BAB 4.

Fantasy Series 3057

"SO, Cik Su are you ready with it?" Atrea yang sedang menyandang beg bertanya pada Su pada ketika itu juga mengangkat tali beg. Su tersenyum dan mengangguk. 

"Kalau begitu. Marilah kita keluar dari bilik hotel. Harap-harap cuaca baik hari ini," pohon Atrea sambil menalakan pandangan ke tingkap kaca Transylvania Hotel. 

"Samalah. Tak sabarnya rasa nak alami pengembaraan dalam istana drakula… wuargh!" Su berkata-kata sambil menyeringai dengan mengangkat kedua–dua tangan seakan drakula. Atrea tersenyum gelihati sambil keduanya menapak ke arah pintu. 

Keluar-keluar saja mereka. Pintu dirapatkan lalu dikunci dengan kad akses. "Atrea…" Bisikan yang sama berulang kembali namun gadis manis berambut perang itu tetap berwajah biasa.  Su di sebelah menarik keluar telefon pintar dan menanti Atrea membuat pose untuk swafoto atau berselfie.

Tanpa sedar, di belakang Atrea ada bayangan seseorang berpakaian kerabat zaman dahulukala. 

"Vrei să mergi într-o trăsură de cai? (Mahu naik kereta kuda?)" Soal lelaki Romania bertopi zaman dahulu kala itu sambil menunduk hormat pada dua orang gadis di hadapan. Dia tahu mereka berdua datang sebagai pelancong. 

Atrea dan Su laju mengangguk. Lalu mereka berdua di persilakan naik ke atas pelantar. Manakala lelaki Romania itu melompat naik atas pelantar depan berdekatan dengan belakang badan kudanya. 

Cemeti dipukul dan kuda menapak perlahan-lahan.  Memang sudah dilatih agar melangkah setapak demi setapak untuk pelancong menikmati alam di Kota yang terkenal dengan istana drakula itu. 

Atrea dan Su masing-masing mengambil gambar. Atrea selepas mengambil gambar menggunakan telefon dia ambil pula handy cam untuk merakam sepanjang laluan mereka tempuhi untuk ke istana Raja Drakul I itu.

"MEREKA semakin menghampiri pintu gerbang, Tuanku…" Wizard Lumos dari memandang bola kristal dia arahkan pula matanya ke wajah Raja Alexander IV. Raja Alex juga nampak dan mengangguk.

"Arahkan beberapa pengawal di pintu gerbang dan beberapa lagi di pintu keluar!" Raja Alex langsung bertitah perintah. Beberapa hulubalang menurut perintah dengan berkuda menuju ke arah yang disebutkan. 

Kini tumpuan mata Raja Alex serta Wizard Lumos pada kereta kuda yang masih dalam perjalanan ke portal pintu gerbang. 

Tanpa mereka semua sedar ada dua orang pengintip. Satu dari pihak musuh dan satu lagi merupakan Putera Kaspian sendiri.  Dia sebenarnya sudah beberapa kali terserempak pertemuan ayahanda dengan ahli sihir mereka itu. Namun mahu mendengar perbualan kedua-duanya dengan lebih jelas lagi agak sukar.

Topi segitiga yang menutupi muka diangkat. Dia sudah lama berada atas dahan pokok betul-betul di bawah Raja Alex. Segala apa Raja Alex itu suarakan dia dapat mendengarnya dengan begitu jelas sekali.

Dia bersiul namun siulan yang dia hasilkan lebih kepada tiupan angin. Isyarat penyamaran agar mereka tidak  perasan bahawa dia juga sudah memberitahu pada kumpulannya mereka-mereka dari Kerajaan Cellas.

"Kuat pula bunyi angin…" Salah-satu daripada hulubalang yang berjaga membuatkan Wizard Lumos bertafakur seketika sambil Raja Alexander IV memerhati. 

"Ada apa-apa maksud ke, Lumos?" 

Wizard Lumos mengangkat tangan isyarat tunggu sehingga dia selesai bertafakur. 

Keletak-keletuk!

Keletak-keletuk bunyi kaki kuda saat melangkah. Setiap kali roda melanggar batuan mereka berdua di pelantar belakang sedikit terloncat.  

Kedua-duanya masih lagi menikmati kenyamanan serta keindahan laluan yang di penuhi bunga-bunga negara empat musim. Sebenarnya mereka sudah pun nampak istana tinggi melangit itu.  Puncak menara di selubungi awan-gemawan. 

" Dulci surori, ne apropiem de palat. Uite acolo…( adik-adik manis, kita semakin mendekati istana.Lihat sana…)" Kata si penarik kereta kuda tersenyum manis. Atrea dan Su mengangguk.

"Masya Allah. Cantiklah Atrea!" Su  semakin teruja apabila kereta kuda sudah pun memasuki pintu gerbang halaman depan istana Vlad The Impaler. Dahulunya mungkin ramai seriau tatkala mendengarnya namun setelah Raja Alexander IV mewarisi takhta Kerajaan Vlad semuanya sudah berubah.

"Atrea…" Hadir satu lagi bisikan. Kali ini, Atrea menoleh dan memandang sekeliling. Tiada apa-apa yang membolehkan dia menyatakan ada seseorang. 

Kereta kuda sudah berhenti. Atrea dan Su turun. Atrea membayar tambang dan kedua-duanya menunduk hormat pada lelaki berbangsa Romania yang melambai tangan ucapan selamat jalan.

"Jadi, kita nak mulakan perjalanan kita dari mana?" Soal Su setelah mereka berdua selesai berswafoto. Atrea begitu teruja pada pintu utara. 

"Utara…" 

KTANG! KTING!

"Yargh!!!" Jerit-pekik para kesatria lengkap dengan seragam Armour memecah kesepian kawasan yang di katakan sebagai sempadan dua alam. 

Raja Alex dari tempatnya benar-benar tidak menyangka Kerajaan Cellas memulakan dahulu perbalahan.
Wizard Lumos terpaksa menggunakan bantuan para tentera ghaib bagi membantu kesatria kerajaan mereka.

Si  pengintip masih kekal di tempat masing-masing kerana jika mereka turun padang nanti akan terbongkar rahsia. Khasnya Putra Kas walau hati membentak tindakan kesatria Kerajaan Cellas. 

"Ada apa sebenarnya di sini? Mereka-mereka ini mahu tunggu siapa? Mahu rebut siapa? Siapa yang akan hadir? Aku tak nampak apa-apa pun?" Putra Kas mempersoal lagi. 

"Putera Kaspian Alexander IV…"

"Hah, siapa?" 

"PUTERA Kaspian atau lebih gemar dipanggil sebagai Putra Kas merupakan pewaris tunggal serta terakhir bagi keturunan Alexander IV." Atrea ralit membaca segala penerangan yang ada dalam bingkai di dinding begitu juga dengan Su.  

Su di sebelah selatan. Dan dia di bahagian utara.  Kali ini, Atrea mendekati pula bingkai paparan keluarga besar tersebut sebelum matanya terhala pada bingkai potret seorang diri Putera Kaspian Alexander IV dan juga gambar seorang diri Raja Alex sambil memegang pedang Diraja. 

Sewaktu Atrea merenung gambar Putera Kaspian dan ayahandanya dalam silih-ganti, dahi berlapisan dengan kening juga turut bercantum. 

"Kenapa aku rasa gambar mereka berdua ni macam seakan rapat dengan diri aku ya? Dan… iya, baru aku teringat. Mereka…" 

Sebenarnya inilah tujuan dia seringkali menjadi penghuni perpustakaan dan menekuni buku-buku mengenai susur-galur Kerajaan-kerajaan kuno khasnya di Romania.

Atrea tidak mampu nak menyoal sesiapa walau professor dia sekali pun gusar dikatakan bermimpi.  Sedangkan perkara ini seringkali mengejar mimpi dan jaganya.

Selain untuk tesis dan inilah juga mengapa Atrea memilih istana ini sebagai tempat kajian. 

"Atrea…" Sekali lagi bisikan itu bergema.  Tatkala Atrea berpaling ke sebelah kanan tempat dia sedang berdiri iaitu berdekatan kuda batu putih besar.  Atrea terlihat sesuatu yang pelik.  

Bisikan seolah-olah sedang menyeru semangatnya kala itu.  Spontan Atrea melangkah ke arah pintu gerbang lutsinar bercahaya jernih manakala Su semakin jauh ke dalam istana.
Atrea semakin dekat dengan portal sempadan dua alam tanpa dia sedar.  Atrea juga tidak perasan akan patung gargoyle di atas kepalanya sedang mengepak sayap dan mahu terbang ke arahnya. 

Atrea menyuakan tangan lalu menarik semula dengan rasa gementar.  

"Atrea…"  Bagaikan dipukau Atrea menghalakan tangannya ke dalam lubang portal di mana sebelahnya ada pintu sempadan kawasan Fairy Woods dalam jajahan Kerajaan Vlad. 

"ATREA!!!" Su kelam-kabut berlari semula ke dewan mula-mula dia dengan Atrea masuk.  

"Atrea! Jangan main-main macam inilah wei! Tak lawaklah.  Mana kau?" Su terpaksa menjerit nasiblah tiada pengunjung di situ hanya mereka berdua sahaja.

"Atrea, please pick up the phone!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience