BILIK yang pernah di huni oleh Mak Eton itu di pandang sayu oleh Nurjihan. Di tangannya masih memegang sebuah kotak hadiah kecil yang cantik terbalut kemas dalam genggaman tangan.
"Sampai hati kan mak tinggalkan orang sorang-sorang? Kita ada banyak benda lagi nak buat sama-sama...."
Matanya berkaca, dirinya bercakap seorang diri membayangkan mak Eton yang sedang duduk di birai katil tersenyum memandangnya.
Lalu dia terlihat sebuah telefon milik Mak Eton yang berada di atas meja kecil bersebelahan katil itu. Di buka log senarai nama panggilan keluar dan ternyata di atas sekali terdapat nama yang sangat dia benci saat ini.
Tuan Syed - 8.45 pm
kenapa mak call Tuan Syed ?
Nurjihan kehairanan. Sejak bila mak Eton berurusan dengan Tuan Syed sedangkan apa-apa sekalipun hal semua yang di buat adalah melalui dirinya.
Apakah ada penjelasan sebalik ini? Nurjihan mempunyai syak wasangka yang sangat tinggi saat ini terhadap Tuan Syed.
KAKINYA melangkah dengan yakin ke dalam Villa Rose yang dahulunya tempat dia merendahkan hati bekerja untuk menjaga lelaki itu sebaiknya. Namun kedatangannya pada hari ini di penuhi dengan kebencian.
Syifa tersenyum melihat Nurjihan yang melintasi ruang tamu itu.
"Eh cik Jihan....Cik Jihan datang nak...."
belum sempat ayatnya di habiskan di lihat Nurjihan yang laju mendaki tangga menuju tingkat atas. Rupanya kewujudannya tidak di lihat di situ oleh Nurjihan. Syifa mengurut dadanya. Entah kenapa dia berasa gementar melihat rupa Nurjihan yang tiada secebis pun senyuman untuknya saat mereka bertentangan mata sebentar tadi.
Klak !
Pintu bilik itu di tolak kasar oleh orang dari luar. Dengan pantas Benjamin berpusing ke belakang dan ingin memarahi gerangan yang tidak tahu hormatkan Tuan Syed mereka itu.
Benjamin kaku...Begitu juga dengan Tuan Syed Iqwal yang bingkas berdiri melihat gadis itu.
Nurjihan tidak peduli. Dia berjalan laju ke arah meja di mana terdapat Benjamin dan Tuan Syed Iqwal lalu telefon milik Mak Eton di letakkan kasar di atas meja.
"Explain !". Kata Nurjihan.
Tergamam kedua-dua lelaki itu bila melihat log panggilan terakhir yang berada di dalam telefon di hadapan mereka itu.
Tuan Syed Iqwal menunduk manakala Benjamin menatap tepat ke dalam mata Nurjihan.
Flashback kejadian :
Benjamin dan Tuan Syed serta 2 pengawal peribadinya yang lain berdiri di hadapan pintu rumah menunggu Mak Eton untuk membukakan pintu setelah mereka mendapatkan panggilan dari Mak Eton untuk meminta Tuan Syed datang berbincang sesuatu hal yang penting.
"Mak cik..saya Benjamin. setiausaha dan pengawal kepada Tuan Syed. Dan yang sebelah saya ini Tuan Syed Iqwal. Dia la majikan kepada Cik Nurjihan."
Mak Eton menggangguk faham dia terpukau melihat wajah Tuan Syed Iqwal yang baru pertama kali mereka bersua secara berdepan.
"Mak Cik cakap ada hal penting. Hal apa tu?". Tanya Benjamin.
Mak Eton yang ralit dari tadi menatap Tuan Syed Iqwal tersentak dengan pertanyaan Benjamin. Lelaki itu tiada riaksi. Wajahnya membeku.
"Haa mak cik sebenarnya malu nak cakap. Tapi mak cik terpaksa juga nak minta bantuan daripada Tuan Syed kalau tak keberatan."
Mak Eton menunduk. Sudah la dia terpaksa tebalkan muka demi meminta bantuan daripada Dr.Haider kali ini bertambah rumit bila dia terpaksa menghadap Tuan Syed Demi meyelamatkan nyawa anaknya.
"Bantuan apa tu mak cik?". Tanya Benjamin.
Mak Eton hairan. Kenapa asyik Benjamin yang bersuara. Tuan Syed masih diam, Mak Eton tidak berani menegur.
"Mak cik ingat nak pinjam Rm 200 ribu untuk bayar hutang along yang di pinjam oleh suami mak cik sekarang ni..dia dah jual Jihan dekat along tu dan bila-bila masa sahaja orang-orang along tu akan ambil Jihan."
Terus Mak Eton melutut di hadapan Tuan Syed, dia menagis.
"Tolong mak cik Tuan Syed. Demi Jihan."
Terkejut Benjamin dan Tuan Syed.
Sememangnya Benjamin dan Tuan Syed Iqwal tahu bahawa Zabidi masih belum mati.
Bapak tiri Jihan ni pinjam duit along lagi? betul-betul tak serik.
Tuan Syed Iqwal mengepal buku limanya.
"Banyak tu RM 200 ribu. Apa jaminan mak cik untuk bayar balik?" Sengaja Tuan Syed Iqwal mahu menduga.
"Mak cik akan kerja dengan Tuan Syed seumur hidup mak cik tanpa gaji." Mak Eton merelakan asalkan Tuan Syed Iqwal bersetuju untuk membantunya.
Tuan Syed Iqwal menggeleng.
Mak Eton tercengang.
"Saya tak nak. Saya nak perjanjian yang lain." Balas Tuan Syed Iqwal.
"Makk...maksud Tuan Syed?". Mak Eton kerisaun.
"Saya nak Jihan sepenuhnya. Dia yang harus bekerja dengan saya seumur hidupnya."
Benjamin meraup wajahnya. Tuan Syed macam dah lama tunggu peluang ini nampaknya.
"Tak nak...mak cik bukan nak jual anak. Biar mak cik yang tanggung bayaran tu sebab mak cik yang berhutang dengan Tuan Syed."
Mak Eton tidak sanggup.
Tuan Syed Iqwal berdiri semula.
"Tak apa kalau mak cik tak setuju. Saya tak boleh nak buat apa."
Tuan Syed berlalu pergi di ikuti Benjamin.
Langkah kakinya terhenti bila ada sesuatu yang berpaut pada kaki kirinya. Tuan Syed Iqwal menunduk melihat ke bawah.
Mak Eton menangis memeluk kaki Tuan Syed Iqwal.
"Tolong Mak cik Tuan Syed. Mak cik tak nak Jihan kena ambil dengan along...mak cik.........setuju".
Terkejut Benjamin mendengarkan kata putus dari Mak Eton itu.
Tuan Syed tersenyum sedikit. Lalu berpaling ke arah Benjamin.
"Keluarkan surat perjanjian tu Ben."
Benjamin mengganguk dan segera mengeluarkan sehelai kertas dan di serahkan kepada Tuan Syed Iqwal.
Tuan Syed menunduk dan memandang Mak Eton lalu di bantu Mak Eton untuk berdiri semula.
"Mak cik jangan risau. Jihan masih boleh jumpa dengan Mak cik. Saya tak pisahkan pun".
Mak Eton masih menangis. Biarlah apa yang boleh dia lakukan bila nasib menjadi orang miskin . Nurjihan menjadi cagaran kepada Tuan Syed Iqwal. Tidak rela jika di serahkan kepada along dan di jadikan pelacur atau sebagainya. Jika di bawah pemilikan Tuan Syed setidak-tidaknya dia masih boleh memeluk cium anaknya itu dan selamat berada di depan mata.
Surat perjanjian dah di tanda tangani. Mak Eton pasrah.
"Kami balik dahulu." Benjamin meminta diri.
Tiba-tiba notifikasi pesanan dari Pia masuk ke telefon Mak Eton. Di lihat Pia menghantar gambar Hawa dan Nurjihan sedang ralit memilih barangan kemas buat Mak Eton.
Pia memang tak boleh menyimpan rahsia antara dia dan Mak Eton. Kejutan hadiah bakal tidak menjadi kejutan.
Mak Eton terpempam. Anaknya cuba untuk membagiakannya..tetapi dia sebagai ibu? cuba untuk serahkan anaknya pada orang lain? Mak Eton di hambat rasa bersalah.
"Tuan Syed, tunggu !". Laung Mak Eton yang melihat Tuan Syed dan Benjamin telah berada di muka pintu.
Mereka berpaling melihat Mak Eton.
"Maafkan mak cik. Mak cik nak batalkan perjanjian tadi. Mak cik dah ubah fikiran".
Mereka terkejut. Benjamin melihat ke arah Tuan Syed yang membeku melihat Mak Eton.
"Maaf Mak cik, saya cuma ambil keputusan yang pertama. Tidak akan pertimbangkan yang kedua."
Balas Tuan Syed lalu dia terus keluar dari rumah itu dan Benjamin pula bergegas menutup pintu bila di arahkan oleh Tuan Syed.
Mak Eton menangis tersedu-sedu melutut di muka hadapan pintu yang tertutup itu.
Rasa bersalah yang teramat terhadap Nurjihan. Apa yang harus dia jawab jika di tanya oleh anaknya nanti? Tegamaknya dia membuat keputusan seperti itu.
Tiba-tiba Mak Eton merasa lehernya di tarik oleh sesuatu seperti dawai besi..dan dengan pantas di menoleh ke arah belakang. Mencerlung matanya melihat Zabidi yang ketawa tanpa suara cuba membunuhnya.
"Tuan Syed !! tolong mak cik Tuan Syed!! mak cik merayu. Tuan Syed!!! uhuk..uhuk..."
Mak Eton cuba untuk bergelut dengan Zabidi.
"Kau cuba bunuh aku haritu kan ? sekarang giliran aku bunuh kau ! mampos kau !".
Benjamin menahan tangan Tuan Syed Iqwal dari arah belakang daripada terus melangkah.
"Tuan Syed...saya rasa tak patut Tuan Syed buat macam ni. Kita pergi tengok Mak Eton semula. Lain sangat rasa ni."
Tuan Syed Iqwal menoleh sedikit ke tepi.
" Jangan, aku tak nak Mak Eton tarik balik janji dia."
Tuan Syed terus melangkah.. Benjamin kalah, dia harus akur dengan Tuan Syed dan membiarkan Mak Eton yang meraung-raung memangil mereka di dalam rumah sana.
Mendengarkan bunyi loceng, Zabidi gelabah. Dia berlari dan melompat keluar semula ke arah tingkap.
Mak Eton di ambang kematian. Dia hanya melihat wajah arwah suaminya yang tersenyum menunggunya.
Pap ! Meja itu di hentak kuat oleh Nurjihan.
Dia menggeleng perlahan kepalanya melihat Tuan Syed Iqwal di hadapan matanya itu.
Tidak dia menyangka bahawa Zabidi masih hidup. Emaknya dan mereka merahsiakan hal itu daripada. Kiranya Mak Eton menanggung derita di ganggu saban hari oleh Zabidi.
Benjamin yang risau melihatkan perlakuan Nurjihan itu terus bangun dan mendekati Nurjihan.
"Cik Nurjihan. Memang kami ada pergi rumah cik Nurjihan malam itu. Tapi bukan Tuan Syed yang bunuh Mak....cik Nurjihan. Jangan salah faham."
Mencerlung matanya Nurjihan yang masih memandang ke arah Tuan Syed Iqwal.
"Dia pun sama bunuh mak aku !". Tangan Nurjihan tepat di tujukan ke arah Tuan Syed Iqwal yang tergamam.
Syifa yang mencuri dengar di balik pintu sangat teekejut mendengarkan apa yang di ceritakan oleh Benjamin itu. Pergaduhan di dalam bilik itu penuh konflik.
"Kalau kau dengar cakap Dia (jarinya di halakan pula pada Benjamin) pasti mak aku hidup lagi sampai saat ni. Tapi kau keras kepala, pentingkan diri kau sendiri. !".
Jerit Nurjihan lalu dia terjelopok jatuh di hadapan mereka. Tuan Syed Iqwal hanya meneku lantai. memang...memang salah dirinya sebab tidak menghiraukan laungan Mak Eton malam itu. Dia sungguh takut jika hilang peluang untuk memiliki Nurjihan.
Syifa turut sama menangis di balik pintu mendengarkan ratapan tangisan Nurjihan dari dalam bilik itu.
"Maafkan saya Jihan." Kata Tuan Syed Iqwal perlahan.
Share this novel