Hari pulang sudah tiba. Sayu sungguh hati ke dua - duanya bila mereka perlu meninggalkan bumi bayu tenang itu. Banyak juga kenangan manis yang mereka pahatkan dan tinggalkan di sini. Tidak berapa lama, hati masing - masing sudah tercuit rindu.
Segala yang mahu dibawa pulang, sudah selamat disimpan ke dalam bonet kereta. Hanya menunggu tuannya sahaja untuk berangkat pulang. Dibawakan juga sedikit buah tangan dari Terengganu bersama, buat kudapan makan sepanjang perjalanan.
Mata Har mula menggelayau memerhatikan sekeliling rumah tradisional itu buat kali terakhir sebelum mata bergerak terarah pada seseorang yang berada di pangkin rumah. Entah kenapa pandangannya tiba - tiba berubah. Dunia sekeliling menjadi kabur seakan menjadi latar dan hanya menyerlahkan sosok wanita itu saja.
Farhana nampak cantik dalam persalinan baju kurung batik moden yang dipadankan dengan tudung bawal warna perang cair yang menyerlahkan kecantikan wajah kemelayuannya.
Bila mata mereka saling menyambung, masing - masing hanya sekadar membalas senyum kecil. Biasalah suami isteri. Bak kata seniman terkenal, Tan Sri P Ramlee, ‘sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri’.
Bila Farhana bergerak mendekati kereta dan berbasi - basi sedikit, Har tiba - tiba merapatkan tubuhnya seraya menyendeng dekat pada telinga isterinya itu, " kau— nampak duckier than you used to."*duckier slang— cantik.
Serampak itu, kening Farhana bertaut dengan senyuman di bibir, " excuse me?"
" Tudung tu, aku suka. Nampak sopan daripada biasa,” jawab Har yang sememangnya memilih Farhana dengan gaya tudung bawal.
Baginya perempuan yang bertudung bawal, nampak cantik dan mudah berbanding dengan selendang yang dibelit entahkan gaya. Semak kadang matanya memandang, sudahnya rambut tersepai banyak di tepi - tepi. Mulalah sibuk nak mencari cermin.
Dia lebih suka perkara yang praktikal.
Farhana meleretkan senyum manja, " lepas ni aku kena shopping banyak bawal la..."
" Apa yang bawal? Ikan?" Har menyoal tidak tahu yang dimasukkan Farhana itu dengan tudung yang dipakai, bukannya ikan dalam laut.
Farhana mengeluh, nak suruh pakai itu ini, tapi apa ke bendanya pun tak tahu.
" Tudung ni namanya bawal la, Silly. Bukannya ikan digoreng.”
Kepala Har terangguk - angguk, “ ohh! Kalau ini bawal, yang kain panjang kau selalu pakai tu apa? Ikan Malong?”
Melongo Farhana, dengan mata tidak berkedip.
" Ikan Malong?! Apa yang kau merepek ni?" Terus Farhana tertawa lucu.
" Aku tak merepek pun. Kalau itu ikan Bawal tak mustahil kalau yang panjang tu namanya ikan Malong. kaum kau tu yang merepek. Pakai selendang berbelit sampai aku tengok, rasa terjerut leher. Bukannya menutup aurat kau pun, tetek tersebul juga,” Farhana ketawa terbahak - bahak dengan mimik muka Har yang lucu, membuat dirinya acah tercekik.
" Eyy, mengada— ada je dia nak blow the damn whistle, kan? Tak boleh ke perempuan ni hidup aman, tanpa cemuhan kaum lelaki?"
Farhana meruyupkan mata sambil dia cuba memanggil semangat gerakkan wanita feminis sedunia untuk merasuk tubuhnya.
Mengambil peluang yang sedetik cuma itu, Har menguntumkan senyum sambil merenung wajah cantik Farhana. Matilah kau, Har.
Bila mata dibuka, laju Har memberi komen.
" Nak buat macam mana? Dalam kitab pun dah tertulis yang perempuan itu, kan fitnah dunia. Jadi kau pun nak ikut jadi fitnah dunia juga ke?"
Farhana kembali melopong longo.
" Apa tu ya? Matlamat—."
" Matlamat tak menghalalkan cara?" Sambung Farhana dengan tawa kecil.
Har mengangguk dengan jari telunjuk yang tegak bergoyang, bersetuju dengan kata - kata yang baharu saja terluah di bibir Farhana. Tahu pula.
" Haa, ingat kau tak pernah dengar dengan ayat tu. Sebab,” bola mata Har bergolek dari atas ke bawah, memerhati kurung moden yang tersarung di tubuh langsing, Farhana, “ macam tak reti je.”
“ Kenapa dengan pakaian ni pula?” Soal Farhana buta langsung bila baju kurung yang dipakai agak membalut bentuk tubuhnya. Aish! Dah jadi Pak Haji pula.
“ Puan Ira Farhana, ingat. Matlamat tak menghalalkan cara. Cuba tengok cermin,” perli Har bersahaja. Terlepas sudah dosa dia untuk yang satu itu.
Semangat kewanitaan yang belum datang itu, terputus serta merta. Lantas mata bundar Farhana turun naik memerhatikan susuk tubuh suaminya yang segak dalam persalinan kemeja batik. Eh, aku pula yang kena sembur? Mahir pulak dia bab - bab agama.
" Eee, sakitnya hati aku…,” mata dikecilkan sambil merentangi pandangan mata Har.
" Eeee, sakitnya hati aku..." Farhana mengetap giginya rapat bila Har selamba saja mengajuk kata - katanya. Sejak bila dia jadi annoying ni?
" I hate you, Har..."
" Me too, I hate you so much, Hana..."
Farhana tertungkap kata - kata. Hatinya mula diserang rasa yang pelbagai, berdegup keras jantungnya dalam aturan yang cukup luar biasa. Bila nyata, meskipun untuk ungkapan benci tapi alunan dan lenggok suara Har menyangkalkan perasaan itu. Bunyinya cukup gemersik, seakan seseorang yang sedang menyatakan cinta.
Kau tengah cakap I love you dekat aku ke, Har? Kalau ya, aku nak sebut tiga perkataan tu untuk kau. Ahhh! Berbelah bagilah aku macam ni.
Susah juga bila tiga perkataan itu menjadi seperti sekeping saman cinta yang bertulis. Meskipun dipersembahkan dalam cara - cara yang penuh romantis tanpa meluahkan kata - kata, sesungguhnya mereka berdua begitu mendambakan tiga perkataan itu untuk dihadiahkan pada pasangan masing - masing.
***
Kebisuan mereka berdua disampuk dengan kehadiran Tok Ayah dan Tok Mak yang keluar dengan sebuah hadiah bersama mereka. Senyuman di bibir pengantin baharu, tampak lebar sungguh hendaknya sehingga mengundangkan debar di dada pasangan tua yang sedang berdiri tegak di sebelah kereta Toyota Camry itu.
“ Ehem! Lama sangat dah tu…,” tegur Tok Ayah berdehem keras.
Terbata - bata Farhana dan Har cuba menggapai sedar. Masing - masing menyembunyikan ronan wajah yang menggamit malu.
“ Biasalah. Pengantin baharu…,” usik Tok Mak tersenyum simpul melihat kemesraan dua pasangan penyegan itu. Terasa seperti zaman - zaman muda dahulu pula sewaktu dia sendiri menjadi pengantin.
Tidak lama, sampul surat, bertukar tangan.
" Hadiah kecil dari kami berdua..."
“ Eh! Tak perlu susah - susah, Tok Ayah.”
Menolak, Tok Ayah menggeleng. Tubuh bidang Har didakap Tok Ayah rapat ke tubuhnya. Har jadi terkebil - kebil tatkala menyambut tubuh tua itu memandangkan jarang amat tubuhnya dipeluk sebegitu. Kalau ada pun, itu pasti dari Tan Sri Hisham. Bibirnya mengorak senyum syukur.
Akhirnya, dia diterima juga oleh Tok Ayah walaupun jelas mereka berlainan warna kulit dan warna pemikiran.
" Kamu jaga diri, Har. Kuatkan semangat semacam mana kamu kuat semangat untuk hidup…”
Har yang sedia maklum akan jasa Tok Ayah yang pernah membawa di ke hospital setelah kemalangan yang pernah menimpa dia 27 tahun yang lalu. Tiada kata - kata dan tiada budi yang mampu dia persembahkan untuk Tok Ayah yang menjadi asbab kepada penyambung nyawa dia sehingga ke hari ini.
Har terngadah mahu meluah apa yang terbuku di hati tapi tetap juga dia kuatkan hatinya, “ Tok Ayah!”
Mata tua itu serampak naik mencari dua bola mata Har yang tiba - tiba saja tertinggi suara memanggil dia. Orang tua itu jadi tercengang kecil. Har pula terus jadi gugup sebelum dia merasa ada jemari runcing yang menyelat di antara jari - jari panjangnya yang menggeligih gugup. Kepala tertoleh ke kiri sejeda dan wajah senyum Farhana dia tatap diam seketika.
“ Kenapa, Har?”
Air liur yang bertakung banyak, ditelan keras.
“ Terima kasih banyak, Tok Ayah.”
“ Terima kasih sebab bawa saya ke hospital dulu. Terima kasih sebab beri Har peluang kenal dan menjadi suami cucu Tok Ayah. Maafkan, Har. Kalau Har tak tahu macam mana nak balas jasa Tok Ayah—."
Tok Ayah menggeleng dan membuatkan Har diam tidak menyambung ayatnya. Lantas, dia membalas kata - kata anak muda itu dengan senyuman, " inilah jasa kamu, Har. Kamu dah bawa kebahagian untuk cucu kesayangan Tok Ayah.”
Pipi mulus Farhana, Tok Ayah cubit manja bersama senyum panjang di bibir.
“ Terima kasih sebab beri hati Har untuk Farhana. Beri cinta dekat cucu terdegil, Tok Ayah ni.”
“ Ish! Apalah Tok Ayah ni!”
Dua beranak itu tertawa senang cuba mengendurkan situasi berat itu. Har jadi senang hati melihat gelagat rapat dua beranak itu. Terasa benar - benar mendamaikan.
“Itu je dah cukup bagi Tok Ayah, Har..."
Serampak itu, Har kembali melepaskan pandangan pada isterinya yang sedang erat memeluk Tok Mak. Diam - diam, tanpa dia sendiri sedar, hatinya semakin memekar cinta memandangi susuk tubuh itu.
Bila dia dicuit Tok Ayah kerana terlalu lama merenung, jari Tok Ayah bergerak - gerak di udara memanggil Har merapatinya.
" Jaga cucu perempuan kesayangan Tok Ayah. Tolonglah... jaga dia sungguh - sungguh, Har. Dialah satu - satunya cucu perempuan yang paling Tok Ayah sayang. Jagalah dia sebaik mana kami pernah menjaga dia, Har. Hana tu,” bibir tua Tok Ayah terjuih manja pada Farhana yang mula membuat muka manja,” mungkin kadang - kadang degil orangnya. Seorang pemberontak tapi percayalah, hatinya adalah yang paling baik…,” pesan Tok Ayah membisik di telinga Har.
“ Har, kita lelaki. Ego seorang lelaki tak mungkin pernah terpisah dari diri. Ego kita ni banyak membunuh hubungan apatah lagi membunuh diri kita, Har. Memenangkan ego adalah hal paling terkutuk untuk seorang lelaki kerana kau tak akan pernah menemukan bahagia. Jadi, kalau kamu inginkan kebahagian yang panjang… berusaha belajar merendahkan ego kamu, Har. Terutama pada isteri.”
Har diam sejeda cuba memproses kata - kata Tok Ayah padanya tapi sayang, akalnya kosong tidak bekerja. Entah kenapa, tidak punya apa - apa yang terdengar bising di kotak fikiran. Namun, tidak mahu melukan hati sang pemberi nasihat, Har membalas dengan senang hati, " Insha - Allah, Tok Ayah. Saya jaga Farhana sebaik - baiknya..."
Usai salam perpisahan, mereka bersalaman dan berciuman melagakan pipi kiri dan kanan sebelum berangkat pulang. Har dan Farhana memboloskam tubuh masuk ke dalam kereta dan memulakan perjalanan pulang.
Tidak jauh, perjalanan mereka terbantut di pertengahan tatkala kelibat Nek Rokiah yang sedang melambaikan tangan dalam kerusi rodanya kelihatan melalui cermin pandangn belakang kenderaan.
Tersedar, Farhana menoleh memerhatikan riak Har yang sedikit terganggu dengan apa yang dilihat.
“ Har, aku nampak Nek—,”
Ronan tampang muka Har berubah tegang lantas terus saja dia menekan pedal minyak, cuba tidak mempedulikan wanita tua itu.
Matanya dipaksa tolak ke arah jalan. Jantungnya tiba - tiba berdegup kencang kerana akal dan hati sedang saling bertengkar. Si hati menyuruh Har berhenti namun di akal menyuruh dia terus ke hadapan.
Farhana mula memanggil lagi, " Har..."
Share this novel