Bunyi muzik di tahap maksimum. Kalau bercakap biasa memang tidak akan dengar di suasana itu. Mesti meninggikan suara untuk berbual dalam suasana bising itu. Tin-tin minuman keras berterabur di atas lantai. Khairil menapak masuk ke dalam rumahnya. Dirinya terkejut memandang kawan yang tengah melayan perasaan di ruang tamu itu.
“Cha, apa ni? Kau tak pernah minum minuman keras sebelum ini. Kenapa tiba-tiba jadi macam ni?”
Adam diam membisu. Minum keras yang berbaki di dalam tin itu meneguk tanpa menghiraukan kedatangan kawannya. Khairil mencapai alat kawalan jauh lalu menutupkan televisyen.
“Adam, aku tanya kau! Kenapa dengan kau? Tiba-tiba ada perangai baru ni.” Khairil masih ingat perbualan pertama bersama Adam di kelabnya.
“Cha, nak minum?” bertanya Khairil sambil memesan air keras di kaunter airnya.
“Tak cha. Aku tak minum minuman keras. Aku nak jus oren je.” balas Adam.
Perbualan itu diimbas kembali. Dulu kawannya seperti itu. Kenapa sekarang dia minum minuman keras itu? Bukan di kelab malam, tetapi di rumah.
“Cha, aku tanya ni. Jawablah !” jerkah Khairil.
“Diam lah kau! Suka hati aku lah nak minum ke, nak ambil dadah ke. Yang kau sibuk ni apasal?” jerkah Adam. Kolar baju Khairil ditarik dan tangannya mengepal untuk menumbuk muka Khairil yang berdiri di hadapannya. Nasib baik Khairil sedar akan perbuatan kawannya. Sempat mengelak dari mengena penumbuk Adam.
“Adam, cool down. What happened to you?” Khairil cuba merungkai pegangan Adam pada kolar bajunya.
“Aku jadi macam ni sebab Sofi! She made me like this!” Adam menggosok kepalanya. Serabut lagi rambut yang sederhana panjang itu.
“Cha, kau kena ingat. Kau dengan Sofi tak dapat bersatu. She is not worth for you Adam.” nasihat Khairil.
“No Khairil. Apa-apa pun jadi aku akan pastikan dia jadi milik aku. Milik aku seorang sahaja!”
“Cha, kau cuba ingat mak dengan ayah kau. Apa perasaan mereka kalau mereka tahu yang kau minum, kejar perempuan yang sombong berlagak. Perempuan yang langsung tak hormat kau. She treats you like a man does not have value cha. Dia dengan kau tak ada jodoh Adam. Kau fahamkan itu dulu.”
“Kau jangan stres aku lagi. Kau jangan cuba ubahkan fikiran aku Khairil. Just leave me alone. Aku tak akan undurkan diri aku. Aku akan buat apa yang aku cakap tadi. I really meant it!” kata Adam dengan suara lantang.
“Aku tak dapat bantu kau Adam. Aku tak tahu cara lain untuk sedarkan kau. Harap satu hari nanti kau akan berubah jadi seperti Adam dahulu.”
*********************
“Sofi, kita keluar nak?” menyoal Rohani perlahan. Mak Ziah sudah memberitahu semuanya kepada Rohani dan Christina. Rohani kesal dengan perbuatan sendiri. Disebabkan dia, Sofia Amelia setuju untuk cabaran itu. Sekarang disebabkan dia juga Sofia Amelia disakiti.
“Sofi? Kau jangan lah macam ni.” pujuk Christina.
“Sebab kau dia macam ni tahu tak?” bisik Christina kepada Rohani.
“Aku tahu lah. Aku sedar kesilapan aku. Kau tak payahlah ungkit lagi!”
“Aku dah warn kau hari itu. Suruh kau hentikan ni. Kau yang tak dengar. Tengok sekarang apa dah jadi.” balas Christina dengan nada geram.
“Sofi, kau okay ke tak? Jangan lah nangis. Aku minta maaf. Sebabkan kebodohan aku, kau yang seksa sekarang. Maafkan aku Sofi.” Rohani meminta maaf. Sedar akan kebodohan sendiri.
“Aku okay je. Kau tak payah lah minta maaf. Sepatutnya aku yang salah. Aku yang butakan mata aku. Aku tak fikir. Aku terlalu ikutkan emosi. Nak jugak pisahkan Is dan Wahidah. Aku sedar kesilapan aku. This is a right punishment for me for everything.”
“Kau dah makan ke belum?” Christina cuba mengubahkan topik. Kalau mereka berbual pasal ini, mesti semua akan rasa bersalah.
“Tak.” jawab Sofia Amelia sambil menggeleng kepalanya.
“Kita keluar makan okay. Kita makan kat tempat kegemaran kau.” pujuk Rohani.
“We won’t leave you now. Better get up and get ready. We will be waiting at the hall.” kata Christina. Lengan Rohani ditarik dan keluar dari bilik Sofia Amelia.
***********************
Akaun instagram Christina menjadi sasaran Adam. Semua gambar Sofia Amelia yang terdapat dalam instagram Christina ditengok oleh Adam.
“Sofi, kau sebenarnya cantik. Cantik sangat. Your lips make me addicted to you. Your eyes make me watch you every second of my life. Your cheeks make me feel to kiss you. But why don't you want to accept me? Why are you treating me like rubbish? Arhggggg!!” Iphonenya dilontar ke arah dinding. Berkecai skrin Iphonenya.
“Aku akan ke tahap paling ekstrem untuk jadikan kau milik aku selama-lamanya Sofia Amelia!” satu senyuman sinis ukir di bibir itu.
Kunci kereta diambil dan keluar dari rumah.
“Kau pergi mana cha?” soal Khairil melihat Adam yang keluar dari rumah.
“Kau tak perlu nak tahu lah!” Adam meninggalkan Khairil dan masuk ke dalam keretanya.
*********************
“Thank you so much girls sebab bawa aku ke sini.”
“No worries Sofi. Kitorang nak kau happy macam selalu.”
“Kejap eh aku bayar bil.” kata Christina.
“Sofi, aku betul-betul minta maaf. Sebabkan aku uncle marah kau.” bertutur Rohani dengan nada sedih.
“Tak apa Rohani. Benda dah jadi. Memang padanlah dengan perangai aku.” kata Sofia Amelia sambil senyum kelat.
“Dah girls. Jom lah kita balik.” Christina muncul selepas bayar bil di kaunter.
“Sofi, kau boleh drive kan? Ataupun nak aku drive?”
“Tak pe. Aku boleh drive. Kau drive elok-elok.” kata Sofia Amelia. Kereta Sofia Amelia dipark di suatu tempat yang agak sunyi.
“Baik lah. Call aku lepas dah sampai rumah.” kata Rohani. Tubuh Sofia Amelia dipeluk erat.
“Take care. See you girls tomorrow.”
Sofia Amelia mengatur langkah ke arah keretanya. Kuncinya dikeluarkan dari beg tangan.
“Macam mana pula tayar kereta aku ni boleh pancit? Tadi elok je.” Sofia Amelia bingung. Tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Tiada sesiapa pun di sekitar kawasan parking itu. Dah pukul 11 malam.
Tanpa Sofia Amelia sedar, Adam memerhatikan Sofia Amelia.
“Sofi, ini lah waktu yang paling sesuai untuk aku jadikan kau milik aku.” dengan gagah Adam berjalan ke arah Sofia Amelia. Satu tuala kecil disembur ubat pengsan.
“Sofi?”
“Ye.” jawab Sofia Amelia. Muka Iskandar Faiz di sebelahnya.
“Is?”
“Kenapa ni? Berdiri seorang kat sini. Tak ada orang pun kat sini. Bahaya tahu tak.” tegur Iskandar Faiz. Mujurlah Iskandar Faiz berlalu di sana. Kebetulan Iskandar Faiz berjumpa dengan klien di area itu.
“Tadi saya keluar dengan kawan. Tengok-tengok tayar pulak pancit. Tadi elok je.” cerita Sofia Amelia.
“Apa pulak dia ni buat kat sini? Kacau betul lah. Kalau dia tak datang sini, plan aku jadi!” rungut Adam dalam hati. Dengan hati yang terpaksa Adam meninggalkan tempat itu.
“Tak pe lah. Ada spare tyre tak?”
“Ada. dalam bonet.” kata Sofia Amelia. Bonet kereta dibuka. Iskandar Faiz pula memulakan kerja menggantikan tayar pancit itu.
“Kau memang baik hati Is. Aku yang salah. Aku sanggup mempergunakan kau sebab nak balas dendam. Wahidah is lucky to have you.” kata Sofia Amelia dalam hati.
Selepas 15 minit, Iskandar Faiz selesaikan kerjanya.
“Done Sofi. Bawa kereta elok-elok. You look tired. Awak okay tak?”
“I’m fine Is. Terima kasih sebab tolong tadi.” kata Sofia Amelia dengan menghadiahkan satu senyuman manis.
"Sama-sama. Drive safe."kata Iskandar Faiz berserta satu senyuman.
Iskandar Faiz setia menunggu sehingga Sofia Amelia meninggalkan tempat parking itu.
***************
Sofia Amelia bangun awal. Latihan tarian akan bermula pukul 8pagi. Mak Ziah sudah menyiapkan nasi lemak, udang sambal dan juga karipap.
"Good morning." ucap Sofia Amelia buat pertama kalinya kepada Mak Ziah.
"Selamat pagi cik Sofi." balas Mak Ziah.
Dato'Johari pula muncul di ruang makan. Baru sahaja Dato'Johari balik selepas bersenam.
"Dato' dah balik? Duduk lah. Makan bersama Cik Sofi."ajak Mak Ziah. Pinggan diambil dan letak di atas meja.
"Good morning daddy."
"Ziah! Saya makan kat ofis je nanti. Lepas ni saya akan makan seorang sahaja. Faham?" keras suara Dato'Johari. Mukanya langsung tidak memandang muka anaknya.
Senyuman di muka Sofia Amelia hilang serta-merta. Air matanya ditahan semampu.
"Dato'" panggil Mak Ziah. Kasihan dengan anak majikan.
"Jangan paksa saya Ziah!"
"Tak apa. Saya pergi dulu." kata Sofia Amelia. Dengan laju beg sandangnya diambil dan melangkah untuk keluar dari rumah. Hatinya berasa sebak. Tidak pernah ayahnya marah sehingga tidak ingin untuk makan bersama. Air mata yang ditahan akhirnya gugur jua.
*Maaf sebab lambat update guys :) Enjoy reading :) Boleh follow ig saya untuk tengok watak-watak cerita ini ;) ID ig - miz.kikki_novelplus
Share this novel