Bab 27

Romance Series 106380

"THANKS Ju sebab sudi jadi patner in crime aku." Juwita tersengih.

"This is first and last. Aku tak biasa dengan majlis-majlis macam ni." Kata-kata Juwita kedengaran tegas. Haris kerut dahi.

"Setahun, paling tak pun dua kali company anjur majlis. Takkan kau tak pergi?" Juwita ketawa. Kening Haris bertaut.

"Aku tak pernah pergi. Majlis terakhir yang aku hadir, adalah majlis graduasi kita dulu. Lepas pada tu, memang aku tak hadiri apa-apa majlis. Malah rumah ibu pun dah lama tak buat open house sejak peristiwa...." Kata-kata Juwita terhenti.

"Peristiwa apa?" Haris mula penasaran. Wajah Juwita yang berubah pucat ditatap tajam.

"Aku masuk dulu." Akhirnya Juwita cuba melepaskan diri. Segera dia melangkah masuk ke dalam rumahnya.

Tidak... tiada siapa perlu tahu peristiwa itu. Juwita segera menyeka air mata sebelum melangkah masuk ke dalam rumah.

Haris mengeluh hampa. Dulu lagi dia rasakan ada sesuatu yang tak kena dengan Juwita. Apatah lagi dengan perubahan sikap Juwita yang semakin hari semakin ketara.

Seakan ada satu benteng yang dibina antara dirinya dengan orang sekeliling. Namun sehingga hari ini, Haris tak punya jawapan. Juwita terlalu berahsia.

Pagi itu selesai menunaikan solat subuh. Juwita terus menyarung pakaian sukannya. Alangkah bahagia bila dapat berjoging hari ni. Ibunya awal-awal lagi telah memberitahu bahawa mereka sekeluarga akan ke rumah Tuan Mansur untuk makan tengah hari.

Junaida dan Junaidi yang mendengarnya bersorak kegirangan. Dia tahu apa yang berada difikiran mereka namun, dia malas ambil pusing. Biarlah... janji adik-adiknya bahagia.

Tepat jam tujuh pagi, Juwita melangkah keluar dari rumah. Seperti biasa dia akan melalukan senaman ringan sebelum memulakan aktiviti jalan kaki yang memakan masa dua puluh minit menuju ke taman di kawasan perumahannya.

Di sana, bukan saja terdapat taman permainan kanak-kanak, malah terdapat juga peralatan untuk mereka melalukan aktiviti senaman dan riadah.

Dari berjalan, Juwita mula berlari-lari anak sebelum membuka langkah semakin lebar. Hari ini dia perlu melengkapkan lima kilometer lariannya.

Namun baru suku larian, larian Juwita terganggu apabila hadir seorang lelaki sama-sama beriringan berlari di sebelahnya.

Juwita melepaskan keluhan berat sebelum lariannya semakin lama semakin perlahan. Ingatkan cuti hujung minggu boleh dia berasa aman. Tapi lagi menyakitkan hati adalah. Geram melihat sengihan Zailani.

Perang dingin antara mereka masih belum berakhir. Malah rasa sakit hati Juwita juga masih bersisa. Ikutkan hati mau saja dibelasah Si Kurita ni sampai lembik.

Melihat Juwita yang memperlahankan langkahnya, Zailani turut sama memperlahankan langkah. Wajah masam mencuka Juwita ditenung lama.

"Berapa lama kau nak lancarkan perang dingin ni?" soal Zailani lembut. Dia rindukan Juwita. Hidupnya terasa tak lengkap tanpa Juwita.

Juwita buat tak dengar. Dia hanya mengatur langkah ke depan. Menganggap Zailani tidak wujud.

Sepanjang tempoh perang dingin itu dilancarkan, sudah bermacam perkara yang Zailani lakukan.

Juwita masih ingat dua hari selepas menerima kiriman Zailani, dengan sengaja Zailani telah meletakkan garam ke dalam tea o suamnya ketika dia ingin sarapan di pantry pejabat. Habis tersembur air itu dari mulutnya.

Zailani yang menjengah disebalik dinding mula ketawa terbahak-bahak. Berang dengan kejadian itu, Juwita mencapai sebotol serbuk lada sulah yang diletakkan di atas meja lalu dilemparkan ke arah muka Zailani. Habis bersin Zailani akibat serbuk lada sulah itu masuk ke rongga hidungnya.

Juwita senyum sumbing. Dia takkan pernah mengalah membalas semula perbuatan Zailani. Namun, mulutnya akan tetap terkunci rapat.

Keesokkan harinya pula, Zailani telah meletakkan gula-gula getah di atas kerusi Juwita. Kesan dari perbuatan Zailani itu membuatkan Juwita terpaksa mendapatkan seluar baru.

Balasannya, Juwita membeli dua botol besar minyak cap kapak lalu menuangkan semuanya ke atas kerusi Zailani. Entah berapa kali Zailani terpaksa berulang alik ke tandas, tak mampu Juwita kira.

Itulah akibat nak sangat kenakan dirinya. Dia takkan pernah sekalipun mengalah. Apatah lagi dengan kurita seperti Zailani.

"Ju..." panggilan Zailani bagai angin lalu. Juwita masih lagi dengan keras hatinya.

"Tak apalah Ju. Lepas ni aku takkan kacau kau lagi. Kau jagalah diri elok-elok. Yelah orang dah nak bertunangkan? Nak-nak dapat pulak anak bos. Memang sombonglah kan?" Juwita ketap bibir. Geram. Namun dia tidak membalas. Akhirnya Zailani berlalu pergi.

Juwita melepaskan keluhan berat. Betapa dia tersiksa dengan perang dingin yang dilancarkan antara mereka.

Bukan dia tak mahu mengalah tetapi dia tak mahu terus menerus kelihatan lemah. Tanpa Juwita sedar, setitis air matanya menitik. Hatinya terasa pedih.

Rasa apakah ini?

Juwita buntu. Sakitnya tidak mampu diucapkan. Sungguh menyucuk tangkai hatinya.

Juwita meletakkan tangan kanannya di dada kiri. Dia menarik nafas dalam. Cuba untuk menghilangkan kesakitan itu. Namun semakin dicuba, semakin sakit.

Hilang mood untuk meneruskan aktivitinya, Juwita melangkah pulang.

Share this novel

Zamkas87 Zamkas87
2020-09-20 07:39:34 

rupa kat sini dh Faz tulis story akk baru download novel ttt


NovelPlus Premium

The best ads free experience