BAB 4

Romance Series 26085

“M...mak b...biar betul mak! ada orang nak masuk minang Ayu,siapa!?" Aku bercakap dengan ada sedikit rasa gementar dan terkejut. “Iya...dia baru je masuk minang Ayu beberapa hari yang lepas tau...ha,beruntung kamu dapat kahwin awal macam ni...” Mak aku tersenyum sendiri sambil melihat wajah ku.

“Ihh mak ni! Ayu kan masih lagi dalam kalangan pelajar...masih lagi study,takkan lah tengah study tiba-tiba je nak kahwin!?” Aku membantah dengan nada yang perlahan, “Lah apa salah nya kalau dah ada jodoh?” Mak aku bercakap selamba sahaja seperti tidak ada apa-apa yang berlaku. "Ihh dah lah Ayu masuk bilik dulu lah kalau macam ni!" Aku terus berlari masuk ke bilik aku lalu mengunci pintu agar mak aku tidak masuk dan menggangu aku lagi.Dalam beberapa jam aku berkurung di dalam bilik,akhirnya mak aku mengetuk pintu bilik aku. "Ayu...mari kita makan ye...Ayu dah lama berkurung dalam bilik ni dengan tak makan apa-apa lagi...jom sayang kita makan,abah pun dah lama tunggu Ayu...katanya nak makan sama-sama dengan Ayu,mari keluar ye sayang." Aku dapat mendengar apa yang mak aku katakan...lalu aku jalan perlahan-lahan ke pintu dan membuka pintu bilik aku itu,aku hanya berdiri di depan mak aku selepas aku membuka pintu tersebut.Aku hanya mendiam kan diri sambil memandang ke lantai, aku tidak memandang ke wajah mak aku dan aku tidak sesekali merenung ke mata mak aku itu...aku hanya menunduk ke bawah agar wajah aku ini melihat ke arah lantai.

"Ayu...yelah mak minta maaf,lepas kita makan ni...kita bincang elok-elok yer...Ayu jangan menolak jodoh yang Allah S.W.T dah berikan kepada Ayu,ingat sejauh mana pun Ayu berlari dari jodoh yang dah ditentukan oleh Allah S.W.T Ayu akan tetap bersama jodoh tu walaupun Ayu dah cuba lari sejauh mana yang mungkin...manusia ni cuma merancang tetapi Allah S.W.T yang tentukan...jadi Ayu kena lah terima seikhlas hati Ayu dan bersyukur sebab Ayu ada jodoh di dunia ni,kalau Ayu takde jodoh? nanti merana Ayu sorang-sorang..tengok orang lain dah ada anak dan suami tapi Ayu...masih lagi jadi perawan yang tak laku...haaa time tu baru sedih...jadi Ayu kenalah terima..ye Ayu?" Mak aku memujuk aku agar aku boleh menerima jodoh yang telah diberikan oleh Allah.

"Hmm...yelah-yelah maafkan Ayu ye mak,Ayu dah buat mak risau...Ayu tak patut pun buat macamtu dekat mak." Aku merayu sambil memeluk tubuh orang yang telah menjaga aku dari aku lahir sehingga lah sekarang, "Hmph...mak tak ambil hati pun Ayu...dah jom kita makan,abah pun dah tunggu dah tu." "Baiklah mak..." Aku dan mak aku menuju ke dapur dan makan bersama-sama dengan abah aku yang sudah pun lama menunggu ketibaan aku bersama mak aku.

Selepas sahaja aku selesai makan dan berbincang tentang berkenaan majlis pertunangan aku itu.Aku pun terus menuju ke bilik dan melabuhkan punggung aku di atas katil,aku hanya mendiamkan diri dengan kepala aku yang sudah pun sakit memikirkan tentang hal ini. Aku memikirkan sesuatu yang membuatkan hati aku tidak berasa tenang,iaitu...siapakah jejaka yang tiba-tiba sahaja memasuk minang aku ni!?dah lah semalam pula tu dia memasuk minang aku!
ish! betul-betul misteri jejaka ni dah lah aku pun tak kenal siapa tiba-tiba nak memasuk minang aku...ish! pelik betul lah!.

Otak aku berasa rimas akan perkara yang aku pikirkan dan akhirnya aku pun tertidur lena kerana aku berasa begitu penat dan berserabut memikirkan hal itu.

Pada ke esokkan harinya,aku telah pun mandi dan keluar dari bilik aku itu untuk bersarapan di dapur.Tiba-tiba aku ternampak ada sebuah kereta besar berwarna putih berada didepan rumahku secara tiba-tiba. "Ait? kereta siapa pula ni...nak kata kereta abah aku,kereta abah aku kecil jer...takdelah besar macamni,jadi ni kereta siapa pula?" Aku menyoal diri aku kerana aku berasa hairan.

"Erm...mak kereta siapa yang ada dekat depan tu?" Aku menyoal mak aku yang berada di dapur,tiba-tiba aku terkejut kerana aku melihat ada seorang jejaka yang ada di dapur tersebut. "Eh! awak kan..." Aku menegur jejaka yang berada di dapur itu yang sedang duduk sambil meminum air teh yang telah pun dibancuh oleh mak aku,kemudian jejaka itu mengalihkan wajahnya ke aku sambil terseyum manis. "HAH!? kenapa Pensyarah Khalif ada dekat sini!?"

baiklah nampak nya bab 4 telah pun siap pada harini! harap anda semua enjoy my novel!!!:)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience