“HOW’S your school today, Danish? Make yourself new friends?” Airra menyauk coleslawnya dan letakkan ke dalam pinggan anak tunggalnya itu.
“I love it! It’s awesome! I have so many friends mummy and they are fun to be with. Especially Leen! She’s a nice girl mummy!” Bersungguh-sungguh anak kecil itu bercerita tentang pengalamannya di tadika baru. Sambil itu, laju tangannya menyudu fish and chips.
Airra memandang satu-satunya zuriat peninggalan arwah suaminya yang kini menjangkau usia 4 tahun. Begitu jelas pada wajah itu seraut wajah yang diwarisi daripada arwah suaminya yang berasal dari Australia. Hanya bibirnya saja yang diwariskan kepada Danish.
Jika hatinya sedang rindu pada lelaki itu, dia akan segera ke kamar anak bujangnya lantas membawa tubuh yang agak tembam itu. Saat itulah dia tahu walaupun rindunya yang menggunung untuk lelaki itu, lelaki itu tetap tidak akan hidup kembali dan dia harus menerima dengan reda ketentuan TUHAN itu.
Iqram Edward Abdullah. Jejaka kelahiran bumi Sydney itu ditemui ketika sedang melanjutkan pelajaran bersama-sama di UK. Ciri-ciri jejaka yang berdarah Kristian tetapi sudah pun memeluk Islam itu mempersonakan Airra.
Jarang dia tahu ada jejaka Kristian yang memeluk Islam dengan serelanya tanpa mengharapkan sebarang balasan. Dan ketika di tahun akhir mengejar sarjana, hubungan mereka telah dihalalkan menerusi ikatan perkahwinan yang suci.
Namun tanpa disangka, ternyata suaminya menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuannya. Pada usia 21 tahun, lelaki itu telah didignoskan penyakit barah hati akibat pengambilan alkohol secara berlebihan. Kerana sebab yang sama juga lelaki itu insaf dan pada masa yang sama telah menerima hidayah ALLAH melalui seorang kawannya.
Hancur luluh hati Airra apabila diberitahu bahawa jangka hayat suaminya hanyalah beberapa bulan saja lagi. Padahal waktu itu, mereka baru menerima berita yang Airra sedang mengandung. Iqram semakin merasa bersalah kerana bertindak menyembunyikan penyakitnya. Kerana sikap berdiam dirinya itu, besar kemungkinan hidup isteri dan bakal anaknya tidak seindah yang mereka rancangkan.
Dan akhirnya, saat itu tiba jua. Di pagi Subuh yang hening, saat Airra mengejutkan lelaki itu daripada pembaringan untuk Solat Subuh, dada lelaki itu tidak lagi berombak seperti biasa. Saat yang sama juga, Fariq Edward Danish berteriak kuat. Seperti tahu yang daddynya sudah meninggalkan dia buat selama-lamanya.
“Airra Khairy?”
Airra mengangkat kepalanya. Berkerut-kerut dahinya cuba mengingati wajah yang sudah agak berumur itu.
“Tak ingat ke? Ni Irfanlah! West Cambridge!”
“Ya ALLAH! Tengku Irfan! Look at you! Makin handsome nampaknya tuan lawyer kita ni!” Airra berdiri lalu menyambut salam Tengku irfan.
“Ala! Takde maknanya handsome I ni. Dah tua punlah. But just look at you! The same Airra Khairy yang menjadi pujaan ramai budak law dulu,”
“Cerita lamalah Irfan! Marilah! Join us,” Airra mengajak dengan ikhlas.
“Tak mengganggu ke?”
“Apa pulak mengganggunya. Duduklah!”
“Iman?”
“Iman ikut papa,”
“Anak you?”
Irfan memandang ke kanannya. “My only one,”
“You remarried?”
Irfan mengangguk.
“Really? Then where is she?”
Senyuman Irfan berubah kelat. “Dia dah meninggal. 14 tahun lepas,”
Airra tergamam. Sudah 2 kali lelaki itu berkahwin namun kedua-duanya tidak berpanjangan. SubhanaALLAH! Begitu berat sekali dugaan yang harus dilalui lelaki itu. Rasa simpati Airra meninggi buat kenalan lamanya itu.
“I’m so sorry,”
“Takpe. Dah lama pun. By the way, husband you mana? Eh! You kahwin dengan sape ek?”
Airra meneguk liur. “Husband I…Iqram. And dia…”
“Iqram? You kahwin dengan Iqram ke? My God! Lama tak jumpa dia! Ape cerita dia sekarang?”
Belum sempat Airra membuka mulut untuk menjawab soalan Irfan, mulut mungil Danish terlebih dahulu melontar soalan.
“Mummy? Is this uncle’s wife also died…like daddy?”
Rahang Irfan terjatuh mendengar pertanyaan anak comel itu.
“Iqram dah meninggal? Bila?”
“3 years ago,” Airra memandang permata hatinya. “3 years ago when Danish was just a year old,”
“Sebab apa?”
Share this novel