Bab 4

Romance Completed 33915

Hari minggu Izzah mengajak Damya shopping bersama di mall yang biasa mereka lepak dulu. Lagipun, lama benar dia tidak keluar shopping bersama rakan-rakannya. Selalunya dia keluar dengan ibu atau abangnya sahaja.

"Mya, aku laparlah. Kita makan dulu jom." Ajak Izzah.

Damya menggelengkan kepala. Baru sejam mereka pusing mall ini, Izzah sudah kelaparan. Lupa pula, kawan dia yang satu ini memang kuat makan.

"Nak makan kat mana?" Soal Damya.

"Kita makan kat KFC jelah." Laju sahaja Izzah menuju ke restoran KFC. Nampak dah tahap kelaparan Izzah. Damya pula hanya mengikut. Lagipun Izzah yang baik hati nak belanja dia makan. Jimat duit aku...

Mereka memilih meja yang agak tersorok sedikit. Senang nak makan. Tak adalah ramai orang yang akan pandang nanti.

Sementara menunggu Izzah yang mengambil pesanan makanan, perhatian Damya tertumpu pada meja yang berada tidak jauh daripada meja yang dia duduki sekarang. Hanya ada seorang budak lelaki yang sangat comel. Suka dia pandang budak itu. Dengan topi Boboiboy yang dipakainya menampakkan lagi dia comel.

Alahai, bestnya kalau aku ada anak comel macam budak itu. Haha... sempat lagi Damya memasang angan-angan.

Dalam asyik pandang budak lelaki itu, seorang lelaki duduk di hadapan budak comel itu. Dia datang dengan membawa makanan untuknya dan budak lelaki itu. Mungkin ayah dia kut. Tapi, takkan ayah dia pula. Lelaki tu muda lagi. Baya macam aku juga. Mungkin abang dia rasanya.

Hmm... patutlah budak tu comel sangat. Rupa-rupanya abang dia pun comel juga. Eh, bukan comel tapi handsome. Aku akui memang handsome gila lelaki itu. Amboi Damya, sejak bila kau pandai usyar lelaki ni?

Tersedar dari kesilapannya, Damya melarikan pandangannya. Kala itu, Izzah datang.

"Sorry babe. Ramai orang tadi. Tu yang yang aku lambat sikit."

Damya senyum. "Tak apalah. Aku faham."

Selesai membaca doa makan, mereka mula menjamu selera. Izzah makan sampai dah tak ingat dunia dah. Khusyuk benar dia melahap makanan. Laparlah tu.

"Mya..." Panggil Izzah perlahan.

"Hmm..."

"Cuba kau tengok mamat yang duduk kat meja sana tu." Damya angkat muka. Dia memandang ke arah yang dimaksudkan oleh Izzah.

"Kenapa dengan dia?" Soal Damya. Mamat yang dimaksudkan oleh Izzah adalah lelaki yang dia perhatikan tadi. Izzah kenal dia ke?

"Handsome tak? Tadi dia beratur dihadapan aku tau." Izzah tersenyum sendiri.

Izzah ni kan. Apalah sangat kalau lelaki itu beratur dihadapan dia. Bukannya artis pun yang nak dikagumi sangat. Tetapi, perihal lelaki tu handsome, itu dia setuju sikit. Hihi... sempat lagi tu.

"Ada aku kesah?" Balas Damya sambil menyambung kembali suapannya.

"Kau ni memang takda perasaan langsunglah." Izzah mencebikkan bibirnya. Marahlah tu.

"Habis kau nak aku cakap apa? Nak aku cakap, mamat tu memang handsome. Wah, beruntung kau dapat beratur bersama dengan dia Izz. Begitu?"

Izzah tergelak. "Bukan Damya la tu namanya kalau ayat tu keluar dari mulut kau."

Damya senyum. Dia tahu apa maksud Izzah. Sebab, dia memang tak suka puji lelaki. Handsome macam mana sekalipun dia tetap kata tak handsome. Bagaimanalah agaknya lelaki handsome yang dimaksudkan oleh Damya ni. Tapi, rasanya dah jumpa kut. Iyalah, sedap dia aje puji mamat itu handsome.

"Tapi, mamat tu memang handsomelah. Cukup bergaya. Muka macam orang cina aje tapi tak nampak sangat cinanya. Mix kut." Izzah mula membuat andaian sendiri. Mata tak lepas memandang ke arah lelaki itu.

"Anak dia ke tu?" Soal Damya tiba-tiba.

"Tak kut. Kau tak nampak ke muka dia tu? Muda lagi rasanya. Takkan dah ada anak umur macam budak tu. Besar dah budak tu." Ulas Izzah. See? Izzah pun cakap lelaki itu muda lagi.

"Aku rasa adik dia kut..."

Damya diam. Dia juga mempunyai firasat yang sama.

"Untungnya aku kalau dapat boyfriend macam dia..." Damya memandang pelik ke arah Izzah yang asyik memandang lelaki itu. Dah sudah Izzah dah angau ni.

"Izz, agak-agaknya kan bila kita dapat keluar dari sini kalau kau duk pandang lelaki itu. Cepatlah makan. Tak kenyang pun kau pandang dia."

"Relaks la Mya. Kita bukannya selalu dapat tengok lelaki handsome macam tu." Kata Izzah.

Damya mencebik. Macamlah lelaki tu satu dalam sejuta lelaki.

"Suka hati kau la." Malas dia nak layan Izzah. Lebih baik dia habiskan makanan yang nampak lagi sedap itu.

Tetapi, matanya kadang kala melirik juga kearah lelaki dan budak itu. Sweet sangat dia lihat cara lelaki tu melayan karenah budak comel yang agak tembam itu.

"Mya, kau dah habis ke? Jom gerak." Ajak Izzah. Yes! Akhirnya....

"Kau tak nak tunggu mamat tu habis makan dulu ke?" Sengaja Damya ingin menyakat Izzah.

"Lain kalilah jelah. Banyak barang aku nak beli lagi ni. Masa dah suntuk ni." Balas Izzah.

Lagaknya macam akan terjumpa dengan mamat handsome itu lagi. Jam dipergelangan tangan dipandang sebelum Damya membalas.

"Okey."

Memang dia ingin cepat keluar daripada restoran KFC itu. Karang zina mata bertambah banyak sebab asyik pandang lelaki itu.

Daniel tersenyum melihat Naufal begitu berselera menghabiskan ayam goreng KFC. Tengok badan budak montel Naufal ni pun dah tahu dia suka makan benda berlemak seperti ayam goreng ni.

Daniel berpaling melihat persekitaran restoran KFC yang begitu sesak dengan orang ramai. Dalam pada memerhati keadaan sekeliling, pandangannya tertumpu pada dua gadis yang duduk tidak jauh daripada meja makannya.

Dia terkesima. Entah mengapa dia suka melihat gadis yang bertudung hitam memakai skirt dan baju labuh itu. Gadis itu tersenyum sambil bercerita dengan seorang lagi sahabatnya.

'Cantik' desis hati Daniel.

Tiba-tiba....

Pap!

Jantung Daniel berdetak kencang. Terkejut dan berdebar melihat pandangan gadis bertudung itu. Cepat sahaja Daniel berpaling apabila gadis tersebut juga memandangnya.

Wajah cerah Daniel tak usah cakap lagi merahnya macam mana. Dia malu bila dirinya sudah terkantoi memerhati anak dara orang. Tak pernah dibuatnya...

Daniel, kau dah kenapa?

"Along... dah ke? Kita balik jom. Nek Su dah lama tunggu tu." Sengaja dia mengajak Naufal beredar dari tempat tersebut dengan segera. Dia malu...

"Dah daddy Niel... jom!"

Daniel memimpin tangan kecil Naufal keluar daripada restoran itu tanpa memandang ke sekeliling lagi.

Harap dapat jumpa gadis tu lagi...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience