BAB 9

Horror & Thriller Completed 9360

Majlis tahlil di rumah arwah Haji Hamid berjalan lancar pada malam itu. Semua lauk pauk yang dihidangkan kepada hadirin yang datang, habis dijamah.

Selesai membasuh pinggan, tibalah giliran Afifah dan suaminya untuk menghantar Pak Andak balik ke kampung seberang. Pak Andak yang menjangkau usia 80 tahun, terlalu uzur untuk balik sendirian.

Dalam kereta, Afifah sibuk mengungkit kisah arwah Mak Long Mimah. Pak Andak pun galak menyambung ceritanya, semakin menambahkan kerancakan mengenainya.

Sebaik sahaja menghantar Pak Andak, suami Afifah bercadang untuk mengikut jalan pintas untuk ke balik ke rumah.

Kisah Mak Long Mimah masih menjadi topik pilihan perbualan mereka. Tatkala melintas di kawasan kubur lama, Afifah dan suaminya ternampak seorang perempuan cantik melintas betul-betul di hadapan keretanya.

Nasib baik dia tidak dilanggar oleh suaminya. Yang membuatkan mereka melopong ialah perempuan cantik itu memakai kebaya. Anehnya, wanita cantik itu tidak berkaki!

Masing-masing terdiam dan hanya terpaku melihat bayangan wanita cantik berkebaya itu semakin menjauh dan terus menghilang.

Semenjak peristiwa tersebut, Afifah terus tidak berani lagi menyebut nama Mak Long Mimah. Barangkali dia sendiri tidak menyangka akan bertemu dengan wanita berbaju kebaya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience