Bab 1

Romance Series 9630

BAB 1

"Mama, Icha bosanlah duduk rumah. Jomlah kita keluar jalan-jalan. Mama dah lama tak bawa Icha keluar," kata Aishah Dalina Lim seakan memujuk kala dia merapati ibunya, Maisarah yang sedang duduk menonton televisyen sambil melipat baju yang baru diangkat dari ampaian di luar rumah. Niat di hatinya supaya ibunya itu termakan dengan nada pujukan itu. Tangan kanan Aishah terus memaut lengan Maisarah.

"Kesian anak mama ni. Mama busy sangat sampai terlupa nak bawa Icha jalan-jalan ye. Oklah. Icha nak pergi mana sayang?"tanya Maisarah kembali sambil mencuit lembut hujung hidung anak perempuannya yang comel bertocang dua.

"Ha, kita pergi taman permainan nak mama? Icha dah lama tak main-main kat situ. Boleh kan mama?" ujar Icha lalu duduk di pangkuan mamanya sambil memaut leher wanita itu.

"Okay sayang. Petang nanti, kita ke taman permainan depan sana ya," balas Maisarah memeluk tubuh kecil anaknya. Pipi gebu itu dicium penuh kasih sayang. Itulah saja anak yang dia punya. Itulah racun, itulah penawar. Pun begitu bukan semua permintaan anaknya ditunaikan. Bagi Maisarah, dia perlu mengawal kemahuan anaknya dan tidak mahu terlalu memanjakan kerana bimbang kesannya pada masa hadapan.

*****************

Setibanya di taman permainan, Aishah Dalina Lim terus berlari keriangan. Kebetulan taman permainan itu kosong tanpa kehadiran kanak-kanak yang lain. Jadi tak perlulah Aishah berebut-rebut atau menunggu giliran. Satu taman kanak-kanak itu bagaikan di reserved untuk dia seorang sahaja. Gelongsor antara permainan yang ditujunya dahulu.

Maisarah memandang anak perempuannya yang berusia lima tahun itu bermain seorang diri. Dia tersenyum melihat kegembiraan yang terpancar di wajah kanak-kanak itu. Berkulit putih, matanya yang sedikit sepet, bibirnya halus dan hidungnya yang kecilnya membuatkan Aishah Dalina Lee tampak begitu comel. Semuanya diwarisi dari genetik bapanya yang berketurunan Cina. Tapi senyuman manis itu mewarisi senyuman Maisarah. Keriangan puteri tunggalnya akan menjadi kebahagiaan buatnya juga dan semangat untuknya meneruskan kehidupan.

Sengaja puterinya itu dinamakan Aishah supaya akhlaknya dan keimannya serta semangatnya sama seperti isteri nabi Muhammad. Malah suami mualafnya ysng berketurunan Cina turut mengambil nama junjungan besar Nabi Muhammad sendiri sebagai namanya iaitu Muhamad Lim dengan mengekalkan nama keluarganya. Nama Lim itu diletak dihujung nama anaknya juga di atas permintaan suaminya sendiri.

"Hati-hati sayang. Pegang betul-betul tepi tu, jatuh nanti," tegur Maisarah mengerutkan dahinya. Dia bimbang jika anaknya terjatuh dan cedera.

"Tak ada apa la mama, Icha ok ni," balas Aishah menenangkan ibunya yang sudah nampak cemas dan mahu memarahinya.

Mendengar jawapan anaknya itu Maisarah lega, dia tahu Aishah sudah boleh menjaga diri sendiri tapi sebagai ibu, dia juga bimbang jika ada apa-apa yang tidak diingini berlaku.

“Mama, Icha dah penatlah main sorang-sorang. Mama mainlah dengan Icha,”rengekan manja dari anaknya itu membuatkan Humaira tertawa.Ada ada saja celoteh Aishah yang sentiasa ceria itu.Mujurlah puteri tunggalnya ini tak banyak kerenah.Dari lahir sehinggalah sekarang, Aishah tidak selalu merengek seperti kebanyakan kanak-kanak lain.

"Mama tak tahu lah nak main benda tu. Lagi pun mama mana muat nak duduk atas dia. Tapi kalau Icha nak main buaian, mama boleh tolong buaikan," kata Maisarah cuba memujuk anaknya yang sudah mempamerkan riak bosan.

"Mama ni...," jawab Aishah seakan merajuk. Nampak muncungnya dah ke depan. Mainan pun ditinggalkannya dan berjalan ke arah lain.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience