BAB 14

Romance Completed 2053

AKU leka melayan lagu Basshunter – All I Wanted tatkala aku terlanggar bahu seseorang. Pada mulanya aku tidak mengendahkannya kerana kedua belah telinga aku ditutup dengan headphone. Tetapi kemudian, aku terlihat seseorang tertunduk-tunduk di sebelah aku sambil mengutip beberapa helai kertas yang terjatuh daripada fail berwarna pink miliknya.

Merasakan aku harus menolongnya, aku terus tunduk dan mengambil beberapa helai kertas yang mengandungi beberapa buah lukisan berbentuk rama-rama.

“Eh? Rama-rama ini...” Belum sempat aku memungut semua kertas yang terjatuh, aku dikejutkan dengan sebuah lukisan rama-rama yang mirip dengan brooch milik gadis yang menari dengan aku.

“Saya minta maaf. Saya tak nampak tadi. Awak ta....eh? Firhan.” Aku mengangkat kepala aku dan Cindyella berdiri di hadapan aku dengan wajah sugul.

“Cindyella ? Tak apa. Eh? Awak nak ke mana ini? Seorang je ke?” Aku menyerahkan kembali kertas-kertas yang jatuh tadi kecuali lukisan rama-rama tadi.

“Saya nak pergi jumpa kawan saya.”

“Kawan? Rahmatika ke?”

“Taklah. Ni kawan yang lain.”

“Yang lain? Yang mana?”

“Adalah. Ni, awak dari mana?”

“Saya dari kelas lagi ni. Tapi kalau saya nak tanya something boleh?”

“Boleh. Apa dia?”

“Kenapa...awak nampak macam sugul je hari ini? Macam hilang barang je.”

“Ye. Saya hilangkan saya punya brooc...”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience