BAB 15: Masak..

Drama Series 28608

Dua beg besar dimasukkan ke dalam kereta oleh Shahir. Peluh menitis di dahinya. Cuaca pada hari itu memang panas.

" Nanti dah duduk rumah baru nanti jangan lupa balik sini. " kata Dato' Rohan sambil tersenyum nipis.

Fatin hanya mengangguk kecil sambil menyalam tangan tua milik Dato' Rohan itu. Mulutnya berkunci tidak berkata. Sebenarnya Fatin sedang bergelut menahan perasaan sebak. Takut kalau terlepas banjir pulak satu Malaysia ni.

" Mestilah kitaorang balik sini kalau tak nanti ada orang merajuk pulak." kata Shahir.

Shahir menyalam Dato' Rohan. Fatin yang mendengar menjeling Shahir. Shahir tersenyum sinis. Dato' Rohan hanya tersenyum melihat gelagat mereka.

Fatin masuk ke dalam kereta dengan pantas. Pintu dihempas kuat menyebabkan Shahir menoleh. Dia mengeluh perlahan sebelum masuk ke dalam kereta.

" Kitaorang pergi dulu ya Pa." kata Shahir.

Dato' Rohan mengangguk sambil tersenyum lebar.

Kereta Honda kelabu itu pun meluncur keluar daripada perkarangan rumah Dato' Rohan. Mata Dato' Rohan melekat daripada kereta itu sehinggalah bayangannya hilang daripada pandangan Dato' Rohan. Dato' Rohan mengeluh sendiri.

" Dah besar dah anak Papa." kata Dato' Rohan sambil tersenyum kecil.

Dato' Rohan pun melangkah masuk ke dalam rumah.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Mata Fatin masih tertutup rapat walaupun mereka sudah sampai di rumah baru mereka. Shahir menoleh. Perjalanan mereka hanyalah dua puluh minit tetapi sudah tidur macam perjalanan satu jam. Shahir terketawa kecil. Wajah Fatin ditilik semahunya tanpa jemu. Tiba-tiba tangannya bergerak menggelus perlahan pipi tembam kemerah-merahan itu. Hangat. Itu yang dirasakan Shahir.

Fatin mula terjaga. Tangan Shahir terus hilang serta merta dari tempat ia berada tadi. Fatin menggosok matanya dalam keadaan yang masih mamai. Shahir berdehem.

" Kita dah sampai." kata Shahir.

Shahir terus keluar daripada kereta sambil menghempas pintu keretanya. Fatin tersentak namun masih mamai. Fatin keluar daripada kereta dan menuju masuk ke dalam rumah.

Sofa yang selesa itu tempat pertama yang dituju. Badannya dilabuhkan di atas sofa. Matanya mula terlelap.

Shahir mengangkut semua beg yang ada di dalam kereta itu masuk ke dalam rumah. Dia mendengus perlahan. Bukan main penat dia angkat beg-beg ni Fatin boleh pulak membongkang di atas sofa itu. Shahir meletakkan beg-beg itu. Dia menuju ke arah Fatin. Comel. Shahir ketawa kecil. Kepala Fatin diluku manja. Fatin terjaga. Kepalanya digosok. Matanya menjeling ke arah Shahir. Shahir tersenyum nakal.

" Awak ni! Dah kenapa main kepala orang?!" pekik Fatin.

Shahir tergelak. Fatin membuat muka.

" Kejap lagi aku nak keluar sekejap. Nanti kau pergi angkat beg-beg tu naik atas." kata Shahir sambil menuding jari ke arah beg-beg yang besar itu.

Fatin tercengang. Takkanlah dia seorang nak angkat beg-beg yang besar lagikan berat itu.

" What?! Takkanlah sa.."

" Shh.. Lepastu aku nak kau masak untuk aku. Faham?!" arah Shahir.

Sekali lagi mulut Fatin terlopong. Masak? Nak masak?

Selama ni Mak Senah yang sediakan semuanya. Apa yang dia tahu makan jerr.. Kalau dia masak pun apa yang dia tahu masak hanyalah makanan segera..

" Faham tak?!" kata Shahir.

Fatin yang terkejut mengangguk laju. Shahir tersenyum sinis.

" Dah aku nak keluar. Bye." kata Shahir.

Tiba-tiba kepalanya didekatkan di telinga Fatin. Fatin tersentak. Fatin bergerak ke belakang sedikit.

" I will wait for you.." bisik Shahir.

Sungguh suara garau Shahir menusuk ke sanubarinya membuatkan dia kaku. Shahir pun berlalu pergi meninggalkan Fatin yang terkaku di situ.

Fatin menggeleng laju untuk keluar daripada lamunannya.

" Aduh. Macam mana aku nak masak ni?" keluh Fatin.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Fatin memusing-musingkan tangannya yang lenguh dek kerana mengangkat beg-beg itu tadi. Dia melabuhkan punggungnya ke sofa. Keluhan dalam keluar dari mulutnya. Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu. Matanya terarah ke arah dapur. Dia mengeluh lagi.

Kakinya melangkah menuju ke dapur. Kuali direnung kosong.

" Now. It's time to cook." kata Fatin.

Tangannya membuka peti ais. Banyak juga barang yang ada. Dia pun melihat list barang dalam resepi yang dia cari di internet tadi.

" Ok. Barang yang pertama.. Ayam." kata Fatin.

Dia pun mengeluarkan ayam itu.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Setelah setengah jam memilih bahan. Akhirnya Fatin memegang pisau. Dia melihat betapa tajamnya pisau yang berkilat itu.

" Alright. Jom masak!" pekik Fatin.

Namun baru satu potongan pisau tersebut telah terkena jari Fatin.

" Argh!" jerit Fatin perlahan.

Darah mengalir keluar daripada jarinya. Matanya terbeliak. Peluhnya mencurah keluar. Nafasnya melaju. Tangannya menggigil.

" Ahh!!"
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Shahir yang baru sahaja sampai ke rumah membuka pintu. Namun tiba-tiba jeritan kedengaran. Dia terkejut.

" Fatin."

Kakinya terus berlari menuju ke arah dapur.

BERSAMBUNG..

LAGU: I WANT YOU TO LOVE ME
Dimainkan..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience