Bab 4

Romance Series 12449

Selepas sahaja dia gaduh bersama anak orang utan dia berjalan sambil membawa beg pakaiannya sedang dia jalan tiba tiba terserempak dengan ibu bapanya dihadapan office.

"Papa dengan umi dah selesai belum? " soal Ku Syaf Ariana.

Mereka berdua mengganguk "papa dah selesaikan semua jadi dengan segala hormatnya kamu sudah menjadi pelajar disini " kata Tengku Rohani dengan usikan. Saja ingin usik anak daranya lepas ni mana boleh manja manja macam ni dah.

"Alah mama ni kita pergi sekolah je tapi tak yah lah yang hormat tu semua malulah" ujar Ku Syaf Ariana sambil tersengih.

Dia memandang disebelah berkerut dahinya "umi papa sebelah tu apa nampak macam office je? " soal Ku Syaf Ariana dengan menunjukkan kearah pintu berwarna putih.

"Oooo itu pejabat, angah " jawab Ku Umar. Dia hanya menyiakan sahaja.

Tengku Rohani melihat jam di Iphone 8 "abang jom kita balik sekarang " ujar Tengku Rohani dengan menyimpan kembali IPhone kedalam handbag.

Ku Umar memandang Ku Syaf Ariana "papa dengan umi dah nak balik kamu duduk sini tunggu guru kelas dekat dalam pejabat. Papa nak nasihat angah jaga diri baik baik, jaga solat, jaga batas dengan lelaki lain. Kalau boleh senyumlah ni tak macam tempoyak basi je. Dingin je memanjang " nasihat Ku Umar bersama kutukan.

Ku Syaf Ariana memuncungkan mulutnya "sampai hati papa cakap macam" rajuk dia. Kedua orang tua itu hanya tergelak sahaja.

"Dah lah papa dengan umi nak balik, jaga diri kamu elok elok " kata Ku Umar dengan menyerahkan tangannya kearah anaknya.

Ku Syaf Ariana menyambut dan menyalaminya. Dia mendekati Tengku Rohani dan memeluknya. Selesai membuat jejak kasih mereka meninggalkan Ku Syaf Ariana di hadapan pejabat.

Aku melihat ummi dan papa sedang menuju ke kereta.Aku melambai mereka dengan senyuman. Takkan dengan tangisan pulak. Sejujurnya, aku tak nak mereka risau. Usai aku menghantar umi dan papa dengan lirikan mata, aku terdegar seseorang memanggil nama aku.

"Ku syaf ariana?" panggil seseorang. Aku lantas berpaling ke arah pejabat.

"Ya saya" jawabnya . Aku melihat tag nama tertera nama orang itu Puan Haslina. "Aku rasa dia adalah guru kelas aku". Aku bermonolog dalam hati kecil aku.

"Ku Syaf mari ikut saya" ajak Cikgu Haslina.

"Ehh cikgu blh panggil saya Syaf saja itu dah cukup memadai" ujar Ku Syaf Ariana dengan sopan santun.

"Kalau macam itu baiklah. Nama saya Puan Haslina boleh panggil cikgu Haslina sahaja aka guru kelas" jawab cikgu tersebut dengan memberikan senyuman manis.

"Sepanjang awak bersekolah disini awak akan duduk di kelas 5Rajin atau lebih tepat aliran sains tulen" kata cikgu Haslina lagi kepada Ku Syaf Ariana. Jangan pandang aku sebelah mata tau. Ok riak jap.

"Erghh cikgu boleh saya membuat satu permintaan tak? " soal aku teragak agak. Ternaik alis kiri cikgu tersebut.

"Boleh Syaf, apa permintaan kamu? " jawab cikgu Haslina dengan memandang anak muridnya.

"Saya nak cikgu rahsiakan identiti saya dari khalayak ramai. Saya tak nak mereka tahu yang saya ni anak kepada Ku Umar, boleh cikgu? " soal aku dengan agak datar.

Cikgu Haslina hanya tersenyum melihat gelagat pelajar barunya. Dia dah tahu yang pelajar barunya seorang yang dingin dan susah untuk senyum setelah dicerita oleh kerani. "Boleh sahaja Syaf" jawab Cikgu itu.

Ku Syaf Ariana hanya mengangguk sahaja. Sepanjang mereka berjalan aku hanya menyusuli langkah cikgu Haslina sehingga sampai ke kelas 5Rajin.

"Semua pelajar bangun, assalamualaikum Cikgu Haslina" jerit ketua kelas diikuti dengan pelajar yang lain.

"Ok semua boleh duduk" jawab Cikgu Haslina.

"Baiklah class harini saya nak memperkenalkan pelajar yang baru sahaja daftar masuk sebentar tadi, Syaf sila masuk" ujar Cikgu Haslina.

Aku berjalan masuk ke dalam kelas. Setibanya aku dihadapan kelas, semua murid memandang aku dengan tanda tanya.

Weyh ada budak baru ke dho? Cun dho! aku hanya buat bodoh sahaja dengan teriakan gatal itu, "karang aku bersilat nanti baru tahu! Gatal sangat! Sekarang dah lah first day, nanti tak pasal pasal jadi last day aku" bisik hati kecil Ku Syaf Ariana.

"Baiklah Syaf awak boleh memperkenalkan diri awak" ucap Cikgu Haslina lantang. Aku nak memperkenalkan diri aku pun rasa seram sejuk jugak dibuatnya.

"Assalamualaikum, nama aku Syaf Ariana Binti Umar. Korang boleh panggil aku Syaf " ucapnya dengan nada dingin.

Dimeja belakang, Tengku Amirul Fareez sudah membulat mata "tak sangka orang gila ni satu kelas dengan aku. Tapi tak pe senang aku nak buli dia nanti" bisiknya dengan datar. Masih sakit hati tentang pagi tadi.

"Kelas ada apa apa yang nak tanya kepada Syaf " soal Cikgu Haslina lantang kepada semua murid didalam kelas. Lantas sahaja seorang lelaki yang memakai blazer hitam berkemeja ungu barangkali pembimbing rakan sebaya itu mengangkat tangan.

"Ya ada apa yang awak nak tanya faizs" soal Cikgu Haslina.

Dia tersenyum lalu bertanya. "Dah berpunya ke belum" ucapnya gatal yang lain sudah menyorak. Aku memandangnya kecik besar kecik besar jer.

"Soalan peribadi takkan diterima" jawab cikgu tersebut. Nasib baik cikgu Haslina support tau kalau tak memang aku sumbat cili dalam mulut dia tu.

"Kalau sudah tiada apa apa Syaf awak boleh duduk di belakang sekali di sebelah Syafiqah.

"Macam aku kenal nama itu, tapi kat mana ya?" aku menggaru kepala aku yang berlapik tudung. Aku terus berjalan ke arah belakang sekali seperti yang cikgu Haslina suruh. Aku tidak dapat melihat wajah dia kerana dia sedang asyik membuat kerja, barangkali kerja sekolah.

Aku lantas sahaja menarik kerusi dan duduk. Aku menegur orang sebelah aku yang tidak perasan akan kehadiran aku "assalamualaikum " aku memberi salam kepadanya.

Dia berpaling dan menjawab. "Walaikummusalam. Hai babe, kau sekolah dekat sini ke? " soalnya teruja.

Aku pandang dia dengan hairan. "Ishh kau ni. Ni akulah syafiqah. Kitakan pernah jadi housmates dekat Australia dulu, takkan dah lupa" jawabnya dengan teruja lagi.

Aku berfikir, Syafiqah? Housemates aku kat Australia? "Jap jangan cakap kau Tengku Syafiqah binti Tengku Halim" soal aku teruja.

"Ya tu aku lah gila" jawabmya sambil menjeling manja kearah aku.

"Weyh seriouslah tu kau. Wahh rindunya lama tak jumpa. Kau bila balik dari Australia" soalnya dengan gembira.

"Dah lamalah jugak dalam 3 bulan lepas" kata aku dengan tersenyum nipis.

"Ouhh" jawab Tengku Syafiqah.

Dia memandang aku "we kejap lagi waktu rehat aku nak kenalkan kau dengan kawan aku yang lain dan aku pun nak cerita sesuatu dekat kau nanti " ujarnya dengan teruja. Haish kawan kalau ya pun teruja tidak perlulah sampai begitu.

"Baiklah sebab aku sendiri pun tertanya kenapa kau pakai pakaian lusuh lepas tu pakai kaca mata nerd ni semua " kata Ku Syaf Ariana dengan menscan dari atas hingga bawah.

"Kau lek lek nanti rehat aku cerita sekarang kita belajar " jawabnya sebelum fokus kearah hadapan. Ku Syaf Ariana menggeleng kepalanya sahaja dengan perangai sahabat baiknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience