CHAPTER 5

Crime Series 4243

“Terdapat 2 peluru di bahagian tengkorak kepala dan peha dia” kata pembedah mayat itu. Ridhuan hanya mengangguk.
“Mangsa dikatakan diberikan suntikan dan diikiat” kata pembedah itu lagi.

“Ikat?”

“Iya, di bahagian dada, penggelangan tangan dan kaki” jelas pembedah itu sambil menunjukkan bahagian bekasan tali itu. Ridhuan mengeluh.

***
“Kenapa tadi tu rith?” Tanya encik Azhar.
“Takda apa apa pa” jawab Harith sambil melabuhkan diri duduk di atas sofa.
“Kalau takda apa apa kenapa kamu kejar dia sampai macam tu sekali” hujah encik Azhar.
“Dia ganggu privacy Harith je” jawab Harith. Walaupun mempunyai perasaan yang tidak menyenangkan, tapi encik pilih untuk diam daripada memaksa anaknya jawab.

Beberapa saat dengan suasana sunyi, Encik Azhar bangun dari sofa dan terus menuju ke butang tv. Saluran tv ditukarnya berkali kali. Harith bangun melangkah menuju ke dapur.

“indentiti mangsa telah dikenal pasti, mangsa dikenali sebagai Haikal Jazril yang merupakan penetap di pusat pengajian tinggi”

Harith yang dari tadi berada di dapur terus bergegas menuju ke ruangan tv, nama yang disebut telah mengambil perhatiannya.

“mangsa dispekulasi sebagai mangsa culik apabila terdapat bekasan tali disebahagian tempat”

Harith diam, fikirannya mula rusing.
“Haikal?” Bisik hati kecil Harith.

“Kejam sungguh” keluh Encik Azhar. Harith terus melangkah menaiki anak tangga menuju ke biliknya.

***
“Kalau mangsa diculik, kenapa tiada kesan kecederaan yang lain?” Tanya salah seorang pegawai penyiasatan.
“Kemungkinan mangsa merupakan mangsa tebusan, tapi tiada yang ingin jadi sebab tu did bunuh” olah Qusyairi.
Ridhuan yang dari tadi duduk dikerusinya Bangui mendekati papan putih. Gambar dan lokasi mangsa ditemui ditenungnya.

“Tiada sebab untuk dijadikan mangsa tebusan, mangsa berstatus student, anak yatim. There’s no way jadi tebusan” ujah Ridhuan dengan tiba tiba.

“Mungkin untuk dijadikan perangkap” kata Qusyairi.

“Apa maksud kamu?” Tanya Ridhuan terus melabuhkan punggung duduk diatas kerusinya.

“Untuk menarik perhatian someone, atau mengugut someone dengan menggunakan mangsa” jelas Qusyairi.
“Kemungkinan orang yang dia cari seumur atau umur yang berdekatan dengan mangsa” sambung Qusyairi lagi. Ridhuan diam sejenak.
“Tapi orang itu tidak munculkan diri, si pelaku panas terus bunuh mangsa” jelas Qusyairi.

“Buka data mengenai mangsa” arah Ridhuan. Serentak Qusyairi dan pegawai lain mengangguk.

***
“Hello”

“Ha hello, Auf. Kau okey?” Tanya Harith.

“Aku okey, kenapa?”

Harith menarik nafas lega. “Syukur la kau tak apa apa” ucap Harith.

“Pasal The ghurfan ke?” Tanya Aufal dengan tiba tiba.
“Dont worry, ni aku la” kata Aufal dengan bangga.

“Kau kena tengok kiri kanan depan belakan” pesan Harith sebelum mematikan panggilan.

***
Sekeping gambar yang dilekatkan menggunakan paku tekan terletak rapi di papan kabus. Kerusi yang diduduki berpusing 180darjah.
“Harith Harith, kenapa susah sangat kau datang balik kat aku” rungut Dylan.

“boss, ini kenalan dia yang lain” kata pembantunya sambil mengeluarkan beberapa keping gambar. Dylan tersenyum sinis melihat 2 keping gambar antara salah satu gambar yang lain.
“Kesian dia, nyawa melayang” sindir Dylan sambil melihat dua keping gambar yang telah dibunuhnya.
“Aku minta benda simple, play hard kenapa?” Soal Dylan walaupun soalan itu ditujukan kepada dua mangsa tersebut.

Dengan tiba tiba mata Dylan tertumpu pada sekeping gambar.
“Aufal Rayyan..” kata Dylan sambil tersengih sinis.

***
“Harith bermalam kat sini ke?” Tanya Encik Azhar melihat anaknya. Harith mengangguk.
“Bagus la dah lama Harith tak bermalam kat sini” ucap Azhar.
“Hari ni Harith teman papa okey” kata Harith. Mukanya tersenyum walaupun hatinya tengah risau, risau akan keadaan ayahnya lepas kejadian petang tadi.

Thankyou for support <3

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience