'Jangan terlalu percaya dengan orang yang baru dikenali. Ketika seseorang bersikap manis, bahkan terlebih manis terhadap kita, boleh jadi orang tersebut menyimpan maksud yang tidak baik terhadap kita.'
Fea tersedar, hari sudah pagi. Dia mengangkat kepala, matanya terpaku pada susuk tubuh yang nyenyak tidur di birai katilnya.
"Taylor" Bisiknya perlahan.
"Arkh!" kepalanya masih terasa pening. Dia tidak sedar apa yang berlaku semalam. Seingatnya, dia dan Taylor sedang menghabiskan masa di laman belakang sambil minum dan makan marshmallow bakar.
Bagaimana lelaki ini boleh tidur di dalam biliknya? Raut wajah Fea berubah simpati. Dari semalamkah dia tidur dalam keadaan begini?
Taylor duduk di permaidani sambil kepalanya terbaring di atas tangannya dialas sebagai bantal di sisi katil Fea.
Fea bergerak perlahan turun dari katil. Dia menarik selimut lalu menutup tubuh Taylor.
Fea keluar ke dapur untuk siapkan sarapan pagi. Setelah itu, dia langsung mandi dan bersiap.
Aroma perfume Fea menyedarkan Taylor.
"Good morning" sapa Fea lembut.
Taylor kelihatan malu alah bila dipergok bergitu oleh Fea. Dia lantas berdiri.
"Arkh!" Taylor terduduk di birai katil sambil memegang kedua kakinya.
"Kenapa?" Fea menerpa ke arah Taylor lantas menyentuh kaki Taylor.
"Argh, jangan sentuh" halangnya sambil mengerang.
Fea tersedar lalu ketawa.
"Kebas?" tanya Fea dengan sengaja menyentuh kaki Taylor berulang kali. Dan berulang kali itu juga Taylor mengerang.
"Please Fea, don't" pinta Taylor.
Fea terkekeh ketawa.
"Baik, saya tak ganggu. Mari" Fea menghulurkan tangannya. Taylor memandang kosong ke arah huluran tangan Fea sebelum menyambut huluran tangan Fea.
Fea menarik tangan Taylor lalu mengangkat tangan kekar lelaki itu ke atas bahunya. Dia memapah Taylor keluar dari biliknya menuju ke arah sofa.
"Awak duduk sini dulu" arah Fea.
Dia ke dapur lalu membawa secawan kopi panas untuk Taylor.
"Saya boleh ambil sendiri" suara Taylor kekok. Sepatutnya, dia yang melayani Fea. Tapi kali ni terbalik pulak.
"Awak ok tak ni? Kalau tak ok, awak rehat jelah. Biar saya drive sendiri hari ni" putus Fea.
"Saya ok. Awak tunggu sini, saya siap" Taylor memaksa diri untuk bangun. Walaupun agak perit, dia gagahkan diri juga berjalan masuk ke dalam bilik.
Tidak, dia tidak akan sesekali membiarkan Fea pergi kerja sendiri.
*
Atuk Eldon dan Nenek Kana senang hati bila melihat perubahan hotel mereka yang berwajah baru.
"Kau biar betul Ed, tak sampai 2 bulan kami disini, hotel dah berubah wajah. Aku banggalah dengan kau" puji Fiona bangga. Dia sendiri tidak percaya dengan perubahan yang dibuat oleh Ed dalam waktu yang begitu singkat.
"Ramai tenaga kerja disini, sebab tu projek ni cepat."
Fiona tahu, seperti ada sesuatu yang diselindungkan oleh sepupunya itu.
Dia keluar, jauh dari atuk dan nenek Ed. Perbualannya ini mungkin agak sensitif dan peribadi. Fiona mematikan pembesar suara, dia mengenakan headfone supaya perbualan antara mereka tidak sampai ke pendengaran atuk dah nenek Ed.
"Semua ni atas bantuan Fea, kan?"
Ed terdiam mendengar pertanyaan Fiona.
"Kau tak perlu nak selindungkan apa-apa dari aku sebab aku dah tahu semuanya" Ed menatap lekat ke wajah Fiona. Memang dia terkejut.
"Dari mana kau dapat modal sebanyak ini untuk ubah suai hotel jika bukan dengan bantuan Fea. Aku tahu mengenai proposal tu dan aku tahu, kau menerimanya."
Ed masih membatu.
"Kau dengan dia bagaimana?" Fiona mengubah topik.
"Kami baik. Aku sebenarnya terhutang budi dengan Fea kerana dia gugurkan kes dan ikat jamin aku dari balai polis. Aku sendiri tak sangka yang aku sekarang boleh jalani rutin harian macam biasa, bukan sebagai banduan." luah Ed berasa lega.
"Fea tu baik. Kalau boleh, semua orang dia nak bantu. Masa aku study di New York dulu pun, dia yang banyak bantu aku dan Della dari segi kewangan. Kau sendiri fahamkan, keadaan aku macam mana waktu tu. Aku terhutang budi sangat dengan Fea. Dia langsung tak mengharapkan apa-apa balasan dari aku. Kadang-kadang, aku jadi malu dengan dia. Tapi bila dia bersikap tidak pernah berkira tu, aku jadi hormat dia, sayang dia lebih dari sekadar kawan. Dia dah macam keluarga aku." Fiona sebak.
Ed mengerti perasaan sepupunya waktu ini. Dia juga fikir yang sama. Dia juga berterima kasih kepada Fea kerana menarik balik tuduhan ke atasnya sedangkan waktu itu, keadaan Fea sangat kritikal dan dia rasakan, apa yang dibuatnya kepada Fea begitu kejam.
"Fea selalu fikirkan perasaan orang lain berbanding dirinya. Baginya, dia cukup bahagia jika dia sendiri dapat melihat orang lain bahagia. Aku menyesal dengan apa yang telah aku buat pada Fea. Aku malu nak berhadapan dengan dia. Dia layan aku dengan baik selama ni, tapi aku..." Fiona menangis. Dia rasa sangat bersalah terhadap Fea. Jika bukan kerana mulutnya itu, mungkin Ed tidak menculik Fea.
"Fi...dah la" pujuk Ed.
"Aku jahat, Ed. Aku kawan yang paling jahat untuk Fea. Aku rasa, aku tak layak dapat kasih sayang dari Fea. Aku tuduh dia..aku usir dia.." tangis Fiona.
"Aku faham perasaan kau. Aku juga akui yang Fea seorang yang sangat baik hati. Jika bukan kerana bantuan dia, hotel kita takkan berubah secantik ini" akui Ed jujur.
"Kau jangan pernah sakitkan hati Fea lagi, Ed. Janji dengan aku. Fea terlalu baik untuk kau sakiti. Cukuplah dengan apa yang kau dah buat padanya dulu." pesan Fiona sekadar mengingatkan sepupunya.
Ed mengangguk.
"Aku janji" jawab Ed bersungguh-sungguh.
"Eh, Fea dah sampai tu. Kita stop disini dulu ya. Apa-apa perkembangan nanti, aku update kau semula."
"Ed, bagi aku cakap..."
Ed mematikan talian.
Fiona mengeluh. Dia sebenarnya mahu menyapa Fea buat beberapa saat, tapi Ed sudah mematikan talian terlebih dahulu.
*
Fea berjalan masuk beriringan dengan Taylor.
Ed sempat menjeling sekilas ke arah Taylor. Terkadang, dia merasa rimas dengan kehadiran Taylor disitu. Dia merasakan seolah-olah lelaki itu cuba untuk menjauhkannya dengan Fea.
Dia masih ingat lagi sewaktu mereka di gudang perabot semalam. Taylor asyik menarik Fea dari rapat dengannya. Jika Fea berdiri disebelahnya, Taylor akan datang mencelah lalu berdiri diantara mereka berdua.
Jika dia boleh usir lelaki itu dari sini, bukankah lebih bagus.
"Hai Ed. Maaf sebab lambat datang hari ni." sapa Fea sambil tersenyum lebar.
"It's okay. Kerja semua dah settle. Cuma tinggal kita masukkan perabot je"
Fea mengangguk faham.
"Puan Ivy ada call saya, katanya mereka dalam perjalanan ke sini." beritahu Fea.
"Baguslah kalau macam tu. Lagi cepat kita loading barang, lebih cepat waktu pelancarannya nanti. Saya sendiri pun sudah tidak sabar nak lihat hasilnya nanti. Saya harap, semakin ramailah pelanggan yang datang ke sini nanti."
Ed tersengih senang hati. Orang pertama yang akan dia bawa kesini adalah atuk dan neneknya, pemilik Kana Hotel.
"Ed, sebenarnya ada perkara yang saya mahu bincangkan dengan awak" celah Fea bersuara perlahan.
Melihat wajah serius Fea, langsung memadamkan senyuman yang terukir di wajah Ed.
"Mari kita duduk di sana" Fea menghalakan tangan kanannya ke arah sofa berwarna mustard yang ditata cantik dekorasinya.
Fea, Ed dan Taylor menghampiri tempat duduk. Taylor mengambil tempat di sebelah Fea manakala Ed duduk di sofa satu, tidak jauh dengan Fea.
"Perkara apa yang sebenarnya hendak disampaikan? Macam serius je.." Ed kelihatan sudah tidak sabar.
Fea memandang sekilas ke sisi, dia bertatap pandang dengan Taylor.
Lelaki itu hanya memberi isyarat melalui senyumannya.
Ed turut perasan.
"Untuk pengetahuan awak, hotel ni bukan seperti Kana Hotel yang awak lihat sebelum ini lagi. Sekarang, hotel ini sudah jauh berubah. Macam yang awak boleh lihat sekarang, bagaimana ruang ini dimodenkan, begitu juga dengan bilik-bilik yang telah kita siapkan."
"Taylor" panggil Fea.
Lelaki itu mengeluarkan laptop lalu membukanya. Dia menunjukkan plan 4D untuk tontonan Ed.
"Dalam ni sudah saya siapkan susun atur perabot dan dekorasi bagi setiap bilik. Sebelum ni, Kana hotel hanya ada 2 pilihan bilik untuk pelanggan sama ada pelanggan harus memilih bilik yang ada katil Twin atau Deluxe sahaja. Tapi sekarang ni tidak lagi. Awak boleh lihat disini."
Tangan Fea lincah bermain di papan keyboard dan tetikus. Sementara Ed begitu teliti menilik satu persatu imej yang ditunjukkan Fea.
"Ini dekorasi yang telah disiapkan oleh interior designer kami dan juga hasil perbincangan dengan Puan Ivy sendiri. Tapi semua ni merupakan pandangan dan pendapat saya dan Taylor. Dan sekarang, saya mahu berbincang dengan awak pula, Ed."
Dahi Ed berkerut.
"Apa maksud awak, boleh tolong jelaskan supaya tidak ada kekeliruan?" Ed akui, dia langsung tidak faham dengan apa yang hendak disampaikan oleh Fea.
Dia sedar, Kana Hotel sudah jauh berbeza. Sebelum ini, Kana Hotel dilihat kuno dan tidak menarik. Dekorasi dan sentuhan tatariasnya berunsurkan zaman 60an. Tapi sekarang, Kana Hotel sudah terlihat moden dan mewah.
Kana Hotel memiliki 50 bilik penginapan sebelum ini. Tapi sekarang tidak lagi. Ada beberapa buah bilik terpaksa dipecahkan untuk dijadikan bilik khas seperti perancangan dan plan asal arkitek dari Syarikat Reynard Co Lockwood.
"Baik. Awak boleh lihat dengan teliti disini. Sekarang, hotel ni memiliki 6 pilihan bilik buat pelanggan. Kita ada Twin Deluxe. Dalam ruangan ni, kita akan masukkan 2 katil single berserta kelengkapan lain seperti Wifi, air botol percuma, Tv satelit, penyaman udara dan pelbagai barangan dan kemudahan lain. Awak boleh lihat sendiri seperti gambaran disini.
Kita ada Deluxe Zipper. Dalam bilik ni, kita akan tempatkan 2 katil single atau 1 katil bersaiz king. Dalam bilik ni, kita akan tambah beberapa kemudahan lain, berbeza dengan Twin Deluxe tadi. Dalam bilik ni kita ada mini bar dan juga mesin pembuat teh dan kopi, peti ais dan jubah mandi."
Ed nampak sangat teruja. Dia sendiri tidak menyangka Fea mempunyai idea yang sangat bernas.
"Bilik yang ketiga kita ada bilik Deluxe yang hanya menempatkan 1 katil bersaiz king. Kemudahannya sama seperti Deluxe Zipper tadi. Yang keempat, kita ada Suite Deluxe. Bilik ini mempunyai keluasan 398kaki berbanding tiga bilik tadi. Menempatkan 1 katil bersaiz king serta kemudahan yang sama seperti Deluxe."
Ed meneliti satu persatu ruangan yang ditunjukkan Fea.
Dia sendiri tidak percaya, Kana Hotel bakal berubah wajah 360darjah.
"Setakat ni, jelas tak dengan penerangan saya?" tanya Fea sambil memandang ke wajah Ed.
"Sangat jelas dan sangat berpuas hati" jawab Ed sambil tersengih gembira.
"Baik, boleh saya teruskan?" tanya Fea.
Ed mengangguk.
"Baiklah. Ini bilik yang kelima. Kita ada Executive 1 bilik tidur. Mempunyai keluasan 646kaki, 1 katil king, kita sediakan kelengkapan dapur, mesin basuh, ruang makan berasingan, dapur penuh dan ruang tamu yang berasingan. Maksimum untuk 2 dewasa dan harganya lebih tinggi berbanding bilik-bilik sebelum ini.
Dan bilik yang keenam, kita ada bilik Executive 2 bilik tidur. Mempunyai keluasan 1001 kaki, maksimum 4 dewasa. Kita sediakan 1 katil king dan 1 katil bersaiz queen. Disini kita ada lebih kemudahan berbanding Executive 1 tadi. Kita ada tambahan ketuhar gelombang mikro dan juga satu bilik mandi tambahan."
"Bagaimana dengan harganya, sudah tentu lebih mahal berbanding bilik Executive 1 kan?" soal Ed seperti sudah dapat meneka.
Fea mengangguk.
"Ya. Sudah tentu kerana bilik ini lebih luas dan kemudahannya lebih lengkap. Harganya pula mungkin kita akan naikkan satu kali ganda lebih tinggi berbanding Executive 1"
Ed mengangguk faham. Dia sangat berpuas hati dengan penjelasan Fea.
"Oh ya, kita ada sediakan satu ballroom, gymnasium, kolam renang dan restoran juga" sambung Fea pantas.
"What!?" Ed terkedu.
Fea dan Taylor terkejut. Mereka berpandangan.
Bersambung...
Apa pulak kali ni agaknya ya? Sikap Ed mmg sukar diramal.
Share this novel