Bab 14

Drama Completed 35637

Betul kata Hadirah dan Farhan tentang Hadi yang tak main main pasal kerja.

Tiara kagum dengan sikap Hadi yang komited membuat kerja. Walaupun kadang-kadang rasa nak hempuk je kepala Hadi tu.

Sudah seminggu Tiara berkerjasama dengan Hadi menyiapkan tugasan yang Prof Yusuf berikan. Tinggal seminggu saja lagi sebelum mereka hantar tugasan itu pada Prof Yusuf.

"Cepat lah. Aku tunggu dekat luar" kata Hadi kepada Tiara kemudian keluar dari bilik itu.

Mereka ingin menyiapkan buat kali terakhir tugasan yang prof bagi. Mereka punya bahan untuk dibentangkan sudah hampir siap.

Selepas class tamat, Hadirah dan Farhan pun pergi kepada kumpulan mereka untuk menyiapkan tugasan mereka.

"Okey" jawab Tiara sambil mengemas barang-barang nya. Ketika itu, bilik itu hampir kosong tiada orang.

Sedang Tiara mengemas barang, tiba-tiba dia didatangi oleh seorang perempuan. Intan.

Tiara yang perasan akan kehadiran Intan, teringat kejadian yang mereka bertengkar di dalam tandas. Muncul perasaan menyampah melihat Intan yang berada di hadapannya itu

"Hah, kau nak apa lagi? Nak cakap aku menggedik dengan Hadi sebab aku satu group dengan dia?" tanya Tiara dingin

"Bukan" kata Intan sambil mata memandang ke lantai

"Habis tu? Kau nak tuduh aku apa lagi?" 

"Aku… Aku nak mintak maaf dekat kau. Aku nak mintak maaf sangat dekat kau sebab tuduh kau bukan bukan. Lepas kejadian kita bergaduh dalam tandas tu, aku tengok la kau dengan Abang Hadi. Memang jelas yang kau tak ada langsung pun nak menggatal dengan Abang Hadi. Abang Hadi yang nak dekat dengan kau. Sorry, Tiara" kata Intan kesal. 

Tiara yang mendengar kata-kata maaf Intan itu terkesima.
Dia memegang bahu Intan.

"Tak apa lah. Aku maafkan. Cuma lepas ni, kau tak payah la serang orang macam tu" kata Tiara

"Iye, aku janji aku tak menggila serang orang macam tu lagi"

"Tapi kan, haritu kau cakap yang Hadi tu milik seseorang. Nia Natasha ek orang tu?" tanya Tiara

"Haah, mana kau tahu?" 

"Hadirah yang cerita dekat aku" jawab Tiara

"Tapi kan, aku tengok Abang Hadi tu kawan je dengan dia. Nia je yang lebih. Aku lagi suka tengok kau dengan Abang Hadi" gurau Intan

"Eh eh, apa kau merepek ni. Dah jauh sangat melalut ni" kata Tiara

"Hehehehe. Okey lah, aku gerak dulu. Abang Hadi pun tengah tunggu kau tu. Korang nak siapkan assignment ek?"

"Haah" jawab Tiara

Selepas mengucapkan selamat tinggal, mereka pun keluar dari bilik itu. Hadi geram je tengok Tiara melambai Intan yang mahu pulang. Punya lama dia tunggu, elok je Tiara melambai Intan.

"Woi! Kau ingat aku driver kau ke boleh tunggu kau sesuka hati je? Bincang apa dalam tu tadi? Masalah dunia? Sampai tak boleh bincang hari lain?" bebel Hadi semasa Tiara pergi ke arah dia.

"Dia dah start dah" "Rahsia lah apa yang kitaorang cakap tadi. Kau sibuk buat apa" kata Tiara

"Aku kena tahu lah sebab kau buat aku menunggu tadi. Cepat lah, cakap pasal apa?" tanya Hadi lagi

"Cakap lah sambil berjalan! Tadi macam dah lambat sangat! Yang duduk tercegat kat situ kenapa" marah Tiara

Hadi pun jalan ke arah Tiara dan berjalan di sebelah nya.

"Kau ingat tak yang aku tiba tiba je marah kau dekat depan pintu kelas padahal aku daripada luar, kau duduk dalam kelas je?" tanya Tiara

Lama Hadi diam untuk mengingati kembali peristiwa itu.

"Hah! Ingat! Yang kau tiba-tiba je menggila melenting depan aku tu. Kenapa? Apa kena mengena?"

"Kenal Intan? Intan budak law jugak lah" tanya Tiara

"Intan… Kenal kot. Tak, sekarang ni apa kena mengena. Tiba-tiba Intan pulak keluar"

"Kau yang nak cerita ke aku yang cerita?" tanya Tiara geram. Banyak pulak soalan dia. 

"Okey okey. Kau yang cerita"

"Waktu tu aku dekat tandas tengah basuh tangan. Pastu Intan tu datang dekat aku. Marah aku tiba-tiba. Dia cakap yang aku mengada ngada beli makanan untuk kau. Menggatal lah, menggedik lah. Dia siap tuduh aku letak apa-apa dalam makanan kau. Aku geram dengan dia, pastu tiba-tiba aku jumpa kau pulak. Lagi panas lah hati aku. Sebab tu lah aku tiba-tiba melenting dekat kau. Pastu tadi dia mintak maaf dengan aku. Tu je lah cerita dia. Kau yang sibuk nak tahu" terang Tiara

"Lahh! Sebab mulut dia, aku pulak yang kena marah. Tapi kan, betul ke kau tak letak apa-apa dalam makanan aku?" tanya Hadi

Tiara yang mendengar soalan Hadi, memandang nya dengan pandangan tajam.

"Kau nak kena tendang ke? Kau ada food poisoning ke lepas makan makanan yang aku beli?" tanya Tiara

"Tak ada lah. Sebab aku rasa lepas aku makan makanan yang kau beli tu aku rasa macam aku jatuh cinta dengan kau" gurau Hadi

Tiara yang mendengar bukan rasa berdebar tapi rasa nak jentik dahi Hadi. Sempat pulak dia berlawak.

"Kau khayal ke ni? Ada ambik bahan terlarang ke? Tiba-tiba je cakap macam ni. Dah kenapa" kata Tiara selamba

"Aduh kau ni! Aku bagi pickup line pun tak jalan. Kau ni ada perasaan ke tak?" tanya Hadi 

Mereka sudah sampai di kereta Hadi. Di sebabkan hari itu hari last mereka menyiapkan tugasan, mereka nak siapkan di tempat lain.

"Ada. Aku ada perasaan. Tapi, perasaan aku dekat orang lain" kata Tiara bersahaja.

Kemudian, dia masuk ke dalam kereta.

Hadi yang mendengar Tiara ada perasaan dekat orang lain tercengang. 

"Tiara suka orang lain? Siapa? Tak boleh jadi ni, aku kena tahu" kata Hadi dalam hati

"Kau nak masuk ke tak ni?! Aku bawak kereta kau ni kang!" jerit Tiara. Boleh pulak dia termenung dekat luar. Tadi kemain nak cepat.

"Iye! Nak masuk la ni!" kata Hadi tersedar dari lamunan.
//
"Yeayyy!! Dah siap pun assignment kita! Tinggal nak hantar je" kata Tiara teruja kerana itu adalah tugasan berkumpulan pertamanya.

Tiara dan Hadi siapkan tugasan di kedai Starbucks yang berdekatan dengan universiti mereka. Semestinya, Hadi yang belanja air.

Hadi hanya diam. Ada sesuatu yang berada dalam fikirannya.

"Woi! Termenung apa?" kata Tiara sambil memetik jari di hadapan muka Hadi.

"Hah?" 

"Kau termenung apa? Ah, suka hati kau lah nak termenung apa. Jom lah balik" kata Tiara

"Weh" panggil Hadi

"Apa benda?" tanya Tiara sambil mengemas barang

"Kan tadi kau cakap kau ada perasaan dekat orang lain. Boleh ke aku tahu siapa?" tanya Hadi

"Lahh, pasal tu ke? Apasal kau nak tahu?" 

"Saja. Sebab… Aku memang suka ambik tahu pasal orang" Hadi memberi alasan

"Eee, busybody. Kau nak tahu?" 

Hadi mengangguk kepala nya bersemangat.

"Memang tak lah aku nak bagitahu! Hahaha! Jom lahh, balik. Dah berapa jam kita duduk sini. Waiter tu pun dah naik muak tengok muka kita" kata Tiara sambil bangun dari kerusi

"Ye lahh" jawab Hadi hampa. 

Tak dapat dia nak tahu siapa orang yang miliki hati Tiara.

Tanpa mereka berdua sedar, ada sepasang mata yang melihat mereka daripada jauh. 

Mata yang tidak senang melihat mereka berdua.
//
Sepanjang perjalanan Hadi untuk pulang ke rumah, dia asyik terfikir tentang kata-kata Tiara. Dia sudah hantar Tiara balik.
'Tapi, perasaan aku dekat orang lain'

"Siapa agaknya yang dia suka tu? Dia student baru, ramai sangat ke student lelaki dia kenal? Yang dia rapat pun, aku , Farhan… Kejap, Farhan? Dia suka Farhan ke?!" kata Hadi dalam kereta

"Lambat Ikhwan balik harini" tegur Puan Balqis selepas Hadi menutup pintu rumah.

"Tadi siapkan group assignment. Tu yang lambat tu. Ikhwan naik dulu lah" kata Hadi. Entah kenapa dia rasa tak ada mood untuk berbual.

Tiara pula sudah selesai mandi dan solat.

Sedang dia melipat telekung nya, telefon nya berdering. Dia berhenti melipat dan melihat siapa yang call. Selepas melihat nama pemanggil, terus dia angkat panggilan itu.

"Assalamualaikum ibu" kata Tiara teruja

"Waalaikumussalam. Ara sihat?" tanya Puan Wardah

"Sihat alhamdulillah. Ibu! Bila ibu nak balik? Ibu pergi sebulan ke 3 bulan ni?" 

"Minggu depan ibu balik" jawab Puan Wardah

"Minggu depan?! Hari apa?"

"Hari ibu tak pasti lagi. Ara macam mana? Universiti okey?" tanya Puan Wardah

"Okey je. Ada kawan, prof pun baik. Best la belajar dekat situ" kata Tiara

"Alhamdulillah. Abang ada balik?"

Tiara terdiam mendengar soalan ibunya. 

"Ara?" panggil Puan Wardah

"Hah? Ye. Abang? Ada, dia ada balik haritu. Dia balik rumah tengahari lepas ibu pergi outstation haritu" jawab Tiara

"Ouhhh. Bergaduh tak dengan abang? Ingat tak ibu pesan apa?"

Tiara berasa serba salah untuk menjawab.

"Nanti kalau dia cakap tak bergaduh, menipu. Kalau cakap ada bergaduh sikit, ibu susah hati" kata Tiara dalam hati

"Ada bergaduh tak?" tanya Puan Wardah sekali lagi.

"Ermm, ada sikit… Ara bagitahu abang yang Ara dapat masuk universiti. Nak share benda happy lah. Lepastu abang marah Ara. Dia cakap yang Ara saja nak cakap yang Ara ni berpelajaran dia tak" cerita Tiara

"Pastu Ara marah abang lah?"

"Marah lah. Tak ada niat pun Ara nak cakap macam tu. Dia tiba-tiba melenting" jawab Tiara

"Hmm Ara, Ara… Cepat sangat marahnya"

"Aik? Ara pulak yang kena"

"Lepas tu abang buat apa lepas Tiara marah dia tu?" tanya Puan Wardah

"Abang keluar rumah" jawab Tiara

Kedengaran Puan Wardah melepaskan keluhan berat. Puan Wardah tidak tahu mahu kata apa. Dia sudah tidak tahu mahu lakukan apa dengan anak sulungnya itu.
//
Tempoh masa yang Prof Yusuf beri kepada pelajar nya untuk menyiapkan assignment sudah tamat.

Nasib baik semua kumpulan sudah menyiapkan tugasan. Kalau tak memang kena bebel semua. Bukan kumpulan yang tak siap je kena, semua kumpulan sekali kena bebel.

"Okey guys, thank you for completing the assignment I gave you. Tahniah kepada semua pelajar sebab menyiapkan dalam tempoh masa yang ditetapkan. Nanti, saya akan beritahu kumpulan mana yang menyediakan laporan yang paling baik" kata Prof Yusuf di akhir kelas mereka.

"Korang dua balik lah dulu. Aku ada hal kejap" kata Hadi kepada Akmal dan Hafiz.

"Okey" jawab mereka berdua tanpa banyak soal.

Semasa Tiara mahu pulang, Hadi datang ke arah nya.

"Weh, semua nota nota yang kita buat laporan tu kau salin dalam buku kau kan?" tanya Hadi

"Haah, kenapa?" 

"Aku nak pinjam kejap. Nanti aku pulang balik" kata Hadi
"Ouhh boleh. Kejap" kata Tiara kemudian dia keluarkan semua buku dalam begnya dan pegang.

Disebabkan terlalu banyak, satu buku Tiara terjatuh. Buku itu hanya nipis sahaja jadi Tiara tidak perasan yang buku itu terjatuh.

Semasa buku itu terjatuh, ada sekeping gambar keluar daripada helaian buku itu.

Hadi mengambil buku itu dan melihat gambar itu. Itu adalah gambar ketika Tiara kecil bersama dengan abangnya.

Ketika itu, Tiara berumur dalam lingkungan 6 tahun dan abangnya 12 tahun. Tiara comel ketika itu.

"Nah, buku tu. Eh, mana kau dapat buku ni? Terjatuh ek tadi?" tanya Tiara apabila melihat Hadi melihat gambar itu

"Haah, terjatuh tadi. Kau tak perasan. Ni, abang kau ke?" tanya Hadi

"Haah. Waktu tu 6 tahun. Comel kan aku?" tanya Tiara sengaja.

Hadi tidak sedar yang dia mengangguk kepala. Tiara pula terkejut melihat Hadi mengiyakan kata-kata Tiara. Tetapi, Hadi buat seperti tiada apa-apa.

Hadi beri buku yang mengandungi gambar itu pada Tiara.

"Ni buku yang kau mintak tu. Kau pinjam lah. Nak pulang bila suka hati, tapi janji pulangkan. Kalau rosak! Aku luku kepala kau" kata Tiara

"Thank you" kata Hadi tersenyum

"Welcome" kata Tiara tersenyum juga

Hadi kemudian melangkah pergi untuk ke kereta nya.

"Belakangan ni, angin dia baik kan? Perangai lama dia tak ada dah. Tapi kadang menyakitkan hati jugak" kata Tiara seorang diri.

Kemudian, dia didatangi oleh Hadirah dan Farhan. Mereka berdua nampak perbualan antara Tiara dan Hadi.

"Uuu, kau bagi Abang Hadi apa tadi? Bagi hati kau ek?" gurau Hadirah

"Apa kau ni? Kan aku bagi buku tadi. Dia nak pinjam buku yang aku salin nota laporan kitaorang tu" kata Tiara

Farhan seperti biasa akan meluat bila mereka bercakap tentang Hadi. Tetapi, kali ini bertambah meluat bila Hadirah buat lawak yang entah apa-apa.

"Jadi tak esok kita nak pergi makan dekat mall esok lepas kelas?'' tanya Hadirah

"Jadi lah. Aku okey je. Kau Farhan?" tanya Tiara

"Aku okey je" kata Farhan menghadiahkan senyuman palsu.
"Okeyy. Jom lah kita balik. Tiara, kau nak tumpang aku tak? Kalau nak, jom" kata Hadirah

"Tak apa. Aku boleh balik sendiri" kata Tiara

"Betul ni?" tanya Hadirah

"Iyee, betul" 

"Okey. Bye Tiara!" kata Hadirah sambil melambai tangan
Tiara membalas lambaian itu.

"Aku pun nak balik ni. Kau okey balik sorang?" tanya Farhan pula.

"Okey lah" kata Tiara sambil tersenyum

"Kalau macam tu aku balik dulu. Assalamualaikum" 

"Waalaikumussalam" jawab Tiara
//
Semasa Farhan dalam perjalanan pulang ke rumah, dia bercakap seorang diri dalam kereta.

"Kenapa lately ni Hadi baik dengan Tiara? Semacam je aku tengok. Bukan dia benci ke Tiara? Suruh Tiara buat macam macam. Ini baik pulak dia. Pelik aku dengan dia"

"Ke, sebenarnya… Dia suka dekat Tiara?"

thankyou sebab sudi bace (^^) sorry atas kekurangan

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience