BAB 5

Romance Completed 18280

"Barang dah bawak semua? Jangan ada yang tinggal". Pesan Puan Faizah sayu. Harini, Mariam Syuhada akan berpindah duduk bersama suaminya.

Beg roda diletak didalam bonet kereta. Dia mengangguk laju sebelum memeluk erat Puan Faizah.

"Jangan sedih2 umi, nanti Syu pun sedih. Ada masa lapang, Syu jenguk umi kat sini". Janjinya. Air mata Puan Faizah diseka perlahan.

"Jaga diri elok2. Umi kamu ni sensitif pulak tiba2". Usik Encik Azhar sekilas mengerling isteri disebelah. Bukan lah nak ke medan perang pun!

"Nanti, dah sampai Syu call umi. Umi jangan sedih macamni. Syu pergi dulu, tau!". Tangan Puan Faizah dicium lembut dan kembali memeluk erat. Kemudian, Mariam Syuhada memeluk dan bersalaman pula dengan Encik Azhar.

"Hafiy, jaga anak ayah elok2".

"InsyaAllah, ayah. Hafiy akan jaga Syuhada elok". Janjinya. Tenang sekali raut tua Encik Azhar. Hafiy masuk ke dalam kereta. Enjin dihidupkan sebelum memandu laju menuju ke rumah Puan Azila.

Mariam Syuhada sempat melambai orang tua nya. Umi masih sedih. Ayah tersenyum manis. Dalam hati, Mariam Syuhada berdoa agar orang tuanya sentiasa dirahmati dan dilindungi.

"Sedih pulak nak tinggalkan Umi dengan ayah". Luahnya sayu. Tali pinggang dipakai.

"Abang faham. Nanti kita selalu jenguk diorang, eh?". Sekilas dia memandang Mariam Syuhada. Isterinya mengeluh lemah.

"Hurm. Syu bukan apa, risau dengan kesihatan umi dengan ayah je. Adik dah sibuk dengan kolej. Mana la sempat dia tu nanti". Mariam Syuhada meluahkan kerisauan yang bersarang di hati. Matanya terarah pada jalan raya. Hatinya sayu.

"Sayang, kita sama2 ada tugas dan tanggungjawab kita. Abang faham. Syu sebagai anak sulung dalam keluarga dan abang sebagai anak sulung lelaki dalam keluarga. Kita sama2 bertanggungjawab pada diorang. Syu kena ingat juga, tanggungjawab sesama kita sekali. Abang percaya, kita mampu bahagikan masa dan tenaga kita agar semuanya mendapat perhatian kita sama2".

Hafiy diam setelah melihat isterinya yang mengelamun jauh. Nampaknya, ini satu keputusan yang berat buat Mariam Syuhada. Pasti dia akan merisaukan keadaan orang tuanya tambahan dia merupakan anak sulung keluarga itu.

Perjalanan yang memakan masa cuma sejam membawa mereka ke rumah Puan Azila dan Encik Shamsul. Mereka ingin menyinggah disini sebelum balik ke rumah sendiri.

Puan Azila sedang leka bersama pokok bunga orkid kesayangannya ketika kereta Hafiy berhenti betul2 di halaman rumah. Tersenyum manis wanita itu. Mariam Syuhada bersalaman lalu memeluk mesra ibu mertuanya.

"Dari mana?".

"Dari rumah umi terus singgah sini". Jawab Mariam Syuhada lembut.

"Tidur sini ke, Hafiy?".

"Tak, mak. Hafiy nak bawak Syu tinggal dekat rumah baru. Hafiy singgah je ni".

"Oh, takpelah kalau gitu. Nanti, senang2, Syu datang sini tau. Boleh la teman mak kat sini". Ujar Puan Azila lembut. Mereka beriringan jalan masuk ke dalam rumah.

"Ayah mana mak?".

"Ayah kamu keluar la. Dah jumpa Haji Said, hilang terus. Kat kedai kopi agaknya".

Mariam Syuhada tergelak kecil. Dia duduk disamping Puan Azila.

"Mak buat air kejap, ye?".

"Eh, mak! Tak payah susah2". Lengan ibu mertuanya ditahan. Hafiy juga menghalang. Dia tak mahu menyusahkan Puan Azila.

"Ni umi bagi lauk sikit untuk mak. Makanlah sekali dengan ayah". Mangkuk tingkat dihulur kepada ibu mertuanya.

"Susah2 aje. Banyak ni, Syu! Terima kasih tau!". Ujar Puan Azila lembut. Dia membuka penutup mangkuk tingkat tersebut. Bau aroma rendang ayam menusuk ke hidung.

"Takde yang susah pun mak. Ada rezeki lebih, bagi mak".

Hafiy memerhati gelagat isterinya. Suka hatinya seraya tersenyum manis. Puan Azila pula kelihatan bahagia dengan kehadiran menantu nya.

Rancak mereka berdua berborak bersama sehinggalah motor Encik Shamsul masuk ke perkarangan rumah. Puan Azila tersenyum manis. Suaminya disambut mesra.

"Ayah, dari mana?". Soal Hafiy lembut.

Topi keledar dicabut lalu diletak didalam almari. Encik Shamsul mengambil tempat di sebelah Hafiy. Peluh memercik di dahi segera dilap.

"Dari kedai kopi. Borak punya borak, tak sedar lama pulak!". Encik Shamsul tersengih. Air kosong yang dibawa Puan Azila segera diteguk.

"Baru sampai ke?".

"Taklah! Kami singgah kejap je ni. Nak balik dah. Hafiy bawa Syu balik rumah Shah Alam".

Encik Shamsul mengangguk faham.

"Abang, Syu ke dapur kejap". Bisiknya kepada Hafiy. Dia terasa ingin ke tandas pula.

"Ok".

Mariam Syuhada bingkas bangun ke dapur. Perut nya memulas pula tiba2.

"Hafiy jaga isteri tu elok2. Jalankan tanggungjawab kamu sebaiknya. Jadi lelaki yang terbaik buat Syuhada". Encik Shamsul bersuara setelah lama mereka mendiamkan diri. Hafiy menoleh.

"InsyaAllah, ayah".

Encik Shamsul tersenyum.

"Kamu satu2nya anak lelaki dalam keluarga ni. Ayah harap kamu jadi lelaki yang bertanggungjawab pada kami dan isteri kamu. Dia beralih perlindungan sekarang. Dari jagaan keluarga dia, sekarang pada kamu. Jangan pernah sakiti hati dia. Ayah paling tak suka kalau anak ayah sakitkan hati isteri sendiri".

"Ayah banyak tunjukkan Hafiy contoh terbaik. InsyaAllah, Hafiy akan ikut jejak ayah". Hafiy berjanji setia. Wajah ayahnya dipandang lama.

"Ayah percaya kamu. Jagalah isteri tu baik2. Dia perempuan baik".

Hafiy mengangguk. Dia juga berjanji akan menjaga Mariam Syuhada seeloknya.

"Cepat bagi mak cucu! Mak dah tak sabar ni". Seloroh Puan Azila tiba2. Bersinar matanya. Hanya Hafiy satu2 nya anak yang mereka ada. Jadi, pengharapan itu semakin meningkat saban hari dalam kehidupan mereka.

"Mak! Kitorang baru kahwin". Hafiy membalas. Malu wajahnya.

"Eh, tak salah pun mak cakap awal2, kan!".

Hafiy mengetap bibir. Dialihkan pandangan kearah halaman rumah. Dia juga inginkan yang sama agar rumahtangga mereka menjadi lebih kukuh dan bahagia dengan kehadiran cahaya mata hati.

Mariam Syuhada tersenyum malu di balik pintu. Tak sengaja dia mencuri dengar perbualan ibu mertuanya. Dari jauh dia melihat wajah suaminya yang merona merah. Pasti Hafiy segan.

"Betul tu, Hafiy. Ayah pun teringin nak ada suara budak dalam rumah ni. Sejak kamu dah besar, dah takde suara2 tu dah". Encik Shamsul menyahut mengiyakan kata2 isterinya. Bertambah malu Hafiy.

"Aih, segan la Hafiy macamni. InsyaAllah mak, ayah. Nanti Hafiy bagi cucu buat mak dengan ayah, ye".

Mereka bertiga tersenyum mesra. Harapnya sampai sini sahaja cerita mengenai cucu. Hafiy pula yang segan. Mariam Syuhada kembali duduk bersama mereka bertiga. Suasana agak kekok sementelah Mariam Syuhada sudah mendengar butir bicara keluarga mertuanya.

"Dah?".

Mariam Syuhada mengangguk.

"Mak, ayah.. Hafiy nak gerak balik dulu, ya. Nanti hujung minggu Hafiy datang lagi". Hafiy cepat2 bangun lalu bersalaman dengan Puan Azila dan Encik Shamsul. Mariam Syuhada menurut.

"Nanti jangan lupa datang sini, Syu".

Mariam Syuhada mengangguk. Dia pasti akan datang menjenguk. Salam diberi setelah itu mereka mula menaiki kereta kepunyaan Hafiy. Sempat mereka melambai ke luar jendela.

"Assalamualaikum!".

Tingkap ditutup. Mariam Syuhada membetulkan duduk.

"Mak mintak pelik2 aje". Hafiy membuka cerita. Sempat dikerling Mariam Syuhada disebelah.

"Mintak apa?".

Hafiy mula tersengih malu. Lama dia diam tak menjawab.

"Cepatlah, bang!". Mariam Syuhada mula mendesak. Sedangkan, dia tahu apa yang dibicarakan mereka.

"Cucu".

Perlahan suaranya. Mariam Syuhada terasa lucu tambah2 melihat wajah Hafiy yang mula merona merah.

"Ohh!".

Mariam Syuhada memandang luar jendela. Perlahan2 bibirnya menguntum senyuman.

"Tu je?". Hafiy tak puas hati. Takkan itu saja jawapannya?

"Habis, nak Syu cakap apa? Abang jawab apa dengan diorang?".

"Hurm.. jawab apa yang patut lah". Selamba sahaja wajahnya.

Mariam Syuhada tersenyum lagi. Teringat terus wajah suaminya sebentar tadi. Comel!

"Abang nak ke?".

Terbuntang matanya memandang Mariam Syuhada. Mujur sahaja dia tidak menekan brek mengejut. Isterinya memang tak sayang mulut gamaknya.

"Cuba tanya lagi sekali". Hafiy mengeraskan sedikit suara. Gigi diketap kuat.

Mariam Syuhada tergelak besar. Dia langsung tak menghiraukan soalan Hafiy lantas menguatkan suara radio di kereta. Mariam Syuhada bernyanyi kecil mengikut rentak. Mahu saja dia terus menerus gelakkan Hafiy tapi dek pandangan tajam suaminya, terpaksa dilupakan sahaja.

"Abang tanya ni, Syu tak dengar ke?". Radio diperlahankan.

"Tanya apa?". Dia pura2 tak faham. Hafiy bertambah geram. Mahu saja dicubit pipi gebu Mariam Syuhada saat ini.

"Takpelah!".

Dia kembali fokus pada pemanduan. Mariam Syuhada tersengih. Dia marah ke? Hafiy kelihatan serius dari pandangan sisi. Mereka terus sahaja diam sehinggalah sampai ke rumah baru. Enjin dimatikan lalu mereka turun dari kereta. Hafiy mula membuka pagar dan mengeluarkan beg dari bonet kereta. Mariam Syuhada menunggu dari belakang.

"Masuk lah, kenapa tunggu sini?".

"Tunggu abang la". Mariam Syuhada membuat muka tak bersalah. Dia tersengih menampakkan barisan gigi putihnya.

Hafiy menutup bonet kereta. Langkah dihayun menuju ke dalam rumah. Mata Mariam Syuhada tertancap pada barisan pasu bunga yang menghiasi halaman rumah itu. Cantik sekali! Kebanyakannya bunga bonsai lebih banyak menghiasi halaman mereka. Hafiy membuka pintu rumah dan mempersilakan Mariam Syuhada masuk. Bau rumah baru terus terhidu di rongga hidungnya. Dia tersenyum.

"Cantik!".

Cat di dinding berwarna krim lembut dihiasi langsir berwarna ungu gelap. Simple tetapi tetap cantik dan nampak kemas. Perabot almari yang terletak di sudut rumah juga mencantikkan lagi hiasan. Ruang tamu mereka agak luas berbanding ruang dapur. Dua bilik tidur melengkapkan ruang rumah ini.

"Welcome home, Syuhada".

Mariam Syuhada mengucapkan terima kasih. Matanya bersinar bahagia.

"Abang hias semua ni?". Soalnya lembut. Dia mula menjelajah ke seluruh ruang tamu.

"Dengan bantuan mak jugak". Jawabnya tenang. Kakinya mengekori langkah Mariam Syuhada yang masih terpegun dengan susun atur perabot.

Hafiy bukanlah kaya sehinggakan perabot yang dibeli mahal2. Baginya, semua yang berada di rumah ini murah harganya dan cukup menghiasnya dengan cantik dan kemas.

"Cantik sangat!".

"Barang murah je. Abang tak mampu nak beli yang mahal2. Sekarang ekonomi gawat". Selorohnya.

Beg roda diletak di tepi sofa. Hafiy mula mengambil tempat di tempat duduk.

"Takpe! Ni pun dah bersyukur. Syu tak minta pun beli yang mahal2. Bukan nak buat pameran pun".

Hafiy tersengih. Sengaja dia membuat 'thumbs up' pada isterinya.

"Berapa lama dah abang beli rumah ni?".

"Entah ye! Tak ingat la, Syu". Hafiy mengurut lembut lehernya. Penat sekali.

"Meh sini, duduk dengan abang". Dia menepuk tempat disebelahnya. Mariam Syuhada menurut.

"Kenapa?".

Hafiy menarik nafas panjang. Wajah isterinya dipandang lama. "Cantik isteri abang ni". Puji Hafiy. Dia mengusap lembut pipi Mariam Syuhada.

"Suami Syu pun handsome jugak!".

Mereka berbalas senyum. Tenang sekali.

"Syu suka dengan rumah ni?". Soal Hafiy tenang. Anak mata isterinya dipandang dalam2.

"Suka! Terima kasih, abang. Syu sangat2 hargai".

"Abang tak mampu la nak bagi yang besar, ni je cukup. Nanti, abang akan belikan rumah yang lebih besar lagi dari ni".

"Ish, buat apa lah nak beli lain. Syu tak mintak pun! Ni dah cukup, abang. Janji abang ada dengan Syu, cukuplah. Kita hidup sederhana aja. Bukan nak duduk ramai pun, kita berdua aje".

"Kalau dah ada anak2?". Pintasnya.

"Masa tu baru kita fikir macamana. Tapi, selagi kita boleh hidup macamni, Syu terima je". Jari Hafiy digenggam erat. Hangat pegangan tangannya.

"Terima kasih. Abang beruntung dapat isteri macam Syu. Sentiasa dengan abang, ye? Jangan tinggalkan abang, tau".

Mariam Syuhada mengangguk. Mana mungkin dia tinggalkan suami yang sangat disayangi ini. Dia juga tak sanggup nak berpisah dengan Hafiy. Hafiy adalah syurga buat Mariam Syuhada. Mana pun dia pergi, Mariam Syuhada pasti akan mengikut.

"Abang kerja selalu dari pukul berapa?".

Mariam Syuhada menukar topik. Dia membetulkan duduk. Tudung yang tersarung kemas di kepala segera dicabut. Gatal betul kepalanya saat ini.

"Office hour jugak. 8am sampai 5pm".

Dia mengangguk. "Abang dengan siapa je lagi?".

"Aizat, kawan sekolah abang dulu. Zikri and Adlin".

Teringat jerit perih mereka bertiga sejak pertama kali membuka firma khidmat kaunseling rumah tangga lima tahun lalu. Habis duit mereka bergolok gadai bagi membangunkan firma bersama. Sanggup tak makan pada awal pembukaan kerana masih tiada sambutan yang memberangsangkan. Setelah firma mereka dikenali, barulah mereka menerima sambutan yang amat dahsyat. Tak putus2 manusia yang mempunyai masalah rumah tangga untuk datang mendapatkan khidmat kaunseling. Semuanya akan diurus sendiri oleh Hafiy dan kawan2 nya yang lain.

"Kenapa tanya?". Soalnya setelah lama diam.

"Saja. Syu nak tau sikit2 pasal kerja abang". Jawabnya. Dia melentokkan kepala di dada suaminya.

Hafiy terasa pelik mendengarnya. Dia tersengih.

"Nak ikut abang ke? Boleh abang kenalkan dengan kawan2 abang kat sana. Diorang la member kamcing abang sampai sekarang ni".

"Diorang belajar sama dengan abang ke dulu?".

Hafiy menggeleng. "Semua lain2, tapi one day kitorang jumpa and bincang kalau2 nak buka syarikat bersama. Diorang ok and kitorang pun bukaklah firma khidmat kaunseling ni".

Mariam Syuhada tekun mendengar. Alangkah bagus kalau dia jugak mempunyai kerjaya seperti suaminya.

"Syu teringin nak kerja". Tanpa sengaja dia meluahkan apa yang tersirat direlung hatinya.

"Kenapa?".

"Saja. Tengok abang kerja, ada benda nak dibuat. Macam best je". Dia tersenyum manis memandang suaminya.

"Duduk rumah je, jaga abang! Ada jugak kerja nak buat". Seloroh Hafiy seraya mengenyitkan mata. Mariam Syuhada menepuk lembut peha Hafiy.

Suasana kembali sunyi. Mariam Syuhada menghembus nafas panjang.

"Kenapa ni?".

Hafiy tak sedap. Isterinya kelihatan lain sekali. Dia menarik Mariam Syuhada agar memandang wajahnya.

"Entah! Teringin nak sambung bisnes Syu dulu".

"Tak payah la. Kan abang kata, abang mampu nak tanggung Syu. Syu duduk je rumah jaga keperluan abang, boleh?". Soalnya lembut. Anak mata isterinya dipandang.

"Syu cuma rindu je. Takpe, Syu faham". Dia cuba tersenyum.

Mariam Syuhada bangkit. Perutnya terasa lapar. Hajat hati ingin menyediakan hidangan buat makan malam tapi Hafiy lebih dahulu mengajaknya untuk makan diluar malam ini.

"Makan luar? Malasnya nak siap. Abang beli kita makan kat rumah, tak boleh ke?". Dia memberi cadangan. Malas betul nak bersiap untuk keluar harini.

"Taknak ke?". Soalnya lagi. Mariam Syuhada menggeleng.

"Syu malas nak bersiap la malam ni. Ingatkan nak kemas baju and siapkan baju abang nanti".

Hafiy berfikir sejenak. Sepertinya cadangan isterinya boleh dipertimbangkan.

"Ok! Abang beli je. Syu teringin nak makan apa?".

"Ikut abang. Syu tak kisah. Haa.. bukan abang teringin makan nasi kandar ke?".

Hafiy terus tersengih. "Bijaknya dia!".

Mariam Syuhada beriak bangga. Terasa diawangan bila dipuji suami sendiri. Hafiy mencebik.

"Poyo!".

Dia separa berbisik. Mariam Syuhada ketawa terbahak2. Suka dapat mengusik Hafiy.

Beg roda yang ditinggalkan di tepi sofa segera dibawa masuk ke bilik tidur. Sekali lagi dia terpegun. Susun atur biliknya cukup menyejukkan hati dan mata yang memandang. Cat dinding yang berwarna kelabu gelap dipadankan dengan perabot yang serba putih mencantikkan lagi bilik tidur mereka. Cadar juga dipasang berwarna putih susu bercorakkan hati kecil.

"Subhanallah! Cantiknya". Bisik Mariam Syuhada sendiri. Dia tak mampu nak beriak biasa. Mulutnya hampir ternganga.

Kakinya menuju ke birai katil. Dia usap lembut cadar di katil itu. Mariam Syuhada tertarik dengan kecantikan cadar tersebut. Membuatkan dia ingin berbaring lena di katil itu.

"Termenung apa tu?". Suara Hafiy mengejutkannya dari khayalan.

"Cantik sangat!". Dia bersuara lembut. Hafiy memeluknya dari belakang.

"Untuk bilik tidur, abang sendiri pilih and hias tanpa bantuan mak. Cantik tak?".

"Cantik sangat! Terima kasih, abang".

Hafiy tersenyum di balik rambut wangi Mariam Syuhada. Suka mendapat pujian dari Mariam Syuhada. Tangannya mengemaskan lagi pelukan. Mariam Syuhada bahagia.

"Bagus betul suami Syu ni. Susah2 aje siapkan semua ni. Syu hargai sangat2". Dia mengelus tangan kasar Hafiy.

Inikah keindahan bercinta?

"Untuk isteri abang, InsyaAllah apa pun boleh".

Mariam Syuhada tergelak kecil saat mata nya tertancap pada frame yang terletak di meja solek. Gambar sewaktu hari nikah mereka, gambar kandid.

"Siapa pulak ambil gambar tu?". Jarinya lurus menghala kearah frame tersebut.

"Comel tak? Hafiza yang ambil. Dia send kat abang haritu, abang cuci la. Masa tu gambar Syu kelakar sangat. Tengok tu mata tu, terjuling aje!". Terhambur gelak Hafiy. Sakit perutnya gelak.

"Suka la gelakkan! Sebab Syu menyampah dengan abang masa tu! Suka sangat nak menyakat. Benci!".

Mariam Syuhada menjelirkan lidah. Hafiy mencebik.

"Benci ke? Tak kisah la.. janji dah jadi bini abang pun!". Dia buat muka tak bersalah. Hafiy segera menghenyakkan badan keatas katil.

Mariam Syuhada tersenyum. Lucu juga melihat gambar sendiri seperti itu. Beg roda lantas dibuka. Baju Mariam Syuhada yang terlipat kemas diambil lalu disusun satu persatu di dalam almari.

"Sikit nya baju abang!".

"Boleh la tu. Bukan kerja mana pun nak pakai banyak". Jawabnya selamba. Matanya terpejam rapat.

"Abang nak tidur ke tu?".

Hafiy menggumam. Makin lama, hilang suara suaminya di pendengaran. Penat sangat kot. Mariam Syuhada membiarkan sahaja suaminya berehat. Dia meneruskan lagi mengemas baju2 di dalam beg roda.

Tangannya mencapai baju tidur yang renyuk di balik timbunan tudung. Segera ingatannya teringat pada permintaan Hafiy. Tanpa sengaja, bibir Mariam Syuhada menguntum senyuman. Lama baju itu dipandang. Mana lah Hafiza dapat idea untuk membelikan baju ini buat dia? Tak pernah seumur hidup Mariam Syuhada mempunyai baju yang tersangatlah seksi macamni!

"Termenung apa tu?".

"Ya Allah! Terkejut Syu!". Baju yang dipegang cepat2 dimasukkan kedalam almari.

Kus semangat!

"Fikir bila nak pakai ke?". Usik Hafiy. Matanya masih terpejam. Sah laki aku ni nak mengusik aja!

"Tak pun".

Hafiy membuka sebelah mata, "Yeke?".

Mariam Syuhada menjeling geram. Nasib sayang suami sendiri, kalau tak nasib dah jadi sambal dia ni!

"Abang, tidur ajelah! Telinga Syu gatal pulak dengar suara abang!".

Hafiy mengekek gelak tak berhenti. Dia memeluk bantal erat. Bau softlan lagi!

"Marah ke? Tak baik marah suami, dosa!".

"Tak pun". Jawabnya. Tangannya mencapai hanger lalu menggantung tudung yang berlipat.

"Syu, apa kata kita pergi bercuti nak? Tapi, bukan sekarang la. Kita bawak satu family terus". Cadangnya. Dia membetulkan baring.

"Kalau nak ajak satu family, kena tetap tarikh and masa yang sesuai. Kita bincang nanti la dengan semua. Abang pun, boleh ke mintak cuti lagi?".

"Boleh la. Abang bukan kerja bawah orang".

Mariam Syuhada mengangguk. Ye tak ye jugak!

"Syu ada nak ke mana2 ke?".

"Hurm.. entah ye! Tak rasa macam ada tempat spesifik untuk pergi. Abang rasa macamana?". Mariam Syuhada bertanya kembali. Dia duduk di birai katil memandang Hafiy.

"Abang suka laut. Kita cari tempat yang ada laut la. Boleh mandi2 sekali. Syu ok ke?".

Mariam Syuhada mengangguk. Dia tak cerewet langsung tentang percutian ini. Janji, tempat yang mereka pergi cantik dan cukup kemudahan nanti.

"Nanti abang pilih tarikh and kita bincang semula. Tak sabar nak bawak mak semua". Hafiy tersenyum.

Seingatnya, dia juga sudah lama tak membawa Puan Azila dan Encik Shamsul bercuti. Kali terakhir dua tahun lepas, sewaktu ke Pangkor, itupun kerana dia memenangi tiket percutian ke sana. Rajin masuk peraduan!

"Ok je. Syu tak kisah mana2 pun". Ujarnya pula.

Beg yang sudah kosong diletakkan di tepi almari baju. Tersorok dari pandangan mata. Dia kembali baring bersebelahan Hafiy. Cepat2 dia menghulurkan lengannya untuk Mariam Syuhada.

"Kepala Syu berat la". Tolaknya. Segan pula dimanjakan seperti itu.

"It's okay. Letak je".

Arahnya lagi. Mariam Syuhada hanya mampu menurut. Dia membetulkan badannya sebentar sebelum memandang wajah Hafiy disebelah.

"Penat?". Soal Hafiy lembut. Dia mengusap kepala isterinya.

"Hurm.. abang mesti lagi penat. Abang rehatlah, tidur. Syu ok je".

"Syu tidur dulu". Hafiy membalas tak mahu kalah. Sejujurnya, dia mahu melihat wajah isterinya ketika tidur.

"Abang lah dulu!". Mariam Syuhada menolak. Dia pula segan.

Hafiy tersengih. Dahi Mariam Syuhada dikucup lembut

"Dulu, abang selalu berangan kalau2 dapat kahwin dengan puteri raja.."

"Eei.. macam budak2!". Mariam Syuhada tergelak besar.

"Memang la! Masa tu abang umur dalam 10, 11 tahun macamtu. Abang fikir mesti best kalau dapat kahwin puteri and abang jadi putera raja. Mesti semua orang akan pandang abang bangga".

Mariam Syuhada tersenyum. Macam2 perangai suaminya.

"Abang berangan kalau abang dapat puteri cantik, abang akan jaga elok2 sampai abang mati. Berangan nak jadi macam putera dalam Cinderella tu". Dia tersenyum lagi.

"Tapi.. tak dapat pun nak kahwin puteri raja". Balas Mariam Syuhada.

"Siapa cakap tak dapat? Ni la puteri abang". Hidung Mariam Syuhada dicuit lembut. Mariam Syuhada tersenyum bangga.

"Ye ke?".

"Hurm.. iye!".

Mereka berbalas pandang. Sorang tersenyum sorang lagi tersengih. Bertambah mekar bunga di hati.

"Kalau puteri kan cantik. Syu ni tak cantik pun!". Duga nya. Sengaja dijulingkan mata seakan gambar didalam frame.

"Hish, apa pulak! Syu cantik sangat pada abang. Jangan nak merepek ya".

Mariam Syuhada tergelak kecil. Dia merapatkan badannya ke tubuh Hafiy. Hangat sekali!

Teringat dia pada lagu yang menjadi kegemarannya sejak dulu lagi. Mariam Syuhada mula menyanyikan setiap bait lagu tersebut penuh perasaan.

Aku disini kan selalu menunggu
Yang selalu ada di setiap waktumu
Selalu menanti jawapanmu
Untuk cinta mu

Takkan pernah hilang rasa aku
Cinta yang membawa dalam hatiku
Bagai mata yang tak terpejam
Aku tetap menantimu..

Hafiy tersenyum. Sedap suara isterinya di pendengaran. Hela nafas menjadi indah sekali bila bersama kekasih hati. Wajah Mariam Syuhada dipandang lama.

"Sedap sangat!". Seraya mengenyitkan matanya. Mariam Syuhada malu.

"Terima kasih!".

Hafiy tersenyum. Dia mengelus lembut pipi Mariam Syuhada. Lama seakan takkan melepaskan.

"Abang cintakan Syu sampai syurga".

Mariam Syuhada tersenyum bahagia. Saat yang paling indah buat dirinya adalah menjadi kecintaan suami sendiri. Hafiy lelaki pertama dan terakhir yang bertakhta dalam hatinya paling tinggi. Dia juga mencintai Hafiy Arshad sepenuh hati.

"Syu cinta abang sampai mati".

Mereka terus memandang antara satu sama lain. Cinta terus bersulaman antara mereka berdua. Hati berdegup laju menyatakan buih2 cinta yang berkembang mekar. Mata seakan dipenuhi bintang2 yang takkan pudar. Mariam Syuhada bahagia!

***

Harini Mariam Syuhada dan Hafiy menghabiskan masa senggang dengan keluar membeli belah. Tinggal harini saja cuti Hafiy yang berbaki. Dia sendiri menawarkan diri untuk menemani Mariam Syuhada keluar berjalan2. Mariam Syuhada terima dengan hati yang sangat terbuka. Memandangkan entah bila lagi Hafiy akan dapat cuti, Mariam Syuhada ingin berjalan2 sampai lebam.

Jam menunjukkan pukul 2 petang. Mereka baru selesai menunaikan solat fardhu zohor di sebuah masjid berdekatan. Dari pagi keluar, sudah dua buah pusat membeli belah mereka masuk. Selepas ini, Mariam Syuhada ingin berjalan lagi.

"Nak kemana pulak?". Hafiy menyoal. Mariam Syuhada leka menyembur pelembab muka di wajah nya.

"Jom pergi shopping mall kat tempat lain pulak".

"Syu pergi bukan nak beli pun. Tengok2 aje". Rungut Hafiy.

Dua hal orang perempuan yang memang dia tak faham dan tak mungkin akan faham. Perempuan yang masuk shopping mall dan semestinya akan berbelanja besar. Satu lagi, perempuan yang masuk shopping mall tapi takde apa2 untuk dibeli langsung! Sama halnya seperti Mariam Syuhada. Masuk shopping mall sepatutnya shopping la, ni lain pulak. Bak kata Mariam Syuhada, window shopping. Kalau macamtu, kenapa nak kena ke sini?

"Window shopping, kan?". Ulangnya lagi. Lucu melihat wajah Hafiy yang jelas tak berpuas hati.

"Abang boleh belikan la".

"Syu bukan suruh abang beli. Syu nak jalan2 aje. Cuci2 mata".

Hafiy mengeluh. Digaru kepala yang tak gatal.

"So, sekarang ni?".

"Syu nak beli baju abang. Jom!". Mariam Syuhada tersengih. Hafiy hanya mampu menurut sahaja.

Kereta dipandu menuju ke pusat membeli belah yang berdekatan. Sampai sahaja disitu, kereta diparkir kemas dan mereka terus beriringan masuk.

Sejuk aircond terasa. Mariam Syuhada menggenggam kemas tangan Hafiy disebelahnya. Kaki melangkah laju menuju ke sebuah kedai pakaian lelaki. Serta merta, tangannya mencapai kemeja berwarna biru muda.

"Cantik tak?". Soalnya riang. Mariam Syuhada menelek2 kemeja ditangan.

"Nak beli untuk siapa?". Tanya Hafiy polos.

"Abang! Boleh pulak tanya soalan bijak bestari tu. Ni untuk abang la". Dia memadankan kemeja itu pada tubuh Hafiy. Sesuai!

"Hai, abang nak belikan baju Syu,  taknak pulak. Ni, sibuk pulak belikan untuk abang". Perli Hafiy. Dia terus meninggalkan isterinya di rak kemeja.

Mariam Syuhada terasa. Mula dah laki aku merajuk! Kemeja disangkut kembali di rak. Dia bingkas mendapatkan Hafiy di luar kedai.

"Abang! Marah ke?". Mariam Syuhada mencuit lengan suaminya.

Tiada respond!

"Abang! Jangan lah marah. Syu memang taknak beli pun. Baju Syu semua elok lagi". Ujar Mariam Syuhada lembut.

"Baju abang pun banyak jugak". Gumam Hafiy perlahan tapi masih dapat didengari oleh Mariam Syuhada.

"Tak boleh ke Syu nak tambah koleksi baju abang?".

Hafiy menoleh kearah isterinya.

"Tak boleh ke abang nak tambah koleksi baju Syu?". Dia mengulang soalan isterinya. Mariam Syuhada terkedu.

Masuk perangkap sendiri! Padan muka aku!

"Ish, taknak kalah abang ni! Iyelah2, tapi satu je takyah banyak2!".

Hafiy mula tersenyum.

"Syu pun kena belikan 1 je untuk abang". Dia sengaja membuat persetujuan dengan Mariam Syuhada.

Deal!

Mereka masuk kembali kedalam kedai pakaian tadi. Mariam Syuhada memilih kemeja berona biru muda tadi semula. Hafiy mengangguk setuju lalu terus ke kaunter untuk membuat pembayaran.

"Abang pakai esok, ye?". Pinta Mariam Syuhada teruja. Hafiy bersetuju.

"Okay, jom pergi cari baju untuk Syu pulak!". Tangan Mariam Syuhada ditarik agar mengekorinya.

Langkah mereka menuju ke sebuah kedai pakaian wanita. Hafiy menjadi kekok kerana hanya dia lelaki yang berada didalam kedai tersebut. Mariam Syuhada tersengih malu.

"Ya cik, ada apa2 yang saya boleh tolong?". Soal seorang jurujual wanita lingkungan 20an. Dia tersenyum manis.

"Saya nak cari blouse paling cantik kat dalam kedai ni". Hafiy bersuara bagi pihak isterinya.

"Ada. Untuk adik encik ke?". Jurujual itu menunjuk kearah Mariam Syuhada. Hafiy mengekek gelak.

"This is my wife!".

Jurujual itu terkejut. Berubah riak wajahnya.

"Maafkan saya, encik! Saya tak tahu. Maaf ya, puan".

Mariam Syuhada tersenyum. "It's okay".

"So, ada baju yang saya nak?". Hafiy kembali bersuara. Matanya meliar memandang ke seluruh rak pakaian.

"Ada2. Sekejap ye, encik". Mereka ditinggalkan sebentar. Mariam Syuhada meneliti setiap helaian baju yang tergantung.

"Baju ni lawa tak?". Soal Hafiy sambil tangannya menunjukkan blouse yang berwarna merah hati. Mariam Syuhada mengangguk laju.

"Nak?".

"Erm.. ikut abang la". Balas Mariam Syuhada.

Belum sempat Hafiy membuat jawapan, jurujual perempuan tadi datang bersama dua helai blouse ditangan.

"Ni koleksi terbaru kat kedai kami. Satu ni tunic blouse yang menjadi kegilaan wanita sekarang. Warna merah hati sesuai dengan kulit isteri Encik. Satu lagi ni, kemeja blouse. Kain jeans denim. Sejuk. Warna purple plum. Pun cantik kalau puan pakai".

Hafiy mengambil kemeja blouse denim. Dia tertarik dengan perincian butang dipergelangan tangan.

"This one more suitable for my wife!".

Mariam Syuhada tersenyum.

"Yang ni?". Soalnya inginkan kepastian. Hafiy mengangguk laju.

"Saya ikut je pilihan dia". Mariam Syuhada menjawab. Jurujual wanita itu tersenyum.

"Pilihan yang tepat. Boleh bayar di kaunter, ye". Arah jurujual tersebut. Mereka berdua mengekori langkah jurujual tersebut.

Setelah membuat pembayaran, mereka keluar dari kedai tersebut. Hafiy tersenyum suka. Tangan masih tak lepas memegang tangan isterinya.

"Terima kasih, abang".

Mereka menuju ke sebuah kedai makan nasi ayam. Mereka mengambil tempat duduk kosong. Pesanan makanan diambil.

"Pakai baju tu nanti. Jangan biar je dalam almari". Pesan Hafiy sambil menguak rambut tebalnya.

"Ish, mestilah Syu pakai. Apa lah abang ni".

Dalam sempat mereka berborak, pesanan makanan sampai. Bau aroma nasi ayam menusuk ke rongga hidung menambahkan lagi selera Mariam Syuhada.

"Abang, lepasni balik la. Syu dah penat la".

"Ingat nak sambung lagi. Kira dah puas la harini?". Sengaja Hafiy memancing isterinya.

"Dah la, lenguh kaki ni. Kesian abang mesti penat. Esok abang nak kerja, kita rehat la kat rumah".

Hafiy bersetuju. Pinggangnya pun terasa nak patah saja. Dapat katil empuk pun sedap jugak ni! Mata memandang nasi sedangkan fikirannya dah menerewang ke katil di rumah.

"Abang nak tomato?".

"Makanlah!". Dia menolak. Wajah isterinya yang berkerut dipandang.

"Tak makan". Perlahan suara Mariam Syuhada. Malu pulak!

Memang dia tak gemar dengan tomato. Bagilah apa saja sayur kat dunia ni, dia pasti boleh telan. Cuma, jangan tomato. Dia memang tak boleh nak masuk ke tekak.

"Apa? Tak makan? Pelik la Syu ni dah besar tak makan sayur". Dia mengambil potongan tomato di pinggan isterinya lalu digigit kecil.

"Syu makan sayur, cuma tomato je tak suka".

Hafiy tersengih. Satu perkara yang dia belajar tentang Mariam Syuhada hari ini. Isterinya tak gemar tomato!

"Tomato baik untuk kulit". Hafiy bersuara setelah makanannya habis dipinggan. Pinggan ditolak ke tepi.

"Tau!".

Hafiy berkerut. "Dah tu?".

Mariam Syuhada tersengih malu. "Taknak".

Hafiy tergelak kecil. Memang macam budak2 isterinya ini. Usai membayar di kaunter, mereka berdua terus pulang ke rumah. Jam di dashboard menunjukkan pukul 5 petang.

"Perut abang nak meletup rasanya. Kenyang betul!".

Mariam Syuhada memegang perut suaminya seraya tergelak kecil.

"Ha'ah la. Perut dah buncit sikit!". Usikan Mariam Syuhada membuatkan Hafiy memuncung.

"Abang tak buncit, ya! Tengok ni, kurus je". Hafiy tak berpuas hati. Dipegang perutnya sekali lagi untuk membuktikan kata2 isterinya salah.

"Yelah, abang!". Mariam Syuhada mencebik. Malas nak melayan karenah suaminya. Kalau dilayan, memang takkan menang pun!

"Tak percaya la tu".

Hafiy mula memuncung. Sudahnya, mereka berdua tergelak besar di dalam kereta.

Masing2 nak menang sahaja. Dari dalam kereta sehinggalah mereka sampai di rumah, tak habis lagi ketawa. Mariam Syuhada masuk ke dalam rumah dengan longlai. Baru terasa sakit pinggang dan kakinya. Hafiy masuk lalu duduk disebelahnya.

"Abang nak air?".

"Tak payah. Abang taknak". Ujar Hafiy.

Mariam Syuhada membetulkan duduk.  Perlahan2 dia mengurut kaki si suami. Hafiy terkejut.

"Eh, dah kenapa ni?". Dia cuba mengalihkan kakinya.

"Syu urut kaki abang. Kesian abang penat kena teman Syu harini". Tangannya lincah mengurut betis Hafiy. Pasti suaminya penat.

"Tak payah la sampai nak buat macamni. Abang tak kisah pun teman Syu harini".

"Tapi, Syu nak urutkan jugak. Tak salah kan Syu nak dapat pahala dari abang?".

Hafiy tersenyum manis. Mariam Syuhada pandai betul menambat hatinya. Sedikit sebanyak, lega juga kakinya yang lenguh.

"Syu nak jadi isteri solehah. Abang kena terima aje apa yang Syu nak buat kat abang, tau!". Pesan Mariam Syuhada serius. Hafiy menunjukkan tanda ok.

Dia terus mengurut sehinggalah Hafiy merasa lega. Hilang lenguh di kaki.

"Terima kasih, Syuhada".

"Sama2!".

Mariam Syuhada bingkas bangun untuk mandi. Badannya sudah berlengas. Tuala yang tergantung dicapai lalu segera menuju ke bilik air. Hafiy pula masih berehat di sofa tatkala hensetnya berbunyi menandakan ada panggilan masuk.

Assalamualaikum, bro! Apa khabar?.

Waalaikumussalam.. Amboi pengantin baru! Langsung tak dengar khabar ye! Sihat ke?

Hafiy tergelak besar. Suara kawannya, Aizat ditalian kedengaran sinis.

Aku sihat! Apesal call ni? Jangan kata nak ingatkan aku pasal esok ni.

Memang pun! Datang awal sikit, banyak kerja ni. Ramai datang ni mintak khidmat kaunseling. Kau pun cuti, agak2 la.

Aiseyh! Aku ambik seminggu je. Takkan tak boleh cover kot?

Boleh tu memang la boleh. Tapi Hafiy, kalau dah sehari ada sepuluh orang klien, kau nak suruh siapa uruskan?

Hafiy tergelak kecil. Betul jugak tu!

Iyelah, esok aku datang awal. Kesian la korang kan.

Haa.. macamtulah! Ok, Fiy.. apa2 hal jumpa esok!.

Ok bro! Jumpa esok. Assalamualaikum!

Talian dimatikan. Tak henti bibirnya menguntum senyuman. Pasti esok tak sudah dia menjadi bahan usikan.

"Abang, mandi!".

Mariam Syuhada menjerit dari dalam bilik tidur. Hafiy bingkas bangun dari sofa lalu terus ke bilik air. Tak sabar ingin masuk kerja esok.

***

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience