LELAKI itu mengeliatkan seluruh tubuhnya, matanya itu pula digosok-gosok. Pandangannya itu jatuh ke arah tingkap yang sudah terang-benderang saat ini. Penat betul semalam! Penat kemas rumah dan penat melayan karenah Sophia yang meminta dirinya untuk membawa ke kedai ais-krim malam-malam buta tadi.
Nasib baiklah kedai serbaneka 7E buka 24 jam kalau tidak, haihh faham-faham je lah perangai Sophia Hardina itu bagaimana.
Satu bau mulai menusuk ke rongga hidungnya tika ini, satu bau! ya bau hangit!
" Ehh bau apa pulak ni " kelam-kabut lelaki itu bangun daripada katil dan mengatur langkah dengan pantas untuk turun ke bawah.
Sebaik sahaja tiba di dapur, mahu tertawa terbahak-bahak sahaja lelaki itu saat ini apabila melihat Sophia yang sedang memakai apron bersama di tangan memegang loyang yang isinya kek hitam.
" Hahahahahah " bergema tawa lelaki itu dalam banglo yang hanya tinggal Sophia dan dirinya di situ.
" Hishh! awak! kenapa kek ni tak jadi? saya dah ikut dah step by step.. saya rasa oven ni rosaklah kita kena beli baru " ujar Sophia bersungguh-sungguh.
Areeq terus mengatur langkah kakinya itu ke arah isterinya, loyang yang berisi kek yang sudah rentung di ambil dan di letakkan di singki. Tisu yang berada tidak jauh dengannya itu pula di ambil, dan di lap wajah Sophia yang comot akibat terkena tepung sehingga kan kulit telur pun ada!
Haihh pelik!
" Sayang saya ni nak buat kek apa? cuba bagitau mana tahu saya tahu " ujar Areeq sambil memegang bahu isterinya itu.
" Kek red velvet, saya teringin lah tapi tu lah tak jadi.. haihh " keluhnya.
" Alaaa, kek red velvet? senang je dah awak pergi duduk dekat sana.. " arah lelaki itu.
Sophia mengangguk.
" Saya pergi mandi, tukar baju sekejap nanti saya turun balik ya? "
" Okey "
Areeq terus mengatur langkah kakinya untuk naik ke atas, sebelum dia memasak haruslah dia mandi dulu!
SETELAH sekian lama menunggu lelaki itu, bunyi hentakan meja itu mengejutkan Sophia yang sudah terlena di meja makan. Sebaik sahaja matanya itu di buka, terkejutnya melihat kek red velvet kini berada di hadapannya.
" Hah, makanlah.. " jemput lelaki itu sambil menarik kerusi yang berhadapan dengan Sophia.
Sophia mengangguk berkali-kali, terus wanita itu mengambil piring dan pisau untuk memotong kek. Tersenyum Areeq saat ini melihat wanita itu yang terlalu gembira melihat makanan yang berada di hadapannya saat ini. Nikmat dunia lah katakan..
" Ermmm sedapnya!!! " ujarnya.
" Awak ni pandai betul lah masak, nanti boleh lah ajar saya.. saya ni masak Maggi je reti itu pun kadang-kadang tak cukup air ataupun terlebih air " beritahu wanita itu sambil mengunyah kek yang berada di dalam mulutnya.
" Haipp, waktu makan jangan bercakap.. kang tercekik masuk hospital kang hari ni sebab tercekik kek red velvet "
Sophia tersengih.
" Sebernanya saya nak masak kek ni untuk awak, tapi tu lah.. jadi kek rentung pulak kalau sedap tak per... Ni pahit " beritahu Sophia.
Areeq senyum.
" Yer ker, tak per lah awak tak reti lagi kan? nanti dah belajar boleh lah tu.. "
" Hah kann, mesti boleh punya lepastu saya akan kalahkan awak! " ujar Sophia sambil menggenggam genggamannya itu.
Areeq hanya tersenyum dan mengangguk sahaja mendengar tutur kata isterinya itu.
" Saya kena pergi kerja lepas ni, nanti kalau lapar awak telefon saya, nanti saya oder makanan suruh hantar sini " ujar lelaki itu.
" Kerja? aikk dah start kerja ke awak kan boss tak payah pergi kerja pun tak per " ujar Sophia selamba.
" Mana boleh macam tu, bankrup lah company saya kalau saya ada boss macam awak tahu tak Sophia "
" Elehh, orang bagi cadangan je.. pergilah jangan risau pasal saya "
" Okeylah awak makan ya? saya nak bersiap dan pergi kerja terus.. " sebelum lelaki itu beredar kepala wanita itu di usap perlahan.
Sophia hanya senyum, kenapa ada satu perasaan yang dia tidak pernah rasa selama ini? Pandangannya itu di kerlingkan ke arah Areeq yang sedang menaiki tangga itu tanpa sedar bibir mengukir senyuman memandang ke arah lelaki itu.
RUMAH agam mewah itu yang tadi riuh-rendah suaranya bersembang bersama suaminya itu kini hanyalah tinggalnya sendirian di rumah besar itu. Pandangannya itu di jatuhkan ke arah bingkai gambar perkahwinannya bersama dengan Areeq yang terlekat di dinding itu.
" Haishh, sebenarnya kan Areeq ni hensem jugak walaupun dah tua.. uishhh ni kalau dia dengar aku kata dia tua memang tak dapat makan seminggu aku.. " gelaknya sendiri.
TING !
Bunyi pesanan yang masuk di telefon bimbitnya itu menyedarkan lamunannya itu, terus telefon di capai dan melihat nama Areeq yang tertera.
AREEQ : Awak okey tak tu? lapar ke?
Sophia menggeleng sendiri membaca pesanan yang di hantar oleh suaminya itu, baru sahaja keluar tak sampai 10 minit dah mesej haihhh dia ingat aku tak reti jaga diri ke apa?
SOPHIA : saya okey lah, kan saya baru je makan tadi. Kalau saya lapar saya bagitahu awak ya.. :)
telefon bimbitnya itu terus di letakkan di tepi, terus Sophia merebahkan badannya itu di sofa siling kosong di atas itu diperhati lama..Bosan! Boring! itu lah yang sedang wanita itu rasakan tika ini.
" Haishh, nak buat apa lah sorang-sorang dalam rumah ni? " soalnya sendiri.
Sophia terus bangun daripada posisi baring itu tadi, badannya itu di sandarkan di kepala sofa. Sophia terus bangun daripada kerusi yang sedang wanita itu duduk dan mengatur langkah kakinya ke luar rumah.
Sophia terus membuka pintu, dan berdiri memandang peti surat yang berada di hadapannya itu.
" Haishh si Areeq ni kan bukan nak cek surat sampai terkeluar-keluar suratnya punn " keluhnya sendiri.
Terus Sophia membawa keluar kesemua surat yang berada di dalam peti suara tersebut, kakinya terus mengatur langkah masuk ke rumah semula sambil di tangan membelek-belek surat yang berada di tangan.
" Surat kerja, surat bank, surat bla.. bla.. bla.. bla.. surat sambung belajar.. " ayatnya mati sendiri.
" Hah? surat sambung belajar? " soalnya sendiri surat-surat kepunyaan lelaki itu terus Sophia meletakkan di atas meja.
Sophia terus melabuhkan duduknya di kerusi, bibirnya sudah menguntum senyuman apabila melihat namanya yang tertera di surat tersebut.
KRING ! KRING ! KRING !
BUNYI telefon bimbit Puan Kamariah itu mengejutkan dirinya yang sedang menonton televisyen itu, melihat nama Sophia yang tertera senyuman mulai mengukir rindu sungguh dia dengan anak manja nya itu.
" Assalamualaikum mama, mama Sophia ada hal penting nak cakap dengan mama " suara wanita itu terdengar ceria.
" Waalaikumussalam, waaa happynya dah kenapa ni? " Puan Kamariah menyandarkan belakangnya itu di kepala sofa.
" Guess what! "
" Kamu dengan Areeq nak pergi honeymoon ke? " Soal Puan Kamariah.
Nak terhenti degup jantung Sophia saat ini sebaik sahaja mendengar kata-kata Puan Kamariah. What Honeymoon? memang tidaklah soal itu? bukan ini masanya!
" Lahh, habistu pasal apa.. "
" Sophia dapat surat tawaran belajar, mama tahu kan dah lama Sophia tunggu saat ni " Luah anak gadisnya itu.
Puan Kamariah mendiamkan diri di hujung talian entah saat ini dia terbayang wajah menantunya itu. Dah lah mereka baru sahaja berkahwin.
" Maa.. , mama dengar tak apa Sophia cakap tadi.. " ujar Sophia di talian.
" Sophia, Sophia tahu kan apa status Sophia sekarang.. mama tak rasa Areeq akan bagi Sophia pergi "
Sophia tertawa di hujung talian.
" Hahaha, mama ni Areeq tu mestilah dia bagi. Takkan dia tak bagi, dia tu sanggup buat apa je untuk Sophia lagipun dia sayang Sophia. Bak kata orang "
" Cinta tu kan perlukan pergobanan, lagipun kalau Areeq tak bagi. Sophia tetap akan pergi walaupun Areeq tak setuju " Jelasnya.
Puan Kamariah melepaskan keluhan perlahan, mendengar kata-kata selamba daripada anaknya itu.
" Sophia kalau Areeq tak bagi pergi, jangan Sophia nak pergi yaa.. hormat sikit Areeq tu dia suami kamu " pesan Puan Kamariah.
" Haishh, dah lah maaa.. orang letak telefon dulu bye assalamualaikum " terus Sophia meletakkan telefon bimbitnya itu di tepi.
Badannya itu perlahan-lahan di rebah kan di sofa, pasu yang berada di hadapannya itu di tatap agak lama.
" Hurmmm, tak mungkinlah Areeq tak bagi aku pergi. Of course, dia akan bagi Areeq kan baik hehehe " wanita itu tertawa sendiri.
BUNYI kereta yang di dengar olehnya itu, membuat Sophia yang sedang duduk di kerusi itu kelam-kabut berlari ke arah pintu untuk membuka pintu tersebut.
Belum sempat Areeq ingin menyentuh tombol pintu, tombol pintu terbuka terlebih dahulu. Terkejut lelaki itu sebaik sahaja pintu itu di buka kelihatan Sophia berada di hadapannya itu sambil mengukir senyuman.
" Ehh, awak ni terkejut saya dah kenapa ni senyum-senyum " soal lelaki itu terus kakinya mengatur langkah ke arah sofa dan di labuhkan duduknya itu.
Sophia terus menutup pintu semula, dan mengatur langkah kakinya ke arah Areeq dan melabuhkan duduknya di sebelah lelaki itu.
" Waa kemas rumah, pandai rupanya awak kemas macam ni lah isteri yang baik dan rajin baru semua orang sayang " ujar lelaki itu.
" Eheheh, ermmm hari ni macam mana semuanya okey tak? penat? "
" Penat lah jugak, penat melayan perangai manusia yang bermacam-macam ragam "
Surat yang berada di tangannya itu di hulurkan kepada lelaki itu, Areeq hairan melihat wanita itu tiba-tiba sahaja menghulurkan sepucuk surat ke arahnya.
" Surat apa ni? " Soal Areeq perlahan-lahan lelaki itu membuka dan di baca satu persatu perkataan yang tertulis di atas kertas tersebut.
" Surat sambung belajar, saya bagi pada awak ni bukan nak mintak izin awak just saya nak bagitahu pada awak.. " tutur Sophia sambil senyum.
Areeq meletakkan surat itu di tepi, kini dia memandang ke arah isterinya itu.
" Awak nak pergi? "
" Mestilah saya nak pergi, saya dah tunggu saat ni sangat lama.. and lagipun sekejap je cuma 5 tahun pejam celik pejam celik dah 5 tahun.. " Jelas Sophia lagi.
Sophia perasan wajah suaminya itu berubah sebaik mendengar kata-katanya itu, tetapi dia tidak kisah! Dia hendak pergi juga.
" No.. awak tak boleh pergi, kenapa tak boleh belajar dekat sini? dekat Malaysia ni banyak universiti yang bagus awak boleh apply Sophia.. not this " ujar Areeq sambil menunjukkan surat sambung belajar itu.
Sophia menjeling geram.
" Boleh tak awak jangan buat benda kecik jadi rumit, I don't care if saya cakap saya nak pergi maksudnya saya nak pergi! " Suara Sophia agak tinggi sedikit.
Geram dia dengan lelaki itu, apabila lelaki itu tidak memberinya untuk pergi ke luar negara buat sambung belajar.
" Lagipun saya pergi sana bukan nak berfoya-foya tau,saya nak belajar.. awak faham tak? "
" I said no Sophia Hardina, awak boleh tak dengar cakap saya.. saya ni suami awak, kalau saya cakap tak boleh maksudnya tak boleh! " Tegas Areeq.
" Saya tak izinkan awak pergi full stop! " Lelaki itu terus bangun dari sofa yang dia duduk itu tadi dan mengatur langkah kakinya naik ke bilik.
" Areeq! Areeq! saya tetap akan pergi awak dengar tak ni! saya tetap akan pergi! " ujarnya lagi.
AREEQ yang sedang baring di katil itu, memandang siling yang kosong itu. Bunyi pintu bilik dibuka itu menyedarkan lamunan jauhnya itu kelihatan Sophia berada di muka pintu dengan wajah masam mencuka.
Sophia terus mencapai bantal dan juga selimut yang berada di atas katil itu, sebaik kakinya ingin mengatur langkah beredar lengan wanita itu di tarik oleh Areeq sehingga langkah kaki wanita itu terhenti.
" Nak pergi mana? tidurlah sini.. tak per biar saya tidur luar kalau awak tak nak tidur dengan saya " ujar Areeq perlahan.
Sophia menarik lengannya itu dengan kasar, dia menjeling tajam ke arah lelaki itu.
" Tak payah, ni kan rumah awak.. tuan rumah mestilah kena tempat yang selesa " Sindir Sophia.
Areeq mengeluh perlahan, Areeq terus bangun daripada katil yang sedang dia duduki itu. Kini lelaki itu berdiri di hadapan Sophia sambil memegang bahu isterinya itu.
" Kalau awak pergi, awak memang tak sayangkan hubungan ni Sophia.. " tutur lelaki itu.
Sophia memandang ke arah lelaki itu.
" Awak masih nak pergi? walaupun saya tak izinkan Sophia? " soal Areeq perlahan.
" Yes! saya tetap akan pergi walaupun awak tak izinkan boleh tak kali ni je awak cuba faham saya Areeq. Ini impian saya, cita-cita saya awak sepatutnya suami saya support saya "
" Bukan dengan perangai macam ni, haihhh penatlah saya cakap dengan awak. Kalau saya cakap dengan awak pun bukan awak faham saya pun buat penat saya je.. " Sophia terus mengatur langkah kakinya keluar meluru daripada bilik lelaki itu.
Areeq perlahan-lahan melabuhkan duduknya di katil, rambutnya itu di raup ke belakang dengan kasar.
PUAN KAMARIAH melepaskan keluhan perlahan dengan kedegilan anaknya itu, kini wanita yang berusia 50 an itu melabuhkan duduknya di sebelah anaknya Sophia.
" Mama dah kata kan, Areeq tak bagi Sophia pergi. If Areeq tak bagi maksudnya tak boleh faham tak.. jangan buat perangai lah Sophia " marah Puan Kamariah.
Sophia merengus kasar.
" Mama ni sama je lah dengan Areeq tu, langsung tak faham keinginan Sophia.. lagipun Sophia bukan stay sana selama-lamanya lepas habis belajar Sophia balik lah sini bukan Sophia tak balik! " Sophia geram.
" No! I say no Sophia boleh tak kamu hormat Areeq tu! dia suami kamu! kamu kena ikut cakap dia bukan dia kena ikut cakap kamu! " Suara Puan Kamariah meninggi sedikit.
Sophia menyilangkan tangannya itu, terus dia mencapai tas tangannya itu dan mengatur langkah kakinya keluar daripada rumah milik keluarganya itu malas dia ingin berlama-lama di situ!
" Sophia! Sophia! " Panggil Puan Kamariah tetapi anak gadisnya itu hanya mengendahkan sahaja panggilan daripada ibunya itu.
" Keras kepala betul! " degus Puan Kamariah.
" UISHH pergi Amerika? bukan ke korang baru je kahwin takkan nak berpisah dah? " ujar Naim yang terkejut dengan berita yang di sampaikan oleh kawan baiknya itu.
Areeq mengangguk perlahan.
" Macam tak der tempat lain dia nak belajar, tapi dia cakap dengan aku yang dia tetap akan pergi walaupun aku tak izinkan "
Naim sungguh terkejut! Sanggup Sophia melakukan semua itu demi itu mengejar cita-citanya.
" Aku tak pernah larang dia untuk sambung belajar Naim, cuma jangan pergi tempat jauh.. dekat Malaysia ni banyak universiti yang terbaik.. "
" Tu lah kan, dia nak enjoy pun iyer jugak sebenarnya kan... " Naim pun sudah masak dengan perangai Sophia Hardina.
Areeq hanya diam.
" Tapi aku rasa dia takkan pergi, tak mungkin dia akan tinggalkan aku macam tu jer.. aku kenal Sophia macam mana.. ya dia memang keras kepala, degil but I know dia takkan buat macam tu percayalah.. " ujar Areeq yakin.
" Tapi kalau dia buat jugak? apa kau rasa? "
" Entah.., mungkin semuanya akan berubah.. tapi tak lah Sophia takkan buat macam tu "
Naim hanya mampu mengeluh, dia tidak mahulah cakap banyak berkenaan rumah tangga orang nantikan di katakan sibuk pula.
Mug yang berada di hadapannya itu di capai, di pegang badan mug itu untuk menghangatkan tangannya itu.
NATALIA membantah sekeras-kerasnya sebaik sahaja mendengar kata-kata kawan baiknya itu membuatkan naik darahnya, dalam masa yang sama dia turut kesian dengan Areeq.
" kau ni dah kenapa Sophia, kau nak tinggalkan suami kau dekat sini? kau biar betul? " Soal Natalia tidak berpuas hati.
" Ishh kau ni, aku bukan berpisah dengan dia ke apa.. aku pergi sekejap je lah " ujar Sophia lagi.
" Sekejap kau kata? 5 tahun Sophia dalam masa 5 tahun tu kita tak tahu tau apa akan jadi "
Sophia merengus kasar.
" Kenapa semua orang tak setuju dengan keputusan aku ehh, susah sangat ke korang nak cuba faham aku.. tak habis-habis fikir pasal Areeq! Habistu pasal aku siapa nak fikir! "
" Bukan macam tu Sophia, kau tu isteri orang mana boleh kau buat perangai lama kau balik.. kalau aku jadi suami kau pun, aku takkan bagi isteri aku pergi jauh dari aku.. " ujar wanita itu.
" What ever, aku tetap akan pergi! tu impian aku. kau tahu kan lia aku dah lama tunggu saat ni.. takkan kau pun nak salahkan aku "
Natalia hanya mampu mendiamkan diri, tidak tahu apa lagi yang harus dia katakan pada kawan baiknya itu lagi.
" Kau fikirlah baik-baik Sophia, aku cuma tak nak kau menyesal di kemudian hari.. jangan sampai perkara yang kau tak nak terjadi ia terjadi aku ni mampu pesan je.. "
" Nak jadi apa? takkan jadi apa-apa lah " Sophia masih lagi berkeras.
Itulah Sophia Hardina sangat keras kepala tiada siapa akan dapat menghalang jika wanita itu masih berkeras ingin pergi!
AREEQ memandang jam di telefon bimbitnya itu, jam sudah menunjukkan pukul 11 malam namun batang hidung isterinya itu masih belum juga kelihatan. Sudah puas lelaki itu mendail nombor telefon milik Sophia itu tetapi tidak mengangkat.
" Haihhh, mana dia ni.. " keluhnya.
Lelaki itu merebahkan tubuhnya di katil, tanpa lelaki itu sedar dia sudah terlena.. kerana terlalu penat yang melampau membuatkan lelaki itu terlena..
Perlahan-lahan pintu bilik itu di tolak, setiba sahaja Sophia di muka pintu. Jam di telefon bimbitnya itu di lihat jam menunjukkan pukul 1 pagi.
Perlahan-lahan Sophia melabuhkan duduknya di katil, wanita itu mengerling ke arah Areeq yang sudah terlena di buai mimpi itu. Perlahan-lahan wanita itu mengangkat tangannya itu dan di usap perlahan rambut lelaki itu.
" Saya kena pergi jugak Areeq demi kebaikan dan kebahagiaan saya, iam sorry Areeq.. " ujarnya perlahan.
LELAKI itu mengeliatkan seluruh tubuhnya itu, matanya itu di gosok-gosok beberapa kali. Tangannya itu di raba-raba di sebelah, kosong! Terus lelaki itu perlahan-lahan membuka matanya itu sebaik sahaja matanya itu di buka dia hairan melihat Sophia tiada di sebelahnya.
" Dia tak balik lagi ke? " soalnya sendiri.
Telefon bimbit yang berada di almari lampu itu di ambil, untuk melihat jam di telefon. Nama isterinya tertera di telefon bimbit kerana telah menghantar pesanan.
SOPHIA : Assalamualaikum, saya minta maaf Areeq. Satu tahu perkara yang saya lakukan ni akan buatkan awak terguris.. saya minta maaf, saya kena pergi juga untuk masa depan saya. Tapi saya janji dengan awak yang saya akan kembali..
Nak terkeluar biji matanya saat ini membaca pesanan yang di hantar oleh isterinya itu, kelam-kabut lelaki itu bangun daripada katil kunci kereta yang berada di dalam laci itu di ambil dan kelam-kabut kakinya mengatur langkah turun ke bawah dan terus meluru ke arah garaj dan masuk ke dalam perut kereta.
Sebaik sahaja pedal minyak itu di tekan, terus lelaki itu memandu dengan laju. Dia tidak sanggup berpisah dengan wanita itu! Bagaimana dengan 5 tahun, dia tidak sanggup berpisah bersama dengan wanita itu selama 5 tahun.
SETIBA sahaja lelaki itu di lapangan terbang, kelam-kabut lelaki itu keluar daripada perut kereta dan meluru dengan pantas masuk ke dalam lapangan terbang itu. Kini dia memandang sekeliling untuk mencari kelibat isterinya itu.
Telefon bimbitnya itu di buka, dan di dail nombor wanita itu berkali-kali namun wanita itu menolak panggilan daripadanya itu.
" Ya Allah, angkatlah Sophia.. " keluhnya.
Sedang lelaki itu memandang sekeliling saat ini, anak matanya itu terhenti apabila dia melihat Sophia kini berada di hadapannya yang sedang menyerahkan pasportnya itu kepada pengawai di situ.
" Sophia! Sophia Hardina! " Jeritnya.
Sophia yang seakan mendengar seseorang memanggilnya itu membuatkan wanita itu memalingkan wajahnya itu ke belakang, terkejut dia melihat Areeq kini berada di hadapannya. Walaupun dengan jarak yang jauh, Sophia tahu itu Areeq...
" Areeq? " nama itu meniti di bibirnya.
Sebaik sahaja Areeq ingin mengatur langkah kakinya itu ke arah wanita itu, langkah kakinya itu terhenti. Apabila melihat Sophia yang terus mengatur langkah kakinya dan menarik beg bagasinya itu dengan kelam-kabut masuk ke balai pelepasan.
" Sophia! Sophia!!! jangan pergi! " Jerit lelaki itu.
Sophia malah hanya mengendahkan sahaja panggilan daripada lelaki itu, langsung dia tidak menoleh ke belakang walaupun sekali.
" Sophia Hardina! " Panggil lelaki itu lagi.
Telefon bimbit yang berada di tangan lelaki itu perlahan-lahan jatuh ke lantai, kini lelaki itu berdiri terkaku di tengah-tengah kawasan lapangan terbang saat ini..
" Ya.. dia pergi.. "
Dan.. di sinilah mengubah segala-galanya...
Konflik akan datanggg
Share this novel
Org yg kuat sabarnya akan dapat menjalani kehidupan dengan tabah