Bab 5:Sahir

Mystery Series 181

Pintu itu berdentum keras ketika Sahir, dengan wajah tegang dan mata merahnya, menghempasnya. “Keluar korang semua! Jangan sibuk hal rumah aku!” teriaknya, suara garau bergema dalam ruang sempit rumah itu.

Haris, Rina, dan Fahri terpaku sejenak. Mereka saling berpandangan, jelas terguncang oleh sikap kasar Sahir. Tetapi kemudian, teriakan halus terdengar dari dalam—sebuah suara tangis wanita dan seorang anak kecil yang memohon ampun. Situasi itu menggerakkan mereka semua.

“Tak boleh biar ni!” kata Fahri sambil menggerakkan tangannya ke arah pintu. Haris mengangguk, memegang bahunya sejenak untuk memastikan mereka sepakat.

“Bro, kita kena masuk,” ujar Haris tegas. Mereka bertiga melangkah ke depan pintu, dan dengan sekali dobrakan keras, pintu terbuka. Pemandangan di dalam membuat darah mereka mendidih. Watie, isteri Sahir, terduduk di lantai sambil memeluk erat anak lelakinya yang kelihatan ketakutan. Mukanya penuh dengan bekas tamparan merah, dan matanya sembab.

“Oi! Korang nak apa masuk rumah aku macam gangster ni?” Sahir menjerit, matanya liar, tubuhnya goyah seperti orang kehilangan keseimbangan. Haris segera berdiri di depannya, memancarkan ketegasan.

“Kau ni dah gila ke? Kau ingat ni cara nak urus keluarga?!” Haris menyoal, suaranya menggelegar.

Fahri ikut campur, memotong kata-kata Sahir yang mulai memaki. “Kau dengar sini, Sahir. Kau tak ada hak nak dera orang macam ni. Bini kau tu manusia, bukan punching bag!”

Sahir mendekati mereka, matanya melotot, tangannya memegang pasu kaca di dekat meja kecil. “Jangan lebih-lebih, Fahri! Kalau korang rasa aku tak boleh buat apa-apa, tunggu je lah!” Dengan penuh emosi, dia mengangkat pasu itu, siap mengayunkannya ke arah mereka.

Namun, sebelum dia sempat bertindak, Rina melangkah maju. Kad detektifnya berkilauan di bawah lampu neon kusam. “Sahir, berhenti sekarang sebelum aku panggil rombongan polis datang serbu rumah ni.Jangan kau lupa aku siapa.Kau tahu apa aku boleh buat!” katanya tegas.

Sahir berhenti sejenak, matanya menyipit seperti sedang menilai ancaman itu. Kemudian, dengan penuh frustrasi, dia membaling pasu itu ke lantai, pecah berderai. “Fine! Korang menang kali ni!” Dia berbalik dan masuk ke biliknya dengan langkah berat.

Rina menghampiri Watie, yang masih menangis tersedu. Dia memeluk wanita itu, memberikan rasa aman yang Watie begitu perlukan. “Kitorang kat sini. Jangan risau, kami takkan biar akak terus macam ni,” bisik Rina lembut sambil mengusap kepala Watie.

Sahir kembali keluar, membawa beg dan bagasi besar. Pandangannya tajam, penuh kebencian. “Aku blah dulu! Kau semua jaga je rumah ni!” Dia melangkah keluar, menghentak lantai dengan keras. Dari luar, mereka mendengar deru enjin mobilnya.

Fahri menghela nafas. “Apa cerita dia ni? Jelas tak normal.”

Sementara itu, Rina duduk di samping Watie, menggendong bayi kecil yang menangis. Dengan lembut dia menenangkan bayi itu,Watie kelihatan penuh depresi yang dipendam.Rina mengambil bayi itu dari genggaman Watie untuk memberi Watie ruang untuk bernafas.Dengan lembut dan tiada nada memaksa,Rina cuba bertanya,"Rina bagi akak masa bertenang dulu baru cerita apa sebenarnya terjadi.Watie mulai mengatur nafasnya.Dia pun mulai berbicara dengan suara bergetar. “Sikapnya berubah kebelakangan ini.Saya dapat rasakan.Dia… dia selalu balik lewat sekarang. Agresif sangat. Saya tak tahu kenapa."

Fahri dan Haris berjongkok di hadapan Watie dan Rina yang duduk di lantai,"Akak boleh ceritakan apa benda yang mencurigakan selama dia macam tu?Sebab saya kenal,Abang Sahir memang garang,tapi tak pernah saya nampak dia macam tu,sampai dera pulak tu."

Watie menyeka air mata di pipinya.Kelihatan sangat ingin meluahkan namun dadanya masih sebak.Rina menepuk belakang Watie agar Watie sedikit merasa tenang dan nyaman untuk bercerita."Hal kecil je,dia suka nak besarkan.Setahu saya dia selalu mengalah."Watie kelihatan mula terbuka,"Haritu,dia ada kenal dengan satu kawan dia ni.Dia sempat cerita,kawan baru dia nak ajak bercuti.Katanya satu tim syarikat.Tapi lama-lama,kawan dia tu asyik ajak dia lepak,pergi kelab malam.Tu je yang saya syak.Satu lagi."

Rina,Haris dan Fahri kelihatan tidak sabar menunggu kata-kata selanjutnya.

"Masa tu,saya tengah kemas bilik.Saya sapu bawa katil,dia pernah cakap jangan pernah usik beg hitam kecil yang ada dekat bawah katil tu.Tapi saya degil,saya tetap nak tahu apa yang dia sembunyikan.Lepas saya buka...."

Sekali lagi mereka tidak sabar dengan rahsia apa yang disembunyikan Sahir."Apa yang saya nampak hanya..Tiga batang lilin aroma.Dia masuk kat bilik terus tampar saya.Memang sebelum tu sifat dia sangat agresif,tapi tak pernah angkat tangan.Selama 11 tahun usia perkawinan,tu adalah tamparan pertama.Saya tak sangka.Dia terus tengking saya sebab saya degil.Tapi yang saya tak faham kenapa dia nak sem-"

Belum sempat Watie melanjutkan ucapanya,Sahir keluar bersama begnya membuatkan mereka semua mengalihkan perhatian ke arah Sahir.

Tapi Haris tidak ingin menyia-nyiakan kesempatan untuk bertanya,“Lilin tu kat mana sekarang?” tanya Haris, nada suaranya penuh perhatian.

“Dia sembunyikan. Tak bagi saya sentuh,” jawab Watie sambil menghapus air matanya.

Rina mengerutkan dahi. “Lilinnya...macam mana rupa dia?”

“Warna hitam… ada ukiran pelik,” Watie menjelaskan. “Saya takut benda tu ada kaitan dengan apa-apa yang buruk.”

Belum sempat mereka membahas lebih jauh, suara enjin mobil Sahir semakin keras. Dia melajukan kendaraannya keluar dari halaman. Rina berdiri dengan cepat. “Aku kena kejar dia. Lilin tu mungkin ada kaitan dengan kes yang aku tengah siasat.”

Haris dan Fahri memandangnya dengan cemas. “Rina, jangan gila! Dia dalam keadaan tak stabil sekarang,” ujar Haris.

“Tapi dia saksi penting! Aku tak ada pilihan,” jawab Rina sebelum berlari menuju mobilnya yang diparkir di depan rumah Haris.Kedengaran kereta Sahir sudah menjauhi perkarangan itu.

Di jalan raya, pengejaran terjadi. Rina dengan cekatan mengemudikan mobilnya, matanya fokus pada mobil Sahir di depan. “Sahir, kalau betul lilin tu ada kaitan dengan dadah, kau memang bodoh kalau terus lari,” katanya sendiri sambil menambah laju mobilnya.Suasana semakin menegangkan,babak ini seperti aksi di dalam drama detektif yang betul-betul menerkam suasana.

Sahir, yang sadar dia dikejar, mulai melajukan mobilnya lebih cepat, zigzag di antara kendaraan lain. Dia terlihat seperti orang yang hilang akal, sesekali menabrak pembatas jalan. “Pergi mampus kau, Rina!” teriaknya di dalam mobil, suaranya dipenuhi kemarahan.

Ketika jalanan mulai lengang, Rina mengambil keputusan drastis. Dia menurunkan kaca mobilnya, mengeluarkan pistol,matanya menyasarkan tayar kereta,satu tembakan saja tepat mengenai ban belakang mobil Sahir. Suara letupan memecah kesunyian malam. Mobil Sahir oleng, akhirnya berhenti di tengah jalan.

Sahir keluar, tubuhnya bergoyang-goyang, wajahnya penuh keringat. “Rina, kau memang cari nahas!” Dia berlari ke arah Rina dengan niat menyerangnya.

Namun, Rina sudah siap. Dengan gerakan cepat, dia menepis serangan Sahir, menjatuhkan pria itu ke tanah. “Kau fikir kau boleh kalahkan aku? Aku ni detektif, Sahir. Jangan main-main!” katanya sambil mengunci tangan Sahir ke belakang.

Meskipun sudah dijatuhkan, Sahir masih terus memaki. “Kau perempuan tak guna! Kau ingat kau boleh hukum aku sesuka hati?!Anj**g!!"Mereka bertarung dengan sengit,Sahir kelihatan panik,tenyata lawannya bukan kaleng-kaleng.Rina menggunakan taktiknya iaitu memberi satu pukulan di titik lemah Sahir.Sahir akhirnya kalah dan badannya terkulai lemas dan jatuh ke tanah.

Rina mendekatkan wajahnya ke arah Sahir yang terbaring. “Aku tak hukum kau, Sahir. Kau yang hukum diri sendiri dengan perangai kau ni. Sekarang duduk diam, atau aku tambah lagi kesalahan kau,” katanya dingin.

Setelah Sahir digari, Rina menghubungi pihak polis. Tidak lama kemudian, sirene mobil polis terdengar, membawa ketegangan di jalan sepi yang itu. Sahir dibawa ke balai untuk diinterogasi. Setelah tes dilakukan, terbukti dia positif menggunakan dadah.

Di ruang interogasi, Sahir tetap bungkam tentang lilin aroma yang ditemukan oleh Watie. Dia hanya memandangi meja, tidak mengeluarkan sepatah kata pun, meskipun berbagai ancaman diberikan. Akhirnya, dia dipenjara,pihak polis masih lagi terpaksa meninggalkan misteri lilin itu tanpa terpecahkan.

Watie yang setia,tahu sikap dan cinta suaminya itu seperti apa.Dia tahu suaminya sudah terlalu jauh tenggelam di dalam kesalahan.Dia tahu setiap orang di dunia ini pernah melakukan kesalahan tidak kira kecil atau besar,namun yang pastinya semua orang berhak diberi peluang kedua untuk berubah.Jadi,walau lama bagaimanapun,dia sedia menanti suaminya kembali ke pangkuannya,memaafkannya dan membina kehidupan baru.Prinsip yang dia pegang,"Tuhan saja mampu mengampunkan semua hambanya berkali-kali,siapa pula manusia yang menghakimi sesama manusia?"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience