Bab 1

Crime Completed 37520

DIA terhendap-hendap setelah pintu  terbuka sedikit luas lagi. Leher bak bangau dan gerakan bola mata  menjangkau ke sekitar ruang yang ada di lorong menirus bertanahkan permaidani baldu itu. 

Mewah.  Ya, memang terlalu mewah tapi itu bukan pengukur buat segalanya apatah lagi cinta. 

Pintu terus dia bukakan, bukan masa untuk dia berlengah lagi walau sedetik. Bibit-bibit lampau  tidak henti-henti menghantui otak, laksana dihambat kegamangan.

Jasad yang sudah tegak berdiri di laluan sempit itu, menutup pintu namun tidak dia kunci sepertimana kebiasaannya.  Untuk apa, tidaklah diketahui. 

Berlari menuju ke hujung jalan di mana akan menemui tangga berpilin, beranak sepuluh. Bila rasa gelisah menjamah hati. Surah pendek sering bermain di dua ulas bibir biru keunguannya.

Sebelum ayunan langkah gontainya disambung.  Dia sempat mencampakkan pandangannya ke arah bawah, dari tebing lorong.  Kerana dia mahu melihat sama ada, ada penunggu atau tak. 

Dan penunggu yang dimaksudkan adalah mata-mata lelaki itu.  Kerana tikaman kata-kata dari lidah berhujung keris lelaki durjana itu, terpahat kukuh di arca ingatan.  Setelah yakin sebelah bawah agak selamat, barulah dia ayunkan kembali langkah. Langkahnya lambat-lambat kerana kaki kiri terbelenggu dengan rantai besi.

Sedikit mengah, tatkala kaki tiba di hujung permaidani dan mendepani tangga pertama untuk turun.  Sekujur badannya tersandar lesu tanpa gerak. 

Namun bila wajah beriak garang tersebut dibayangi, laju dia mengangkat kaki kanannya yang tiada berbelenggu rantaian besi nan tebal.

Baru sahaja jemari seruncing serainya mahu menyentuh bucu berkepala kuda putih, hanya dengan sekali rentapan tubuh yang mahu turun kini ternaik atas semula, malah di seret dengan kasar.  

Tiada sedikit pun paras beriak kosong itu, mahu menghiraukan senandung rengsa dari wanita malang itu.

“Sakit!  Sakit! Sakit!”  Emosi meluruh sepertimana nada melirihnya yang cuba menarik tangan berurat timbul tersebut dari terus mencekaknya, namun hanya sia-sia-sia sahaja. 

Makin dicengkam lagi rambut ikalnya, sehingga apa yang membaluti jasad kurus itu juga terselak sedikit tinggi. 

Jasad tinggi lampainya bukan sahaja membagi belakang semasa berjalan mengundur, dia juga semakin tiada keseimbangan bila diseret sebegitu rupa.

Tangkas laksana kaki kuda, menendang permukaan pintu yang sememangnya tidak berkunci.  Jasad berpelupuk layu dengan saratnya pawana mendung serta ditemani tumpahan warna biru ungu sana sini, terus dihumban ke dalam. 

Terjelepuk atas lantai. Bersemburan air liur bercampur darah  dari bibir berbentuk ulas limau yang selama ini, menanarkan lelaki durja itu. 

Wajah kusam semakin sirna kejelitaannya kerana seringkali menerima penangan lima jari yang terangkat, melayang di pipi cengkungnya.

Tinggi kaki diangkatkan sebelum tubuh yang amat malang itu bergulingan dalam ruangan kamar seperti bola memasuki ke jaring gol.

“Kau memang nak kena dengan aku kan?  Hah?  Berapa kali nak aku cakap hah?”  tempik lelaki itu dan kali ini, perlahan-lahan dia tarik keluar tali pinggang lalu dibelitkan pada hujungnya sebelum...

Wanita yang sudah menyerkup wajah yang penuh dengan tumpahan cecair merah kebasahan. Terus melingkarkan kedua-dua lengannya untuk menutup muka.

Namun perlahan-lahan menghela nafasnya yang panjang, kerana tiada sebarang tindakan yang berlaku.  Sekurang-kurangnya untuk waktu singkat tersebut.

Matanya masih lagi memancar api terbakar.  Biar pun, tali pinggang sudah dia balingkan ke lantai berdekatan tubuh wanita yang tersentak keterkejutan itu.

Dan wanita yang masih lagi mengerekot mengerang kesakitan itu, nampak akan pandangan sinis serta tajam masih lagi ditujukan pada jasad terbaring layunya.

Walaupun kebencian hati memuncak, namun dia cuba menahan gelora hati, agar tidak melontarkan jawapan balas yang boleh menggegarkan suasana lagi.

Sedangkan batinnya menggelepar ingin meluahkan apa yang tersendat dan berladung dalam dadanya.

“Tuan Ghaz, dia dah sampai...”  bisik satu suara dalam keadaan tergesa-gesa kerana hatinya pecah seribu.  Tak sanggup lagi untuk iris beningnya melihat, tangis duka bersulam rengsa di hadapan. 

Kerana bagi pendapatnya  wanita itu sepatutnya di sayangi, bukan dihamba abdikan sebegitu rupa. 

“Kau semua jaga-jaga. Sekali terlepas?”  Lontaran kata-kata kaca ke kalbu dengan dia iringkan sekali selakan kot tuksedo hitamnya.  Gerak mata kesemuanya jatuh, ke sisipan pistol di pinggang.

Terowong rengkung tersendat dengan batu-batu kerikil.  Laju kesemuanya yang terkelip-kelip mata umpama katak kena simbah, menarik tali leher yang mencekik diri.

Dan lelaki itu, sebelum melangkah pergi.  Sempat lagi busur mata melayang  ke arah isterinya itu. 

“Hei sayang, apa yang abang lakukan ini sebab cintakan sayang. Abang tak mahu sayang pergi dari sisi abang pun sebab cinta. Don’t you see that honey how much i love you?”

Nada suaranya, bagaikan sembilu yang sedang menghiris-hiris tangkai hati.

Tanpa ada perasaan malu. Dia memamah dua ulas basah yang  ternganga itu,  dengan bibir kehitamannya agak lama. Biar pun wanita itu, enggan  diratah hakmiliknya lagi.

Meronta-ronta. Dia tak mahu.  Dia tak rela disentuh oleh lelaki durjana itu walau mereka sah. 

Bagi Lara, perkataan sah hanya di atas warkah bertinta jalinan janji, bukan pada hatinya.  Namun jejaka berbadan kekar itu, peduli apa. 

Yang pasti, dia ada sebab kenapa menyetujui perundingan ini. 

Ya, dia juga menerima wanita itu bukan atas tiket cinta tetapi lain. 

“Huh!” deramnya sambil menghenyak kepala Lara, sebelum berdiri tegak semula dan membagi belakang, melangkah dengan hidung meningginya menuju ke muka pintu. 

Manakala lelaki si pemberitahu tadi, mata merenung sayu.  Dia tahu ada ceritera sedih yang berlabuh di redup pandangan Lara pada dirinya.

Sedangkan dia sendiri tidak tergagah lidah mahu berbicara, apatah lagi huluran tangannya.  Pada waktu sama, jasad berseragam hitamnya itu dalam pemerhatian meruncing si mata helang.

“Apa yang kau dok tercegat lagi di sini?”  Kata-kata berbunyi gelugot sedang memalu, gendang telinga mereka semua.

Kuluman senyuman nipis jejaka kacak, beriris hijau itu  hadiahkan dengan pandangan sinis dan tajam.

Sambil tangan kanan memperbetulkan kolar kemeja serta membutangkan kembali, agar tatu yang terpapar di dada tertutup.

Laju kepala terangguk-angguk, bak burung belatuk kala di sergah. Sebelum membontoti belakang jejaka berparas kosong tersebut.

Mata-mata yang lain yang juga, lengkap bersut hitam dengan kacamata hitam Aviator menyembunyikan panahan tajam masing-masing.

Sekali lagi, dia memintal untaian manik-manik bening.  Keharuan kembali mengisi dadanya, berkocakan serta hati tersayat pilu.

Keperitan yang jasad lesu itu alami, tidak sesakit sukmanya. Dia terpenjara!

“Kenapa kau buat aku begini?  Kenapa kau seksa aku? Baik kau bunuh saja aku!!!”  Sukmanya menangis pilu.  Jiwa terhiris dengan bilah-bilah hari yang terkurung.

Sedih yang terlalu sukar nak dihapuskan dari perasaan.  Hanya yang mengerti sahajalah yang dapat meneroka betapa hancurnya sekeping hati.

"Kenapa buat aku macam ini? Kenapa? Kenapa seksa aku macam ini?" Meratap kesedihan
seorang diri dengan menarik-narik rambutnya. 

Pedih sungguh hatinya. Sedang jiwanya meruntun hiba, dia cuba mekarkan semula bunga-bunga kegirangan namun senyumannya tidak dapat menutup mega mendung, yang memayungi paras berkudup bayu itu.

SEGARIS senyuman terukir di kanvas wajah kacaknya,  tatkala sepasang kaki bercelana hitam menjejak lantai bawah.  Beberapa orang pemuda berkulit hitam itu, juga turut mekar dengan bunga senyuman.

"Have a sit. Have a sit,”  Dia mempelawa dengan lontaran kata-kata bersira madu pada tetamu terhormatnya itu. 

Dua orang gadis lengkap dengan sut pembantu, hadir dengan dulang berisi gelas tinggi berkaki tirus, serta dua botol warna hijau dan salah-satunya merupakan minuman peram paling mahal.

Di sebelah luar pula,

Para pengikut tetamu, sedang memantau beberapa orang anak gadis yang dijadikan sebagai keldai dadah sindiket mereka, tanpa kembang-kembang  desa itu sedari.

Dan yang mana berkenan di hati, dara-dara sunti akan di suruh memasuki ke dalam bilik khas.   Mana yang berkeras, akan digunakan cara paksaan. Menendang juga sanggup.

Selain dara-dara pinggitan ceruk desa.  Ada beberapa lagi barangan baru bakal menjengah pasaran, selain senjata-senjata bermatakan peluru api.

JENUH dia cuba menelefon namun tetap tidak terjawab.  Gundah, resah dah  menjadi alunan lagu dalam jiwa tidak tentu-halanya itu. 

Berkali juga telefon bimbit yang tangannya sedang pegang itu, di tenung untuk memastikan nombor yang di dail itu betul.

 Ternyata ia betul tetapi mengapa masih tidak berjawab.  Dan dia semakin lemas dalam nafasnya sendiri.  Bola mata masih ralit pada nombor yang tertera.

“Angkatlah sayang telefon... Sampai hati sayangkan? Buat Lara begini?” Makin menyesak keluhan yang terhambur dari belahan bibir yang acapkali dia baham pinggirnya.

Berdebar parah emosi.  Nadanya bagaikan minta disimpatikan. Lemah dan tidak bertenaga.  Dia sudah tersandar lemah bila hatinya sudah tersadung resah.

Sementara itu...

Rasa bersalah menerpa fikirannya.  Bukannya dia tidak mahu mengangkatnya, tetapi dia terpaksa demi keselamatan dia sekeluarga. 

Masih berlegar-legar di pusat ingatan akan kata-kata berhujung racun, dari jejaka beriris kehijauan itu.  Ingatannya pada paras beranak mata kehijauan itu, tak pernah susut tanpa sisa.

Tikaman lidahnya amat mengerikan serta nadanya juga menikam-nikam seketul daging merahnya yang masih lagi boleh mengepam darah.

Dan sekiranya dia berdegil, kemungkinan daging itu juga turut menyepi tanpa sebarang pengepaman. 

Jika jasadnya sahaja yang membujur kaku masih tak mengapa lagi.  Bagaimana wajah-wajah yang ada dalam layar bayangan dia kini.  Dan dia ada seorang saudara bongsu perempuan.

Telefon meraung pinta diangkat dan sekali lagi,  pelupuk mata yang bergayutan dengan pawana mendung itu, meneduhkan tautannya tika ibu jarinya menyeret  ke arah gambar gagang merah.

Hela nafas panjang.  Pawana mendung yang bergayutan di pelipis mata, sudah mula ingin mengutuskan titis-titisnya.  Laju dia labuhkan terus pelupuk mata bayunya itu.

Kala dibayangi paras Lara.  Wanita itu tidak bersalah tetapi kenapa dia yang menjadi mangsa?

Badan yang menunduk semakin menunduk dengan jemari bertaut rapat.  Tanpa dia sedari, air mata mula tumpah dari tasik bundar setelah sedaya mungkin dia empangkan.

Lara... Nadanya menikam lagi jantungnya yang sudah menyendat.

“Lu ingat bro kalu nak selamat, jangan berani-berani buat hal lagi.  Dia sekarang sudah menjadi hakmilik Ghaz, bro and kau dah tak berhak.  Ghaz suami dia bro.  Ghazali suami Lara yang sah, tapi kau? Kau ingat bro, kalau kau ulang lagi... aku tak akan teragak-agak bunuh mak bapak kau.  Kau ingat bro!” 

“Argh, diamlah kau telefon!” pekiknya seakan tidak sedar telah membalingkan telefon bimbit itu ke lantai bumi.  Rambut dikusut-kusut. 

Minda dan sukma saling berdebat.  Sayup dan pilu pula menghambat perasaan.  Ada perlawanan di situ antara rasa cinta serta pengorbanan. 

Manakala di teratak agam yang terceruk balik bukit itu pula, menjadi pendengar setia pada nyanyian senandung resah seorang Larasati.

“Aku benar-benar cintakan kau sayang.  Kenapa kau sanggup serahkan aku, serahkan cinta aku pada dia? Kau tahu aku tak cintakan Ghaz tapi kau serahkan aku pada dia kenapa?  Kerana duit?”  

Bicara yang mencoretkan bisikan hati yang menangis tanpa menyedari ada tikaman lidah, yang dia sendiri tak pasti akan kebenarannya.

Irama daun pintu terbuka sudah bernada.  Paras yang merudum menekur permaidani, malas mahu memanggung kepala.   Malahan semakin  paras itu menunduk dengan menarik hingus agar naik semula dengan kuat. 

Memang dia sengaja berbuat demikian biar, biar Ghazali anggap dia selekeh.  Perempuan pengotor! 

Dia lebih rela.  Dari menjadi lubuk derita pemuas nafsu lelaki itu!

Ghazali terus  menarik pinggang dara sunti yang kelihatan takut-takut melangkah masuk ke dalam kamar mewah serta luas itu. 

Kot tuksedo sengaja Ghazali balingkan ke arah Lara,  lalu menyerkup kepala wanita malang itu. 

Gadis itu terus ditolak ke arah ranjang pengantin.   Dan Lara hanya mampu mengenggam buku lima, membaham belahan bibir yang penuh dengan warn ungu birunya dengan pelipis mata membirunya terlabuh,  kala terowong telinga  sudah  menangkap satu  bunyi. 

Bunyi yang amat menjijikkan!

Gadis itu terus ditolak ke arah ranjang pengantin.   Dan Kaseh hanya mampu mengenggam buku lima, membaham belahan ungu birunya dengan pelipis membirunya terlabuh,  kala terowong telinga  sudah  menangkap satu  bunyi.  Bunyi yang amat menjijikkan!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience