BAB 4

Horror & Thriller Completed 175

“Arghhhhh !!!!!!”

Bunyi jeritan Amira hampir mengejutkan penghuni chalet yang lain. Iffah
cepat-cepat bangun dan mendapatkan sahabatnya di bilik sebelah.

“Kau ni dah kenapa?” Hanna yang awal-awal tadi sampai menyoal.

“Dia reply mesej aku malam semalam. Tadi baru sempat baca”

“Yang terjerit macam nampak hantu tadi kenapa?” Iffah bersuara garang.

“Dia nak masuk meminang aku!!!”

“Siapa nak meminang kau?”

“ Hezry Amirul!”

“Siapa????”

“Boyfriend aku la..”

“Bila???”

“Bila kita balik nanti!”

“ Ya Allah. Budak ni. Aku ingatkan kau terserempak hantu tadi…ish.
Anyway congratulation. Lepas ni guys, kita kena prepare untuk last
majlis kahwin untuk adik bongsu kita ni” Luah Iffah. Hanna dan Lutfya
turut mengucap tahniah.

“Pandai simpan kau ya. Dalam fac pun takde hint langsung yang kau
dah berpunya” Lutfya mengomel.

“Aku dah berumur beb. Dia pun hampir sebaya. Kami memang nak keep this
relationship low profile” Jawab Amira yang tak lekang dari senyuman.

“Low profile sangat la..eh Mira, jangan lupa tau, booking baju kat
butik aku. Special price untuk kau sorang sahaja” Hanna pula memberi
tawaran.

Mereka semua berhimpun seketika di bilik Amira dan Lutfya.

“Call sapa?” Tanya Amira. Lutfya sedang mendakap bantal sambil
menelefon. Ketawanya tidak henti dari tadi.

“Sapa lagi, anak dan laki aku la. Sekarang ni la nak uji, siapa yang
lagi rindukan siapa?”

“Siapa yang paling rindu siapa sekarang?”

“Of course la….Akuuuu. Amir dah plan dengan budak-budak tu nak pergi ke
waterpark. Saja je dia nak sakitkan hati aku ni”

“Ah..kau pun boleh main air apa. Siap boleh mandi laut lagi!”

“Yes…Tapi feel tu tak sama kalau pergi dengan family. Ada anak-anak, ada
laki. Lain rasanya tau. Kalau kau dah kahwin nanti, baru kau dapat rasa”

“Doakan aku bahagia macam korang semua tau. Actually, sebenarnya dah
lama aku jelous dengan korang tau. Semua dapat husband yang baik-baik.
Even kau yang dulu perangai macam tomboy.”

“Eleh…itu dulu. Sekarang ni Amir dah buat aku rasa macam perempuan
melayu terakhir” Balas Lutfya sambil mengayakan tarian inang denga
tangannya.

“Ah..layan kau ni lagi lapar aku. Baik aku join diaorang pergi breakfast”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience