Episode 11

Adventure Series 25852

Episode 11 -eyka_aqua

waktu rehat, diatas bumbung sekolah.

"Jemput makan semua." serentak tiga sahabat mengucap.

"Eh? Arsh kau tak bawa korin kau ke?" tegur Las.

"Tak. Malas nak masak. Jadi aku beli roti daging kambing ni dekat pasaran demensi tadi." Jelas Arsh sambil mengunyah rotinya.

"Eh?! Mana boleh begitu Arsh! Awak sedang membesar! Awak kena makan banyak-banyak!" jerit kecil Sabrina.

"Bukak mulut cepat Arsh!" Sabrina menyua sudu yang penuh dengan nasi dan iton.

"Tak payahlah. Nanti kau tak kenyang." Arsh mengeleng kepalanya. Sebenarnya dia malu.

"Tak. Tak. Tak. Kenyang punya!" Sabrina melawan kata.

"Bukak mulut cepat! Saya suap!" kata Sabrina dengan bersungguh-sungguh.

"Tak mahu. Aku makan ni pun dah kenyang." Balas Arsh sambil mengeleng kepala sambil menunjuk buku roti daging kambing yang dibeli olehnya tadi.

"Tak! Awak tipu! Tadi senaman 4 jam mustahil awak kenyang dengan sebuku roti!" Sabrina masih tak berputus asa.

"Kenyang!"

"Tak kenyang!"

"Kenyang!"

"Tak! Awak tipu!"

"Aku tak tipu!"

Mereka masih berperang sedangkan Las makan tanpa menghiraukan mereka.

"Makan!"

"Tak apa! Aku tak nak!"

"Makan!"

Maka bermulalah aksi kejar mengejar diantara mereka. Las hanya menumpu perhatian pada makanan dia. Biarkan sahaja mereka begitu.

"Las tolong aku!" jerit Arsh apabila bajunya berjaya ditarik oleh Sabrina.

"Ermm?" Las mendongak.

"Sabrina, Arsh kata masakan kau tak sedap sebab tu dia tak nak." terang Las.

"Betul ke?" aura kesedihan menguasai Sabrina.

Sabrina hanya menandang bawah tetapi tangannya masih lagi kedudukan ingin menyuap Arsh.

"Eh?! Tak! Aku tak maksudkan begitu!" Arsh kelam kabut bila terlihat aura suram milik Sabrina.

"Ayok! Tak tayok! Arsh kau buat di sedih!" kata Las sambil mengoyang jari telunjuknya.

"Hok kau! Kau yang cakap merepek! Aku lak kena!" marah Arsh. Las hanya melemparkan senyuman kemenangan pada Arsh.

"Grr.. tak guna kau Las." Arsh bermonolog sambil melemparkan pandangan tak puas hati pada Las.

"Makanan saya tak sedap.. Maaf saya tak reti masak macam awak.." Semakin suram nada Sabrina. Sabrina menarik semula sudu tadi.

Arsh buntu apa perlu dia lakukan kerana dia tidak reti memujuk. Sabrina beralih ke belakang dan ingin kembali ke tempat duduknya terus bahunya di pegang oleh Arsh.

Tindakkan tersebut menyebabkan Sabrina mengalih pandangan kebelakang dan tanpa diduga Arsh mengapai tangannya yang masih memegang sudu yang masih bernasi dan berlauk itu ke dalam mulutnya. Degupan jantung Sabrina menjadi laju.

"Ermm.. Sedap.." Puji Arsh sambil mengalih pandangan dari wajah Sabrina yang menenungnya tanpa berkelip. Jantung Arsh turut berdegup kencang bila rapat dengan Sabrina begitu. Lalu Arsh menjarakkan diri.

"Kalau gitu! Kita kongsi!" Suara Sabrina kembali ceria.

"Eh? Tak habis lagi?" Kata Arsh cuba menutup malunya.

"Tak kira. Meh kita makan!" Sabrina menarik tangan Arsh ke tempat mereka menjamu selera tadi.

Sebaik sahaja mereka duduk. Terus suara halus milik Las berbisik di telinga Arsh.

"Seronok?" Usik Las.

"Banyaklah kau seronok!" Sangkal Arsh.

"Tapi wajah kau kata sebaliknya~" Las masih mengusik.

Terus Arsh melesing kepala Las. Las hanya ketawa.

Dihadapan koridor bilik guru..

"Cikgu Bess dekat bilik mana?" tanya Las.

"Kejap tengah tengoklah ni." jawab Arsh sambil leka memerhati papan kenyataan disitu.

"Dekat koridor hujung sekali. Dalam kata lain hujung simpang sanalah kan?" soal Arsh.

"Ntah. Jomlah pergi tengok."

Mereka beriringan melepasi semua bilik guru.

"Dasyat betul. Setiap guru ada bilik personal." kata Arsh dengan kagum.

"Kau tak tahu ke? Setiap bilik menunjukkan pangkat seorang guru.

"Maksud kau?"

"Nampak tak bintang pada setiap bilik?"

"Lagi banyak bintang lagi tinggi darjat." terang Las

"Guru dengan pelajar masing-masing mempunyai misi tersendiri." sambung Las.

"Cikgu-cikgu yang kena misi selalunya kelas AA atau misi kelas AAA bersama muridnya." sambung Las lagi.

"Banyak betul kau tahu." Duga Arsh.

"Kau tu yang tak tahu pape." Jawab Las dengan tenang.

"Tak tahu pape?" Arsh bermonolog.

Terasa sesuatu sedang bangun didalam badannya. Arsh memegang jantungnya.

"Arghh.. Sejuk! Sejuk! Sejuk!" Hati Arsh menjerit.

"Arsh?! kau ok tak?" Tegur Las.

"Ha? Ok ja. Tiba-tiba rasa sejuk semacam." Jawab Arsh.

"Mungkin sebab sihir penyejuk kot disini." Duga Las.

"Mungkinlah kot. Tak apalah abaikan. Dah, jom, nak sampai bilik cikgu Bess." Jawab Arsh, apabila ternampak tanda nama di sebelah pintu berhampiran dengan kedudukan mereka.

TOK! TOK! TOK!

"Masuk!" Pelawa cikgu Bess dari dalam.

"Maaf menganggu cikgu." Arsh membuka pintu.

"Oh korang. Masuk-masuk. Tutup pintu sekali dan jemput duduk." cikgu Bess menyilakan mereka masuk.

"Terima kasih cikgu." mereka mengucapkannya serentak.

Mereka perasan bilik cikgu Bess sangat kemas dan teratur cuma cikgu Bess selekeh.

"Jadi ada apa korang cari saya?" cikgu Bess mulakan bicara.

"Saya datang nak tanya pasal batu Pengenal kuasa saya yang cikgu pinjam tempoh hari." tanya Arsh tanpa berdalih.

Cikgu Bess terdiam sebentar dan mengeluarkan batu milik Arsh dari lacinya lalu menghulurnya semua ke Arsh.

"Terima kasih cikgu." ucap Arsh.

"Jadi saya pengguna elemen apa?" tanya Arsh kembali.

Cikgu Bess mendiamkan diri dan mengeluarkan batu milik Las dan meletaknya diatas meja.

"Arsh letak batu kamu disebelah batu Las." Arsh mengikut apa yang dipersuruhkan oleh cikgu Bess.

Batu milik Arsh bercahaya terang dan menghasilkan bayangan belian apabila batu miliknya berada disebelah batu milik Las. Mereka berdua terpegun.

Cikgu Bess memetik jari dan menghasilkan demensi lain.

"Demensi B?" tanya Las.

"Bukan. Ini adalah demensi A. Demensi dimana orang lain tak boleh masuk mahupun tembusi." Terang cikgu Bess.

"Walaupun dia mempunyai sihir aras tinggi. Dalam kata lain ni demensi peribadi." Sambung cikgu Bess.

"Jadi kenapa kita ada dekat sini? Adakah sesuatu yang tak boleh didengari oleh orang lain?" Tanya Arsh.

"Baiklah saya akan beritahu perkara sebenar." cikgu Bess mendiamkan diri seketika sebelum menarik nafas dan lepas.

"Saya terpaksa buka demensi A untuk pasti tiada siapa mendengar perbualan kita."

"Arsh! Kamu pengguna elemen Ais. Elemen kamu adalah elemen larangan." Terang cikgu Bess.

Mereka berdua hanya menumpu perhatian penuh pada penerangan seterusnya.

"Elemen ais tak boleh dibelajar oleh sesiapa mahupun apa. Maksud apa yang saya maksudkan adalah raksasa ataupun ahli sihir kegelapan."

"Elemen yang awak dapat ini akan dicemburui oleh mereka yang cuba mencuri atau mempelajari elemen tersebut."

"Kamu akan jadi sasaran seterusnya. Dari pandangan saya ahli sihir kegelapan sudah dapat agak kelahiran kamu. Jadi orang-orangnya sedang memerhatikan kamu. Cuma sedar tak sedar sahaja." Terang Cikgu Bess sambil melambung batu Arsh ke langit.

"Korang mesti tertanya kenapa elemen ais adalah elemen larangan. Ini terjadi kerana peristiwa 100 tahun dahulu dimana pengguna elemen Ais tersebut pernah menyalahgunakan kuasanya."

"Menyalahgunakan kuasa? Maksud cikgu?" sampuk Arsh.

"Dia penah mengelamkan planet ni dengan salji. Air membeku. Tanaman dan ternakan mati. Planet aqua ketika itu bagaikan planet mati. Penduduk hidup dalam kesusahan sehingga sukar mencari sumber makanan."

"Sejak hari itu, pengguna elemen Ais diarahkan dihukum mati." Cikgu Bess membuka cermin matanya. Matanya terhalang dengan rambut hadapan yang menutupi matanya,

"Selepas kejadian tu penduduk planet ini tidak mempunyai lagi kuasa elemen Ais. Secara tak langsung pihak Diraja mengistiharkan elemen Ais adalah elemen larangan."

"Selepas kejadian itu jugalah penduduk Planet ni mula menguasai teknologi graviti, alam dan perubatan. Tetapi mereka tetap tidak mengabaikan kuasa magis."

"Semakin mahir manusia dalam bidang teknologi semakin kurang penguasaan magis dalam diri mereka malah diantara mereka tidak tahu mengunakan sihir." Terang cikgu Bess sambil mengeluarkan tayangan apa yang berlaku selepas peristiwa 100 tahun dahulu.

"Mereka makin lupa apa itu magis sehinggakan pihak diraja mengadakan sekolah ini. Semua pelajar disini sudah di siasat secara terperinci."

"Sekejap cikgu!" Las menyampuk.

"Teruskan." Cikgu Bess membenarkan Las berbicara.

"Tak akan sebab tu elemen Ais diisghtiharkan elemen larangan?"

"Ya."

"Merepek!"

"Pengguna elemen Ais dianggap kejam bagi pengguna elemen lain. Ketika mereka mampu hidup dalam keadaan salji yang tebal tapi tidak pada pengguna elemen lain."

"Salji mampu menengelamkan elemen lain walaupun itu elemen kegelapan ataupun elemen api. Sebab ketika itu mana-mana sihir tak dapat diaktifkan dengan mudah. Dalam bahasa mudah pengguna elemen selain ais tak boleh guna aktifkan sihir mereka." Terang cikgu Bess terperinci.

Mereka mengangguk faham apa yang dibicara oleh cikgu Bess.

"Disebab seluruh pengguna elemen Ais dihukum bunuh.. Tapi masih ada yang berjaya diselamatkan."

"Diselamatkan?"

"Ya."

"Maksudnya?! Ayah saya?"

"Ya. Ayah kamu. Hanya Ayah kamu."

"Jadi adik saya pengguna elemen ais jugak?" tanya Arsh

"Tak semestinya." jawab cikgu Bess.

"Maksud cikgu?"

"Tidak semua ahli keluarga pengguna elemen Ais adalah pengguna elemen ais. " Terang cikgu Bess.

"Lebih mudah difahami jika kita ambik contoh proses pembahagian gen." terang Cikgu Bess dengan lebih jelas.

Cikgu Bess menunjukkan proses tersebut dengan teknologi komputer graviti miliknya.

"Andaikata ibu kamu pengguna elemen api. Peratus untuk mendapat anak elemen ais adalah 50%, 50% pula adalah elemen api."

“Ohhhh~” Arsh mengangguk. Penerangan lebih mudah jika diterangkan dalam istilah sains.

"...Urmm..Lagi satu mak kamu pengguna elemen kegelapan..." kata-kata cikgu Bess tersangkut ditengah jalan apabila Arsh menyampuk.

"Kegelapan?? Kenapa saya tak tahu?!" tanya Arsh dengan keliru.

"Ini sebab kamu hilang ingatan kan?"

"Mana cikgu tahu?"

"Saya dah siasat latar belakang pelajar saya dengan teliti."

"Oh. Faham."

"Tapi saya ingatkan pengguna elemen kegelapan adalah elemen berbahaya kelas atasan."

"Tapi melalui pengiraan saya. Kamu juga pengguna elemen kegelapan."

Mereka terkejut.

"Sejak dulu elemen ais dengan kegelapan tak boleh berganding."

"Tapi sebab cinta tak boleh nak buat apa." cikgu Bess mengusik.

bersambung..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience