Chapter 2

Romance Series 19229

BAB 2

“Mana kau tahu semua ni? Gimmick je kot!” Aku tergelak sinis. Lagipun entah betul atau tidak cerita Si Anisa ni.

“Buat apa aku nak reka cerita. Lagipun semua ni bukannya aku dengar dari mulut Navin. Tapi dari staff kat opis kita tu. Lagipun..apa aku dapat dari buat semua ni? Yang untungnya engkau…bukan aku!”

Aku hanya mampu mendengar. Antara percaya dan tidak. Lagipun takkan mamat itu sanggup menukar ugamanya kerana aku. Apatahlagi antara kami memang tiada hubungan yang serius. Lainlah kalau kami sedang asyik masyuk bercinta.

Dan sebenarnya, aku langsung tidak setuju jika dia sanggup buat semua itu untuk meraih cinta aku. Bagi aku, apa gunanya dia menjadi saudara baru jika hanya kerana cinta. Jika hanya sebagai syarat untuk mengahwini seorang gadis melayu beragama Islam seperti aku.

Aku lebih rela tidak menerima cintanya. Bukan aku menghina niat sucinya, tapi aku sendiri pun masih tidak kuat pegangan agama. Macamana aku nak didik dia nanti? Macamana aku hendak menjadi contoh padanya nanti. Silap haribulan, dosa pula yang aku dapat. Sedangkan dosa yang sekarang inipun sudah bertimbun rasanya.

Aku mengeluh. Dalam hati aku berdoa sakan. Biarlah apa yang aku dengar dari mulut Anisa itu cuma cerita-cerita kosong untuk menyedapkan hati aku. Sesungguhnya aku belum berani bermain dengan perasaan. Apatah lagi melibatkan perasaan lelaki seperti Navin yang budaya hidupnya jauh berbeza dengan aku.

Bukan bermakna aku membezakan kaum, malah aku tak kisahpun jika ditakdirkan aku jatuh cinta dengannya. Lagipun dia memang baik. Malah kebaikan hatinya itulah yang banyak mengikat aku untuk terus bersahabat dengannya.

Kalau nak dikutkan paras rupa pula, dia boleh dikategorikan sebagai india kelas atasan. Lagipun dia anak kacukan, darahnya mengalir darah belanda dan india. Kombinasi yang agak memukau. Tak hairanlah jika penampilannya memang terserlah. Walaupun dia agak kurus tapi kurusnya termasuk dalam himpunan kurus yang menawan.

Apa lagi yang kurang padanya? Hmm…cuma aku saja yang tidak tahu menilai. Tapi bukan salah aku. Salah dia! Itupun jika dia betul-betul menyimpan perasaan pada aku. Cuba dia berterus-terang dengan aku, mungkin aku boleh pertimbangkan perasaannya itu. Lagipun apa salahnya….aku pun bukan ada kekasih lagi. Hehe..

Pokok pangkalnya hati. Jika dia betul-betul ikhlas, biarlah dia mendalami Islam terlebih dahulu. Lagipun jodoh, ajal dan maut di tangan Tuhan. Kita cuma mampu merancang, selebihnya biarlah takdir yang menentukan.

“Dahlah Nis..aku malas nak komen apa-apa. Kau ajelah yang tolong layan karenah dia bagi pihak aku.” Balas aku selamba sambil mengangkat punggung. Lagi lama aku mendengar ceramah Anisa, lagi berserabut kepala otak aku. Lebih baik aku blah cepat-cepat.

“Huh! Bukan nak berterima kasih dekat aku. Kang aku kebas mamat tu..baru padan muka kau!” Jerit Anisa dengan suara geram.

Aku tergelak besar.”Ambik je la…”

********************************************************************************

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience