ITA (5)

Romance Series 4976

SUDAH hampir empat bulan Ellena di UK. Selama itu juga dia masih dalam kenangan bersama Zaky, meski lelaki itu tiada kabar tentangnya. Ellena serasa sudah hampir putus asa, begitu teganya Zaky menghilang tanpa berucap sepatah katapun padanya.

Akan tetapi, entah kenapa perasaannya pun terhadap Zaky tidak berkurang. Dia malah makin merindukan lelaki itu, hampir setiap malam dia menangis kerana rindu. Dia sendiri tak paham kenapa cintanya begitu dalam. Mungkin disebab dulu Zaky selalu memperlakukannya dengan amat lembut, terlebih Zaky adalah cinta pertamanya. Betul kata orang, cinta pertama sulit nak di lupakan. 

Stupid ke dia? Mecinta dan merindu macam tu?  Dan berkabar sikit pun tak ada. Semakin Ellena menafikkan perasaannya, semakin dia terasa terseksa. 

Pintu satu ruangan di kuak. Orang-orang keluar ketika masa itu jadwal belajar telah berakhir. Ellena juga tampak diantara pelajar kolej yang berada di situ.

“Ellena are you going to have lunch together?” soal Charlote. Dua teman lainnya juga menatap arah Ellena.

“I’m so sorry. I have something else..” jawab Ellena tidak enak hati. Kerana dia sangat jarang untuk bergabung dengan temannya itu.

Tampak Ellena menjeling ke arah Maisa, yang merupakan teman sebangsa dengannya. Maisa tampak mencebikkan muncungnya seolah paham apa yang nak Ellena buat sebenarnya. Kening Ellena berkerut dibuatnya.

“It’s okay Elle. It’s not problem. Bye-bye.” Ucap Charlote, seraya berlalu pergi.

Ellena mengeluh perlahan. Dia pun langsung berpusing keluar dari pada gedung.

***

Ellena berjalan sorang diri di lingkungan di mana dia dan Viktor mula bertemu. Entah apa sebab, sejak kejadian terakhir kali dia tak ada lagi nampak 2 lelaki itu. Padahal dia nak sampaikan rasa maafnya pada Khalid. Menyesal dan rasa bersalah pada lelaki itu. 

Sebenarnnya hari-hari Ellena selalu cari korang Viktor ataupun Khalid. Hari-hari pula Ellena menjajak lingkungan yang sama hingga ke jalan dimana hendak dia di langgar masa itu.

Tak tau kemana lagi Ellena nak mencari, dia sudah habis cara. Nak bertanya, tak pun bisa, sebab nama diaorang jer tak tahu. 

“Ada ke diaorang sekampus dengan aku?  Jurusan apa? fakulti apa? apapun aku tak tahu…. kemana lagi ni aku nak cari. Sampai bila aku terus menunggu tak tentu jer di sini?” monolog Ellena. Matanya meliar memerhatikan orang-orang yang berlalu lalang. Harap-harap yang di cari munculkan diri.

Brugh. Bahu Ellena di langgar. Map di tangannya terjatuh, hinggar lembar designnya bertebaran.

“Sorry.” 

Ellena menoleh pada lelaki yang sudah membantunya mengutip lembar design. Dia tersenyum kelat, tak Viktor apalagi Khalid lelaki ni.

“It’s not problem.” Jawab Ellena sambil berdiri.

“This one.” Pria itu mengulurkan kertas design yang dia kutip, “Are you ok?” tanya Pria itu. Tampak Ellena murung olehnya.

Ellena memaksa senyum sambil menerima kertas designnya.

“I’m ok. Thanks you.” Ucap Ellena  acuh tak acuh. Lalu dia berpusing meninggalkan lelaki itu begitu sahaja. 

“Haish… susah sangat ke nak temu awak. Macam mana aku terus hilangkan di hantui rasa bersalah ni eh.” guman Ellena mulai berasa kesal.

Laju dia berjalan menuju kereta Van yang berjual minuman. Di pesannya 1 cup bubble tea dan di bawanya duduk ke kerusi santai di lingkungan taman yang tidak jauh daripada sana.

“Hey..” tiba-tiba saja Maisa menepuk bahu Ellena.

“Ya ampun.. Maisa, terkejut aku tau tak.” Dadanya di usap perlahan. Rasa nak gugur jantungnya tadi. Bubble Tea di tanganpun hampir jatuh.

“Hehe.. Sorry.” Maisa mengambil posisi duduk di samping Ellena.

“Tau darimana aku kat sini? kau penguntit aku ke?” soal Ellena.

“Tak pun aku menguntit kau. Tahu lah aku kau kat sini. Hampir tiap hari kau sini kan? Dah macam punguk merindukan bulan, hari hari kau merenung kat sini.”

“Mengada.”

“Aku pula yang mengada. Kau tu jangan nak cuba mengelak dari aku. Elle ada masalah ke? Atau kau sedang tunggu seseorang ke kat sini? cuba sharing, may be aku bisa bantu kau kot.” Maisa merenung Ellena. Dia memang sudah beberapa kali melihat Ellena kat sini. Tapi ketika Maisa nak mancing bertanya, selalu ada sahaja yang nak mengganggu hingga tak sampai-sampai dia bertanya.

Ellena mengeluh perlahan. Diapun berpusing arah Maisa. Mungkin dia memang perlu bercerita, agar dia tak perlu seteruk ini sorang-sorang.

“Aku lagi cari orang Mai. Jumpa 2 kali, tapi terakhir kali aku dah buat salah. Aku sakiti hati dia, padahal dia dah tolong aku.” Lemah jer nada bicara Ellena.

“Sakiti hati dia macam mana? Cuba cakap lebih detail.” 

Ellena kembali mengeluh perlahan. Dan diapun berpusing seperti semula. Ellena mulai menceritkan semuanya pada Maisa.

CERIA sangat air muka Ellena yang sedang menggoreskan pensel di kertas putih. Setiap goresan di bubuhi oleh senyumannya. Bukan Sketsa design busana, melain muka seorang lelaki. Tak lain itu adalah muka Khalid. Entah kenapa lepas cerita dengan Maisa tadi, dia terfikir hendak gambarkan sketsa lelaki itu.

Sekarang ni dia sedang menggores jelas di bagian rambut.

Tiba-tiba pintu biliknya di ketuk.

“Elle, dah tidur ke?” laung Maisa dari luar.

“Belum. Kejab Mai..” balas Ellena.  Goresan terakhir, lalu dia bangkit untuk membuka pintu untuk Mai.

“Sibuk ke?” 

“Tak. I’m free. Kenapa?” Ellena sudah kembali duduk semula. Maisa pun dah duduk di tepi katil.

“Tak apa. Saje nak usik kau. Eh, kau buat apa tu?” Maisa menjeling ke arah sketsa yang baru di buat Ellena.

“Ini mamat yang aku cerita kat kau tadi.” Ellena menunjukkan hasil gambarnya.

“Aik.. Hensemnya.” Puji Maisa spontan, lalu tiba-tiba dia pasang muka nakal.

“Pantas la kau gigih sangat cari dia. Macam tu mamat, hensem lagi macho. Macam actor chiness or oppa-oppa korea yang berlakon CEO dingin and bengis lah.” Sambungnya.

Ellena mencebik, “Mengada lah kau ni. Biasa je pun aku tengok. Aku yang terlebih gambar kot. Aslinya menyebalkan kau tau tak.” Hasil sketsa di letak kembali di meja.

“Eee.. sini lah bagi. Aku belum puas lagi nak pandang.”

“Nak pandang-pandang? Terus si Ash di Malaysia nak kau apa? jangan bermain Mai. Kau beruntung, boyfriend kau setia tunggu dan selalu tanya-tanya kau kat sini. Susah cari lelaki macam tu tau tak. Aku pukul pala kau baru rasa.” Bebel Ellena.

Maisa sudah mengekek ketawa. Ingat-ingat Ellena selalu marahkan dia kalau sikit jer nak usik lelaki lain. Bagaikan alarm bagi Maisa, padahal dia  saje je terkadang. Hehe.. tapi tak apalah, Ellena begitu lagi bagus. I love you Elle.

“Ampun Mommy…” ucap Maisa dengan masih tertawa. Ellena hanya panjang muncung melihatnya.

“Dah lah Elle. Aku balik ke bilik aku lah. Besok aku bantu kau cari si hensem tu, aku rasa penasaran juga nak tengok dia secara langsung. Dah, good bye and good night Mommy Elle.” 

Maisa pun beredar daripada situ. Pintu kamar di kunci kembali oleh Ellena. Hatinya berasa sebak. Bila menyinggung boyfriend, Zaky pun langsung teringat olehnya. Salah diapun  yang menyinggung tadi.

Ellena bersandar di pintu, matanyapun sudah tampak berkaca-kaca,  “Zaky adakah awak rindukan Elle macam mana Elle rindukan awak? Awak kenapa menghilang begitu jer. Betul ke awak curangkan Elle?  Elle nak benci Zaky, tapi tak boleh. Zaky I miss you so much.” 

Ellena sudah terduduk, air matanya laju keluar.  

TBC.

Please support me. Comment jangan lupa .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience