BAB 13

Romance Completed 18284

Harini Hafiy bangun awal. Jam 5 dia sudah tersedar. Hafiy pandang sekilas wajah Mariam Syuhada disebelahnya. Malam tadi, hampir lewat malam mereka berbual dan meluahkan rasa. Isterinya tak henti2 menangis hingga akhirnya dia terlena didalam pelukan Hafiy.

Hafiy mulai mengerjakan solat sunat hajat, taubat dan tahajjud. Mariam Syuhada yang masih lena di katil segera dikejutkan. Terpisat2 isterinya bangun. Matanya sembab gara2 menangis tak berhenti.

"Bangun Syu, dah nak masuk subuh".

Mariam Syuhada menguap seketika sebelum bangun dari katil. Getah rambut dicapai lalu diikat kemas rambut panjangnya.

"Selamat pagi!".

Hafiy tersenyum mendengar ucapan dari isterinya. Segera dia mengucup lembut dahi Mariam Syuhada dan terus duduk di birai katil.

"Harini kita balik rumah mak ye. Abang kena bagitau diorang. Syu ok?".

"Erm.. mana yang terbaik, Syu ikut je".

Hafiy usap kepala isterinya lembut. Mariam Syuhada bingkas bangun dari katil dan menuju ke bilik air untuk membersihkan diri. Selesai mandi, dia terus bersiap dan memakai telekung. Hafiy masih lagi di birai katil menghadap telefon bimbitnya.

"Abang? Busy sangat ke tu?". Tegur Mariam Syuhada. Dia mendekati Hafiy.

"Er.. sorry. Jom, dah siap?".

"Hurm, dah!".

Mariam Syuhada bergerak ke katil. Hafiy mengekori langkah isterinya dari belakang. Otaknya berputar laju mengenangkan mesej yang baru diterima.

Saya terima Encik Hafiy atas dsr kslmtn saya pd bks suami sy.
~zahara~

Hafiy menghela nafas panjang. Segera dia lupakan isi kandungan mesej tersebut. Dengan lafaz bismillah dan hati yang kosong, Hafiy memulai solat subuh pagi itu. Tak seperti hari2 lain, solat subuh pagi ini terasa lain sekali.

Usai solat, Mariam Syuhada terus menyiapkan sarapan buat Hafiy sebelum berangkat ke tempat kerja. Dia perlu menyerahkan beberapa fail kepada Aizat sebelum mereka pulang ke rumah Puan Azila dan Encik Shamsul.

Nasi goreng yang siap dimasak terus diletak di pinggan. Hafiy duduk di meja makan dengan lengan kemeja yang tersinsing rapi dan tali leher yang masih belum dibetulkan.

"Abang, tali leher ni kenapa tak kemaskan dulu?". Mariam Syuhada tarik Hafiy agar mendepaninya.

Tangannya terus mencapai tali leher yang masih belum diikat. Mariam Syuhada khusyuk. Hafiy juga terdiam. Dia mengambil kesempatan mengamati dalam2 wajah Mariam Syuhada.

"Bidadari hati abang".

Terpacul ayat itu dari mulut Hafiy. Serta merta dia menghadiahkan senyuman buat isterinya.

"Nanti Syu ajar Zahara ikat tali leher ni. Biar dia buat kat abang pagi2".

Hafiy terdiam. Tangan Mariam Syuhada dipegang.

"Abang taknak Syu cakap pasal ni. Masa abang dengan Syu, hanya pasal kita saja".

"Kenapa pulak?". Mariam Syuhada tergelak kecil.

"Abang hormat perasaan Syu".

Mariam Syuhada mengetap bibir. Lama dia memandang Hafiy.

"Boleh tak Syu nak minta sesuatu?".

"Jangan satu, berapa banyak Syu mintak pun abang akan bagi".

Mariam Syuhada menghembus nafas perlahan.

"Syu nak bercuti, boleh?".

"Boleh! Abang bawakkan kat mana je Syu nak! Bila?".

"Er.. tanpa abang".

Hafiy terdiam. Dia mengusap wajah isterinya lama.

"Kenapa?".

Hafiy tak berpuas hati. Tak mungkin isterinya sudah membenci dirinya.

"Abang jangan salah faham. Syu cuma nak tenangkan hati. Tapi, bukan sekarang. Nanti Syu bagitau bila". Dia memaniskan wajahnya. Hafiy dipeluk erat.

"Maafkan abang".

Hanya itu yang mampu diucapkan. Dia mengeratkan lagi pelukan antara mereka. Hafiy mengucup rambut Mariam Syuhada sekejap. Biar rindu itu sentiasa berbunga kembang.

"Er.. dah la. Abang sarapan, ok? Nanti abang lambat pulak pergi kerja. Syu nak angkat baju kat dalam mesin basuh tu. Kejap tau!".

Mariam Syuhada berlari anak ke dapur. Bukan untuk mengangkat baju didalam mesin, tapi lebih kepada nak mengesat air mata yang dah gugur. Hatinya pilu. Mariam Syuhada bersandar lemah dan pintu bilik air. Dadanya dipegang kuat.

"Allah, kuatkan aku!". Gumamnya perlahan.

Nafas dihela berulang kali. Mariam Syuhada cuba mencari kekuatan yang masih berbaki. Dengan segera diseka air mata yang mengalir.

"Senyum, Syu! Jangan bagi Hafiy tengok kau macamni!". Ujarnya pada diri sendiri.

Setelah yakin takkan mengalirkan air mata lagi, Mariam Syuhada kembali ke meja makan. Wajah suaminya dipandang lama. Kerusi ditarik bersebelahan Hafiy.

"Sedap Syu masak. Meh sini, abang suapkan".

Hafiy memusing badannya agar menghadap Mariam Syuhada. Nasi goreng ditambah lagi ke pinggan. Dengan bismillah, dia terus menyuap isterinya.

"Erm.. sedap tak?".

Mariam Syuhada mengangguk seraya tersenyum nipis. Hafiy menyuap buat kali kedua. Bahagia sekali!

"Abang, dah kenyang". Tolaknya lembut.

"Laa.. sikit lagi. Lagi tiga suap. Boleh la".

Mariam Syuhada menggeleng laju. Tak boleh dah! Mahu meletup perutnya. Sudahnya, Hafiy menghabiskan nasi goreng di pinggan.

"Ok, abang pergi kerja dulu. Nanti Syu siaplah. Kita balik rumah mak. Nanti abang mesej ya".

"Iyelah!".

Tangan suaminya disalam penuh mesra. Dia mengucup lembut dahi Mariam Syuhada.

Kereta dipandu laju menuju ke pejabat. Dengan segera, Hafiy mengambil beberapa borang dan fail yang perlu disemak dari dalam almari.

"Bos! Awal datang". Tegur Zikri ramah. Hafiy sekadar mengangguk dan tersenyum.

"Aizat tak sampai lagi?".

"Belum bos! Kejap lagi sampai la tu". Balasnya.

Hafiy meneruskan kerja. Dia membuat semakan pada fail2 yang baru. Sesudah itu, Hafiy meletakkan diatas meja Aizat.

"Bro, awal sampai!". Aizat menepuk bahu Hafiy. Dia meletakkan helmet ditepi meja kerjanya.

"Aku kena balik rumah mak aku. Pasal semalam. Ni, fail semua aku dah cek. Kau tolong susunkan ye. Nanti apa2, roger aku".

"Erm.. yelah! Bro, good luck!". Sempat Aizat mengucapkan selamat buat kawannya. Mereka berpelukan sebentar sebelum Hafiy keluar pejabat.

"Bos nak pergi mana tu?". Soal Zikri hairan.

Baru datang, dah pergi balik?

"Ada hal. Emergency". Jawab Aizat selamba.

Hafiy memandu kereta menuju ke rumah Zahara pula. Dia perlu menyelesaikan beberapa perkara bersama wanita itu.

Dari jauh kelihatan susuk Zahara yang sedang berdiri menjual nasi lemak dihadapan rumahnya. Kereta diparkir jauh sedikit. Hafiy lantas melangkah menuju ke rumah Zahara.

"Assalamualaikum!".

Zahara menoleh. Salam dijawab di dalam hati. Kekok rasanya berjumpa setelah apa yang terjadi semalam.

"Boleh kita bercakap sekejap?".

Zahara terdiam sebentar, berfikir. Dia memandang Hafiy seraya mengangguk.

"Kat sini je". Cepat2 dia menjawab.

"Betul Zahara setuju dengan permintaan saya?". Dia cuba mendapatkan kepastian.

"Kalau Encik Hafiy ambil saya sekadar kesiankan saya, jadi saya terima atas rasa nak menyelamatkan diri dari bekas suami saya". Selamba dia menjawab.

Hafiy mengeluh panjang. Bukan ini yang dia mahu. Tapi, salah dia juga kerana tak berhati2 dalam berkata.

"Saya hargai. InsyaAllah, saya akan jaga Zahara sebaiknya. Saya akan cuba bersikap adil terhadap Zahara dan Syu".

Zahara mengangguk. Ingatannya segera terbayang pada isteri Hafiy. Bolehkah Mariam Syuhada menerima ini semua? Rela kah hatinya? Ikhlas kah dia?

"Cukup kita nikah di pejabat agama. Saya pun bukan ada sesiapa. Boleh kan?".

"Boleh. Nanti saya bagitau bila. Kita kena uruskan beberapa hal mahkamah jugak. Sebab hal berpoligami ni bukan boleh terus nikah".

"Faham. Takpe.. nanti apa2 bagitau lah. Ara akan buat".

Hafiy tersenyum. Agak kekok tapi segera dia lupakan.

"Hakim ada ganggu lagi?". Soalan dari Hafiy tiba2.

"Setakat semalam, takde".

"Bagitau saya kalau dia masih kacau Zahara. Er.. takpelah. Saya balik dulu. Teruskan kerja".

Hafiy meluru pulang. Selesai satu masalah. Kali ini, ibu bapa nya pula. Dengan langkah berat, Hafiy memandu pulang ke rumah.

***

Bunyi kipas memenuhi ruang tamu tersebut. Langsung tiada suara manusia yang bergema. Dingin sekali pagi itu. Setiap yang memandang hanya mampu diam. Baik Hafiy mahupun Mariam Syuhada. Wajah Encik Shamsul tak mampu nak ditatap lama. Hafiy kecut.

Hafiy mencuri pandang wajah Encik Azhar, bapa mertuanya. Harini, Hafiy sendiri yang membuat keputusan untuk bersemuka dengan keluarga Mariam Syuhada dan keluarga dia. Hafiy perlu menjelaskan semuanya.

Sejak mendengar dari mulut Hafiy tentang ini, Encik Shamsul tak berhenti mengucap. Sakit hatinya mendengar.

"Ayah.. Hafiy minta maaf".

"Maaf apa, Hafiy?! Kamu tak fikir panjang ke? Apa yang dah merasuk kamu ni?". Keras suara Encik Shamsul dipendengaran.

Puan Azila disebelah hanya diam sahaja. Dia juga terkejut dengan berita tersebut. Dada nya diurut lembut.

"Ayah, bukan bermaksud Hafiy lupakan Syu".

"Ayah tak kira! Apa pun alasan kamu, ayah takkan terima! Syuhada tu isteri kamu, apa tak cukup lagi ke?".

Hafiy terdiam. Kenapa ayahnya tak faham?

"Ayah, Syu cukup segalanya. Dia.."

"Dah kalau cukup, kenapa kamu nak kahwin lain? Hafiy! Malu ayah sekarang ni depan bapak Syu. Kamu ni sengaja nak malukan ayah ke?!".

Encik Azhar berdehem lantas memandang isteri disebelah. Jangankan Encik Shamsul, dia sendiri tak dapat nak menerima berita ini. Baginya, keputusan ini sudah salah.

"Ayah, Syu yang izinkan".

Encik Shamsul beristighfar panjang. Makin pening kepalanya dengan keadaan sekarang. Dahinya dipicit kuat.

"Kamu kenapa ni, Syu? Apa masalah kamu berdua sampai Hafiy nak nikah lagi? Kamu bergaduh ke?". Lembut suara Puan Azila memecah gegendang telinga.

"Bukan macamtu, mak. Syu izinkan abang Hafiy kahwin lagi atas sebab tertentu. Abang Hafiy nak selamatkan wanita yang dah dianiaya. Syu izinkan sebab Syu tau abang Hafiy mampu jalankan tanggungjawab dia".

"Apa2 pun, ayah tak setuju!". Bergema suara Encik Shamsul. Mariam Syuhada menikus. Meremang bulu roma melihat wajah garang Encik Shamsul.

"Ayah, Hafiy mampu jalankan tanggungjawab Hafiy. Hafiy mampu".

Encik Azhar mengeluh panjang.

"Macamnilah, Shamsul. Aku pun taknak cakap panjang. Syu sendiri izinkan. Aku nak tolak pun, budak2 dah buat keputusan diorang.."

"Habis, kau nak diamkan?". Encik Shamsul memotong. Wajah kawannya dipandang lama.

"Aku bukanlah nak diamkan. Aku pun tak setuju. Aku tak boleh tengok anak aku berkongsi kasih, tapi.. macam aku cakap tadi, diorang dah buat keputusan".

Encik Shamsul menggeleng kepala berulang kali. Dia tak mungkin terima segala2 yang diusulkan anak lelakinya.

"Ayah, izinkan abang Hafiy". Mariam Syuhada kembali merayu. Jemari Hafiy dipegang erat.

"Allahu Akbar! Ayah boleh sakit jantung dengan korang berdua ni! Syuhada, kamu ingat berpoligami ni benda main2 ke? Kamu ingat, senang2 ke nak kahwin dua tiga ni?".

Mariam Syuhada memaniskan wajah.

"Ayah, selama hampir setahun Syu hidup sebumbung dengan abang Hafiy, sekalipun tak pernah abang Hafiy abaikan tanggungjawab dia. Makan, pakai, tempat tinggal, kasih sayang semua cukup. Duit nafkah pun dia hulur. Sakit pening Syu dia jaga. Dia jaga diri Syu lebih dari diri dia sendiri. Kadang, abang Hafiy tak makan sebab nak dahulukan Syu. Dia bagi Syu ilmu agama secukupnya. Jadi, Syu tak nampak mana yang abang Hafiy tak mampu nak bertanggungjawab. Ayah, Syu yakin abang Hafiy mampu".

Semua yang mendengar hanya diam. Mariam Syuhada melihat air mata mengalir di pipi Puan Azila.

"Mak, abang Hafiy suami yang terbaik hasil didikan mak. Mak ajar abang Hafiy perkara yang baik2 dalam hidup dia. Jadi, Syu yakin abang Hafiy akan adil dan bersikap baik pada Syu".

"Syuhada, mak taknak sebab keputusan Hafiy ni, meruntuhkan rumahtangga kamu. Mak tak mahu kamu menyesal di kemudian hari. Hafiy, jangan macamni, nak. Syu tu isteri kamu. Jangan sakitkan hati dia macamni". Rayu Puan Azila.

"Mak, Hafiy takde niat nak sakitkan hati sesiapa. Terutama Syu. Hafiy sayang dia. Tapi, Hafiy tak boleh tipu diri Hafiy. Hafiy mintak maaf, mak".

Encik Azhar hanya mampu mengangguk lemah. Puan Faizah juga diam seribu bahasa. Mariam Syuhada terlalu lembut. Hatinya terlalu pemurah.

"Ayah, tolong izinkan Hafiy. Hafiy bukan saja nak kahwin lebih. Hafiy ada sebab tersendiri. Dia perlukan perlindungan".

Encik Shamsul mendengus kasar.

"Baik, kalau ini yang Hafiy nak! Ayah izinkan. Tapi ingat Hafiy! Kalau jadi apa2, jangan salahkan ayah! Ayah dah pesan kat kamu dari sekarang".

Hafiy mengetap bibir. Wajah Encik Shamsul dipandang lama. Dia mencari jawapan tepat di mata ayahnya.

"Betul tu, Hafiy. Ayah nak kamu ingat, poligami bukan sesuatu yang boleh dibuat main. Kalau kamu tak mampu nak adil, jangan teruskan. Kalau kamu tetap berdegil, ayah tak boleh nak cakap apa. Ayah harap kamu mengemudi dengan baik". Ujar Encik Azhar pula.

Hafiy mengangguk laju.

"InsyaAllah, ayah. Hafiy janji Syuhada takkan diabaikan. Hafiy akan adil dengan Syu". Dipandang sekilas wajah isteri disebelah.

Mariam Syuhada tersenyum nipis. Wajah insan2 kesayangan dihadapannya dipandang satu persatu. Dia mengharapkan doa yang berkat dari mereka.

"Umi pun harap Hafiy tak abaikan Syuhada. Dia anak umi yang paling kami sayang. Kalau umi dapat tau Hafiy tak mampu nak bersikap adil, jangan salahkan umi kalau umi ambil anak umi balik".

"Tak! Takkan umi! Hafiy janji. Syu takkan terabai. Hafiy janji".

Puan Faizah terseyum kelat. Dia meghembus nafas berat. Apalah nasib anaknya selepas ini? Moga, bahagia mengiringimu, nak!

"Ayah dah tak tahu nak cakap apa dengan kamu lagi! Kamu buatlah apa pun yang kamu rasa betul". Encik Shamsul bingkas bangun dan mendapatkan Encik Azhar. Mereka berpelukan sekejap.

"Maafkan aku, Har. Anak aku dah buat salah. Aku malu!".

"Shamsul, Hafiy tak salah! Biarlah, dia punya hak. Kita yang tua ni doakan ajelah yang baik2. Kau tak usah malu lah".

Encik Shamsul menggeleng kepala berulang kali.

"Aku malu dengan kau".

"Ah, kau ni! Dah lah, lupakan aje. Kau rehat la. Aku pun nak balik ni. Jaga kesihatan kau tu".

"Yelah, bang. Abang rehat dulu, ye? Jangan fikir la pasal benda ni". Sahut Puan Azila lembut. Lengan suaminya dipegang.

"Kami balik dulu, ye. Er.. Syu, ayah balik dulu".

"Ayah, maafkan Hafiy". Tangan tua itu segera dikucup lembut. Rasa bersalah membuat orang tua mereka bersedih.

"Takpe! Ingat pesan ayah, kalau tak mampu, jangan teruskan".

Hafiy mengangguk. Dia akan simpan kemas nasihat itu.

"Umi balik dulu. Syu jaga diri ye?". Puan Faizah memeluk erat anak perempuannya. Lama sekali!

"Umi doakan yang terbaik". Dia berbisik lembut ke telinga Mariam Syuhada.

Setelah menghantar Encik Azhar dan Puan Faizah pulang, Mariam Syuhada segera mendekati suaminya yang duduk termenung di sofa. Murung wajahnya.

"Abang.. Ok tak?".

Bahu Hafiy dipegang lembut. Dia memaniskan wajahnya agar Hafiy merasa tenang.

"Ayah marah abang, kan?".

"Tak lah. Ayah cuma risau. Abang jangan fikir apa2 la. Kita balik dulu, jom?".

Hafiy mengeluh seketika sebelum bergerak ke bilik orang tuanya. Dengan penuh berhati2, pintu bikik itu diketuk. Muncul kelibat Puan Azila di muka pintu. Wajahnya beriak biasa.

"Mak, Hafiy nak balik. Er.. ayah ada?".

"Ada.. pening kepala sikit. Hafiy nak jumpa ayah ke?".

Hafiy mengangguk laju. Puan Azila kelihatan serba salah. Kenapa?

"Er.. ayah kamu nak rehat, kamu balik dulu ye? Nanti mak bagitau dia".

"Erm.. mak! Ayah marah Hafiy ke? Mak.. bagi Hafiy jumpa ayah kejap je".

Puan Azila tergagap2. Sebolehnya, dia cuba nak mengelak. Mariam Syuhada memegang lengan suaminya lembut.

"Ayah nak rehat. Kita balik dulu, ye? Kesian kalau kita ganggu ayah nanti". Pujuknya.

"Mak.. Hafiy mintak maaf sebab dah buat ayah marah. Hafiy balik dulu, ye. Mak.. tolong pujuk ayah, boleh?". Lengan Puan Azila dipegang. Mak Hafiy hanya mengangguk.

"Iyelah! Nanti mak cakapkan. Hafiy balik la dulu, ya?".

Pintu bilik ditutup kembali. Hafiy bungkam. Sampai begitu sekali Encik Shamsul marahkannya. Tapi, Hafiy sendiri dah mengagak amarah bapanya. Dia terpaksa redha.

Langkah longlai diatur menuju ke kereta. Sebak pula bila meninggalkan perkarangan rumah dengan suasana yang tak harmoni. Hafiy mengeluh panjang.

"Abang ok tak? Biar Syu drive jelah!".

Kunci beralih tangan. Mariam Syuhada mengambil tempat di tempat duduk pemandu. Enjin dihidupkan dan terus membelah jalan raya. Dalam perjalanan, mereka hanya diam tak bercakap. Hafiy hanya merenung ke luar tingkap manakala Mariam Syuhada hanya fokus pada pemanduan. Sesekali, ingatannya menerjah kepada peristiwa semalam.

"Allah!".

Tanpa sedar, Mariam Syuhada mengeluh.

"Kenapa? Syu penat ke?".

"Er.. tak! Syu ok. Sorry abang". Kalut dia menjawab.

Wajah Hafiy dipandang sekilas. Mujur dia tak bertanya banyak. Mariam Syuhada menepis kembali ingatan semalam. Biarlah ianya terkubur.

Sampai sahaja di rumah, susuk Zahara sedang tegak berdiri di halaman rumah. Hati wanita nya kembali berkocak. Hafiy disebelah turut memandang. Perlahan2, pintu dibuka dan dia terus melangkah keluar dari perut kereta. Hafiy yang sudah dahulu mendekati Zahara mulai bertanya.

"Ada apa Zahara datang ni?".

"Er.. boleh Zahara cakap dengan Syuhada sekejap?". Zahara memandang Mariam Syuhada di belakang Hafiy.

Mariam Syuhada diam. Wajah suaminya dipandang lama.

"Er.. abang masuk dulu". Sempat dia mencium dahi isterinya.

Langkah diatur menuju ke meja batu dihalaman rumah. Mariam Syuhada ramah mempersilakan Zahara duduk. Tanpa berlengah, Mariam Syuhada mula bertanya.

"Ara nak jumpa Syu kenapa?".

"Syu terima ni semua?".

"Maksud Ara?".

Zahara mengeluh. "Jangan buat2 tak tahu. Syu faham kan Ara cakap pasal apa sekarang ni?".

Hafiy curi2 mendengar di balik tingkap. Bukan niatnya nak menguping, tapi hatinya bimbang kalau2 terjadi sesuatu.

"Hurm.. macamnilah Ara. Abang Hafiy sayang Ara. Syu terima dengan hati yang ikhlas.."

"Semudah itu?". Wajahnya berkerut. Duduknya beralih.

"Habis, Ara nak Syu buat apa lagi? Syu sendiri izinkan. Abang Hafiy bahagia, Syu pun turut bahagia".

Zahara tersenyum sinis.

"Syu jangan tunjuk mudah. Kenapa Syu tak bela suami Syu sendiri?".

"Bukan nak tunjuk mudah. Tapi, Syu yang tak mahu jadi complicated. Ara, abang Hafiy bukan terima Ara sebab kesian.. tapi dia terima sebab nak naikkan balik maruah Ara sebagai wanita. Abang Hafiy sayang Ara".

"Syu tak marah Ara ke?".

Wajah wanita dihadapannya dipandang lama. Kenapa masih wujud lagi perempuan sebaik Mariam Syuhada di muka bumi ini?

"Tak. Sikit pun tak. Mungkin takdir Syu untuk berkongsi kasih dengan Ara. Mungkin Allah dah tetapkan kasih sayang yang Syu terima selama ni bukan untuk Syu sorang". Jemari Zahara dipegang lama.

Air mata menitis di pipi Zahara. Dia tersentuh dengan kemuliaan hati Mariam Syuhada.

"Hei, kenapa nangis pulak ni?".

"Syu, kenapa baik sangat pada Ara? Ara rasa berdosa sangat sebab ambil suami Syu. Ara rasa tak patut.."

"Sshh.. jangan cakap macamtu, tak elok! Syu ikhlas. Lillahi Taala. Sekarang ni, Ara tak payah fikir apa2 lagi. Terima abang Hafiy and jaga dia elok2. Syu rela.."

Relakah aku?

"Maafkan Ara. Ara janji, Ara takkan melebihi batas Ara. Cukup Ara diambil sebagai isteri. Ara tak mintak lain".

Mariam Syuhada tersenyum. Dia mengelus lembut pipi Zahara.

"Jalankan tanggungjawab Ara sebaiknya. Syu harap Ara pun dapat jaga abang Hafiy sebaiknya".

Zahara tertunduk. Mulia hati kau! Moga Allah berikan kau ganjaran yang paling besar, Syuhada!

"Dah! Taknak nangis la. Nanti Syu pun sedih. Kita happy2 je, ok?".

Zahara tergelak kecil. Air mata pantas diseka. Hafiy yang sedang mencuri2 dengar turut merasa sebak.

"Allah! Mulia sungguh hati isteri aku. Mulia sungguh dia!". Gumam Hafiy didalam hati. Langkahnya dituju ke bilik tidur.

Gambar perkahwinan mereka yang terletak cantik diatas meja solek diambil. Lama dia memandang seraut wajah isteri nya yang manis berbaju kurung putih.

"Aku kah yang berdosa? Aku kah yang terlalu tamak nak membantu? Aku kah yang bersalah?".

Kata2 itu hanya diucapkan bagai angin lalu. Air mata yang jatuh menitis segera diseka, bimbang dilihat oleh Mariam Syuhada. Gambar isterinya dikucup lembut. Dia meletakkan kembali bingkai gambar tersebut dan terus menuju ke bilik air untuk menunaikan solat.

***

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience