Selesai solat Subuh, Ratna keluar dari bilik untuk menyediakan sarapan pagi.Dia menjalani rutin seperti dia berada di London dulu.Mungkin sedikit berbeza kerana layanan Arjuna padanya sekarang agak dingin.
Dia menyediakan sarapan ringkas sahaja harini kerana semasa dia membuka peti sejuk tiada apa untuk dimasak.Dan kebetulan dalam laci ada satu tin sardin dan tepung.Jadilah menu lempeng dan sambal sardin.
Tak lupa juga kopi untuk Arjuna.Apronnya dibuka dan disangkut.Arjuna turun tangga menuju ke meja makan.
Dia duduk di kerusi dan menikmati makanan dihadapannya."Minta maaf lah saya masak apa yang ada dekat dapur awak je"ucap Ratna lembut.
Arjuna diam sahaja.Cawan disisi pinggan Arjuna dicapai lalu isi jag dituang ke dalamnya.Dia mula menyusun langkah menuju ke biliknya.
"Awak nak kemana?"tanya Arjuna yang sedang menyudu sambal sardin ke dalam pinggannya.
Langkah Ratna terhenti dari terus melangkah.Lambat-lambat dia berpaling ke belakang.
"Saya nak ke dapur"jawab Ratna.
"Tak payah.Duduk sini teman saya makan"arah Arjuna tegas sekali menarik kerusi disebelahnya.
Dah kenapa dia ni? Kejap marah kejap baik?Aduhh... perlu ke aku makan dengan dia? desis hati Ratna.
Ratna melabuhkan punggung di kerusi.Pantas Arjuna mencapai pinggan dan meletakkan sekeping lempeng dan menyudukan sambal sardin diatas lempeng.
"Makan nanti cakap aku tak bagi makan pula"ujar Arjuna memandang wajah Ratna yang termenung memandang ke arahnya.
Ratna menyuapkan lempeng ke dalam mulutnya dengan perlahan.
"Nanti petang aku pergi beli barang-barang dapur.Nanti mesej saya barang yang tak ada.Nanti saya beli"kata Arjuna menghirup kopi yang dibuat Ratna.
Kepalanya diangguk perlahan.Kopi Ratna memang tak ada sesiapa boleh lawan.Sukatan yang tepat dengan keinginannya.
Arjuna bangun dari duduknya mahu menuju ke pintu."Awak.."panggil Ratna yang berlari-lari anak menuju ke arah Arjuna.
Arjuna berpaling.
Ratna menghulurkan tangan pada Arjuna untuk bersalaman yang menjadi rutinnya.Arjuna turut menghulurkan tangannya untuk disalam.Sejuk hatinya saat ini.Ratna tetap tidak lupa rutin untuk bersalam dengannya.
Ratna mencium tangan itu."Kunci pintu rumah ni, kau tu duduk sorang-sorang"pesan Arjuna pada Ratna sebelum menuju ke keretanya.
"Kita kena kuat untuk Ayah baby.Mummy yakin Ayah masih sayangkan kita"ucap Ratna sambil memegang perutnya.
*******
Lama Eiyad memandang wajah kawannya itu.Dia bertandang ke pejabat Arjuna bukan suka-suka.Tapi ada sesuatu yang ingin dibincangkan.Perkara yang telah lama dia fikirkan.
"Apa hal dengan kau ni? Tadi kata ada benda nak bincang? Pasal Ratna ke?"duga Arjuna sambil menyandarkan tubuhnya pada sofa di ruang pembincangan yang memang dibuat khas di suatu sudut di dalam pejabatnya.
Eiyad mengukir senyuman janggal.Was-was hatinya ingin berkata.
"Cepatlah cerita"desak Arjuna bila kawan baiknya itu terus membisu.
Sejak di universiti lagi mereka berkawan baik.Jika masing-masing ada masalah pasti akan berkongsi bersama.
"Aku nak ambil Ratna kerja dengan aku" akhirnya terluah juga dari mulut Eiyad.
Senyuman lebar Arjuna mati tiba-tiba.Kaku.Lama dia memandang wajah kawannya itu.
"Kenapa kau tiba-tiba nak ambil dia kerja?"soal Arjuna semula.
Eiyad serba salah.Sebenarnya dia hanya mahu menolong Ratna.Dia tidak mahu Ratna susah lepas melahirkan anaknya nanti.Melihat kesedihan dan kerisauan Ratna membuatkan hatinya tersayat.
"Aku bagi cadangan aje.Sebab dia ada kelulusan.Lagipun nanti senang untuk dia lepas dia lahirkan anak.Dia ada sumber pendapatan"jawab Eiyad cuba menyembunyikan kerisauan hatinya.
Isu yang dibangkitkan oleh Eiyad merubah mood Arjuna.
Arjuna mengeluh berat lagi sarat.
"Aku kan suami dia.Aku boleh tanggung dia"jawab Arjuna.
"Memang kau suami dia.Tapi kau masih cintakan dia macam dulu kau cintakan dia tak?"soal Eiyad mengasak Arjuna dengan soalannya.
"Ratna cinta pertama aku, Eiyad.Sejujurnya aku masih sayangkan dia walaupun aku tak tahu macam mana nak kekalkan hubungan macam dulu"jujur Arjuna menjawab.
Eiyad menghela nafas lega.Demi kebahagiaan Ratna dia sanggup mengorbankan perasaannya yang terus ditahan-tahan sehingga kini.
"Pasal tawaran kerja tu nanti kau bincanglah dengan Ratna.Nanti kalau aku pandai-pandai buat keputusan lain pulak jadi"ujar Arjuna.
*******
Bunyi pagar automatik rumah banglo Arjuna terbuka.Itu tanda Arjuna sudah pulang ke rumah.
Dia membuka pintu rumahnya menyambut suaminya yang baru pulang dari kerja.Penuh tangan Arjuna dengan barang dapur.
Barang diletakkan diatas kabinet dapur."Ni semua barang yang awak suruh saya beli"ucap Arjuna melabuhkan punggung di kerusi.
Ratna membelek setiap satu plastik.Matanya terpandang ada pek susu untuk ibu mengandung.Susu yang Diya selalu buat untuknya.Dia tersenyum manis.
Arjuna membuka butang bajunya.Ratna datang ke arah Arjuna dengan membawa segelas air sejuk.
Arjuna menyambut gelas itu.Dia membasahkan tekaknya."Awak nak saya masak apa?"soal Ratna pada Arjuna.
"Dah malam ni tak payah berat-berat sangatlah"ujar Arjuna."Kalau macam tu saya buat aglio olio untuk awak"ujar Ratna.
"Apa-apa jelah.Saya naik atas dulu nak mandi dan solat isyak.Awak dah solat belum?"tanya Arjuna.
Ratna menggelengkan kepala tanda belum."Tunggu saya mandi nanti kita solat sama-sama"ujar Arjuna mengambil begnya dan menuju ke bilik.
Ratna mencebikkan bibir dan menuju ke dapur semula membawa gelas kosong tadi.
********
Selesai solat isyak Ratna harini.Sudah lama rasanya dia tidak berjemaah dengan Arjuna.
Arjuna menadah tangan membaca doa selepas solat.Ratna dibelakang mengaminkan doa yang dibaca suaminya.Ratna rasa semacam dengan perutnya.
Dia cuba mengawal riak wajah yang mula tidak selesa.Selesai Arjuna mengaminkan doa, dia berpaling ke arah Ratna dan menghulurkan tangan untuk bersalam.
Arjuna memandang wajah Ratna berkerut."Awak kenapa ni?" soal Arjuna cemas.
"Tak ada apa-apa masuk angin kot"ucap Ratna perlahan sambil memegang perutnya.
"Awak tak makan dari tadi ke?"soal Arjuna pada Ratna.Ratna menundukkan wajahnya ke bawah.
Dia mengeluh kasar.Dia melipat sejadah dan letak ditepi katil.Lalu mengendong Ratna ke atas katil dan telekung Ratna dibuka.
"Tunggu sini kejap"pesan Arjuna yang melangkah keluar dari bilik.
Tangannya pantas mencari tin milo dan mug.Dia membancuh milo suam untuk Ratna dan mengeluarkan sesuatu dari kabinet dapur.Biskut gula diletakkan didalam pinggan dan dibawa ke bilik Ratna.
"Awak makan dulu ni.Buat alas perut dulu.Saya pergi dapur masak kejap"ucap Arjuna bingkas bangun.
Lengan Arjuna dipegang Ratna."Tak apa ke saya boleh masak untuk awak"ujar Ratna memandang wajah suaminya.
"Jangan degil boleh tak.Dengar cakap aku, kau kena makan sebab..."kata-kata Arjuna terhenti.
"Sebab ada baby dalam perut kau tu perlukan makanan.Jadi dengar cakap aku"ucap Arjuna lembut mengelus rambut Ratna.
Dia melangkah keluar dari bilik.Tangannya lincah mengopek bawang putih dan menghiris bawang secara halus.Spageti diletakkan didalam periuk yang sudah diletakkan garam dan minyak zaitun.
Dia menyiapkan menu yang simple sahaja.Memandang sudah malam, rasanya tidak perlu terlalu berat.
Arjuna masuk ke dalam bilik Ratna semula untuk mengajaknya makan.Rupanya Ratna sudah lena diulit mimpi.Pinggan aglio olio ditangannya diletakkan ditepi meja.
Wajah Ratna dipandang lama.Dielus lembut dan keluhan keluar dari mulutnya."Saya maafkan segala kesalahan awak.Maafkan saya kalau saya berkasar dengan awak"ucap Arjuna mengucup dahi Ratna lama.
Tangannya menyentuh lembut perut isterinya.Dia dapat merasakan sesuatu bergerak-gerak.
"Jangan kacau Mummy.... Mummy penat tu"ucapnya membetulkan selimut dan dia berjalan ke arah pintu keluar lalu mematikan lampu bilik.Pintu bilik dirapatkan sedikit sahaja.
"Ya Allah ampunkan aku Ya Allah"ucapnya dalam hati.
Share this novel