Intern

Drama Series 421991

"Slyvia..
Our intern Nura".

Aku memberi senyuman seikhlas mungkin. Debaran kian kuat sebenarnya. Dari pagi, eh tak. Dari malam tadi. Aku tak lena tidur dibuatnya. Risau. Risau baju sesuai ke tak. Tapi ini baju kebangsaan seharusnya sesuai untuk semua.

Baju kurung merah jambu berbunga ungu muda dengan kasut baru beli warna hitam setinggi dua inci ni. Kasut ini mengigit kaki aku tak? Aku rimas sebenarnya berpakaian begini. Dah la kat di universiti pun wajib berpakaian begini cuma kasut tu selalunya aku pakai sneakers. Ini lagi ok dari pakai skirt. Nak kena wax bulu kaki pula.

Oiii.. kasut. Be nice to me ok. Aku tak nak melecet walaupun dari bilik sewa ke stesen LRT, tak la jauh mana. Aku naik bas transit je.
Tetapi dari stesen LRT paling berhampiran dengan pejabat, aku terpaksa berjalan dalam sepuluh minit.

"Ni tempat you. Tapi you tunggu sekejap ye. I nak inform boss", kata Anitha lembut meninggalkan aku. Tas tangan warna hitam aku letak di dalam laci. Di atas meja, kosong.

Meja depan aku, ada seorang lelaki berjanggut ciput, namanya Iman sedang sibuk memandang paparan skrin komputer, kedua tangannya laju menekan tetikus dan papan kekunci. Sekejap saja diangkat kepalanya ketika Anitha memperkenalkan kami. Air mukanya tak sombong, mungkin mengejar dateline.

Banyak meja kosong tapi bersepah. Kata Anitha, meja yang tu ada tuan tapi masuk lambat. Mereka ni terlibat dalam projek syarikat. Jadi waktu kerja mereka flexi-hour. Bukan standard office hour.... macam aku.

"Nura, boss panggil you masuk. Jom".

Aku rasa nak terkucil. Langkah kuatur kemas. Harus tonjolkan keyakinan diri. Berdiri di depan pintu bilik boss, ada bayangan cermin. Imej aku dan universiti harus jaga. Aku lihat refleksi tubuhku di situ. Cun! Walaupun aku rimas pakai begini. Huh.

Turut bersama aku ketika itu May Tan, juga seorang pelatih dari universiti lain. Jurusan kami sama. Aku sempat bersalaman dengannya dan bertukar 'hai' sebelum kami berdua masuk ke bilik pengurus - Mr. Yong.

****

"Tunggu!", jeritku dari jarak sepuluh langkahan ke pintu lif yang mula merapat. Aku terkial kial berlari dalam baju kurung lama yang dah agak ketat dan berkasut tinggi. Salah aku pilih pakaian begini, susah nak berlari. Patut pakai palazo dengan kemeja je. Eh.. aku mana ada palazo, jeans banyak la.

Dan disebabkan kononnya ada orang luar nak datang, pakai la proper sikit - no jeans and tshirt. Itu pesan Slyvia, agaknya dia perasan yang aku kerap pakai jika tak berbaju kurung. Haaa... sekarang aku juga yang seksa. Baju kurung yang agak selesa masih terendam dalam besen. Padan muka kau Nura! Rajin sangat. Ketat kan? Asyik makan je. Tah bila nak diet.

Untung saja tak jatuh menangkup, dah la berkasut tinggi. Lantai pun agak licin kerana pagi ini hujan lebat. Aku terasa seperti tergelincir sedikit namun sempat memegang lelaki yang berada paling depan di tengah tengah pintu lif. Sebelah tanganku didadanya, manakala satu lagi mencengkam kuat lengannya. Harapnya orang lain tak perasan. 'Kejap lagi aku minta maaf la kat lelaki ni', bisik hatiku sambil menahan malu.

Semua ini gara gara, aku menunggu hujan reda tetapi bila melihat jam, ahhh! Aku redah juga. Basah pun basah la. Janji aku kena sampai on time. Aku tak nak la rekod kedatangan aku tak cantik.

Sebaik aku berpusing dan menyelit di sebelah lelaki tadi, terdengar bunyi yang nyaring. Aku lihat di paparan LED atas pemuka nombor tingkat bangunan, FULL. Malunya! Gara gara aku, lif sudah terlebih muatan. Mesti sebab semalam aku makan burger ayam special dan masih lagi belum dikumuhkan.

Perlahan aku melangkah keluar. Aku sedar diri, aku yang menyebabkan lif tu menjerit pagi pagi buta. Lelaki di sebelah, yang aku tak sengaja pegang tadi tadi turut melangkah keluar sama.

"Eh, kenapa encik keluar juga?", soalku pelik sambil kepalaku tertoleh ke kanan dan terdongak mencari wajahnya. Aku hanya paras dadanya. Berkulit kuning langsat, hidungnya mancung, berjambang nipis dan berkaca mata hitam. 'Pagi pagi dah pakai spek hitam, sakit mata kot', bisikku sendirian.
Langsung terlupa niat suci nak memohon maaf tentang kejadian tadi.

Rambutnya beralun diikat longgar, tak terlalu panjang melepasi sedikit paras bahu saja. Tapi pendek lagi rambut aku jika dibandingkan. Aku lihat dia membuka jaket baldu biru gelap yang tersarung di tubuhnya setelah beg galasnya, diletak di sisi kaki. Hanya kemeja putih berjalur biru muda dan seluar slack hitam tersarung di tubuhnya. Tiada tali leher tergantung sebagai aksesori.

Dia menghulurkan jaket tersebut padaku. "Wear this". Itu jawabnya. Aku tanya lain, dia jawab lain. Aku bingung. Dia memetik jarinya betul betul di depan mataku.

Aku tersedar, segera kuambil dan aku pakai, sekadar kusangkutkan ke bahu. Kemudian aku tarik menutupi dada. Malu besar. Baju kurung kuning cair aku kuyup, pasti lelaki ini nampak warna singletku - hitam. Saizku?? Mungkin juga.

Selama berdiri di situ, aku diam. Rasa macam dah keras disimen. Jika mau tanamkan dalam dinding pun aku tak kesah. Dan dia berdiri di belakangku.

"Get in", ujarnya sebaik orang terakhir keluar dari lif. Dia menolak dan rapat mengekori aku dari belakang. Aku berdiri di belakang sudut kanan lif. Dia berdiri di depanku. Sememangnya aku terlindung dari penglihatan orang lain dengan berada di belakang susuk tubuh lelaki itu.

"Eleven please", bisikku sambil menjengket kaki, berbisik padanya. Tapi seakan hilang keseimbangan, aku terpaksa meletakkan tangan di bahu dan belakangnya. Dan tubuh basahku melekap dengan tubuhnya. Panas dan mendebarkan. Haruman maskulin menusuk ke hidung, dada dan menyelinap ke seluruh tubuhku. Pantas ditekan nombor 11 saat orang ramai berpusu pusu masuk.

Aku seolah terhimpit di antara dia dan dinding lif bila semakin ramai memenuhi ruang lif. Terasa seperti dipelawa agar memeluk dia seerat mungkin. Kenapa aku berfikiran nakal begitu? Sebabnya, walaupun setiap tingkat ada yang keluar, dia tetap tak berganjak.

'Eh, dia keluar sekali? Dia nak ambil jaket ni terus kot', gumamku bila melihat dia keluar sebaik pintu lif terbuka di tingkat 11. Dan dia terus berjalan.

"Sir.. your jacket", panggilku. Namun tak dihiraukan. Yang pasti, dia berjalan ke arah pejabat aku bekerja. Hanya itu satu satunya pejabat yang ada di sayap tersebut.

Siapa dia? Klien? Mungkin. Ada perbincangan projek baru pagi esok kata Anitha semalam. Atau salah seorang pasukan halimunan? Entah. Aku tak pernah nampak dia sebelum ini. Ya, aku pun masih baru di pejabat ini menjalani latihan industri.

Langkahku semakin pantas bila aku tersedar ada lagi dua minit sebelum waktu pejabat bermula. Dan dia tak kelihatan di mana mana. Mungkinkah dia tak wujud, sekadar menjadi penyelamat aku? Adakah aku yang bermimpi di pagi hari? Tak. Bukan mimpi. Buktinya, jaket baldu biru masih tersarung di tubuhku.

"Sorry Anitha. I lambat, hujan lebat sangat", kataku memohon maaf sebaik terlihat Anitha keluar dari bilik perbincangan satu.

"It is ok. I faham. I pun baru sampai. You bawa kotak air tu dan letak satu untuk setiap seat. Ada lapan orang yang terlibat hari ni. Kuih semua I dah letak. And yes, coffee. You tolong buatkan", ujar Anitha menunjukkan sekotak air mineral padaku. Aku mengangguk faham atas tugas yang diberi.

"Tea lady?", soalku. Takkan la aku yang kena buat kopi? Apa guna ada tukang kemas dan bancuh air?

"Dia cuti. Anak demam panas". Aku mengangguk lemah. Masalah betul nak kena bancuh kopi. Aku bukannya pandai. Selalunya mak yang buat, aku tengok saja. Dan aku tak minum pun. Aku lebih suka air kosong - Bagus untuk kesihatan. Ya la, aku ni spesis gebu. Tapi mak menyangkal pendapat aku, katanya itu alasan orang malas.

Aku lihat ada satu jag plastik besar dan dua biji teko standard size dalam kabinet. Serbuk kopi dalam bekas kaca, jenis kasar. Ahhhh! Sudah. Ni nak kena tapis. Aku dah mula rasa panas bila terpaksa mencari penapis dalam laci kabinet. Apataknya, aku terpaksa menunduk dan membuka laci kabinet satu persatu. Jaket biru tadi aku sangkut di kerusi workstation.

Cerek eletrik aku isikan air dan kutekan suis. Sementara menunggu ianya mendidih, satu senduk kopi dan satu setengah senduk gula aku masukkan ke dalam jag plastik. Satu gelas air kosong aku tuang dan kusatukan dengan kopi dan gula tadi agar sebati.

Setelah itu, lapan buah mug aku letakkan ke dalam dulang dan kutatang ke bilik perbincangan.

Terdengar bunyi air menggelegak, tak lama kemudian ada bunyi lantunan suis cerek. Terus aku curah ke dalam jag tadi. Separuh saja. Aku kacau sedikit sekadar mempercepatkan proses gula itu larut dan melihat konsistensinya sama dengan mak selalu buat. Kemudian aku biarkan. Masih ada waktu sebelum bermulanya perbincangan projek baru.

Encik boss, Mr. Yong pun belum nampak kelibatnya. Pasti masih tersekat dalam kesesakan. Encik Iman baru tiba. Dia juga terlibat dalam urusan pagi ni. Cik Wati bersut merah melintasi ruangan pantri. Senyuman aku tak dibalas. Argh! Persetankan. Satu demi satu meja penuh. Ada yang kuyup, pasti hujan masih belum reda, bisik firasatku.

Mataku mengerling pada jam di atas peti sejuk dalam pantri. Ok, sudah sepuluh minit. Lalu aku tambahkan air panas ke dalam jag dan kacau lagi. Kemudian aku tapis bancuhan air kopi sewaktu menuangnya ke dalam teko berasingan sebelum teko teko itu dihantar ke bilik perbincangan.

"Ohh.. patut I nampak you kat pantri", sapa Iman sebaik aku masuk bersama dua teko kopi O panas. Aku mengangguk dan mengucapkan "Morning".

Sudah ada beberapa kerusi sudah diduduki. Hanya Iman dan Wati yang aku kenal. Lain tidak. Mungkin ini team yang pernah Slyvia sebut, team halimunan. Hanya datang jika ada keperluan. Mungkin juga antara mereka ini adalah klien.

Entah, aku tak tau yang mana satu. Yang penting, aku buat tugas aku. Aku hanya seorang intern. Apa yang orang arah, aku buat saja.

Share this novel

Megawati Mustar
2020-01-12 15:41:49 

apa ending cerita ni

Megawati Mustar
2020-01-12 15:41:37 

apa ending cerita ni

Megawati Mustar
2020-01-12 15:41:26 

apa ending cerita ni


NovelPlus Premium

The best ads free experience