lama wajah Mikael semakin hampir. Nurin gugup. Tak tahu nak buat apa. Sudahnya Nurin hanya memejamkan mata.

"Kahkahkahkah.. Kelakar gila muka kau cik kak. Kau pejam mata kenapa? Kau ingat aku nak cium ke? Aku tak kemaruk dengan kau lah cik kak. Tak bernafsu aku. Kahkahkahkah" Nurin merengus kasar. Geram kerana dirinya dipermainkan oleh Mikael.

"Aku benci kau, Mika! Aku benci kau!"

"Pulak! Hai lah, Syakirah.."

____________________________

Sedar tak sedar,tiga bulan sudah berlalu sejak Mikael ditimpa kemalangan. Dan selama itu juga dia melayan Nurin endah tak endah. Tiada lagi kata-kata manis pujangga yang selalu dituturkannya seperti sebelum ini. Tutur katanya sedikit kasar namun dia masih menghormati Nurin yang berstatus isterinya itu.

Semakin hari semakin sunyi pula dirasakan Nurin. Tiada lagi kata-kata cinta yang diterimanya dari Mikael. Hanya kata-kata kasar yang kadangkala mengganggu gugat hati dan perasaannya. Entah kenapa wujud suatu perasaan aneh di hatinya semenjak Mikael tidak mengendahkannya. Apakah perasaan aneh itu adalah cinta?? Dulu elok saja Nurin membalas setiap patah perkataan yang keluar dari mulut Mikael. Kini setiap kali berhadapan dengan Mikael, bibirnya akan terasa kelu.

Potret Mikael yang tergantung di dinding ditatap lembut. Senyuman yang terlakar diwajahnya membuatkan dada Nurin berdetak kuat. Mukanya terasa panas. Terasa darah mengalir laju naik ke wajahnya. Tangannya pula sejuk. Badan mula terasa seram sejuk dan meremang. Apa kena dengan aku ni? Tu baru gambar Mikael je pun. Not the real Mikael. Huh!

Lagu yang berkumandang dari corong radio di sisinya menyedarkannya yang tengah ralit melayan perasaan.

'Dulu kau bilang cinta padaku,
Dulu kau bilang sayang padaku,
Tapi sekarang jauh dariku,
Di sini aku tanpa dirimu.'

Nurin tersentak. Errkk lagu ni.. Perli ke apa?

'Jauh darimu aku tak apa-apa,
Pisah darimu aku biasa saja,
Sungguh ku rela aku berlapang dada,
Cintaku sampai di sini saja.'

Erkk.. Mikael rasa macam tu juga ke?

'Janji-janjimu sudah bosan bagiku,
Rayuanmu tak mampan untuk diriku.'

'Cintamu basi ahh cintamu basi,
Jangan kau harapkan diriku lagi,
Cintamu basi sayangmu basi,
Aku juga bisa hidup sendiri,
Tanpamu lagi.'

Nurin segera mematikan suis radio. Entah stesyen radio apa tengah putar lagu dangdut ni. Muzik tip top dah. Tapi lirik tu kena sangat dengan Nurin. Seolah-olah lagu tu ditujukan buatnya saja. Benci! Hangin weeyyy!!!

Tiadakah lagi walau secebis pun rasa buatnya di hati Mikael? Walaupun Mikael amnesia, tidakkah dia merasa kehadiran rasa cinta di hatinya buat Nurin? Aahhh!! Yang aku sibuk nak tahu isi hati Mikael ni kenapa? Aku dah angau dekat Mikael ke?

"Mangkuk ni jugalah yang akan buat laling sasau satu hari nanti."

Terngiang-ngiang ucapan Mikael suatu ketika dulu di cuping telinganya. Keluhan kasar dilepaskan.

"Aku memang dah sasau kat kau Mika! Betullah kata kau, Mika. Aku dah jadi angau. Angau dengan suami sendiri."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience