5.Kenangan lalu

Crime Series 1643

“ Alang, dah siap belum, kita nak turun ni pergi rumah mak jah” soal adikku sambil tercegat di depan pintu menungguku..

“ Okay2, dah siap dah ni, jum kita turun, bawa bag ni sekali” jawabku sambil keluar lalu mengunci pintu rumah kami.. Aku akan pergi ke oort dickson selama 5 hari, kerana azam ada beritahu bos nak jumpa beberapa orang pengedar seperi kami..

**************

“Assalamualaikum mak jah.,,,kami dah sampai ni” ika memberi salam. Rumah kami dengan makjah hanya beza setingkat je, kami di tingkat 4,makjah di tingkat 3...

“ Waaikumsalam, haaa masuklah, pintu tak berkunci pun tu” jawab mak jah membalas salam kami..

**********Terbuka je pintu, “ Eh abang Kamal, bila abang sampai“? tanya ku kepada anak lelaki mak jah tu. Abang kamal seorang cikgu di Johor, kalau time cuti sekolah je,mesti dia balik kesini..

“ Baru je petang tadi lang, eh meh duduk sekali, kita makan bersama..” jawab kamal sambil mempelawa kami duduk..

“ Mak jah, maaf lah ya kalau saya selalu menyusahkan mak jah, kali ni nak tinggalkan ika pula dekat rumah mak jah ni” soalku sambil menyuap sedikit demi sedikit nasi di pingganku..

“ Eh takpelah, mak jah tak kisah pun, lagipun kamu berdua ni pun dah macam anak makjah sendiri dah” jawab mak jah sambil mengusap rambut ika yang duduk di sebelahnya..

“ Ha dah macam ni, abang nak tanya sikit ni, kamu takda ke cuba cari kemana ayah dan adik beradik kamu yang lain berada? soal Kamal dengan tiba-tiba..

... Aku terdiam, terhenti untuk menyuap nasi ke mulutku, soalan yang paling aku taknak dengar sekali dalam hidup ku, secara tiba-tiba gelaran yang aku taknak ingat berlegar kembali dalam fikiranku..

.. Suasana di ruang makan itu menjadi sepi... Aku. aku sendiri tak boleh bagi jawapan pada abang Kamal.

“ Abang kamal, nanti esok boleh bawa ika dengan makjah tak, kita pergi zoo nak, dah lama ika nak pergi, tapi alang ni ha selalu sibuk dengan kerja dia.” pertanyaan ika memecahkan suasana sunyi tadi.

“ Boleh ika, esok abang bawa kan ya, dah sambung makan tu, lang tambah lauk lagi tu, kamu nak jalan jauh nanti.” balas abang kamal lalu menambahkan lauk ke pinggan ku..

******************

“ Mak jah, abang kamal, alang pergi dulu ya, azam dah ada dekat bawah dah, tolong tengok tengokkan ika ya, assalamualaikum” pinta ku sambil mengusap lembut rambut adikku..

“ Waalaikumsalam, ya, alang jangan risau, makjah tengok tengokkan ika punya. jawab makjah.

“ Alang jaga diri, kerja elok-elok, jangan buat kerja yang bukan-bukan tau” Ika berpesan kepadaku sambil memeluk ku..

Aku tersenyum kelat cuba menahan perasaan yang aku sendiri tidak faham..

********* Aku masuk ke kereta azam. “ Dah jum jalan, takut jem pulak nanti zam...

“ Rilek bro, malam malam begini tak berapa jem pun, dah jum" jawab azam sambil memandu keretanya keluar sampai flat mentari hilang dari pandanganku..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience