Bab 7

Romance Completed 21373

SEBULAN KEMUDIAN~~~
"Akhirnya! Dah habis SPM!" Iris tersenyum puas. "Itulah! Rasa beban semua musnah. Hahaha!!!! Game, tunggu aku datang!" Khairil juga tersenyum.

"Ah, kau! Pikiaq game je. Nanti maklong suruh kau kemas rumah, masak, cuci baju." usik Iris kepada sepupunya. Wajah Khairil terus berubah masam. "Mulut hang jangan cabul sangat. Kadang-kadang mulut kau tu masin tahap boleh kena darah tinggi tau!" Kahiril pura-pura marah.

"Lepasni, bolehlah korang timang anak." Khairil pula yang mengusik. Iris tersenyum hambar. "Tak mungkin. Kau tengoklah dia dengan siapa. Aku dengar parents si Tania tu nak suruh diaorang kahwin cepat. Sebab diaorang dah tahu aku isteri Rayyan. Maybe Mak cik Salmi tu akan suruh Rayyan ceraikan aku."

Geram Khairil mengenangkan nasib sepupunya. Tania ni dah melampau! Dah tau Rayyan tu dah kahwin boleh lagi tergedik-gedik. Suami rakan baik sendiri pula tu. "Takpe. Kalau Rayyan ceraikan kau, aku kan ada." Khairil bercanda sambil menaik-naikkan keningnya.

"Hai, Iris! Seronok nampak." sapa seseorang dari belakang. Hazriq rupanya.

"Of course. Kita dah bebas! Apa awak nak buat lepas ni?" Khairil sudah meminta diri. "Kahwin dengan awak?" Iris baru hendak ketawa tetapi apabila melihat wajah tampan Hazriq yang serius, dihentikan sahaja niatnya.

"Awak tahukan saya dah kahwin?" Memang satu sekolah sudah tahu pun. Ini semua gara-gara Tania yang terdengar perbualannya dan Rayyan.

"Haa.. saya tahu. Tapi awak cintakan Rayyan ke?" Hazriq memandang mata Iris. Iris kaku. "Saya rasa awak tak perlu tahu. It's not really important."
"Siapa kata tak penting?! Bagi saya penting. Penting sangat." Puan Asnida yang terlihat kejadian itu datang ke arah mereka. "Apa kamu berdua buat ni?" tanya guru itu sambil tersenyum.

"Takde papelah, cikgu. Saya nak gerak dulu ni." Hazriq terus bergerak meninggalkan Iris dan Puan Asnida. "Awak ok, Iris. Nak saya panggilkan Rayyan?" kesian melihat mata Iris yang berair akibat ditengking.

"Tak apa. Saya ok. Nak balik dululah, cikgu. Kalau cikgu terserempak dengan Rayyan, cakap saya naik umi saya. Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam."
*******************
Rayyan tercari-cari Iris. Pak cik Firdaus sedang menunggu di dalam kereta. Rasa bersalah kerana terlewat. Tadi dia diasak dengan Tania. Tidak habis-habis mahu berbincang tentang hubungannya dengan Iris.

Puan Asnida menegur Rayyan. "Rayyan, tadi Iris pesan dia balik dengan umi dia." Puan Asnida terus memberitahu hal itu. Dia mahu memberitahu Rayyan tentang Iris dengan Hazriq tadi tetapi dia tidak mahu pula yang pasangan itu bergaduh nanti.
"Ooo.. takpelah cikgu. Saya pun memang cari dia tadi. Dah balik rupanya." Rayyan ingin melangkah pergi. "Eerr.. Rayyan!" Puan Asnida memanggil sekali lagi. "Ya." Rayyan berpaling semula.
"Tolong jaga Iris elok-elok. Ok, cikgu balik dulu. Apa pun tahniah sebab dah habis SPM!" Puan Asnida terus masuk ke dalam keretanya. Rayyan ingin bertanya tetapi cikgunya itu sudah memandu pergi.
"Iris kena buli ke?" tanya dia sendiri. Dia tersedar dari lamunan apabila Pak cik Firdaus menegurnya.
*****************
Rayyan masuk ke dalam bilik perlahan-lahan. Kelihatan Iris tidur di atas katil dengan uniform sekolah. Dia tersenyum dan mahu ke bilik air, tetapi pergerakannya terhenti apabila terpandang mata Iris yang sedikit sembap akibat menangis.
'Kau kenapa sebenarnya ni, Iris?' Rayyan menyeka air mata isterinya yang berlinangan di pipi. Iris yang terganggu dengan sentuhan itu terus membuka mata. Cepat-cepat wajahnya dipalingkan dan dia mengelap saki baki air mata.
"Ada cerita nak share?" tanya Rayyan.
"Takde papa. Dahlah. Aku nak mandi." Rayyan memegang lengan Iris. "Semua pasal kau, aku perlu tahu. Aku ni suami kau. Berapa kali nak kena ingatkan?" ujar Rayyan menarik Iris duduk.
"Sekejap je. Nanti, lambat laun kau akan ceraikan aku juga." Iris berkata sinis. "Apa kau cakap ni? Aku tak pernah terfikir nak ceraikan kau." Rayyan geram dengan kata-kata Iris.
"Kau ingat aku tak tahu, aku akan diceraikan lepas kau bertunang dengan Nia? Sudahlah Rayyan. Janganlah seksa aku lagi. Aku hilang kawan baik. Kawan baik yang dah lama aku kenal. Aku tak nak hubungan kitaorang putus." Iris terus melangkah ke bilik air selepas berkata begitu.
Rayyan mengeluh. Sesungguhnya dia dalam dilema. Dia sukakan Tania tetapi hatinya sangat berat untuk melepaskan Iris. Dia sudah mulai sayang gadis itu. Dan dia rasa tidak bersemangat apabila mereka kekal dingin. Sikap Tania yang suka memaksa perlahan-lahan menghakis perasaan suka itu. Tetapi dia tidak mahu mengecewakan Encik Saiful dan Puan Salmi.
Isteri atau kekasih?
Iris Lidya atau Tania Airina?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience