Kerana kasih mereka, kasih mereka ibarat energy. Tanpanya hidup bagai di padang pasir, kering kontang dan tandus.
Ayah....ibu.... tak dapatkah kau dengar suara anakmu ini?. dengarlah ibu..... pandanglah wajahku...aku tak mahu pergi lagi. Mengapa perlu kalian bacakan surah Yaasin untuk orang yang hampir mati itu pada aku?. aku tak mahu mati lagi!!!!!!!...
Suaranya bagai tersekat dikerongkong. Tidak mampu dikeluarkan walaupun bunyi yang berdecit. Puan Hanim masih lagi dengan sedu tangisnya. Pujukan Encik Akil tidak mampu menyekat air matanya yang seakan – akan berpesta untuk keluar daripada kelopak matanya.
“Biarkan dia pejam seketika..... berdolah agar dia sedar, sayang. Tabah!!!” pinta Encik Akil. Bahu Puan Hanim dicengkam kuat. Sekuat harapannya agar Anissa bangun dan memeluknya seperti selalu.
Pejam?.. Niss tak pejam ayah. Tak pejam!!! Niss nampak semuanya.... Anissa cuba menjerit lagi. Makin kuat dia menjerit, semangatnya makin direntap buang. Tangan dan kakinya tak dapat dirasakan lagi bebannya. Dia seolah – olah hanya mampu menggerakkan kepalanya sahaja. itupun hanya daripada tafsiran hatinya sendiri.
Share this novel