BAB 6

Drama Completed 5869

“ Iye Lily,”

“ Cik Laila, Encik Fezrol dari Syarikat Gerhana Holdings datang,”

Haziq dan yang lain-lain meminta diri apabila mendengar perbualan diantara Laila dan Lily. Laila melemparkan senyuman kepada mereka bagi memberi jawapan bahawa dia tidak apa-apa.

“Call him in Lily,”

Laila mengambil fail dari belakang tempat duduknya. Ketika dia berpaling muncul seorang lelaki kacak apabila pintu di buka. Laila menjemput lelaki itu masuk dan mempersilakan dia duduk. Perbincangan diantara mereka berlarutan sehingga jam turun ke angka 4:30 petang. Perbincangan dihentikan selepas mendapat kata sepakat dari kedua-dua belah pihak.

“ Well Cik Laila,terima kasih sebab sudi bekerjasama dengan syarikat kami,”

“ Its ok,perkara kecik je tu,” kata Laila berbahasa,bukan dia tidak sedar. Dari mula perbincangan sehingga sekarang lelaki dihadapannya asyik merenung wajahnya.

“ You are not change are you,” kata Fezrol tiba-tiba.

“ Excuse me,” raut wajah Laila mula berubah apabila mendengar kata-kata Fezrol sebentar tadi. Siapa tidak terkejut apabila seorang lelaki menyatakan dia tidak berubah padahal ini baru kali pertama mereka berjumpa.

Fezrol tersenyum sehingga menampakkan lesung pipit di pipi kanannya,” You don’t remember me Kak Issabella. This is Fezrol,your own brother,”

Laila terkejut mendengar kata-kata Fezrol sebentar tadi. Air mata mula bertakung apabila mengetahui siapa lelaki dihadapannya ketika ini. Adiknya yang hilang hampir dua belas tahun tahun akhirnya muncul dihadapannya.

“Fezrol Firman,” hanya itu yang dapat keluar dari bibir Laila.

Laila bangun dah memeluk tubuh Fezrol kejap. Tangisan yang ditahan terhambur didada adiknya itu tanpa disekat. Fezrol mengusap belakang kakaknya bagi menenangkan Laila. Ketika itu muncul Haziq. Adegan yang terbapa r dihadapannya membuatkan dia ingin berlalu tetapi ditahan oleh Laila. Laila melepaskan pelukan dan menarik Haziq masuk. Pintu pejabatnya ditutup.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience