Bab 11

Romance Series 106380

HAMPIR Juwita jatuh tersungkur saat bahunya dirempuh seseorang. Juwita segera melihat siapakah gerengan yang melanggarnya.

"Orang lain pun ada handphone jugak. Lain kali jalan, mata tengok depan. Bukan leka pandang handphone. Ni kalau bawa kereta, mau ada yang mati kena langgar." Marah benar Juwita dibuatnya. Mujur saja barang yang dipegangnya tidak terlepas. Jika tidak, pasti pecah pasu bunga yang dibeli buat ibunya.

Bersusah payah dia pusing satu kedai semata-mata nak carikan pasu buat ibunya. Kalau pecah, memang makin menggilalah amukkannya.

"Amboi, tak sayang mulut. Cakap langsung tak berlapik." Bidas wanita itu. Juwita tahan geram. 

Dah dia yang langgar kita, kita pulak dibidasnya. Inilah yang dikatakan akibat kecuaian orang lain, orang lain yang menjadi mangsa.

"Aku tak sayang mulut? Habis yang kau ada mata tak nak guna buat apa?" Juwita tak nak kalah. Geram dan sakit hati. Hilang moodnya sebab perkara itu. Sudahlah langgar orang, dah tu tak nak minta maaf. Buat selamba badak je.

"Sukati akulah. Kau ingat ni jalan bapak kau? Orang lain tak boleh nak lalu. Kau tu yang buta. Kalau kau nampak aku, dah lama kau mengelak." Semakin sakit hati Juwita.

Pang!

Terpinga wanita itu apabila menerima tamparan dari Juwita. Peristiwa itu menarik perhatian mereka yang berada disekeliling.

"Aku paling pantang orang main mak bapak!" jerkah Juwita. Terdiam wanita itu seketika.

"Nok..." Zailani mendekati Juwita. Dia baru beredar ke tandas sekejap. Tak sangka pula akan menimbulkan kekecohan.

"Kenapa ni?" Zailani menyoal. Dipandangnya wanita yang berada di depannya. Macam kenal je.

"Eh... Aliya kan?" soal Zailani inginkan kepastian. Berkerut dahi wanita itu memandang Zailani.

"Lan?" soalnya seakan terkejut. Zailani hanya mengangguk bak Burung Belatuk.

"Oh my god! What happen to you?" soalnya seakan tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.

Juwita berasa sebal. Boleh pulak nak berjejak kasih kat sini. Dahlah hatinya tengah panas dengan olah yang dibuat oleh perempuan yang digelar Aliya tu.

"Aku balik dulu. Kau berjejak kasihlah kat sini." Sedikit sebanyak hati Juwita terguris. Zailani berpaling memandang Juwita.

"Balik dengan akulah nok. Jangan nak mengada balik sendiri. Nanti apa pula mak kau cakap." Tajam sekali pandangan mata Aliya pada Juwita. Betapa Zailani mengambil berat tentang Juwita. Timbul pula rasa meluat di hatinya

"I make a move first. See you when i see you again." Zailani segera mengorak langkah bersama Juwita. Aliya mula terasa sebal.

Dia memang sengaja melanggar Juwita. Ketika sedang membelek pakaian di Butik Zara tadi, Aliya menangkap susuk tubuh Zailani. Baru ingin menegur, kelihatan Juwita menghampiri Zailani.

Kemesraan yang dipamerkan mereka membuatkan hati Aliya bagai disiat. Tujuh tahun yang lalu, dia sangat berharap Zailani jatuh dalam pelukannya. Namun siapa sangka saat Zailani mengetahui tentang perasaannya, dia mula menjauhkan diri.

Tamat saja belajar, Zailani terus menghilang tanpa berita. Pelbagai cara dilakukan Aliya untuk menjejak Zailani, namun hampa. Usahanya seakan sia-sia.

Tadi ketika terlihat susuk tubuh Zailani, harapan yang dulunya seakan terkubur kembali bersinar. Hatinya melompat riang. Rasa gembira itu sedikit pudar dengan kemersaan Zailani melayani Juwita.

'We gonna meet again.' Itulah kata yang terbuku di hati Aliya.

??????

WAJAH muram Juwita ditatap lama. Zailani tidak terus memandu pulang. Sebaliknya kereta dipandu menghala ke restoran makanan segera Mcdonals.

"Jom nok... aku lapar." Zailani masih mengharap Juwita akan bersembang dengannya. Juwita masih lagi kaku.

"Siapa perempuan tadi?" Setelah hampir lima minit mereka berdiam diri di dalam kereta, akhirnya Juwita bersuara.

"Aliya. Junior masa aku dekat U dulu." Juwita senyum hambar.

"Aku nampak dia dari Butik Zara lagi. Dia ikut kita sampai ke kedai pasu tadi." Zailani kerut kening. Dia tak perasan langsung.

"Zai... Aku mungkin paranoid. Apa yang pernah jadi pada aku dulu, buat aku selalu alert dengan keadaan sekeliling aku." Zailani membungkam.

Juwita paranoid? Tapi sebab apa? Ingin sekali dia bertanya. Namun melihatkan emosi Juwita yang tak stabil, dia terpaksa mengenepikan persoalannya. Zailani masih mendiamkan diri. Memberi ruang kepada Juwita.

"Aku tak rasa dia tak sengaja langgar aku." Juwita meluah. Zailani mengeluh lembut.

Dulu dia bukanlah seorang yang lembut. Boleh dikatakan dia antara lelaki maskulin yang menjadi kegilaan di universiti. Aliya antara yang tidak terkecuali. Hanya kerana satu peristiwa, Zailani berubah 360 darjah. Inilah Zailani kini. Hilang sudah panggilan Lan. Yang ada hanya Zai.

"Sorry Zai. Tapi aku tak lapar. Aku cuma nak balik je." Akhirnya Zailani akur dengan kehendak Juwita. Namun Zailani masih penasaran, bukan peristiwa dirempuh itu yang membuatkan Juwita berjauh hati begini. Dia pasti dan yakin ada sebab lain.

"Tak apa. Aku hantar kau balik." Sepanjang perjalanan pulang, Juwita hanya mendiamkan diri.

Sebaik saja sampai di depan rumah Juwita. Juwita meraih satu plastik lantas dihulurkan kepada Zailani.

"Tolong sampaikan pada ibu ye. Maaf ini saja yang aku dapat bagi." Zailani tersenyum manis.

"Terima kasih sudi temankan aku hari ni. Aku hargai sangat." Juwita cuba ukir senyum. Serba salah kerana telah merosakkan hari Zailani.

Juwita segera melangkah keluar dan meloloskan diri masuk ke dalam rumah

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience