“Eh mana diaorang ni lama sangat. Ami kau cuba kau pergi tengok diorang.” arah Am apabila melihat Fariz dan Ayriz tidak muncul muncul sejak tadi.
“Ala Am biarlah diaorang. Diaorangkan baru kahwin pepandailah… Dah jomlah makan. Aku dah lapar.”
“Haah dohh… tunggu dorang ni perut aku dah berbunyi kau tahu.” celah Andy. Mereka pun terus menjamu tanpa menunggu Ayriz dan Fariz.
“Bagi dekat dia.” arah Ayriz dengan suara yang sudah mendatar. Fariz masih lagi dengan kerutan.
“Apa awak ni Ayriz? Pakai balik. Orang pandang ni.”
‘Tak akan dia nak mintak cerai? Aku belum terfikir untuk ceraikan dia.’
“Bagilah dia. Ni kan cincin dia.”
“Ayriz janganlah macam ni.”
“Now Ayriz nak husband lamar dia depan Ayriz.” arah Ayriz lagi. Kali ini bukan Fariz sahaja terkejut malah Wawa juga terkejut dengan kata kata Ayriz.
“Hah?”
“Now! Lamar dia!” makin tegas arahan itu. “Ayriz… saya….”
“Now husband! Lamar dia.” teragak agak Fariz memandang arah Wawa.
“Sayang, will you marry me?” lamar Fariz memandang cinta hatinya. Wawa kelihatan kaku dan mukanya juga kelihatan sedikit pucat.
“Sayang?” panggil Fariz lagi. Ayriz tersenyum sinis.
“See… still dia tak terima lamaran awak, Fariz. Awak tak nampak lagi kat mana awak dekat hati dia?” Ayriz mula bermain mental dengan mereka. Fariz terdiam ketika itu.
“Betul ke you memang tak nak kahwin dengan I, Wawa?” soalan itu membuatkan Wawa memandang kearah Fariz.
“No sayang. Tu bukan maksud I. I……”
“Dah cukup drama kau dekat sini…. lain kali belajar hargai orang. Aku dengan husband aku nak pergi makan ni… kalau tak tahu malu jomlah join. Tapi tak payahlah buat semak suasana je. Husband, husband nak join yayang or stay sini dengan dia? Up to you. Yayang tak halang.” Ayriz terus beredar daripada situ meninggalkan Fariz dan Wawa. Air matanya sudah pun bertakung. Jujur dia sendiri tidak tahu apa yang dia lakukan tadi.
“Sayang, I…..”
“I pergi dulu.” tanpa menunggu Fariz terus mengejarnya isterinya. Wawa merengus sakit hati.
“Baby? Baby kenapa ni? Mana Fariz?” soal Ayie apabila melihat adik sepupunya hanya berseorang. Ayriz hanya mendiamkan diri dan terus makan tanpa mengendarkan mereka yang memandangnya. Tidak lama kemudian Fariz pun tiba dan terus duduk di sebelah Ayriz.
“Fariz, tak nak order?” soal Am mengembalikan suasana.
“Eh tak apalah…. korang pun nak abis makan dah.”
“Lah tak apalah, kitaorang boleh tunggu.” Fariz tersenyum sambil menggelengkan kepala. Suasana kembali sunyi di meja makan. Ayriz yang sejak tadi diam menyeretkan pinggannya kepada Fariz. Fariz memandang lalu tersenyum.
‘Merajuk, merajuk juga tapi perut aku kesah juga. Comellah kau ni budak.’
“Awak makanlah.” tolak Fariz lembut sambil menolak pinggan kepada Ayriz semula. Ayriz memandang nasi itu lalu dia mengambil semula sudu nasi dan ayam disatukan lalu terus menyuakan ke mulut Fariz. Mereka di meja makan sudah tersenyum. Fariz sedikit terkejut namun mulutnya turut dibuka dan makan.
“Kita share.” kata Ayriz perlahan.
“Ehem.” usik Andy. Mereka yang lain sudah tergelak.
“Kahwin cepat abang Andy.” balas Ayriz juga tidak mahu mengalah. Andy hanya tertawa. Fariz pula tersenyum melihat isterinya.
Sepanjang perjalanan sehinggalah dirumah, Ayriz sedikit pun tidak bercakap. Itu sudah menjadi kebiasaan mereka melihat Ayriz diam begitu namun bagi Fariz ada sesuatu yang tidak sempurna.
“Awak nak saya tolong apa apa tak?” saja dia ingin membuka topik untuk berbual dengan isterinya. Namun hampa Ayriz hanya menggelengkan kepala. Fariz sudah hilang kata apabila setia pertanyaannya hanya dijawab dengan anggukan atau geleng sahaja. Fariz terus ke katil mengambil telefonnya. Dia tahu Ayriz masih marahkannya.
‘Sibuk buat buat tanya… ha tu chat perempuan tu la tu. Ish bencinya.’
‘Apa lagi aku nak buat ni…. semua dia tak layan. Nak pergi bawah pun nak borak apa je.’
“Apa lagi yang tak ada ek? Bawak yang perlu je lah kan… Baju kerja dah, apa lagi ek? Ouh barang make up aku. Ala tapi kena bawak ke? Eh bawaklah aku nak pakai apa gi kerja. Manalah beg tu aku campak. Ouh ya atas almari.” bebel Ayriz seorang diri dan kemudian bangun. Fariz hanya memerhati.
“ Aduh macam mana kau boleh dekat hujung tu. Eh akulah yang campaknya. Haih kena pakai kerusi jugalah ni.” Ayriz terus ke meja solek mengambil kerusi.
“Nak buat apa dengan kerusi ni?” laju Fariz menyoal. “Ambil beg.” ringkas jawapan Ayriz.
“Ambil beg? Beg apa ? Dekat mana?” Ayriz tidak menjawab, sebaliknya dia terus membawa kerusi ke almari. Laju Ayriz mencapai beg make up nya lalu membiarkan kerusi disitu.
‘Aku nak tolong, sombong, Suka hati kaulah budak.’
Tiba tiba telefon Fariz berbunyi. Fariz melihat nama si pemanggil dan kemudian melihat isterinya yang sudah memandangnya. Selang beberapa saat Ayriz terus bangun keluar daripada bilik. Fariz mengeluh perlahan dan kemudian mengangkat panggilan itu.
“Hai sayang. Why lambat angkat call I?”
“You nak apa?” soal Fariz malas ingin berbual panjang.
“You tak suka I call ke? You marah dekat I ke?” suaranya saja disedihkan.
“No. I tak marah you. You nak apa call I ni?”
“I miss you. Bila kita boleh jumpa?”
“Nanti.”
“But bila sayang? Hm I rindu nak keluar makan macam dulu.”
“Wawa, I have to go. Anything chat I. Bye.”
“Sayang…. I belum…..” belum sempat Wawa menghabiskan kata katanya panggilan itu dimatikan.
“Ishhhhhhhh, aku belum habis cakap lagi dia dah tutup! Ni mesti perempuan tu ada dekat situ! Arh benci!” bengang Wawa.
“Sudah sudahlah kau kejar dia. Cari orang lain.” celah Mel sambil menghirup air.
“No! Aku tak akan lepaskan dia. He’s mine.” Mel tersenyum sinis mendengar kata kata itu.
“Tak payah bazirkan masa kau…. Fariz tak akan balik dekat kau. Trust me.”
“Mel cuba cakap tu buat aku rasa sejuk hati, tak boleh ke? Ni semua menyakitkan hati.” geram dia melihat kawannya yang sikit pun tidak memberi kata kata semangat dekat dirinya.
“Sejuk hati? Kau dah ada peluang tadi tapi kau tetap sia siakan. Wife dia siap suruh Fariz tu lamar kau pastu Fariz pun dah lamar kau kali ke entah berapa ratus kali kan…. Kau tetap tolak dia. Kau ingat dia tak ada perasaan ke setiap kali kau tolak dia.”
“Aku bukan tolak lamaran dialah!” Wawa masih lagi menidakkan hal itu.
“Abistu apa? Kau bagitahu aku.”
“Aaaa… aku terkejut je.” Sekali lagi Mel itu tertawakannya.
“Dah kena lamar kali ke berapa ratus pon kau still terkejut? Dah la Wa, daripada layan cerita kau baik aku makan.” Mel terus beredar meninggalkan Wawa di ruang tamu. Makin sakit hati Wawa dibuatnya apabila rakannya memperendahkan dirinya.
“Baby, mana Fariz?” tanya mamanya apabila melihat dia hanya berseorangan. “Atas.” pendek Ayriz menjawab. Mamanya sudah memandang suaminya. Suaminya pula hanya menggelengkan kepala.
“Betul ke esok kamu nak pindah? Dah kemas apa yang patut?” soal papanya pula untuk mengambil perhatian anaknya.
“Dah pa… baru siap kemas.” suasana kembali sepi. Tidak lama kemudian Fariz pun muncul. Ayriz hanya buat tidak tahu.
‘Baru abis call dengan kekasih hati la tu! Aku nak tengok sejauh mana hubungan korang.’
“Pa, ma.” tegur Fariz dan terus duduk sebelah isterinya.
“Ha Fariz, esok kamu dah nak bawak adik pindah kan.”
“Haah pa… lagi pun Fariz memang dah lama beli dah. Tinggal jarang duduk je sebab duduk rumah mama papa.”
“Ouh baguslah tu. Dah beli tak akan tak duduk kan. Hah adik ni, dah duduk dengan suami jangan lupa makan minum pakai suami semua. Ingat jangan gilakan kerja sangat.”
“Ya, adik tahulah.” sekali lagi pendek jawapan anaknya.
“Ni mama lupa nak bagitahu, minggu depan rumah mummy daddy ada buat makan makan. Jangan lupa datang.”
“Tak datang. Busy.” belum sempat Fariz bercakap Ayriz sudah memotong. Serentak Fariz memandang wajah selamba isterinya.
“Adik janganlah macam tu. Tak baik tau tak pergi rumah sedara mara.” tegur mamanya lembut.
“Adik tak ada makan ii stil jadi jugakan.”
“Ayriz Elyna.” nama itu dipanggil oleh papanya. Ayriz memandang tidak puas hati.
“Fine! Kalau adik tak penat adik datang. But jangan berharap apa apa.” Ayriz lantas bangun menuju ke dapur. Papanya menggelengkan kepala. Sudah tidak tahu bagaimana ingin menasihati anak perempuaanya. Anaknya pada mula bukanlah berperwatakkan begitahu namun disebabkan satu peristiwa menjadikan dia begitu.
“Maaf la Fariz. Ayriz ni susah sikit nak faham dia. Tapi lama lama fahamlah.” beritahu ibu mertuanya. Fariz hanya tersenyum.
“Tak apa maa… Fariz pergi dekat dia kejap.” kedua orang tua itu hanya mengangguk.
Puas Fariz mencari isterinya rupanya ada di tepi kolam sedang termenung. Jelas melihat wajah isterinya kelihatan muram. Air mata juga turut bertakung.
“Ayriz.” panggil Fariz lembut namun tidak menarik perhatian Ayriz.
“Awak buat apa dekat sini?” sekali lagi Ayriz tidak memberi respon terhadap Fariz.
“Saya tahu awak marah saya. Tapi awak janganlah cakap macam tu dekat mama papa. Diaorang cakap dengan awak elok elok kan.” lembut sahaja Fariz menasihati perempuan disebelahnya itu namun Ayriz masih lagi mendiamkan diri. Fariz mengeluh perlahan.
“Pakai balik cincin ni.” Fariz menghulurkan cincin itu kepada Ayriz.
“Tak nak. Tu bukan cincin saya.” jawab Ayriz tanpa memandang wajah suaminya.
“Apa awak cakap ni Ayriz… ni kan cincin nikah kita.” Ayriz tertawa sinis.
“Cincin nikah kita? Nope cincin nikah awak dengan girlfriend awak. Bagilah dia. Mana tahu dia dah ready.”
“Dah la Ayriz. Saya ni tak pandai pujuk orang. Saya…”
“Tak suruh.” jawab Ayriz tanpa perasaan. Kesabaran Fariz sudah makin tipis ketika itu.
“Awak pakai cincin ni sekarang.” arah Fariz sambil mencapai tangan Ayriz. Ayriz menepis sehingga menyebabkan cincin itu jatuh ke dalam kolam renang. Ayriz sedikit terkejut kerana dia tidak berniat untuk membuat begitu. Wajah Fariz sudah bertukar menjadi marah. Dia merenung Ayriz dengan pandangan sukar digambarkan.
“Hah bagus! Ingat cincin tu seringgit dua nak buang buang macam tu. Suka hati awaklah!” Fariz terus bangun meninggalkan Ayriz yang masih kaku disitu. Bengang Fariz apabila pujukannya tidak dilayan malah cincin pula sudah hilang. Cincin yang dipilih sendiri tanpa pengetahuan Wawa. Cincin yang nilainya agak lumayan.
terima kasih terus support
Share this novel
nah kan betul cincin tu utk wawa