"Hari ini saya di sini kat sisi awak. Esok lusa belum tentu lagi. Hari ini hati awak ada pada saya tapi esok lusa belum tentu jua lagi. Tapi, yang pasti hati saya akan tetap menyebut nama awak kerana awak adalah kekasih yang boleh membuat saya bahagia. "
Ayat-ayat itu masih lagi bermain di akal fikiran Munirah. Ini adalah kali pertama Munirah meluahkan perasaan cintanya terhadap Azhar. Cinta pertama yg sudah lama berputik di dalam hatinya. Munirah tidak pernah rasa sayang seperti ini dekat orang lain. Azhar adalah orang pertama yg hadir di dalam hidupnya ketika dirinya dalam kesusahan. Orang yg percayainya. Sentiasa menyokong dan memberi semangat untuk dirinya terus ke hadapan. Azhar sudah banyak mengubah hidupnya selama ini. Munirah hanya percayakan Azhar saja. Suami yg dicintai dan dikasihinya.
Hai..Puan Munirah..Termenung jauh lagi ke ni? Tak baiklah untuk kesihatan. Tegur Huzair apabila melihat Munirah sendiri saja di kerusi menunggu ini. Munirah yg tersedar seseorang menegurnya terus melihat ke arah suara itu. Pandangannya terus beralih ke arah lain pula. Rasa malas saja mahu hadap Huzair sekarang ini. Ke mana saja dia pergi mesti akan terserempak dengan Huzair. Memang sah lelaki ini kaki stalker!
Yg awak sibuk sangat ni dah kenapa? En Huzair..Dah tak ada keje lain ke? Asyik nak follow je saya ke mana-mana. Saya report dekat kak Farah kang baru tahu. Kata Munirah geramnya masih tidak mempedulikan Huzair yg masih tersenyum nakal di situ.
Ehh Mana tahu saya follow awak? Maybe secara kebetulan je ni kan?? Saya sibuk sebab saya care pasal pesakit saya. Keje saya care pasal awaklah Puan Munirah Safiyah..Bt Ahmad Shukri. Ermm sedap nama. 'Bercahaya'. 'Yang bersih dan Jujur'. Ujar Huzair sambil membaca nama Munirah pada buku rawatan Munirah yg dipegangnya itu. Senyuman di bibirnya tidak pernah lekang. Tambah pula bila dia berjumpa dengan Munirah. Sampai ke sudah bibirnya asyik tersenyum saja. Tergamam Munirah mendengar Huzair berkata begitu. Dia terus bangun dan memandang tajam ke arah wajah Huzair. Kepalanya terpaksa di dongokkan ke atas sedikit kerana tinggi Huzair lebih kurang Azhar saja. Tinggi lampai orangnya jika hendak dibandingkan dengan Munirah ketinggian 153 CM saja. Budak sekolah pun lebih tinggi darinya.
Owhhh..Dr Huzair Shah. Pakar...Percakapan Munirah terus berhenti di situ saja. Patutlah Huzair ada buku rawatannya rupa-rupanya Huzair adalah Doktor pakar psikiatri. Sebelum ini Munirah hanya berjumpa dengan doktor lain. Tidak tahu pula Huzair doktor dalam bidang ini. Dirinya terus mati kata di situ. Perasaan malu mula menjalar di dalam lubuk hatinya. Mesti Huzair akan berfikiran seperti orang lain di luar sana juga. Nampak di luar baik dan normal sahaja tetapi di dalam ada jiwa seorang pesakit jiwa.
"Munirah Safiyah Bt Ahmad Shukri, Sila masuk ke dalam bilik no 5"
Kedengaran nama Munirah sudah di panggil di kaunter itu. Huzair hanya memandang hairan saja riak wajah Munirah berubah selepas membawa namanya di tag baju. Dia faham mesti Munirah rasa malu dengan semua ini. Tapi, Huzair sedikit pun tidak berfikir begitu. Siapa dirinya mahu menilai seseorang hanya dari luaran dan kekurangan yg ia memiliki. Baginya, Munirah sempurna sahaja di matanya. Kerna satu kekurangan ini Munirah sudah menjadi seorang wanita yg kuat dan tabah. Walaupun masih muda. Munirah sudah banyak kenal erti sebuah kehidupan yg sebenar. Jika hendak dibandingkan dengan gadis seusianya, Diri Munirah lebih jauh matang lagi.
Jum..ikut saya. Awak adalah pesakit saya Munirah. Kata Huzair lalu berjalan mendahului Munirah. Munirah hanya menghela nafas panjang saja di situ sebelum mengikuti langkah Huzair. Berat saja kakinya melangkah. Perasaan yg mula bercampur baur mula melintasi dirinya.
................................................................................
Ehh, Amira Athirah! Boleh awak cepat tak?Berapa lama saya nak tunggu awak dekat sini? Saya banyak keje lagi lah nak buat. Bukan nak hadap awak sorang je. Marah Azhar apabila Mira tidak mahu keluar dari kereta. Pada mulanya Mira berangapan yg Azhar menjemput dan mahu mengajaknya keluar tetapi mereka sudah sampai di depan Hospital. Mira mula buat kerenah dan tidak mahu datang ke sini.
Alah..abang. Sayang tak sakitlah..buat apa sayang nak datang sini?? Jumlah pulang..please..Pinta Mira sambil membuat lagak comel di depan Azhar. Sekali sekala dia menguis lembut pinggang Azhar. Muka Azhar mula merah membahang. Menahan saja amarah yg terkumpul di dalam hatinya ini. Jijik saja dia melihat Mira berkelakuan begini di depannya.
Sudahlah..Saya cakap sekali tak nak dengarkan!! Mari!! Kata Azhar tegasnya mula mengangkat tubuh Mira untuk keluar kereta. Agak lama juga mereka berdua bergelut di situ dan akhirnya Mira mengalah saja. Habis pipi Azhar dia melepaskan ciuman. Azhar hanya mampu mendengus kasar saja. Tanganya kasar mengelap sisa kesan lipstik Mira pada pipinya. Ketawa Mira riangnya terus berjalan mendahului Azhar. Dapat juga dia melepaskan gian di pipi Azhar.
Mira dan Azhar duduk menunggu giliran di bangku tempat menunggu. Tangan Mira tidak lepas saja daripada memeluk bahu Azhar. Banyak kali juga Azhar cuba untuk menepisnya tetapi selepas orang awam mula memandang perihal pelik Azhar, dirinya terpaksa akur dan redha saja apa yg Mira lakukan kepadanya. Dalam hati Azhar menyumpah seranah semua ini. Kalau tidak bukan Datuk Rizman yg suruh sudah lama dia tinggalkan saja perempuan gila ini.
Abang..sayang nak pergi tandaslah..tunggu sini ehh? Pinta Mira apabila mula terasa mahu membuang hadis kecil.
Aduh..itu pun nak minta izin ke? Awak dah tebiat ke apa Mira?? Pegi je lah. Cakap Azhar meleretnya geram saja melihat kerenah seperti anak kecil kelakuan Mira. Sudah banyak kali dia mengeluh bila dengan Mira. Kalau dengan Munirah sedikit pun dia tidak marah seperti ini. Rasa rindu saja dekat Munirah.
Lalalalala...Nyanyi Mira riangnya selepas keluar dari tandas. Sebelum dia berjalan kembali ke laluan klinik pesakit luar, Mira terpandang susuk tubuh seseorang yg ia sangat kenali. Perlahan-lahan Mira cuba mendekati ke arah susuk tubuh itu.
Terima kasih Doktor Huzair untuk hari ini. Ucap Munirah lalu tersenyum manis sambil berjalan seiringan dengan Huzair. Munirah rasa tenang sedikit selepas membuat temu janji ini. Hilang sikit rasa beban di hatinya dengan treatment yg Huzair berikan. Huzair adalah seorang doktor yg bagus dan pandai layan pesakitnya.
Most welcome. Nanti jangan lupa tau tarikh appointment yg seterusnya. Awak kena banyak berehat. Jangan stress. Kalau tadi kita tengok awak sudah ada banyak perubahannya.Good. Keep going ok?! Jum saya temankan awak pergi ambil ubat. Ujar Huzair gembiranya sudah dapat berbual lebih erat dengan Munirah. Dia sudah mengagap Munirah sebagai kawan dan pesakitnya. Jika Munirah perlukan bantuan sedia masa saja Huzair akan menolongnya. Mereka berdua terus berbual kosong saja.
Dari jauh " Klik..klik..klikk"
Well..well..well..Crush on landing dude. Dalam diam ehh Si Munirah ni. Dalam diam ada hati dengan Doktor Huzair rupanya. Ini ke perempuan yg suami aku tergilakan sangat tu? Auchh.. Kesian suami i.. Kalau dia dapat tahu ni mesti hatinya akan hancur. Tapi, Hancur untuk Munirah oklah..Untuk aku akan bertambah sayang..hehehehe. Di depan soal baik tapi dibelakang..Pijak semut pun tak mati. Kena report dekat semua orang ni.. Cakap Mira sendiri apabila berjaya juga mengambil dua tiga keping gambar antara Munirah dan Huzair tadi. Dia mula bergegas pergi sebelum mereka nampak dirinya. Mira mula bermain perlahan rentaknya. Tidak sabar dia mahu mengjatuhkan Munirah dalam diam.
..........................................................................
Mira..buat apa dekat sini? Tanya Bonda sambil menuangkan air jus apple ke dalam gelas untuk Mira. Sejak dia sudah bergelar isteri kepada Azhar, Hampir setiap hari Mira jejak kaki ke sini. Sampai muak Bonda mahu melayan kerenahnya itu. Perangai Munirah sendiri pun tidak mengada sepertinya.
Well Bonda..sudah tak boleh ke Mira datang ke sini? Tanya Mira semula soalan dibalas soalan. Geram rasa hatinya bonda sudah tidak melayannya seperti dulu lagi. Banyak saja nama Munirah yg keluar dari mulut bonda. Mira rasa macam mahu sumbat cili merah ke dalam mulut bonda. Biar ia tahu mana mahu beza pertama dan kaca. Dulu-dulu bukan main benci Munirah. Sekarang hampir setiap saat teringatkannya. Mira tertanya juga apa yg Munirah sudah gunakan untuk mencuri hati bonda. Entah-entah dia sudah pukau diorang semua. Teka Mira sendiri. Tangannya masih sibuk saja bermain telefon. Sedikit pun tidak memandang ke arah bonda.
Bukan begitu. Selalunya kamu datang bawa Eisya tetapi hari ini sorang pula kamu. Kata Bonda biasanya masih lagi melayan Mira baik sekali. Suka atau tidak Mira sekarang adalah menantunya. Bonda perlu adil dalam memilih kasih antara Mira dan Munirah. Mereka berdua mempunyai cara tersendiri.
Emmm..Actually..Mira datang ke sini nak tunjuk dekat bonda sesuatu haa.Ujar Mira sambil tersenyum sinis lalu tanganya sudah membuka gambar yg ditangkap tadi antara Huzair dan Munirah. Tidak sabar dia ingin beritahu perkara ini. Kononnya Munirah itu adalah menantu yg baik. Tidak ada dosa sedikit pun yg dilakukannya. Mira nak lihat riak wajah Bonda nanti. Kalau boleh dia mahu rakam dan ulang kembali rakaman itu seperti tayangan di televisyen.
"Apadia? "
Ini..inilah menantu kesayangan bonda yg baik, alim dan bagus dalam segalanya. Dalam diam ada date dengan kekasih. Apa pendapat bonda? Kata Mira apabila menunjukkan gambar itu kepada bonda. Tergamam Bonda sejenak lalu mengambil telefon Mira untuk melihat gambar itu lebih dekat lagi. Memang sah! itu adalah Munirah Tetapi bonda tidak kenal siapalah lelaki itu. Ia pernah nampak sebelum ini tetapi bonda tidak ingat di mana. Mira tersenyum riang selepas melihat riak wajah bonda berubah seperti itu. Akhirnya bonda sendiri boleh menilai yg mana pertama dan yg mana kaca.
Macam mana kamu tahu ini adalah buah hati Munirah dalam diam? Tanya Bonda masih tenang saja dirinya. Bonda tidak mahu cepat melatah. Dia masih percayakan Munirah adalah seorang perempuan yg baik akhlaknya. Tidak mungkin Munirah akan menduakan Azhar dalam diam.
Sumpah bonda..Mira nampak depan mata Mira sendiri kot. Memang sweet gila mereka berdua. Entah-entah sudah lama hubungan mereka berdua terjalin ye tak? Alah..kita semua beria sembunyikan semua ini daripada pengetahuan Munirah sedangkan dia sudah pasang lagi sorang. Kan adil semua ini? Bolehlah abang ceraikan Munirah. Dia boleh bahagia dengan pilihannya nanti. Beritahu Mira cuba menjadi batu api dengan apa yg diperkatakannya ini. Bersungguh-sungguh dia menyatakan semua ini keapda bonda. Riak wajah Mira juga series dalam hal ini. Bonda sudah mengucap perlahan. Dia mula memegang dadanya. Bonda sudah buntu. Tidak tahu mahu membalas apa lagi. Dirinya rasa terkilan sangat dengan semua ini. Atas apa yg telah terjadi kepada keluarganya Bonda sudah pasrah dan redha. Semua ini keputusan Azhar. Hanya Azhar yg boleh tentukan smeua ini. Bonda berharap sangat Azhar buat keputusan yg betul kali ini. Demi maruah dan kebahagian untuk keluarga mereka.
Share this novel