AIRRA memusingkan badan ke kanan. Tdk selesa. Mengiring pula ke kiri, tapi hanya utk beberapa saat. Kemudian, pembaringannya dihadapkan ke siling, merenung kipas siling berpusing-pusing sehinggakan kepalanya terasa perit. Arghhhhh! Airra bangkit dari baring lalu duduk bertafakur sambil merenung nasib diri.
Teringat akan pertemuan malam semalam dan juga pengakuan dr Ashraf, dia mula merasakan hidupnya kucar-kacir! Semua itu berlaku terlalu pantas sehingga dia jadi bingung, kaget dan tdk tentu arah. Semalam, selepas sesi meluah perasaan yg dibuat oleh Ashraf, Airra tdk memberikan sebarang kata putus bahkan bersembunyi di belakang Akief sambil menutup wajah. Dia jadi malu dan bengang. Malu kerana diterjah secara tiba-tiba spt itu dan bengang kerana pengakuan itu diluahkan di hadapan Akief. Tdk cukup dgn itu, dia disakat dan dibahan sepuas-puasnya oleh Akief menyebabkan dia tdk berani keluar dr bilik saat ini. Dia tahu persis, abangnya itu hanya menunggu peluang utk meneruskan 'kerja' menyakatnya itu.
" Airra. Saya suka awak" Dan ayat itu berputar berkali-kali di pita mindanya. Sukakah dia dgn pengakuan itu? Lagi-lagi ianya dtg dr bibir lelaki berkarisma spt Ashraf. Airra tersengih sehinggakan dia tdk sedar dgn posisinya yg hampir hujung di sisi katil.
Bukkkkkkk! Airra terjatuh ke lantai. Wajahnya mengerut menahan sakit. " Mak aiiiii, kerasnya kau ni!" Dia memukul lantai marmar itu berkali-kali. Nasib tdk ada Akief saat ini. Kalau tdk, mahu kena bahan dia!
Airra memapah diri ke sisi katil. Sesekali, dia mengerang kesakitan. Ini semua Ashraf punya pasallah! Haishhh, doktor tu blh buat hidup aku tunggang-terbalik!
DATIN HAMIDAH menahan hati dgn kata-kata Ashraf sebentar tadi. Pagi-pagi lagi dia sudah dikejutkan dgn berita mengejutkan itu. Ashraf mengkhabarkan dirinya sdh mempunyai teman wanita dan bakal berkahwin dgn gadis pilihannya dlm masa terdekat. Mahu bernanah telinganya saat itu. Dia tdk akan menerima mana-mana wanita sbg menantunya kecuali Airra! Dan keputusannya muktamad!
"Umi.. umi mana blh macam ni. Umi kan dah janji? Tak baik mungkir janji. Itu salah satu sifat org munafik tau umi?" Ashraf masih cuba berseloroh. Dia yakin ,dia mampu utk meyakinkan umi akan keputusannya. Disentuh lengan si umi ,lalu digoyangkan berkali-kali.
Datin Hamidah menepis. Dia mengerling Datuk Yunus yg ralit membaca surat khabar tanpa mempedulikan 'perbalahan' di antara dia dgn Ashraf.
" You ni dari tadi tak berbunyi kan? Menarik sgt ke berita dlm surat khabar tu sampai telinga you tu kebal?"
Datuk Yunus mengeluh. Dia buat hal dahhh! Lantas ,surat khabar dilipat lalu dicampak ke atas meja. Pandangannya berkalih ke arah dua beranak itu, silih berganti.
" I baca surat khabar pun kena marah?" sindir Datuk Yunus. Dia masak benar dgn ragam isterinya itu. Kalau tdk dpt apa yg diingini, merajuknya boleh mencecah seluas lautan! Payah kena pujuk juga satu hal!
" I bukan suruh you baca newspaper! I suruh you bagi pendapat. Ishhhh" Datin Hamidah sdh terduduk di sofa, bertentangan suaminya.
Ashraf mengeluh. Kalau begini sdh gaya umi, masaklah dia!! Sdhlah ini kali pertama dia jatuh cinta. Umi pulak lancarkan serangan psikologi spt ini. Mana dia blh tahan!
" Umi. Raf cuma nak umi jumpa dia dulu. Lepas tu.. "
" Nope! Umi tak nak!" Ashraf sdh di sampingnya dgn wajah penuh mengharap.
" Betul kata Raf tu. You jumpa dulu bdk tu. Dah jumpa nanti, baru you buat keputusan. Inikan soal masa dpn Ashraf. Takkan you nak paksa dia terima org yg dia tak kenal?"
" I tak suruh pun you cakap!"
" Pulakkkk!! Tadi you jugak beria-ria nak pendapat I. Sekarang lain pulak" Datuk Yunus mengeluh.
Datin Hamidah terdiam. Dia memeluk tubuh.
" Okey. Umi akan jumpa dia. Tapi, you jugak kena jumpa gadis pilihan umi. Then, we decide" Akhirnya Datin Hamidah memberikan kata putus. Punggung diangkat, lantas langkah kaki diatur menuju ke dapur.
Ashraf tersenyum. Sekurang-kurangnya ,umi bersetuju utk berjumpa Airra. Dan kali ini, dia akan cuba utk memujuk Airra sepenuh hati. Dia tahu, Airra tdk memberikan sebarang reaksi terhadap pengakuannya mlm tadi, tapi dia tetap harus mencuba.
Datuk Yunus tersenyum melihat wajah ceria Ashraf. Sempat dia menaikkan ibu jarinya ke atas kpd anaknya itu.
'Thanks abah'
Datuk Yunus mengangguk, seolah-olah faham dgn apa yg dituturkan Ashraf meski tdk kedengaran di cuping telinganya.
"IBU tahu tak, ada orang suka adekkkk" sakat Akief lalu mendaratkan punggung di sebelah Airra. Sempat dia mencapai sekeping roti lalu dibawa ke mulut.
Puan Zahara yg sdg mengacau rendang ayamnya, segera menoleh. Terkejut dgn kata-kata Akief sebentar tadi. Dia mula berubah riak. Barusan tadi, Datin Hamidah menelefon dan mengkhabarkan akan kedatangan mereka mlm nanti utk ketemu Airra. Katanya, dia ingin segera menemukan Airra dgn anaknya. Sekarang, kata-kata Akief pula mengganggu fikirannya.
" Mana adaaa. Along tipu je bu" Airra sdh merona merah. Dia sempat mencubit lengan Akief. Geram!
Puan Zahara sdh berdiri di hadapan mereka.
" Betul ke dek?"
" Taklah bu! Along tipu je lah.. Ibu jgn percaya" Sebaik mungkin dia cuba meyakinkan si ibu. Haishhh, Ashraf ni!!!!
" Apa pulak tipu! Betullah! Ibu tahu tak, semalam orang tu confessed perasaan dia kat adek. Ni, telinga ni sendiri yg dgr tau?" tukas Akief sambil menyentuh telinganya.
" Ibu tahu tak siapa orangnya tu? Mesti ibu terkejut"
" Alonggggggggggg!" Airra separuh menjerit. Semuanya berlaku terlalu pantas. Tiga bulan lepas, dia dirisik oleh mak Datin. Semalam, Ashraf pula meluahkan perasaannya. Aduhhhh! Mesti ibu serba salah.
" Bu. Jgn dgr cakap along tu" Airra mengerling Akief yg sdh terkekek-kekek.
" Orang yg suka dgn adek tu ibu kenal. Dia orang yg rawat adek haritu" Akief bocor rahsia. Suka melihat wajah Airra yg kemerahan apabila disakat sebegitu.
" Doktor Ashraf?" Puan Zahara hampir terlopong. Sungguh dia tdk menyangka dgn perkara tersebut.
" Along ni kannnnnn.. Bencinyaaaaa" Airra sdh merajuk. Bangkit dr duduk, dia menghampiri ibu lantas memeluk tubuh itu dr belakang.
" Adek sayang ibu. Adek ikut je apa yg ibu cakap" Sebuah ciuman singgah di kedua-dua pipi Puan Zahara. Dia tdk mahu ibu risau akan perkara itu. Sdh pastinya ibu akan serba slh dgn mak Datin apabila hasrat mak Datin tdk tertunai. Dia sdh mengetahui akan kedatangan Datin Hamidah mlm nanti melalui ibu. Dan hajatnya ke mari juga sdh mampu dia tebak. Kalau sdh tertulis jodohnya bersama anak Datin tersebut mampu mengurangkan beban ibu, dia rela asalkan ibu bahagia. Sekurang-kurangnya, dia dpt melarikan diri dr Ashraf!
Puan Zahara tersenyum bahagia. Dia tahu ,anaknya yg satu ini memang penurut. Cuma dulu sahaja Airra berubah sikap kerana cinta. Sekarang, dia sdh mendapatkan Airra semula dan tdk akan menyerahkannya kpd orang sebarangan.
"Along pun sayang ibu" Entah bilanya Akief muncul, tiba-tiba sahaja dia memeluk ibu dr sisi. Pipi ibu turut menjadi sasarannya.
Airra menolak lembut tubuh Akief namun sempat ditarik kembali oleh abangnya itu. Airra mendengus tetapi hanya disambut oleh deraian ketawa dr ibu dan Akief.
Share this novel