Rate

BLACK ROSE (broken inside) 7

Drama Completed 921571

Syakir yang melihat kejadian itu dari jauh, cepat-cepat menghampiri Mawar dan Aydean.

"Eh, apa hal ni?" Syakir muncul saat Aydean perlukan bantuan. Mawar yang masih mencengkam leher baju Aydean di pandang. Mata wanita itu tidak lepas dari merenung tajam ke arah Aydean. Begitu juga Aydean. Sungguh pun dia mula takut dengan Mawar, tetapi, dia juga tidak mahu mengalah.

"Mawar, calm down," pujuk Syakir lembut. Dia pasti, mesti ada sesuatu yang Aydean ucapkan kepada wanita itu sehingga Mawar bertindak sebegitu. Syakir memandang Aydean dengan wajah yang kesal.

"Dean, what are you doing to her??" keras suara Syakir bertanya pada Aydean. Aydean membulat mata tidak percaya bahawa Syakir menyalahkan dirinya.

Aku nak mati tercekik ni, kau boleh sebelahkan minah putus fius ni!!

Syakir kembali memandang Mawar yang masih tidak berganjak dari perbuatannya. Perlahan pergelangan tangan Mawar dipegang Syakir. Mawar tersentak. Cepat-cepat dia melepaskan tangannya dari leher baju Aydean. Sentuhan Syakir menyedarkan Mawar dari hanyut dengan amarah. Mawar beristighfar di dalam hati. Wajah Aydean di pandang sekilas. Terus dia meninggalkan lelaki-lelaki itu disitu. Dia berjalan pantas menuju ke lokar krew.

Masuk sahaja ke ruangan lokar, Mawar menumbuk pintu lokar miliknya sehingga berlekuk pintu tersebut. Mujur pintu itu hanya kepingan besi nipis. Jika tidak, mahu berbirat juga tangan Mawar dibuatnya. Dia geram dan bengang dengan mulut celupar Aydean. Setiap hari ada sahaja kata-kata yang menyakitkan hatinya. Bagaimana dia mahu menghormati Aydean, jika lelaki itu sendiri tidak menghormati dirinya.

"F**k!!" laju sahaja mulutnya mengeluarkan kata-kata kesat. Sakit hatinya belum hilang. Jika tidak fikirkan tentang agreementnya dengan Syakir, mahu sahaja dia berhenti malam ini juga. Nafas ditarik sedalam yang boleh. Mawar cuba memujuk dirinya untuk bertenang.

Tiba-tiba pintu dibuka seseorang. Mawar yang sedang duduk di kerusi panjang itu, memandang ke arah susuk tubuh di hadapannya. Wajah tegang Mawar masih tidak dapat disembunyikan.

"Mawar okay?" soal Zara. Dia masuk ke sini kerana Syakir meminta dia mencari Mawar. Soalan Zara tidak berjawab. Sebaliknya Mawar merebahkan tubuhnya ke kerusi panjang itu. Dia menutup mata dengan lengan kanan. Manakala tangan kiri di lipat ke perut. Kemudian, kaki kanan di bengkokkan dan kaki kiri dilunjur. Dadanya mula berombak tenang sedikit.

Mawar teringat akan ceramah yang dia dengar di dalam forum hal ehwal Islam baru-baru ini. Mengenai marah. Pesan ustazah itu :

"Apabila salah seorang daripada kamu marah sewaktu sedang berdiri, hendaklah dia duduk. Jika kemarahannya hilang, maka itu baik. Jika tidak, hendaklah dia berbaring."
Sunan Abi Daud (4782)

Zara hanya tersenyum pahit. Kemudian, matanya beralih ke arah pintu lokar Mawar yang sudah tenggelam ke dalam itu. Dia sedikit terkejut. Tangan Mawar di lihat seakan merah sedikit. Takut juga Zara mahu memujuk Mawar tika itu. Tapi, dia tahu Mawar bukanlah sejenis marah tak bersebab. Pasti sesuatu telah berlaku sehingga dia bertindak sebegitu.

"Mawar nak air? Akak ambilkan," soal Zara lagi. Dia masih menanti jawapan Mawar. Namun, hanya gelengan dari kepala wanita itu sahaja sebagai jawapan yang diterima. Zara mengeluh kecil. Dia tahu, Mawar tidak mahu diganggu ketika ini.

"Kalau Mawar dah okay, Mawar keluar ye. Encik Syakir cari Mawar," tutur Zara lagi. Sekali lagi hanya anggukan sebagai balasan.

"Akak keluar dulu ye," tambah Zara lagi. Dia melangkah menuju ke pintu semula. Belum sempat tombol pintu dipulas, Mawar bersuara.

"Kak, sorry," ucap Mawar. Dia rasa bersalah kerana tidak menjawab soalan Zara sejak dari tadi. Dia tidak mahu bercakap apa-apa tika ini. Dia berharap wanita itu faham dan tidak terasa hati dengannya.

"It's okay. Mawar dah okay nanti, cerita pada akak ye. Akak keluar dulu tau," Zara tersenyum. Daun pintu ditarik dan dia melangkah keluar dari ruangan itu. Mawar melepaskan keluhan kecil. Sebaik sahaja terdengar pintu tertutup, Mawar kembali duduk. Pintu lokarnya direnung. Wajah Aydean kembali menganggu fikirannya.

'Kalau aku dapat tumbuk muka dia, macam aku tumbuk pintu lokar ni, baru dia tahu agaknya!' bebel Mawar di dalam hati. Sebal sungguh dirasakan tika ini.
Entah apa yang lelaki itu benci sangat pada dirinya, dia sendiri pun tak tahu!

'Takkan lah dia kenal aku. Kalau dia kenal aku, mesti dia dah tanya aku awal-awal,' gerutu Mawar di dalam hati. Dia yakin, Aydean atau pun Syakir langsung tidak tahu siapa diri dia yang sebenar. Dia amat yakin tentang itu. Mawar mendengus kasar. Setelah kemarahannya agak reda, dia kembali ke luar untuk meneruskan kerja-kerjanya.

SYAKIR menghampiri Mawar yang sedang sibuk membasuh peralatan kotor di dalam sinki. Mawar lebih suka melakukan kerja-kerja di dapur berbanding kerja-kerja di ruangan restoran. Lagi-lagi jika si Aydean ada di situ.

Mawar malas mahu menghadap sikap hipokrit Aydean. Depan peminat bukan main mesra dan baik. Tapi, dengan krew sendiri layan macam diktator!

"Mawar, you okay?" soal Syakir sambil kedua belah tangannya menyeluk kocek seluar. Mawar tidak memandang ke arah Syakir. Dia tetap meneruskan kerja-kerjanya. Syakir mengeluh. Pertama kali dia terpaksa berhadapan dengan krew seperti Mawar. Keras kepala!

"Mawar, how many times i've to tell you. When i'm talking to you, please look at me. You marahkan Aydean, tapi, jangan dengan I pun you takde rasa hormat," Syakir mula membebel. Mawar memberhentikan kerja-kerjanya. Tangan yang basah di kesat ke apron yang dipakai. Dengan malas, dia memusingkan badannya menghadap Syakir. Seperti biasa, Mawar mempamerkan wajah dingin kepada Syakir.

"Apa yang berlaku tadi?" soal Syakir cuba bersabar dengan riak wajah Mawar. Dia tetap perlu dapatkan penjelasan dari Mawar kerana Aydean sendiri tidak mahu berterus terang.

"Kenapa tanya saya? Encik Syakir tanyalah boss sorang lagi tu," balas Mawar bersahaja. Syakir menarik nafas dalam. Dia boleh mengagak yang Mawar akan memberi jawapan seperti itu. Tetapi, masih juga dia mahu bertanya. Entah mengapa.

"Okay, look.. I tak tahu apa masalah you all berdua. Tapi, please Mawar.. Aydean is your boss.. Dia sama macam I. I beg you, hormat dia macam you hormat I. Bolehkan?" Syakir cuba memujuk. Nadanya suaranya dilembutkan agar Mawar terpujuk dengan rayuannya. Dia tidak mahu masalah kecil seperti itu menjejaskan prestasi kerja Mawar sekaligus mendatangkan khabar angin yang buruk tentang Aydean.

"Kalau dia cakap dengan saya baik-baik, saya takde masalah untuk cakap baik-baik dengan dia, encik Syakir," Mawar membalas dengan nada sedikit keras. Wajahnya mula membahang. Geram.

"Tapi, saya rasa encik Syakir juga perlu tegur sikap boss macam dia tu," tambah Mawar lagi. Matanya merenung tajam ke arah Syakir. Syakir menarik nafas dalam.

"Okay. I akan tegur dia. But, please.. After this, do not physical touch. I tahu you ada kick boxing. Tapi, guna ditempat yang sepatutnya," tegas suara Syakir tika itu. Mawar tersentak. Serta merta kemarahannya mengendur. Dia mengaku salah dirinya kerana menyentuh Aydean dengan kasar. Wajahnya ditundukkan.

"Okay," perlahan suara Mawar membalas kata-kata Syakir. Syakir tersenyum segaris apabila melihat Mawar mula mengalah.

"If after this, Aydean still cari masalah dengan you, tell me. I akan cakap dengan dia. Tapi, I minta sangat, you jangan melawan dia. Itu sahaja," tambah Syakir lagi. Perlahan Mawar menganggukkan kepalanya. Wajah Syakir langsung tidak dipandang.

"Aydean tell me that masakan you tak kena dengan tekak dia. Semalam dia dah beritahu yang main dish jangan pedas sangat. Tapi, terlalu pedas. So, I think that's the problem yang buat Aydean marah. So, please fix it," jelas Syakir. Dia tahu Mawar pasti marah dengan Aydean kerana terlalu cerewet bab makan. Tetapi, Mawar harus biasakan dirinya dengan karenah Aydean kerana selepas ini, restoran mereka akan sentiasa di penuhi dengan event untuk peminat-peminat Aydean pada setiap bulan.

"Okay," balas Mawar tanpa riak. Dia terus berjalan melintasi Syakir menuju ke ruangan restoran untuk mengambil semula main dish tersebut. Syakir menghela nafas lega apabila Mawar mengikut setiap katanya tanpa membantah seperti selalu. Kemudian, dia turut melangkah keluar dari ruangan dapur.

SYAKIR merenung Aydean yang masih sibuk dengan telefon bimbitnya sejak dari tadi. Makanan di depan mata langsung tak diusik. Sibuk meng'upload' gambar di media sosial. Restoran sudah pun tutup. Yang tinggal hanya krew-krew yang masih mengemas.

"Ehem..ehem..," sengaja Syakir berdehem agar Aydean meluangkan masa untuk mendengar kata-kata darinya. Aydean mengangkat wajah memandang ke arah Syakir. Kedua-dua kening di angkat seolah menyoal maksud Syakir.

"Please.. Simpan phone. Then, focus on me. Aku ada perkara nak 'slow talk' dengan kau," saja ditekan perkataan slow talk itu kepada Aydean. Aydean berdecit. Telefon di simpan ke dalam saku seluar.

"What?" Aydean buat muka bosan. Dia menjamah sedikit petitfours yang berada di hadapannya itu. Saat manisan itu masuk ke mulutnya, Aydean menganggukkan kepala sambil menutup mata menikmati keenakan manisan itu.

"Nice," dia berpuas hati dengan rasa manisan tersebut. Kemudian, dia kembali memandang wajah Syakir yang masih merenungnya sejak dari tadi.

"Apa yang serius sangat muka you ni, baybiy?" soal Aydean. Dia menyandarkan tubuhnya ke dada kerusi. Saat matanya terpandang akan susuk tubuh Mawar yang sibuk mengangkat peralatan dari meja buffet, dia mendengus kasar. Mata Syakir turut beralih ke arah susuk tubuh yang di pandang oleh Aydean itu.

"About her," balas Syakir. Matanya kembali memandang Aydean. Aydean berdecit sekali lagi. Kalau ikutkan malas untuk dia bercakap mengenai gadis itu.

Meluat! Gangster tak kena tempat!

"Aku tak faham apa yang kau jaga sangat dia tu. Sampai kau jadikan dia permanent krew without my permission!" keras suara Aydean menutur kata. Tangan dilipat ke dada. Kaki kanan menyilang ke kaki kiri.

"Sejak bila aku kena minta permission kau, untuk hire or permanent kan krew dalam restoran ni? Bukan kau bagi aku kuasa seratus peratus ke untuk uruskan segalanya?" balas Syakir. Dahinya sengaja dikerutkan. Rahang digosok perlahan. Aydean menjeling tajam. Dia tahu Syakir sengaja mengingatkan kembali kata-katanya sebelum ini.

"Memanglah sebelum ni, aku bagi kau kuasa seratus peratus. Tapi, lepas samseng tu kerja dekat sini, aku rasa kau patut bincang dengan aku dulu, sebelum kau offer dia jadi permanent krew," kata Aydean cuba mempertahankan dirinya. Syakir ketawa kecil sambil menggelengkan kepalanya.

"Dean.. Dean.. Kau jangan benci sangat. Takut nanti terjatuh cinta pula," usik Syakir menahan tawa. Aydean membulatkan matanya memandang ke arah Syakir. Kepala digeleng laju.

"Perempuan gila tu? No way!!!" tegas Aydean. Wajahnya benci dipamerkan ke arah Syakir. Meledak tawa Syakir yang ditahan sejak dari tadi. Memang sengaja dia mengusik Aydean sebegitu.

"Darling... You jangan no way, no way sangat. Kalau you tersangkut dengan dia, hari-hari you datang sini nanti," ujar Syakir mengusik lagi. Wajah Aydean masih beriak benci.

Tak mungkin! Never!!!

"Please lah Dean. Aku tak nak kau cari pasal lagi dengan chef aku. Apa-apa nak komplen, melalui aku. Then, aku sendiri akan beritahu pada Mawar," suara Syakir berubah tegas. Dia tidak mahu sebarang masalah timbul dek kerana pergaduhan antara Aydean dan Mawar.

"Kau tolong beritahu pada chef kesayangan kau tu, lain kali time kita discuss, bawa otak tu sekali. Make sure otak dia tak pergi jalan merata-rata. Pesan banyak kali pun tak faham-faham," suara Aydean turut naik senada. Geram kerana Syakir menyebelahi wanita itu. Syakir ketawa kecil tatkala mendengar jawapan balas dari Aydean. Ada sahaja benda yang mahu di bidas oleh lelaki itu.

"Okay. Aku akan sampaikan pesanan kau. Jangan nanti, tahu-tahu kaki dia melekat dekat muka handsome kau tu," Syakir ketawa lagi. Wajah Aydean yang beriak menyampah itu dipandang.

"Elehh.. ingat aku takut dengan dia?? Bak datanglah dia punya kaki tu! Aku patahkan!" balas Aydean sambil menunjuk gaya mematahkan sesuatu. Riak geram terpamer diwajahnya. Syakir ketawa besar.

"Nak patahkan kaki dia? Tadi pun muka kau dah pucat. Ada hati nak patahkan kaki si Mawar tu," sindir Syakir masih ketawa besar. Geli hatinya apabila mengingati peristiwa tadi. Wajah Aydean kelihatan pucat saat leher bajunya dicengkam Mawar. Mujur dia datang meleraikan semuanya. Jika tidak, pasti wajah Aydean menjadi sasaran penumbuk Mawar. Mawar sukar dijangka tindakannya.

"Dah lah. Aku nak balik. Nak hantar Maira sekali. Kau esok takde shooting ke?" soal Syakir sambil bangun dari duduknya. Rambut dirapikan dengan hujung jari. Baju yang sedikit berkedut digosok dengan telapak tangan. Mata beralih ke arah Aydean yang masih duduk tidak berganjak dari situ.

"Kejap lagi aku geraklah. Esok tengah hari shooting aku dekat area kl je," Aydean kembali mengeluarkan telefon bimbitnya. Senyuman terukir tatkala melihat komen-komen di dalam media sosial miliknya.

Syakir mengangkat kening sambil mengangguk kepala tanda faham. Dia meregang-regangkan badan yang sedikit kelihatan akibat mengendalikan majlis sejak siang tadi.

"So, I balik dulu darling. See you then. Love you," ucap Syakir bersahaja. Aydean buat muka geli apabila ucapan I love you diucap kepadanya. Syakir ketawa melihat riak wajah Aydean. Kemudian, dia melangkah ke arah Maira yang sedang membantu krew mengemas sekitar kawasan restoran.

"Maira, come. I hantar you balik. I dah letih ni," panggil Syakir. Maira yang sedang terbongkok-bongkok mengutip sampah di lantai terus menoleh ke arah Syakir. Dia mengukir senyum apabila melihat wajah Syakir yang sedang berdiri tidak jauh darinya.

"Kejap. I kemas sikit lagi ni," balas Maira. Cepat-cepat dia mengambil sampah tersebut dan disumbatkan ke dalam beg plastik hitam yang terikat di dinding. Dia berlari anak menuju ke sinki. Tangan dibersihkan. Kemudian di lalukan seketika di bawah mesin pengering. Setelah itu, dia berjalan menghampiri Syakir yang masih setia menantinya.

"Jom," lengan Syakir dirangkul dengan mesra. Syakir membalas senyuman Maira. Dia selesa dengan wanita itu. Rajin dan banyak membantunya di restoran. Tetapi, perasaan Syakir terhadap Maira, tidak lebih dari seorang abang kepada adiknya. Berkali-kali Syakir menerangkan kepada Maira tentang perasaannya terhadap wanita itu. Namun, Maira tetap setia menanti pintu hati Syakir terbuka untuknya.

Mawar yang sedang sibuk mengangkat peralatan di buffet line hanya memandang ke arah Syakir dan Maira. Dia tersenyum nipis apabila melihat kemesraan pasangan itu.

Tiba-tiba matanya beralih ke arah Aydean yang sedang duduk di satu sudut. Hatinya menjadi panas.

'Asal aku tengok kau je, hati aku panas. Bela setan ke dia ni!' gerutu hati Mawar. Benci sungguh dia melihat wajah Aydean tika ini. Kalaulah Syakir tidak menghalangnya, pasti Aydean dapat merasa penumbuk sulung dari tangan Mawar.

Nafas ditarik dalam. Udara dingin malam itu tidak mampu menyejukkan hati Mawar yang panas sejak dari tadi. Volume dikuatkan. Lagu heavy metal dari kumpulan System Of Down - Chop Suey berlagu di gegendang telinganya.

Kemudian, dia kembali mengemas meja buffet dan mengangkat segala peralatan yang berada di atas meja tersebut.

Wajah masing-masing keletihan. Mana tidaknya sejak dari siang tadi semua bertungkus lumus menjayakan majlis Aydean bertemu dengan peminat di restoran itu. Benarlah kata Zara. Mereka akan mula sibuk selepas ini kerana setiap bulan Aydean akan bertemu peminatnya di restoran itu. Boleh dikatakan peminat Aydean sembilan puluh sembilan peratus adalah wanita. Lelaki ada. Tetapi boleh dibilang dengan jari.

'Apa la yang diorang ni minat dengan mamat poyo ni? Hipokrit nak mampus!' belum habis lagi panas di hati Mawar. Masih sahaja dia membebel di dalam hatinya.

Ahh..parah ni! Mau sampai berhari-hari perasaan ini terbawa-bawa. Ini semua gara-gara boss gila tu!

Mawar melangkah masuk ke dapur sambil membawa beberapa buffet set bersama. Dia tidak betah berlama-lama di ruang restoran selagi susuk tubuh Aydean berada di situ. Dia tahu Aydean turut mencuri pandang ke arah dengan riak menyampah. Namun, Mawar tidak mahu ambil pusing. Malas mahu menambah sakit hatinya terhadap lelaki itu.

Buang masa!

I am trying my hardest, to not act how I feel - Mawar Kirana-

Happy weekend!!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience