Chapter 10

Romance Completed 35261

“Macam mana ni Sofi? Aku takut lah.” Christina berjalan ke kanan dan ke kiri.

“Aku dah warn kau kan Sofi, jangan main phone masa driving. Tengok lah sekarang. Apa dah jadi.” membebel Rohani sambil memeluk tubuh.

“Can you both shut up?” marah Sofia Amelia. Dia sendiri pun terkejut dengan apa yang berlaku tadi. Tidak mampu berfikir apa yang perlu buat seterusnya.

“Cik yang hantar pesakit dalam ward emergency kan?” menyoal jururawat yang bernama Siti.

“Ye. Kami yang hantar dia. Macam mana dengan dia?” soal Christina cemas. Rohani dan Sofia Amelia bingkas bangun dari kerusi.

“Doktor tengah rawat dia. Cik kenal pesakit itu ke?”

“Eh, tak. Kami tak kenal siapa dia sebenarnya.” menjawab Rohani jujur.

“Kalau macam itu kena report polis. Cik dah report polis?” tanya jururawat lagi.

Sofia Amelia menggeleng kepalanya. Ia menandakan mereka belum membuat laporan polis.

“Tolong lapor dekat polis. Sebab nanti kami tak nak tanggung apa-apa masalah.” tegas jururawat dan masuk ke dalam bilik rawatan.

“Aku call daddy.”


******************

“Assalamualaikum. Adakah puan kenal Encik Razim?”

“Waalaikumsalam. Saya ibu Razim. Cik ni siapa?” soal Linda.

“Saya panggil dari Hospital Shah Alam. Anak puan mengalami kemalangan tadi. Dia tengah dirawat sekarang.”

“Apa?” air mata Linda bergugur dari tubir mata. Hatinya bergelora untuk berjumpa dengan anak lelaki itu.

“Saya datang sekarang cik.” terus Linda mematikan talian.

“Tiara!” laung Linda.

Wahidah Tiara yang tengah menyediakan makanan tersentak mendengar ibunya memanggilnya. Wahidah Tiara tergesa-gesa mengorak langkah ke arah ruang tamu.

“Tiara! Ya Allah!”

“Ye mak kenapa ni?” Wahidah Tiara menghampiri Linda yang tengah menangis teresak-esak. Wahidah Tiara jarang tengok ibunya menangis seperti itu. Wahidah Tiara tengok ibunya menangis seperti ini saat ayahnya meninggalkan mereka. Itu kali terakhir Wahidah Tiara menengok ibunya menangis teresak-esak. Sehingga kini Linda tak pernah mengalirkan air matanya walau apa-apa pun terjadi. Kuat sungguh Linda.

“Angah”

“Kenapa dengan angah mak?” Linda menepuk perlahan bahu ibunya. Hatinya berdebar-debar.

“Angah kemalangan. Telah dimasuk di Hospital Shah Alam. Mak takut Tiara.”

“Ya Allah.” Wahidah Tiara mampu menyebut nama Maha Esa.

“Kita pergi hospital sekarang Tiara.”

“Sekarang? Tapi kan mak, adik pergi tuisyen. Macam mana kalau adik balik rumah masa kita tak ada kat rumah?” risau Wahidah Tiara.

Adik bongsu Wahidah Tiara, Mimi baru berusia 11 tahun. Masih kecil lagi. Mesti Mimi akan takut untuk tinggal seseorang di rumah nanti.

“Tiara bagitahu mak cik Lia. Suruh mak cik Lia menjaga Mimi.”

“Baik mak. Tiara pergi jumpa mak cik Lia. Mak pergi lah bersiap.”


*****************

“Daddy.”

“Yes Sofi? Kenapa ni? Daddy busy sikit.” Dato’Johari memberitahu anak tunggalnya yang kacau Dato’Johari semasa menyemak pelan bangunan baru yang mula membina minggu depan.

“Daddy, Sofi kemalangan.”

“What! Mana ? Sofi macam mana? Daddy datang sekarang. Where are you?”

“Hospital Shah Alam.”

“Daddy coming now.”


*******************

“Thank you Mr.Chew. Setuju untuk membeli rumah itu.” beramah Iskandar Faiz. Mujurlah Chew, klien barunya bersetuju untuk membeli rumah dua tingkat itu.

“No worries. My wife and I really like the house. Plus your service as well. First class. We are really satisfied with your service,Mr.Is.”

“Thank you Mr.Chew. It’s my job. Duduk lah. Kita minum petang.”

“Sure.”

Ting!ting!

Ada mesej baru masuk dalam Whatsapp Iskandar Faiz. Tanpa menunggu, Iskandar Faiz membuka mesejnya untuk baca isi kandungan mesej yang baru diterima.

“Assalamualaikum Is. Razim accident. Saya on the way to Hospital Shah Alam. Kalau awak free, boleh datang?”

“Waalaikumsalam. Accident? Teruk ke? Saya datang sekarang.” balas Iskandar Faiz.

“Sorry Mr and Mrs Chew. Saya kena pergi sekarang. Emergency. I will contact you once the documents are ready to sign Mr Chew. I'm really sorry Mr Chew. I make my move first.”

“Alright Mr Is. Take care.” Iskandar Faiz dan Chew berjambat tangan.


***************

“Sofi.” panggil Dato’Johari saat tengok anak perempuan duduk di atas bangku bersama dengan rakan-rakannya.

“Daddy.” Sofia Amelia berlari ke arah Dato’Johari dan memeluk erat.

“How are you Sofi? Ada luka tak?” Dato’Johari membelek tangan dan mukanya. Mencari luka-luka.

“I'm totally fine daddy.” Sofia Amelia merenggangkan pelukannya.

“What happened Sofi?”

“Tadi, masa kami balik, kami main tiktok. Tiba-tiba seorang lelaki yang menunggang motosikal masuk ke lane kami. Sofi tak sempat nak menekan brek. Terus menghempap motosikal itu.” cerita Rohani kepada Dato’Johari.

“Main tiktok masa memandu?” Dato’Johari menjeling Sofia Amelia.

Sofia Amelia menelan air liurnya. Dah tahu sekejap lagi ayahnya akan memarahi dirinya.

“Daddy dah pesan banyak kali kan Sofi. Be serious and stay focused while driving! Yang gatal-gatal main tiktok masa memandu dah kenapa?”

“Daddy, it's not my fault. Lelaki itu tak pasang signal. Terus masuk lane kita orang.” Sofia Amelia tetap tak nak mengaku kesalahannya.

“No Sofi. Dia ada pasang signal.” Christina bertutur perlahan.

“Kau ada tengok ke?”

Christina hanya mengangguk.

“Kenapa kau tak cakap dekat aku yang dia dah nak masuk ke lane kita? Kenapa diam masa itu Christina?” naik angin Sofia Amelia.

“Don’t shout at her Sofi. Sofi yang salah! Sepatutnya you have to be aware of that. Kalau jadi apa-apa kat lelaki itu macam mana?” kesal Dato’Johari.

“Kalau jadi apa-apa bagi je lah duit kat family dia daddy. Kan senang.” ujar Sofia Amelia selamba. Bagai nyawa itu tak penting daripada duit.

“Angah!”

Sofia Amelia, Christina, Rohani dan Dato’Johari memandang ke arah suara itu.

“Linda.”

“Dato’”

“Linda buat apa kat sini?” soal Dato’Johari.

Linda bekerja di syarikat Dato’Johari iaitu Berjaya Holdings. Dato’Johari kenal semua pekerja yang bekerja di syarikatnya.

“Razim, anak saya Dato’.”

“Razim?”

“Ye Dato’. Yang mengalami accident itu.” terang Linda.

“Kau!” Wahidah Tiara terus menerkah apabila tengok Sofia Amelia ada di situ.

“Kenapa perempuan ni ada kat sini?” mengumam Rohani.

“Tiara.” tegur Liana.

“Keluarga Encik Razim.”

“Ye.” Wahidah Tiara menghampiri jururawat yang memanggilnya.

“Macam mana dengan adik saya nurse?” Wahidah Tiara menyoal khabar mengenai adik lelaki.

“Mamat tu adik betina ni rupanya.” omel Sofia Amelia. Tiada sedikit pun rasa bersalah dalam dirinya.

“Encik Razim tak sedar lagi. Dia hilang banyak darah. Kami tak ada stok darah. Kalau ada yang memiliki darah kumpulan B+, tolong derma.”

“Mak, group apa?” Wahidah Tiara mengalihkan mata ke arah ibunya.

“Mak group O.”

“Kalau group O boleh derma. Tapi kena ikut saya untuk check dulu.” kata jururawat itu.

“Tiara, kamu sama kumpulan dengan angah kan.” Linda baru mengingat yang Wahidah Tiara sama kumpulan darah dengan Razim.

“Ye mak. Tapi Tiara tak boleh derma. Tiara kan datang bulan.” berbisik Wahidah Tiara.

“Tak pe. Mak pergi check dulu.”

“Kejap mak cik. Biar saya dermakan darah. Is kumpulan B+.” Iskandar Faiz bersuara.

“Betul ni?” Wahidah Tiara meminta kepastian kepada Iskandar Faiz.

“Yes.” Iskandar Faiz mengikuti jururawat untuk pemeriksaan.


********************

~ Sejam kemudian ~

“Daddy, Sofi belum report lagi.”

“Daddy akan urus itu.” balas Dato’Johari sambil menghubungi James.

“Alah daddy. Tak perlu lah report. Lelaki itu tak mati pun kan.” sinis Sofia Amelia.

Wahidah Tiara yang mendengar ujaran Sofia Amelia terus naik angin. Ingin berbalas dengan Sofia Tiara atas apa yang bertutur tadi.

“Hei perempuan! Kalau jadi apa-apa dekat adik aku, aku tak akan lepaskan kau!” terus satu tamparan hinggap di pipi Sofia Amelia.

“Stop Tia.” menghalang Iskandar Faiz.

“Tiara. Apa ni? Ini hospital!” Linda cuba menenangkan anaknya.

“Mak dengar kan apa dia cakap. Dia cakap Razim tak mati. Memang dia nak Razim mati ke!” Wahidah Tiara ingin menampar lagi muka Sofia Amelia.

“Adik, bawa bertenang.” Dato’Johari menarik tangan anak tunggalnya ke belakang.

“Woi betina! Berani kau eh! Betul kan aku cakap. Adik kau tak mati pun! Dia selamat je! Yang kau dengan mak kau berdrama bagai ni kenapa?” Sofia Amelia mula bersuara keras.

“Tengok mak. Kurang ajar dia tu. Lepaskan Tia, Is. Tia nak ajar sikit perempuan berlagak ni.” jari telunjuknya menunjukkan Sofia Amelia.

“Nak ajar aku? Come! Kita tengok! Kau ke aku!” Sofia Amelia mengikat rambutnya. Lengan panjang tangan dilipat hingga ke paras siku.

“Sofia Amelia!” jerit Dato’Johari. Dato’Johari malu akan perlakuan anak tunggalnya itu.

“Go back home now!” arah Dato’Johari.

“Daddy nak marahkan Sofi kenapa? Betul kan Sofi cakap. Adik dia itu selamat je kan. Siap ada orang lagi derma darah. Baik hati betul. Kalau Sofi ada kat tempat lelaki ni, Sofi tak akan derma darah. Biar lelaki itu mati.” kurang ajar Sofia Amelia. Dato’Johari pula menunduk mendengar pengakuan anak perempuan itu.

“Maaf mencelah Dato.’ Cik, dengar sini ye. Kalau cik sendiri di tempat Razim, saya tetap akan derma darah untuk cik. Jangan macam ni cik. Kita tak tahu nasib kita macam mana nanti.” Iskandar Faiz beranikan diri untuk menasihati Sofia Amelia.

“Aku tak perlu lah darah kau. Darah orang miskin.” mengejek Sofia Amelia.

“Sofi! Balik sekarang! Daddy kata balik! Balik!” jerit Dato’Johari. Matanya merah. Jelas perasaan marah di mata Dato’Johari.

Sofia Amelia mengambil beg tangan dan meninggalkan ruang menunggu. Christina dan Rohani pula mengekori jejakan Sofia Amelia. Risau untuk membiarkan Sofia Amelia bersendirian. Takut Sofia Amelia membuat sesuatu tanpa berfikir.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience