Bab 24

Action Series 6404

Hati Darmawati masih sakit dengan apa yang disaksikannya tadi. Hidup-hidup dia ditipu oleh menantu kesayangan kononnya.

Dari tadi Darmawati menanti kepulangan anaknya di rumah Amanda. Hatinya memang mendidih sejak dari tadi apatah lagi setiap kali matanya terpandangkan Amanda yang memakai skirt paras lutut.

"Kenapa Darris tipu mama?" tak menyempat Darmawati menyerang saat pintu ditolak dari luar.

"Perlahan sikit, Wati. Dengar dek jiran tetangga Darris ni nanti, malu dia." tegur Hazrul.

Bagaimana marah isterinya pada anak menantu, Darmawati harus pandai mengawal keadaan.

"Saya peduli apa! Budak-budak ni dah malukam saya. Sekarang mama nak tahu, Darris tau tak yang bini kamu pakai macam ni?"

Merah mata Darmawati memandang wajah Darris yang penuh rasa serba salah.

Kepala ditunduk.

"Ris tau, mama."

"Tau? Tapi rahsiakan daripada mama? Darris tau tak apa yang kau orang buat ni berkaitan dengan agama. Tergamak Darris tipu mama dengan papa."

Amanda yang duduk di sofa hanya mendiamkan diri. Walaupun hatinya bergelodak marahkan mentuanya yang terlalu kisah dengan penampilannya tetapi lebih baik dia tidak bersuara.

"Bukan Ris nak tipu mama tapi..." belum sempat Menghabiskan ayat, Amanda mencelah.

"Puan, saya sedar saya siapa dalam keluarga ni. Kalau puan kisah sangat dengan penampilan aurat ni semua, nak tanyalah. Engkau tu dah kira cukup baik sangat ke?"

"Ayra!" jerkah Darris.

"Kau diam! Eh aku dah fed up lah dengan semua ni. Apa kau ingat kau berkasar dengan aku selama ni aku cuba nak berlembut ke dengan kau, Darris? Eh sedarlah diri tu. Engkau tu lelaki bertopengkan iblis jahanam yang dah rosakkan maruah aku! Lelaki hipokrit macam kau memang patut mati dari dulu lagi!" bentak Amanda sekuat hati.

"Mama nak Ayra yang dulu bukan Amanda yang sekarang!" bidas Darmawati.

"Engkau tak perlu nak bandingkan Nuhayra dengan Amanda. Itu kisah silam Darris dan Amanda adalah masa depan Darris yang akan menghancurkan jiwa anak kau tak guna ni."

Amanda yang berdiam kembali bersuara tegang. Hatinya sakit apabila dijentik rasa benci saat nama Nuhayra dibangkit.

"Kau jangan nak mengajar aku pula, Amanda. Aku sayangkan kau macam anak aku sendiri tapi aku tak sangka kau berubah. Kau tipu aku. Mana Nuhayra yang aku kenal?"

Tiada lagi perkataan 'mama' yang digunakan oleh Darmawati.

"Lepas keluarga lahanat ni bunuh Nuhayra, Amanda ni yang bangkit berdiri di hadapan kau sekarang. Anak kau yang beria sangat tak nak lepaskan aku. Kalau kau rasa kau tu mama dia dan kau rasa anak lelaki kau ni bertanggungjawab atas gelaran suami, kau suruh anak kau ceraikan aku!"

Ternyata hatinya sudah tawar dan kecewa untuk cuba membuka ruang dan tidak akan membenci keluarga suaminya seperti sebelum ini.

Ini baru penipuan yang dilihat, bagaimana kisah lain yang dia tidak tahu.

"Huh, apa tadi aku tak dengar? Sayang? Aku ke yang suruh kau sayang aku?"

Akhirnya Amanda menunjuk belangnya yang sebenar. Dia membuat muka menyampah dan mengalihkan pandangan ke tempat lain.

"Biadapnya kamu, Ayra." lengan baju Darmawati disentengkan.

"Mari sini aku ganyang kau."

"Haih ingatkan keluarga ni pun dah boleh terima aku balik tapi rupanya sama. Sama macam mana kau orang seksa bunuh Nuhayra dulu kan." sindir Amanda.

"Ayra, cukuplah. Jangan macam ni lagi. Saya tau saya salah." rayu Darris.

"Eh Darris. Kau ingat aku berlembut dengan kau selama ni aku ikhlas ke? Kau silaplah. Tujuan aku buat macam tu semata sebab lakonan!"

"Tengok bini kamu ni, Ris. Dah makin kurang ajar dia dengan mama."

"Mama, sudahlah tu. Ini semua salah Darris. Bagi masa dekat Ayra untuk berubah. Mama janganlah serang macam tu." Darris cuba meredakan keadaan.

"Hei Darris! Mana mama nak letak muka kalau orang duk mengata anak menantu mama nanti?" balas Darmawati.

"Aik, kau mengaku pulak yang aku ni menantu kau. Sebelum ni kau anggap aku hamba kau kan. Tak ada kerja lain lagi ke selain nak mengumpat orang. Yang gatal mulut tu pergi mengata orang buat apa. Sama je dosanya. Tak payahlah kau nak berlagak baik sangat kalau kau sendiri ada keburukan." berbisa lidah Amanda mengeluarkan kata-kata.

"Kau tengok Darris, mulut bini kau ni. Kau tengok!"

"Ayra, tolong jaga bahasa tu sikit."

Makin serabut otak Darris dengan kedua-dua wanita kesayangannya. Seorang adalah syurganya dan seorang lagi adalah kehidupannya.

"Aku kurang ajar ke? Kau tak tengok apa orang tua ni cakap pasal aku tadi. Nak cari kesempurnaan tapi diri sendiri tak betul. Kalau kau betul-betul sayangkan anak kau, tak payah nak halang dia nak teruskan hubungan dengan perempuan macam aku ni. Kau ingat semua orang bertudung tu baik ke?"

Makin panas hatinya apabila suaminya seperti meletakkan kesalahan ke atas dirinya.

Puan Darmawati, mama Darris itu bertudung tapi lihatlah apa yang wanita itu buat padanya. Amanda sebak seketika.

"Ayra, cukup aku kata!" merah muka Darris.

"Oh, sekarang aku yang salah? Kenapa? Mana perangai puaka kau ni? Asal perangai kau macam orang bodoh hah? Kenapa kau tak cerita je dekat orang tua ni siapa aku yang sebenar?"

"Nuhayra Amanda adalah menantu mama. Tapi kenapa Ayra berubah jadi macam ni? Kenapa?" balas Darmawati.

"Saja nak tengok kehancuran keluarga ni. Kau kenal aku lebih daripada ni kan tapi kau sengaja diamkan mulut kau. Aku nak tengok sampai bila kau boleh diamkan dan mak kau tau... aku tak faham dengan perangai dia."

"Cukup Ayra. Ayra dah melampau kali ni."

"Do I care, Darris Anaqeef? Mak kau yang mulakan dulu."

Wajah Amanda keruh. Kolam matanya bergenang. Sakit hati kerana Darris seakan marahkan dirinya.

"I said enough is enough!!!" Darris angkat sebelah tangannya.

Amanda tersenyum sinis. Air matanya mulai mengalir namun senyumannya tetap terhias di bibir. Senyuman pahit diberi.

Darris tergamam air mata gadis itu mengalir menuruni pipi.

Amanda terkedu mendengar jeritan Darris kali ini. Ruang tamu jadi senyap untuk sementara waktu.

"Kalau Darris sayangkan mama, ceraikan perempuan ni sekarang dan kahwin dengan Hanis!" bentak Darmawati tiba-tiba.

Darris terkejut.

"Ya Allah, apa awak cakap ni Wati? Jangan cuba nak runtuhkan rumah tangga anak kita. Jangan ikutkan sangat hasutan syaitan tu." tegur Hazrul.

Dia tidak bersetuju dengan jalan penyelesaian yang diminta isterinya.

"Abang nak ke menantu macam ni?"

"Sudahlah tu, Wati. Jangan cakap yang bukan-bukan. Amanda tu boleh berubah tapi janganlah awak sampai hina dia macam tu." nasihat Hazrul.

"Salah saya ke?"

"Dah jom... Jom balik."

Hazrul menarik tangan Darmawati keluar dari rumah menantu mereka. Tidak mahu lagi pergaduhan diteruskan.

Sekilas kaki Amanda melangkah dan meninggalkan suaminya di ruang tamu lalu menuju ke atas masuk dalam bilik. Segala tangisan dihambur keluar sekuat hati. Dadanya mulai sakit.

Keluhan dilepaskan.

segalanya akan terlerai

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience