27

Romance Series 10716

Fiona dibenarkan pulang setelah mendapatkan rawatan dan pemeriksaan oleh doktor. Tiada kecederaan serius yang dialaminya. Hanya pergelangan tangan dan kakinya sahaja yang mempunyai kesan memar, hasil dari ikatan tali yang erat.

Semua berkumpul di ruangan lobi Kana Hotel Residence, di sebuah sudut yang memiliki set sofa yang besar. Kesemua mereka berkumpul disitu sambil bertanyakan hal-hal mengenai bagaimana kejadian ini berlaku pada awalnya kepada Fiona.

Fea dan Della duduk beriringan di sisi Fiona. Sesekali terlihat Fea mengusap lembut rambut Fiona yang sudah agak panjang. Dia melihatnya dan tersenyum. Sudah lama dia tidak berbual dengan Fiona, setelah wanita itu pergi ke Kenny dengan niat mahu menjaga Atuk Eldon dan Nenek Kana.

Fiona menceritakan segalanya, dari mula dia diculik sehinggalah dia diselamatkan oleh pihak polis.

"Aku tak sangka Frank si budak nerd tu berani culik kau, Fi. Kau jangan risau, aku akan pastikan yang dia akan meringkuk dalam penjara dalam tempoh yang lama" sela Ed sambil mengepal buku limanya dengan geram.

"Ed...berapa kali aku cakap, dia tak buat apa-apa yang buruk pada aku. Dia layan aku baik. Lagipun, bukan dia ada niat nak buat semua ni. Dia hanya ikut arahan je." Fiona kurang senang bila Ed berkata buruk tentang Frank.

Kenapa dia bela sangat lelaki nerd tu? Dia sekarang bukan budak nerd seperti dulu lagi. Frank sekarang sangat tampan. Dia yang melihat pun seperti ais di kutub utara yang sedang mencair.

Bukan..bukan sebab Frank tampan, dia membela lelaki itu, tidak! Kerana Frank tidak berperilaku buruk saat dia menjadi tahanan lelaki itu.

"Tak buat apa-apa..? Tangan dan kaki kau tu kena ikat jugak." sinis Ed geram.

Fea hanya menggelengkan kepala perlahan.
"Kau nampak siapa yang culik kau malam tu?" tanya Fea lembut.

Fiona menoleh ke arah Fea seraya menggeleng.
"Keadaan waktu tu samar, wajah lelaki tu membelakangkan cahaya lampu dan pandangan aku jadi silau. Tapi, yang aku dapat lihat adalah pakaiannya." jelas Fiona.

"Pakaiannya, maksud kau?" Della mencelah.

Fiona menoleh sambil menjungkit bahu.
"Pakaian dia kemas. Sama seperti Taylor." Fiona menunding jari ke arah Taylor.

Taylor terkedu saat Fiona menunding jari kearahnya. Semua mata memandang tepat ke arah Taylor dengan bingung dan mulalah muncul pertanyaan demi pertanyaan di fikiran masing-masing.

Taylor menggangkat kedua tangan di hadapan dada bidangnya sambil menggoyangkannya ke kiri dan kanan.

"Tidak. B-bukan saya" sela Taylor pantas.

Hujung bibir Fea melengkung melihat tingkah Taylor.

"Mungkin Fi hanya mengatakan sosok pakaian yang dipakai oleh lelaki itu kemas dan bersuit lengkap seperti apa yang dipakai Taylor sekarang" celah Fea sambil memandang tepat ke wajah Taylor.

Taylor membalas tatapan Fea seolah-olah mengucapkan terima kasih kepada wanita itu kerana telah menyelamatkannya dari fitnah dan pandangan serong mereka yang ada disitu terhadapnya.

Semua mata beralih kepada Fea.

"Sewaktu kejadian, Taylor ada bersama saya dirumah. Saya dan Taylor bergegas ke Kenny sebaik sahaja saya merasa kurang enak, seperti ada sesuatu yang berlaku kepada Fi."

Fea menoleh menatap Fiona disisi lalu menyambung,
"Aku dengar fon kau jatuh sebelum talian terputus"

Semua yang ada disitu memasang wajah terkejut.

"Masa aku dan Taylor sampai, kau dah tak ada. Kami hanya jumpa fon kau atas tanah, skrinnya sudah pecah." sambung Fea lagi.

"Frank ada ceritakan pada kau tak, siapa yang upah dia untuk culik kau?" tanya Ed kemudiannya.

Fiona terdiam. Matanya memandang sekilas kearah Fea dan Rey sebelum mengangguk.

Riaksi aneh Fiona seolah-olah dapat ditangkap oleh Fea. Raut wajahnya berubah tegang. Dia mengacip giginya kuat sehingga rahangnya mengeras.

"Drake? Abang Drake?" soal Fea walaupun sebenarnya dia sudah dapat mengagak semuanya.

Air wajah Ed berubah flat. Tiada senyum dan tiada juga riaksi marah. Bola matanya memandang kearah Fea.

Fea yang merasai ada sepasang mata sedang menatap tajam kearahnya, dia membalas tatapan itu dengan perasaan kesal.

Fea mati akal.
"Abang Drake?" tanya Ed. Wajahnya nampak bingung.

"Abang?" Soalan Ed membuat Fea memandang Taylor sebelum menunduk.

Wajah Ed merah padam.

Brakkkkk!!!!
Ed menendang wing chair kosong yang berada tidak jauh darinya hingga terbalik, membuatkan semua yang ada disitu terkejut.

Dia ketawa setelahnya. Ketawanya kuat sehingga bergema diseluruh ruangan.

"Kenapa aku begitu naif dan bodoh sangat!!!" tekan Ed dengan nada amarahnya yang sudah sampai level dewa.

"Ed.." Ed dengan pantas mengangkat tangan, menahan Fea dari berkata-kata.

"Aku dah tak mahu dengar lagi suara penipu macam kau. Kau...dan kau" Ed menunding jari kearah Taylor dan Rey.

Wajah Ed merah padam.
"Jadi selama ni betullah apa yang aku fikirkan. Aku dah syak lama dah, cuma aku biar. Ah! mungkin hanya nama belakang sahaja sama.. Tapi rupanya.. " Ed mengepal tangannya kuat seraya menunding ke arah mereka yang dimaksudkannya,

"Manusia bertopengkan iblis!" tempik Ed lantang, lantas keluar dari hotel.

"Ed!" panggil Fea. Dia mahu mengejar Ed namun, pergerakkannya terhalang saat ada tangan yang menarik pergelangan tangannya dari mengejar Ed.

Fea menoleh. Dia memandang tangan Fiona yang mencengkam erat pergelangan tangannya.

"Biarkan dia. Dia tengah marah tu. Kalau kau pergi pujuk dia sekarang pun tak guna." Fiona kenal benar dengan sikap Ed, sepupunya. Waktu lelaki itu sedang marah, bercakap apa pun ibarat mencurahkan air ke daun keladi.

"Tapi Fi.." Fea berkeras. Dia mengalihkan tangan Fiona dari terus menahannya. Dia bangun lalu membuntuti langkah Ed tadi.

"Biarkan" suara Rey perlahan tapi penuh dengan intimidasi. Taylor mematikan hasratnya yang tadi mahu mengekori Fea. Hatinya mula berbolak balik. Dia risaukan Fea dan pada masa yang sama juga, dia tahu niat Ed yang sebenarnya.

.

Ed menatap jauh ke lereng bukit di belakang Kana Hotel Residence. Pemandangan disitu begitu indah, sedikit sebanyak mampu menenangkan hatinya.

Fea mendekati Ed dari belakang. Pandangannya dilemparkan jauh ke hamparan luasnya bumi Ireland. Sungguh indah sekali.

"Cantikkan tempat ni." luah Fea dengan keluhan lembut dan senyuman ringan yang mencairkan hati sesiapa yang melihatnya. Kedua tangannya dilipat ke dada sambil melangkah perlahan dan berhenti di sebelah Ed.

Ed menoleh sekilas sebelum kembali melemparkan pandangan jauh ke depan.

Jarak mereka dengan tebing, tidak begitu jauh, hanya separuh langkah sahaja lagi.

Fea menggesel-geselkan hujung sepatunya pada rerumput hijau yang agak basah.

"Maafkan saya tentang Drake" luah Fea akhirnya.

Ed masih tiada respond. Tapi Fea tahu, lelaki itu mendengarnya dengan jelas dan cukup, cukup jelas.

"Ada sebab kenapa saya tak ceritakan hal ini pada awak." Fea menoleh memandang Ed.

Wajah tampan Ed dari samping ditatapnya lama. Tapi Ed malah tidak mahu memandang wajah Fea sedikit pun.

Fea tidak ambil hati. Dia malah mengulum senyum. Apa yang Fiona katakan padanya tadi, tidak sama seperti keadaan Ed sekarang. Lelaki itu nampak lebih tenang dan tidak terlalu beremosi. Wataknya berbeza sekali sewaktu dia di dalam tadi.

"Katakanlah waktu kali pertama saya datang ke hotel ni dulu, saya ceritakan semuanya pada awak, tentang siapa Drake dan apa hubungannya dengan saya. Adakah awak akan menerima kunjungan saya?" Soal Fea sambil pandangannya meratah pada raut berkumis yang diselia rapi dan sangat tampan.

Bola mata Ed bergerak dan belum sempat Ed melawan tatapan Fea, wanita itu terlebih dahulu melarikan pandangannya jauh ke hadapan semula.

"Saya kenal Drake, sangat! Dan saya juga tahu niatnya untuk Kana Hotel ni." Ed menoleh. Dahinya berkerut.

Fea masih menatap jauh ke depan, tapi dalam masa yang sama, bibirnya langsung tidak lekang dengan senyuman. Ah! Sesiapa yang melihatnya saat ini, sudah pasti tergoda dan cair. Jika ais batu di Antartika itu berada dihadapannya sekarang ini, sudah pasti ia akan turut cair tatkala melihat keindahan senyuman Fea dan mungkin banjir besar bakal berlaku di situ kerana aisnya sudah mencair.

"Saya tahu niatnya untuk merampas tanah dan juga Kana Hotel. Tapi, saya dan papa tak pernah bersetuju sehinggalah Drake menyerahkan tugas ni pada saya. Waktu tu, saya hanya nampak satu peluang. Peluang besar yang tak mungkin saya akan lepaskan begitu sahaja."

Kata-kata Fea begitu menarik perhatian Ed.

Lelaki itu berbalik tubuh sepenuhnya menghadap kearah Fea. Dia memandang Fea tanpa berkutik.

"Papa percaya dengan kebolehan saya. Bila papa dapat tahu Drake menghantar saya ke sini, saat itu juga papa sudah dapat meneka tujuan asal Drake. Tapi papa tahu, saya bukan seperti Abang Drake. Papa serahkan sepenuh kepercayaan kepada saya untuk handle projek ni." Fea tersenyum seraya berpusing tubuhnya menghadap bangunan yang kini terlihat gah dan mewah.

Malangnya, kerana rumput yang basah sepatu hak tinggi yang dipakainya menjadi licin dan tubuhnya hampir terjatuh.

"Arh!" Fea menjerit spontan memejam matanya erat.

Fea membuka matanya pantas saat dia tidak merasa sakit saat jatuh, tubuhnya rasa terapung ke udara.

Deg! Degupan jantungnya seolah berhenti berdegup. Nafasnya juga ikut tersekat.
Ada satu aliran aneh yang menjalar ke seluruh tubuhnya, kaku.

Bersambung..

Mohon maaf buat readers sekalian kerana lambat sekali update. Saya tetap berusaha untuk terbitkan episod-episod seterusnya tentang Fea walaupun terpaksa berkejar dengan kerja hakiki. Harap readers sekalian berpuas hati. Nantikan sambungannya nanti ya????????

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience