Aku Adalah Penyembah Mu

Poetry Series 1318

Aku adalah penyembah Mu Ya Allah
Aku persembahkan segala yang ku mampu
khusus hanya untuk Mu.
Makhluk Mu yang lain hanya menumpang lihat sahaja,
ini jaminan ku.

Biarkan diri ini bercerita
Hikayat cintanya
Yang Engkau tuliskan
dalam buku mulia Mu
Dibaca syairnya
Dipamer lukisannya
Ditayang rakamannya
Saksikan dan dengarkanlah
Oh yang Maha Mengadili

Biarkan diri ini
menari dan menyanyi
dengan irama indah Mu
Yang Engkau mainkan sepanjang waktu, serata tempat.
Oh yang Maha Indah

Biarkan diri ini
Melakonkan hikayat cintanya
Di atas pentas yang dibentangkan
Sempurna oleh Mu
Oh yang Maha Sempurna

Biarkan diri ini merasa
Dan berfikir
Dengan hati dan minda yang kecil
Tetapi bersungguh untuk Mu!
Engkau lihatlah tindakbalas dan aktiviti
Kesemuanya

Akulah PenyembahMu ya Allah.

16.4.18
#cintadiri #zikrullah

Share this novel

Yoga b'Ocill
2020-08-07 07:29:31 

I like


NovelPlus Premium

The best ads free experience