H27

Crime Series 45700

"Fika... Fika.."

Salwa mengoncang bahu Dafika yang sedang lena menerkup wajah di atas meja makan.


Dafika yang kelihatan mamai, bangun juga lantas memandang rakan baiknya.

"Eh. Sorry aku terlelap."

Kepala yang sedikit perit, ditekan-tekan oleh jemari Dafika. Tak sedar berapa lama dia tertidur beralaskan lengan sendiri.

"Aku tengok kau lemah je sejak akhir-akhir ni Fika, pantang ada rehat sikit mesti kau tidur. Tengok lah ni.. letak kepala atas meja pun boleh terlelap. Kau okay ke Fika?"

Soal Salwa. Dia memang mengambil berat tentang rakannya itu. Kerana Dafika lah satu-satu teman karibnya sejak dulu.

"Aku okay je Sal, mungkin sejak akhir-akhir ni pelanggan kedai kita makin ramai sebab tu aku rasa penat kot."


Salwa mengangguk perlahan, mengiyakan kata-kata temannya. Sedang dia sendiri pun rasa terbeban sedikit bila pelanggan kedai makan ini semakin ramai.

Dafika sudah mencari-cari pekerja baru. Namun siapa lah yang ingin bekerja di kedai makan kampung macam ni. Anak muda sekarang lebih suka ke bandar. Tak kisah apa saja kerja, asalkan dapat menetap dan menjadi 'orang' bandar.

"Mila dah balik awal tadi, kakak dia dah datang ambik. Aku pun nak balik dah ni. Kau taknak tutup kedai lagi ke?"

Salwa bertanya lagi sambil tubuh terus berdiri dihadapan rakanya.

"Sekejap lagi aku balik, aku tunggu Har datang ambik barang kat dapur tu nak bawak balik rumah. Har keluar ambik Arsyad balik sekolah agama tadi."

Terang Dafika lembut.

Salwa mengangguk faham.
"Kalau macam tu, aku balik dulu lah ye."


Dafika turut mengangguk memberi kebenaran kepada Salwa. Belakang rakannya dipandang hingga keluar dari ruang kedai yang sudah ditutup separuh pintu.


Nafas dihela perlahan, tengah dahi Dafika picit lagi menahan rasa pedih.

Entah kenapa tubuhnya terasa lemah sejak seminggu dua ni. Pandangan juga sedikit berpinar. Keadaan ini yang dirasakan sewaktu Dafika mengandungkan Karsyad.


Hah?!
Jangan-jangan aku.....

Shreekk....

Pintu hadapan terdengar ditolak untuk dibuka.

Dafika pasti, itu adalah suaminya. Bibir mengorak senyum, kerana ada sesuatu yang ingin dikatakan kepada Ezhar. Dia pasti..

"Fika.."


Dafika berpaling, mata dibesarkan ketika melihat tubuh lelaki lain yang masuk dan menghampiri. Terus dia bangun dari duduk.

"Maaf encik, kedai ni dah tutup."

Tergagap Dafika bersuara, Dalam hati sedikit pelik. Kenapa lelaki itu tahu akan namanya.

"Fika.. kau tak kenal aku?"


Soalan lelaki itu membuatkan kening Dafika bertaut. Wajah leper yang penuh dengan jambang tak terurus itu dipandang lagi. Dafika tidak dapat mengagak siapa lelaki dihadapnya kini.

"Aku Naim, member Hidayat, yang selalu kacau kau dulu."


Naim?
"Bukan kau ke yang Har cari selama ni sebab pukul dia dalam penjara?"


Pertanyaan Dafika membuatkan lelaki yang bernama Naim itu mengangguk laju. Dari riak lelaki itu, Dafika rasakan dia sangat ketakutan.

"Kau buat apa kat sini? Kau tahu kan Har cari kau? Kalau dia jumpa kau kat sini, mampus kau dikerjakan!"

Ugut Dafika, sambil matanya menjeling-jeling ke luar pintu. Takut jika Ezhar kembali ke sini.

"Fika aku datang nak jumpa kau, aku nak mintak tolong dengan kau. Aku tahu kau je yang boleh tolong aku sekarang ni?"

Suara Naim turut bergetar. Sesekali pandangannya ditoleh ke luar kedai. Dia agak ada yang mengekorinya sejak tadi.

"Baik kau balik Naim! Aku tak dapat nak tolong kau apa-apa. Kau lama lagi kat sini, kau akan kena bunuh dengan Har."

Amaran terus Dafika beri.

"Aku tahu aku salah pada laki kau. Tapi sekarang kau kena tolong aku selamatkan keluarga aku."

Naim terus bersuara seakan merayu.

"Apa maksud kau? Kenapa kau nak aku tolong kau?"

Dengan berani, Dafika menyoal kembali.

"Fika kau tahu kan Hidayat kena cekup?"


Riak Dafika agak terkejut ketika Naim menyebut nama Hidayat. segera kepalanya digeleng tanda tidak tahu.

"Dayat kena cekup masa tengah hisap gam kat rumah dia, Tapi bila cek air kencing. Polis cakap Dayat positif dadah. Sedang Dayat tak pernah ambik dadah. Aku rasa dia kena game dengan polis. Dan aku tahu kau dapat agak siapa dalang yang nak kena kan Dayat kan?"

"Apa maksud kau?"

Makin berkerut Dafika bertanya, sungguh dia tidak mengerti apa yang dimaksudkan oleh Naim.

"Kau jangan nak tipu Fika. Kau lebih tahu siapa dalang yang berkuasa kat kampung ni. Kau tahu semua kerja dia, Dayat hanya kambing hitam mamat tu. Dan aku pun terbabit sekali. Aku cuba untuk jumpa Dayat kat penjara. Tapi dia kena kawal ketat. Hanya kau dan Dayat je tahu siapa jantan tu. Masa aku aniaya Har dalam penjara pun aku dapat arahan dari mamat tu. Tapi melalui Hidayat. Bila aku tanya Hidayat, dia taknak cerita."

"Jadi betul lah Har kena aniaya masa penjara? Betup lah Har tak pukul kau, tapi kau pura-pura kena pukul sampai Har disambung penjara lagi?"

Soal Dafika lagi. Geram bila dia sendiri mendapat bukti bahawa suaminya tak bersalah. Kalau ada kekuatan, mahu ditumbuknya muka mamat depan dia ni!

"Aku diupah untuk masuk penjara dan kena kan Har. Hidayat yang upah aku, bila aku tanya banyak, dia taknak bagi tahu. Aku agak dia pun dapat upah yang banyak dari setan tu."


Dafika kedu, tak mahu bertanya siapa 'Setan' yang dimaksudkan oleh Naim.

"Fika.. kau kena tolong aku, Kau je yang tahu siapa lakukan semua ni. Dayat dah kena tangkap, aku taknak jadi mangsa jugak. Aku dengar rumah Dayat terbakar, mak bapak dia mati. Aku syak mamat tu upah orang untuk bakar rumah Dayat. Sekarang ni orang-orang dia tengah cari aku sebab aku je bukti yang Har tak bersalah masa kat penjara. Tolong aku Fika.Aku taknak kena bunuh."

"Kau tahu siapa dalang semua ni? Dan kau tahu ke apa tujuan dia kena kan Har?"

Soal Dafika teragak-agak. Seolah-olah dia kenal dengan 'Dalang' yang dimaksudkan oleh Naim.

"Kenapa kau tanya aku balik Fika. Kau lebih tahu siapa mamat tu. Dan kau pun tahu apa sebenarnya yang dia dah lakukan. Atau kau sengaja nak cover dia sebab anak kau?"


Tersangkut sebentar liur di tekak Dafika sebelum diteguk laju menuruni abdomen.

Tak mungkin Naim tahu akan anaknya.

"Fika, Kalau kau taknak bantu aku, aku akan bocor kan rahsia anak kau pada Har."

"Naim! Kau jangan nak ugut aku!"

Laju jerkahan Dafika ketika mendengar Naim mengugutnya.

"Fika. Kau sorang je yang tahu siapa sebenarnya mamat tu, Dayat cerita dengan aku, kau yang banyak simpan bukti pasal dalang sebenar. Aku mintak kau tolong bukti kan kat polis yang mamat tu bersalah. Selagi dia tak kena lokap selagi tu aku rasa hidup aku kena ekori. Sekarang ni pun dia cuba ugut anak dengan bini aku. Tolong aku Fika."

Naim terus merayu, jika mampu, mahu sahaja dia sembah kaki Dafika. Tak tahan lagi dirasa hidup kini.


Setiap saat diri rasa diekori, malahan 2 hari lepas motor yang dinaiki oleh Naim hampir dilanggar oleh sebuah kereta yang tidak dikenali. Isteri serta anaknya tercampak ke bahu jalan. Nasib tiada kecederaan yang parah.

Kereta yang melanggarnya pula meluru pergi. Naim pasti pelanggaran itu seakan amaran untuk dirinya.


Jalannya kini hanya satu iaitu memujuk Dafika supaya mengeluarkan bukti siapa dalang sebenarnya. Kerana menurut Hidayat, Dafika tahu segalanya.

"Naim.. aku betul-betul tak tahu siapa yang kau maksudkan, dan aku tak reti nak tolong kau macamana."

Suara Dafika dikendurkan. Dia turut kasihan melihat keadaan Naim. Dafika pasti Naim tidak menipunya. Namun apa daya, sedang Dafika sendiri takut jika dia masuk campur, bermakna keluarganya turut menjadi mangsa.


Naim serabutkan rambutnya, keluhan dilepas kasar sebelum kakinya melangkah untuk menghampiri Dafika.
Hanya wanita itu jalan terakhirnya kini.

"Fika.. Kau kena ingat siapa kau, dan siapa anak kau, Kalau kau taknak tolong aku. Aku tak teragak-agak untuk bagi tahu pada Har tentang rahsia kau"

"Rahsia apa?!"


Suara garau di hadapan pintu membuatkan Dafika dan Naim serentak menoleh.


Mata Dafika membulat bila Ezhar masuk dan menghampiri mereka berdua.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience