4.

Romance Completed 46610

Aura menghubungi Mama mertuanya memberitahu bahawa dia selamat sampai ke London.

Neily yang sedang menyuap Mateen makan, memasang luod speaker phonenya.

"Aura kat man tu?" Tanya Neily.

"Masih kat Airport Ma. Tunggu mamber pergi toilet." Kata Aura

"Hati-hati kat sana. Wallet dan Phone jaga. Takut nanti hilang." Kata Neily.

"Ok Ma. Abang Mateen ok ke?" Tanya Aura.

Neily melihat Mateen yang terkejut apabila Aura menyebut namanya.

"Mateen ok. Cuma dia cari bubur semalam. Manalah Mama pandai masak." Kata Neily.

"Oo Mama bubur ie macam selalu Mama buat, Letak lobak isi ayam yang dikisar halus. Dah Masak bubur tu mama blander bagi halus baru tapis." Kata Auda mengajar Neily.

"Ok esok Mama Cuba." Kata Neily.

Aura meminta diri apabila namanya diseru oleh teamnya. Panggilan ditamatkan.

Neily melihat wajah cemberut Anak tunggalnya. Dia tahu perasaan anaknya kini berbelah bagi. Nak percaya cakap Auni atau tidak.

Mateen benci melihat Mamanya lebih sayangkan Aura berbanding Auni. Jika dulu dia selalu membawa Auni pulang, Mamanya takkan semesra macam ni dengan Auni.

"Mama tak tahu siapa Aura sebenarnya?" Kata Mateen.

"Apa yang Auni bagitahu Mateen tentang Aura. Tell me what?" Soal Neily.

"Aura yang menyebabkan Auni jadi kaki mabuk. Aura yang bawa Auni masuk kelab malam. Dan sebabkan Aura jugaklah Auni hampir dirogol malam tu." Kata Mateen.

Mateen memberitahu apa yang diberitahu Auni padanya. Nasib ada sahabatnya masa tu yang terlihat Auni terbaring lesu diluar kelab malam.

Dan keesokkannya Auni yang berada dalam hotel menghubunginya dengan tangisan. Auni memberitahunya Aura menjebaknya hingga dia hampir diperkosa.

"Ya Allah. Mateen kalau benda yang Mateen cakap ni tak betul, boleh jadi fitnah. Mateen tahu tak." Kata Neily mulai marah.

"Auni takkan tipu Mateen Ma." Kata Mateen membela Kekasih hatinya.

Neily hanya mampu beristighfar panjang lalu meninggalkan Mateen.

Di London, Aura masuk kedalam hotel bersama rakannya Melissa. Manakala bilik rakannya lelaki berada di tingkat bawah.

"Mandi kejap lepas tu kita gerak." Kata Melissa.

"Korang jelah Lissa. Aku penat. Aku tak ikut." Kata Aura.

"Tak bestlah kalau kau takde." Kata Melissa.

"Aku penat." Kata Aura.

"Habis tu kau tak lapar ke?" Tanya Melissa.

"Aku diet." Kata Aura.

"Kau jangan nak gila eh. Kenapa Mateen masih bencikan kau?" Tanya Melissa.

"Takdelah. Aku taknak libatkan Mateen dengan apa yang aku buat." Kata Aura.

"Aku tahu. Tapi bukan aku nak kata apalah. Takde guna kau nak pada lelaki yang tak pandang hati dan kebaikan kau." Kata Melissa.

Melissa masih ingat, Kejadian malam tu. Semasa mereka selesai melakukan Audit, Dalam perjalanan balik kerja, Dia dan Aura melihat kereta milik Mateen terbabas melanggar penghadang jalan lalu terbalik diatas jalan.

Aura berhenti dan dia dan melissa keluar membantu mengeluarkan Auni dan Mateen dari dalam kereta.

Nasib mereka baik kerana sempat mengeluarkan keduanya sebelum kereta hangus terbakar.

"Kau lihat Parut dekat bahu kau tu. Mereka ada kisah ke?" Kata Melissa.

"Mereka tak tahu." Kata Aura.

"Jadi kau tak bagitahu siapa yang selamatkan mereka dari kemalangan tu?" Tanya Melissa sambil tepuk dahi.

"Aku taknak mereka tahu. Aku taknak Auni salah paham kat aku, Cakap yang aku nakkan dekat Mateen." Kata Aura.

"Tapi memang kau suka dekat Mateen kan." Tanya Melissa.

"Kalau dulu yes. But not now. Aku dah mula tawar hati dekat dia." Kata Aura berterus terang.

"Habis tu kenapa kau nak kawen dengan dia?" Tanya Melissa pelik.

"Aku nak balas jasa Papa dan Mama Aku." Jawab Aura.

"Kau nak balas jasa kenapa? Kau juga anak mereka bukan?" Soal Melissa.

"Dah lah aku taknak bahas benda ni lagi." Kata Aura.

Melissa hanya mampu menggelengkan kepalanya. Dia tahu penderitaan Auta sejak dulu. Di Fitnah ni memang dah sebati dalam kehidupan dia.

"Aku tak tahu nak kata apa lagi Aura, Tapi aku sentiasa ada dengan kau. Aku tetap ada disaat susah dan senang kau." Kata Melissa.

"Thanks Mel. Kau je yang faham aku sekarang." Kata Aura.

Melissa meninggalkan Aura sendiri didalam bilik mereka, Dan dia serta 3 rakannya pergi kebawah untuk mencari makan.

"Aura tak ikut ke?" Tanya Farel.

"Tak. Dia cakap penat Ril." Kata Melissa.

"Ke dia ada masalah?" Tanya Adam pula.

"Tak delah. Dia kata dia penat. Tak larat Dam." Kata Melissa.

"Hmm biasalah tu pengantin baru. Mesti nak Call suami dia." Kata Ryqarl.

"Dah lah jom gerak." Kata Melissa akhirnya.

Mereka berjalan meninggalkan hotel menuju ke restoran yang tak jauh dari situ. Sedangkan Farel seperti taknak ikut mereka disebabkan Aura tiada.

Namun dia taknak teman temannya tahu tentang perasaan hatinya pada Aura. Nak tak nak dia terpaksa ikut temannya keluar makan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience