Episode 1

Adventure Series 25852

EPISODE 1.

"KRINGGGGGGGGGGG!!!!!" Bunyi loceng yang membingitkan telinga tiba-tiba muncul di permukaan udara berhadapan dengan muka Arsh. Jari runcing Arsh menekan butang berhenti.

Arsh bangun dari tidur lalu menguap serta mengeliat. Pandangan Arsh tertumpu pada tingkap kayu yang sedikit usang. Cahaya matahari pagi memecah suasana dibilik Arsh. Terbit satu senyuman kecil di mulut Arsh.

" Ini harinya! Permulaan kini bermula untuk aku menjadi pahlawan lagenda yang terulung!" Kata Arsh sebelum bangun dari katilnya untuk membersihkan diri.

Arsh bersiap memakai pakaian sekolah barunya. Baju T-shirt berwarna putih dan seluar slack berwarna putih di sarung ke badan Arsh yang sedikit berisi. Badan Arsh dilahirkan tegap dan tinggi. Kulit Arsh berwarna kuning langsat sedikit berbeza berbanding rakyat di Planet Aqua yang berwarna coklat cerah. Baju yang Arsh pakai menunjukkan dia kini sudah berada ditahun satu di sekolah tinggi, baju disarungnya amat dikenali ramai iaitu baju seragam Sekolah Lagenda Aqua Kristal atau lebih dikenali sekolah ksyatria.

Arsh turun ke bawah sambil membawa kot baju sekolahnya yang berwarna putih berjalur biru serta beg galas bertali satu yang berwarna hitam berjalur kuning. Arsh memasak sarapannya iaitu Baton makan kebiasaan rakyat Planet Aqua untuk bersarapan. Baton adalah sejenis daging dari kambing terbang bersayap kecil yang di ternak dan di rebus dahulu kemudian di panggang bersama Iton iaitu sos istimewa khas untuk memasak Baton. Baton boleh dihias dengan kepelbagaian seperti Baton salad, Baton cheese, Baton biasa , Baton tomato atau Baton cili. Kebiasaan Baton yang dibuat oleh Arsh ialah Baton biasa kerana senang dimasak tetapi hari Arsh memasak Baton bernasi perang dan sup sayur menunjukkan perasaan gembiranya hari pertama persekolahan.

"Jemput makan! Ibu, ayah, Serena dan Seren" Arsh tersenyum hambar pada gambar keluarga milik Arsh.

Arsh menyuap makanan penuh kesopanan dan cukup tertib walaupun dia seorang lelaki. Ini semua atas jasa ibu dan ayahnya ketika masih hidup yang mengajar adab dan tertib kehidupan pada Arsh.

"Saya pergi dulu." Kata Arsh sebaik sahaja mencuci pinggan mangkuk dan memakai kasut berkulit berwarna putih.

Arsh menyarung kotnya yang lebih menyerupai doktor tetapi lebih cantik dan elegen berbanding kot doktor.

Pokok sakura biru laut atau nama sebenarnya Sakura Aqua Diraja yang hanya hidup di Planet Aqua megah berbunga disekeliling kawasan perumahannya. Kelompak bunganya berguguran dan ditengah-tengahnya ada permata aqua yang hilang sebaik sahaja kelompaknya habis gugur. Permata itu akan hilang jika dipetik akan tetapi permata itu hanya boleh dipetik oleh ratu atau kerabat Diraja sahaja.

Arsh leka memandang bunga tanpa disedari dirinya diperhati oleh seseorang yang memakai jubah hitam yang menutup wajahnya serta rambutnya di atas bangunan tinggi 100 meter dari jabatan yang dilalui oleh Arsh.

Sebaik sahaja Arsh menyedari dirinya di perhati oleh seseorang. Arsh mengalih matanya dengan pandangan helang dan serta-merta orang yang memakai jubah hitam itu hilang dari pandangan.

"Siapa?" Bisik hati Arsh dan matanya masih memerhati kawasan tadi.

Selepas 10 minit perjalanan,

Sekolah Ksyatria terbentang di depan mata. Ramai pelajar baru melaporkan diri pada hari pertama. Kebanyakkan kawasan dijaga rapi oleh ksyatria senior. Ada yang memakai kot labuh berwarna biru pekat dan berjalur putih, ada yang memakai baju kot labuh berwarna hitam berjalur kuning, ada yang memakai kot kuning berjalur putih, ada juga yang memakai kot hitam berjalur putih.

"Ada perbezaan ke kot labuh yang mereka pakai?" Arsh bermonolog.

Papan kenyataan penuh dengan manusia yang sedang mencari bilik darjah yang akan mereka duduki. Termasuklah Arsh.

"Bilik A001, meja 4. Eh? Sampaikan meja mereka tetapkan? " kata Arsh dalam hati.

"Senior!" Sekumpulan gadis yang agak comel menanyakan sesuatu ke sekumpulan senior berbaju biru pekat berjalur putih dengan suara manja.

"Kenapa meja kami ditetapkan? Kami nak duduk sekali beramai-ramai di suatu kawasan. Bila tengok kedudukan kami dekat papan kenyataan. Semua duduk jauh-jauh" kata seorang gadis berambut kuning dan memakai skirt atas peha.

"Setiap kedudukan pelajar akan ditetapkan aras mereka. Kedudukan meja ditetapkan berdasarkan markah yang mereka dapat semasa ujian kemasukan tempoh hari" kata senior yang berambut kuning memakai gogle diatas kepalanya tersenyum riang apabila sekumpulan gadis tersebut menanyakan soalan tersebut padanya.

"Ermmm.. begitu rupanya.." kata Arsh yang jeling kearah mereka tadi.

"Perhatian pelajar baru! Sila pergi ke Sewan sekarang! Untuk mendengar taklimat sebelum masuk ke kelas masing-masing!" Jerit senior yang memakai kot hitam berjalur kuning dan memakai cermin mata.

"Sewan?!" Semua pelajar tertanya-tanya.

"Sewan tu sebuah bangunan berbentuk bunga tulip di tengah-tengah kolam. Bangunan tu ada dekat kolam sekolah 900 meter arah timur dari arah korang berada sekarang." Semua mata beralih ke atas pokok yang Arsh berdiri dibawahnya. Terlihat ada seorang senior yang memakai kot pendek berwarna kuning berjalur putih yang boleh tahan hensem berambut hitam cacak sambil bersantai diatas dahan pokok dengan mata tertutup dan lengan kanannya dijadikan alas diatas kepalanya.

"Haaa!! Disitu rupanya kau Cashen! Penat aku cari kau, dah merata-rata tempat dekat sekolah aku cari! Tolonglah jangan malas! Buat kerja kau sekarang!!" Jerit Budak perempuan berambut kuning paras bahu sambil memegang papan klip yang entah dari mana dia muncul.

Lelaki bernama Cashen itu membuka matanya dan terserlah mata campuran biru dan hijau yang memukau mata memandang sama ada lelaki mahupun perempuan. Cashen memerhati Arsh yang sejak dari tadi memerhati dirinya bersama pelajar lain.

"Yelah..yelah.. bisinglah kau ni Caren..aku pergi buat kerja sekarang.. jumpa kau dekat sana.." kata Cashen kepada Caren sambil melompat turun dari dahan pokok.

Sebelum kakinya jejak ke tanah dia hilang dari pandangan. Semua pelajar baru terpinga-pinga dan tertanya-tanya ke mana dia pergi kecuali Arsh dan para senior yang lain. Arsh nampak bulatan kecil berwarna biru yang dilancarkan oleh Cashen tadi sebelum Cashen hilang.

Semua pelajar mula bergerak ke Sewan yang diperkatakan. Ada diantara mereka mengunakan penyapu terbang, jetpack, berjalan kaki, magis terbang dan berlari.

Arsh hanya berjalan kaki ke Sewan tanpa mengunakan sebarang magis.

Pergerakkan Arsh diperhatikan oleh semua senior disetiap sudut. Arsh sedar akan pandangan mereka tetapi hanya mengabaikan sahaja.

10 minit kemudian...

Semua pelajar berkumpul dihadapan kolam yang besar. Semua tertanya mana bangunan yang di perkatakan oleh Cashen tadi? Hanya kolam besar berwarna jernih airnya yang boleh nampak kedalamnya sahaja yang terbentang di depan mata.

Tiba-tiba muncul sekumpulan pelajar memakai kot berwarna kuning berjalur putih di hadapan mereka termasuklah Cashen dan Caren diantara mereka.

Kumpulan pelajar terbabit mencangkung dengan kaki kiri ke tanah sepanjang kolam kecuali Cashen. Cashen berjalan diatas air dan menuju ke tengah-tengah kolam.

Sebaik sahaja Cashen sampai ditengah-tengah kolam seluruh kumpulan pelajar yang memakai kot kuning berjalur putih membaca jampi. Setiap pelajar yang membaca jampi tersebut mengeluarkan aura berbeza dan aura mereka kuat sehingga menderaskan air kolam yang tenang tadi. Aura mereka berkumpul menjadi segumpulan besar kuasa berwarna putih di atas kepala Cashen. Badan Cashen dikelilingi angin yang kuat dan angin tersebut telah mengecang pokok-pokok berhampiran kami dan Cashen membaca sesuatu sambil memejam mata dan sebaik sahaja dia membuka mata gumpulan kuasa yang besar tadi mengeluarkan saluran kuasa berbagai-bagai warna ke dalam kolam .

Tiba-tiba gempa bumi berlaku berdekatan dengan air yang Cashen berdiri dan air itu tiba-tiba mengelocak dengan kuat. Sesuatu keluar dari air kolam. Bunga tulip gergasi muncul dengan perlahan-lahan. Bunga tulip yang tertutup kelompaknya. Sebaik sahaja seluruh bunga tersebut keluar dari air, bunga tulip tersebut mengembang mekar. Kelompak bunga tulip nampak sungguh halus seoleh-oleh bunga asli dan tidak nampak seperti bangunan. Selepas sahaja bunya tulip mengembang muncul pula jambatan dari dalam air. Jabatan tersebut cukup cantik dan berkilat umpama dibuat dari berlian. Cashen turun dari jabatan tersebut dan menekan tapak tangannya ke gerbang jabatan tersebut sebelum turun menyertai sekumpulan pelajar tersebut.

"Para pelajar dibenarkan lalu sekarang." Kata Caren dan seorang lelaki bertubuh besar dan tinggi.

Mereka naik jabatan tersebut dan menuju ke Sewan. Pandangan mata Arsh bertembung sekali lagi dengan mata Cashen untuk beberapa saat.

Sampai sahaja sampai ke kelompak bunga tulip. Magis pintu diaktifkan oleh lelaki memakai cermin mata yang semestinya hensem. Lelaki tersebut memakai baju kot berwarna kuning berjalur putih.

Jejak sahaja kaki ke ruang dalam bangunan tersebut lampu terbuka secara tiba-tiba dan menampakkan suasana elegen. Ruangannya besar dan boleh memuatkan lebih dari 10 000 orang didalamnya. Kerusi berwarna coklat keemasan disusun rapi dengan meja panjang dan membulat satu pusingan dan ada meja di tengah-tengah Sewan tersebut.

Semua pelajar sudah duduk, masing-masing menunggu orang yang hendak memberi taklimat. Cashen berjalan ke arah meja ditengah-tengah Sewan.

"Selamat pagi semua. Mungkin diantara korang sudah kenal siapa saya tetapi saya masih perlu mengenalkan diri saya. Nama saya Cashen tahun 3. Sekumpulan pelajar yang korang nampak tadi ialah Persatuan Pelajar. Sesiapa yang korang nampak yang memakai baju kuning sama ada kot panjang atau kot pendek berjalur kuning dan memakai lencana ini adalah Persatuan pelajar. Kami dikenali sebagai PP.

Sebelum itu, saya ingin mengucapkan selamat datang ke Sekolah Aqua Crystal. Setiap kelas akan diberi tugasan yang berbeza. Tugasan korang akan diberi oleh PP sendiri. Setiap tugasan yang berjaya korang selesaikan akan diberi bintang kecil ini." Cashen mengeluarkan bintang kecil dari tangannya.

"Tidak semestinya bilangan bintang korang akan menjadi sama. Adakalanya bintang korang dengan kawan korang berbeza bilangan walaupun korang di dalam kelas yang sama. Korang akan dibahagi kepada pasukan masing-masing kelak dan pasukan korang mungkin akan bercampur dengan kelas yang lain. Kerjasama antara pasukan amatlah penting untuk menjayakan sesebuah tugasan. Makin tinggi bilangan bintang korang semakin tinggi kelas tugasan yang akan diberikan."

"Haron, berikan kepada mereka benda tu." Cashen mengarah lelaki yang mengaktifkan sihir pembuka kunci tadi. Haron hanya menganguk dan menghulurkan tangan ke udara dan membaca sesuatu sebelum muncul batu kecil berwarna jernih dihadapan pelajar baru.

"Batu ini dikenali sebagai Batu Pengenal Kuasa. Batu ini akan mengenalpasti kuasa korang." Kata Cashen.

"Semua pelajar diminta menyimpan batu tersebut. Korang semua akan diajar di dalam kelas masing-masing." Sambung Cashen.

"Kris, keluarkan pula benda tu." Kata Cashen kepada lelaki bertubuh besar yang bersama Caren tadi.

"Baik!" Kata Kris. Kris berjalan kearah pelajar baru dan berdiri kira-kira 5 meter dari Cashen. Kris mendepa tangan dan mengaktifkan pentagram. Pentagram tersebut mengeluarkan sesuatu cahaya dan cahaya tersebut mengeluarkan telur dengan banyak. Warna telur tersebut berwarna putih.

"Baiklah semua pelajar baru. Korang boleh pilih mana-mana telur yang korang suka." Kata Kris dengan wajah ceria.

Semua pelajar keluar untuk mengambil telur tersebut termasuklah Arsh. Ramai memilih telur sedangkan warnanya sama sahaja. Sebaik sahaja mengambil telur masing-masing, pelajar baru kembali ke tempat masing-masing.

"Telur itu akan menentas dan akan menjadi teman seperjuangan korang semua." Kata Cashen.

"Caren!"

"Baik, Cashen!" Caren mengeluarkan satu butir permata dan mengunakan kuasanya untuk mengapungkan permata tersebut dan Caren membaca sesuatu sehingga batu permata tersebut bercahaya.

Apakah yang Caren keluarkan? Kisah ini akan bersambung di episode 2...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience