BAB 14

Romance Completed 9577

Aku lihat diriku di cermin. Spontan aku tutup muka kerana malu. Malu bila sepasang dress warna merah yang aku kira agak seksi tersalut di tubuhku. Perlahan-lahan aku menjatuhkan tangan. Aku gigit bibir.

Agak tak selesa kerana dress ini begitu singkat iaitu hanya paras paha saja. Sleeveless dan potongan lebar di bahagian dada. Seksi sampai aku pun naik segan melihat figura sendiri. Betul ke tindakan aku ni? Tapi kalau bukan sekarang, bila lagi aku nak hangatkan kembali hubungan kami…

Aku tersentak bila pintu dibuka dari luar dan Sany melangkah masuk. Beg kerjanya diletakkan di sofa. Mukanya nampak letih kerana seharian berada di pejabat.

Pukul sebelas malam baru wajahnya muncul di rumah kerana aku tahu banyak kerja di pejabat yang memerlukan perhatiannya lebih-lebih lagi papa mahu Sany mengambil alih syarikat tersebut apabila papa bersara kelak.

“ Kenapa tak tidur lagi?” Sany tanya tanpa pandang aku.

“ Lin… Lin tunggu abang.” Aku bersuara perlahan dengan perasaan debar. Berdebar menunggu reaksi Sany melihatkan aku berpakaian begini.

Terus Sany pandang aku bila aku cakap macam tu sebab biasanya aku langsung tak nak layan dia bercakap. Dan aku nampak dia tergamam melihatkan dress yang tersalut di tubuhku. Aku tunduk pandang kaki sendiri. Malu menghuni diri.

Aku semakin berdebar bila Sany mengorak langkah ke arahku. Aku gigit bibir perlahan kerana dadaku rasa nak pecah bila jantungku sudah berubah rentak.

Haruman dari tubuh Sany dapat aku hidu bila dia sudah berada di depanku. Tubuh kami begitu rapat dan aku yakin jika Sany melangkah setapak lagi dia akan dapat mendengar degupan jantungku.

Aku pejam mata bila Sany dongakkan wajahku. Rasa tak mampu nak pandang wajah Sany. Perlahan-lahan Sany mengusap pipiku lembut.

“ Sayang sengaja nak goda abang?” Sany berbisik lembut di tepi telingaku.

Aku diam. Masih lagi menutup mata. Suaraku seakan hilang bila Sany mula melingkarkan tangannya di pinggangku membuatkan tubuh kami semakin rapat. Nafas Sany hangat menampar wajahku.

Mata yang tadi aku pejam kini terbuka bila Sany memagut bibirku lembut. Darah merah menyerbu ke mukaku. Ini bukan kali pertama Sany menyentuhku tetapi aku tetap malu.

“ Dah baca surat abang?” soalnya tiba-tiba setelah melepaskan bibirku.

Aku angguk kepala. Kerana suratnya itulah aku tahu perasaan sebenar Sany terhadapku.

“ Dah tahu perasaan sebenar abang pada sayang?” soal Sany ingin tahu.

Aku angguk kepala lagi.

“ Please talk to me. I really miss your voice.” Sany merayu. Wajahnya penuh berharap.

Aku tarik nafas dalam-dalam. Berada dekat dengan Sany sering kali buat aku hilang nafas. Aku cuba bertenang. Aku mengumpul keberanian untuk meluahkan isi hatiku pada Sany malam ini. Perlahan-lahan aku lingkarkan tanganku di leher Sany. Aku mula membalas renungan Sany. Senyuman mula terukir di bibirku untuk tatapan Sany, suami yang kusayang.

“ Do you love me?” Tanya Sany teragak-agak. Mungkin risau jika aku tidak berperasaan sama sepertinya.

“ I love you with all my heart.” Jawabku yakin.

“ Alhamdulillah…” Sany mengucap syukur dan melabuhkan ciuman di dahiku.

“ Lin tak sangka yang abang pun cintakan Lin. Lin ingat Lin seorang saja yang tepuk sebelah tangan. Jadi, Lin pun senyap. Lin takut kalau Lin luahkan, abang akan gelakkan Lin.”

Aku meluahkan apa yang terbuku di hati. Sungguh, andai aku tahu dia cintakan aku, aku tak akan teragak-agak untuk meluahkan rasa cinta.
Sany menghela nafas. Dia mengusap rambutku yang mencecah ke pinggang.

“ Abang sendiri tak sedar bila cinta ni mula hadir. Yang abang tahu, abang gelisah kalau tak dapat jumpa Lin walaupun sehari. Bila ada lelaki lain rapat dengan Lin. Abang jadi tak senang duduk. Lama kelamaan baru abang sedar yang abang cintakan Lin. Lin tahu tak betapa sakitnya abang pendam rasa sayang ni sampai satu tahap abang rasa nak menjerit biar semua orang tahu yang abang cintakan Lin. Abang nak Lin jadi milik abang.”

Aku tersenyum. Sany meletakkan tanganku di dada bidangnya. Degupan jantungnya begitu pantas. Aku cari mata Sany.

“ Hanya Lin seorang yang mampu buat jantung abang berdegup laju.” Ujarnya lembut.

Sany terkedu bila aku jingkit sedikit dan cium pipi kirinya.

“ Maaf kalau Lin selalu buat abang hilang sabar. Selalu buat abang kecil hati. Lin selalu uji kesabaran abang…” bicaraku terhenti bila Sany menutup bibirku dengan jari telunjuknya. Dia menggeleng.

“ Abang yang patut minta maaf pada Lin. Abang faham kalau Lin kecil hati sebab abang pernah lukakan hati Lin. Abang tinggalkan Lin sebab nak buang perasaan cinta ni tapi abang sedar yang abang takkan mampu buang cinta Lin sebab abang terlalu menyintai Lin. Lin sangat bermakna dalam hidup abang.”

Luah Sany penuh perasaan membuatkan air mataku mula bergenang di pelupuk mata. Hatiku mula sebak dengan ketulusan cinta Sany.

“ Jangan menangis… abang rasa sedih bila Lin menangis. Abang sanggup buat apa saja asalkan abang tak dapat lihat air mata Lin.” Suara Sany sayu. Dia mengesat air mata yang mula mengalir di pipiku.

“ Lin sayang abang…” aku bersuara sambil memeluk tubuhnya erat. Aku rasa tenang mendengar degupan jantungnya. Bagaikan itu adalah irama yang terindah sekali yang aku pernah dengar.

“ Abang pun sayang Lin… Always and forever” Sany membalas. Aku hanya membiarkan di saat Sany mencempung tubuhku dan merebahkanku di katil. Aku tersenyum… tiada kata yang perlu diucap bila hati saling memahami.

Kisah kami ini bukanlah luar biasa, pasti ada saja pasangan di luar sana yang memulai hubungan suami isteri lewat dari hubungan persahabatan. Namun bila kena pada diri sendiri, sungguh aku tak menyangka kami yang pada mulanya hanya kawan baik kini bergelar suami isteri.

Cinta ini datang dari segenap arah yang kau takkan sangka dan seringkali ia akan datang pada waktu yang dijangka namun pada masa yang tepat. Boleh jadi dia sebenarnya ada di depan mata, namun kita menafikan kehadirannya kerana kita sering buta dengan status kawan baik, padahal yang seeloknya, kahwinilah teman baikmu, kerana dia lebih mengenalimu.

Dia adalah suamiku, namun terlebih dahulu dia adalah kawan baikku. Justeru, aku beruntung mendapat kedua-duanya sekali dari orang yang sama.

‘’He’s will always be my bestest friend, and forever be my husband, InsyaAllah.’’ Bisiki hatiku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience